Monday, May 20, 2013

Strategi Kaum Pagan Menuju The New World Order 3


Bangunan UN di New York

Pengawalan populasi merupakan kaedah asas dalam ritual kaum pagan untuk menyeimbangkan manusia dengan alam, iaitu bumi (Gaia). Pihak Konspirasi yang merupakan pewaris ritual agama pagan kuno (sebab itu disebut juga sebagai Paganis Modern) meneruskan usaha ini demi memelihara Gaia bagi mereka.

Jika kaum pagan kuno seperti suku Aztec, Mesir Kuno, Maya, Kaliyuga, dan Indian Hopi dengan sistem kalender sonarnya meramalkan kehancuran fasa lama pada 31 Disember 2012. Maka kaum pagan moden ini juga menjadikan tanggal tersebut sebagai fasa yang penting bagi sejarah gerakan mereka. Momentum akhir Disember 2012 dijadikan tonggak berakhirnya Pentagon lama dan kemunculan Pentagon baru, dimulainya dengan fasa pengurangan populasi manusia sehingga 93%.

Pengawalan populasi ini sudah diterapkan sejak bertahun-tahun lalu melalui beberapa ujian dan strategi seperti program Keluarga Berencana (KB), yang sampai sekarang ditentang oleh Gereja Katolik. Sikap Gereja bukanlah alasan bahawa program ini seolah-olah cuba melawan takdir Tuhan, namun Gereja yang memang sejak sekian lama menjadi musuh bagi Konspirasi (penumpasan Templar pada tahun 1307), mengetahui taktik licik di sebalik program dunia tersebut.

Strategi pengawalan populasi tidak hanya meliputi di dalam program KB, namun juga terhadap memanipulasi genetik tumbuhan dan haiwan. Dari kaedah inilah istilah-istilah seperti makanan transgenik dan sebagainya muncul dan popular. Ini menyebabkan munculnya penyakit baru yang menyerang manusia. Bahkan kebanyakannya merebak begitu cepat sehinggakan manusia mati tanpa diduga.

Salah satu perkara yang menjadi rahsia kebanyakan pakar kesihatan adalah penggunaan bahan-bahan kimia hasil kajian dan manipulasi genetik yang diletakkan di dalam aneka makanan dan juga tanam-tanaman. Bahan-bahan yang kelihatan kecil dan tidak memberi kesan ini dalam waktu yang lama akan 'berkampung' di dalam tubuh atau di dalam aliran darah. Dalam jangka waktu tertentu, perkara ini akan menjadi penyakit yang sukar untuk disembuhkan. Belum lagi jenis-jenis bahan transgenik lainnya yang mampu menghilangkan fungsi-fungsi utama manusia.

Salah satu forum antarabangsa yang membahas masalah ini adalah pertemuan National Association of Nutrition Professional (NANP- 2005 Conference). Dalam persidangan yang berjudul “Codex and Nutricide’, Dr. Rima Laibow dari Natural Solutions Foundation (sila rujuk di www.HealthFreedomUSA.org) mengatakan, “…mereka yang menguasai makanan akan menguasai dunia… Mereka telah mengatakan pada tahun 1962 bahawa Projek Codex Alimentarius secara global akan dijalankan pada 31 Disember 2009. Projek Dunia ini diarahkan oleh WHO dan FAO, dua lembaga dunia di bawah PBB...”
 
 
Dalam ceramahnya, Dr. Laibow tiba-tiba menyuruh para hadirin untuk diam seketika. Dia kemudian berkata, “Pada tahun 1994, secara diam-diam, di luar pengetahuan masyarakat Amerika, Codex menyatakan bahawa Gizi pemakanan adalah racun, yang bermaksud berbahaya dan harus dijauhi. Di bawah ketentuan Codex, semua lembu di muka bumi ini WAJIB diinjeksi dengan hormon pertumbuhan yang dikeluarkan oleh Monsanto. Dan lebih jauh lagi, semua haiwan ternakan yang dijadikan sebagai sumber makanan di planet ini harus disuntik bahan anti biotik khusus dan hormon pertumbuhan buatan.”

Dr. Laibow melanjutkan, “Menurut perhitungan WHO dan FAO, jika projek mereka ini terus berjalan lancar, sekitar 3 milion orang akan mati. Iaitu kematian yang sukar dicegah yang disebabkan gizi.”

Jadi siapa yang mampu untuk memeruskan hidup? Dr. Laibow berkata, “Hanya mereka yang kaya, yang mampu mendapatkan gizi dan vitamin dalam makanan mereka yang akan dapat meneruskan hidup.”

Kegusaran ini bukanlah tanpa asas yang kukuh. Ada fakta dan bukti yang sukar dibantah mengenai hal tersebut. PBB sendiri telah mengeluarkan berdozen dokumen rasmi yang meminta pengurangan populasi dunia sehingga 80%. Salah satunya di dalam Konferen Perempuan Sedunia di Beizing (1997), di mana setiausaha FAO dengan tegas mengatakan, “Kami akan menggunakan makanan sebagai senjata melawan masyarakat.”

Dengan kata lain, PBB melalui FAO dan WHO akan mempergunakan makanan, termasuk bahan-bahan yang akan masuk ke dalam tubuh manusia, sebagai sebahagian dari senjata ampuh yang besar dan kompleks, bernama “Pengawalan Populasi”. Digunakan untuk mengurangkan jumlah populasi dunia, seperti yang diamanatkan kaum Pagan Kuno berabad silam lamanya.

Dalam tulisan keenam akan dipaparkan beberapa zat aditif berbahaya yang diletakkan ke dalam bahan makanan dan juga bahan-bahan kesihatan. Namun pihak konspirasi mengatakan zat aditif sangat berguna dan menguntungkan bagi kesihatan tubuh manusia.
 
 
Pelbagai penyakit baru terus muncul satu demi satu menghinggapi manusia dan penyakit-penyakit ini belum lagi dinumpai ubatnya yang mampu menyembuhkan 100%, seperti virus HIV, dan juga Virus H5N1. Kita tentu masih ingat, setiap kali ada mangsa yang meninggal akibat virus ini, media massa mahupun cetak atau elektronik sentiasa menyebutnya sebagai ‘Suspect Selsema Burung’ dan bukan dipastikan lagi kesahihannya.

Ubat-ubatan kimia yang dikeluarkan oleh dunia medik dan digunakan oleh para doktor terhadap pesakitnya ternyata tidak bebas dari kesan sampingan.Jika digunakan ubat ini secara berterusan, ini akan menimbulkan penyakit lain. Ini disebabkan penyakit akan menjadi lebih kuat melawan dan pengguna ubat akan menambah dos ubat supaya dapat melawan penyakit. Dan keadaan ini akan berterusan.

Penyemburan insektisida yang menjadi racun kepada pengguna

Parahnya, pelbagai bahan konsumsi manusia yang berasal dari alam pun tidak lagi sihat. Sayuran dan buah-buahan misalnya, dalam perawatannya selalu disembur dengan herbisida atau insektisida yang tidak elok untuk kesihatan manusia. Belum lagi zat pengawet yang biasa diberikan kepada sayuran dan buah-buahan import agar lebih tahan lama dan tidak mudah busuk, juga menambahkan peratusan zat kimia berbahaya yang semestinya akan memasuki ke dalam tubuh manusia jika digunakan. Lama-kelamaan, zat-zat yang jumlahnya mungkin sangat kecil ini, boleh menjadi besar kerana bahan kimia ini akan mendap di dalam tubuh dan mula menjadi penyakit.

sebagai contoh, seorang perempuan yang sejak muda sering memakan mee segera atau makanan yang mengandung Monosodium Glutamat (MSG) atau bahan penyedap atau penambah rasa yang lazim ditambahkan ke dalam banyak produk makanan. Lama kelamaan, lima sehingga sepuluh tahun lagi, pasti perempuan itu akan tumbuh kista di dalam tubuhnya yang boleh menjadi semakin teruk sehingga menjadi tumor. Banyak sekali kes ini diseluruh dunia.

Mengeluarkan kista pada badan pesakit

Ironinya, penggunaan MSG dipromosikan oleh media massa secara besar-besaran sebagai zat yang mampu menyedapkan rasa dan kenikmatan sesuatu makanan, namun tidak dipaparkan secara jujur kesan sampingan yang membahayakan bagi tubuh manusia. Berbagai penelitian dari dunia medik tentang bahaya MSG pun tidak dihebohkan secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh. Akibatnya, hanya orang-orang yang mengambil berat terhadap kesihatan akan berusaha sekuat tenaga menghindari penggunaan zat aditif tersebut. Sedangkan golongan yang tidak mendapat informasi, dan kelompok ini jauh lebih besar bilangannya, tidak mengetahui akan bahaya tersebut dan terus-menerus mengkonsumsi makanan yang tidak sihat tersebut. Akibatnya, pelbagai penyakit merka alami dan deritai. Kebiasaannya kisah mereka berakhir dengan kematian kerana golongan ini tidak mepunyai wang yang cukup untuk membuat rawatan.

Ayam yang penuh dengan hormon

Satu contoh lagi tentang zat aditif. Tahukah Anda setiap ayam goreng yang disajikan oleh restoran-restoran fasfood ternama di dunia merupakan ayam yang dari telur hingga dewasa dan dipotong, tempoh hidupnya tidak sampai dua bulan? Ayam tersebut membesar dengan cepat disebabkan suntikan hormon yang diberikan secara berkala dengan jumlah yang besar. Hormon tersebut tidaklah hilang walaupun ayam tersebut digoreng. Hormon itu tetap ada dan masuk ke dalam perut kita ketika kita memakannya. Inilah penjelasan mengapa anak-anak remaja sekarang banyak yang menderita obesiti dan pelbagai macam penyakit. Jika masih ragu, tontonlah filem semi dokumentari yang cukup menghiburkan berjudul ‘Super Size Me’.
 
 
Cuba kita tutup mata sekarang, dan buka kembali, hilangkan semua persepsi dan paradigma yang ada selama ini. Kita akan dapat melihat dengan jelas  sekarang ini pelbagai kejadian berlaku di sekeliling kita, peperangan, propaganda media massa, masalah ekonomi, penyakit, konflik, makanan, dan bahkan ubat-ubatan. Adakah ini berlaku dengan sendirinya? Tentu sangat naif jika kita berfikir demikian.

Fluorin

Zat kimia ini secara umum dianggap sebagai zat ampuh untuk memperkuat tulang gigi. Sebab itu, zat ini banyak diletakkan di dalam ubat gigi. Bahkan 66% air minuman penduduk AS telah dicampuri zat ini secara sengaja. Benarkah fluorin berguna?

Jawapan yang ada mungkin akan mengejutkan kita semua. Fluorin telah dikaji oleh ramai pakar kesihatan dan ternyata ia mengandungi bahan berbahaya untuk tubuh. Antara lain boleh menyebabkan barah tulang, oestoporosis, masalah sendi, turunnya kadar testoteron dan estrogen, dan boleh merosakkan lapisan enamel gigi.

Sekarang, pergilah ke kedai atau pasaraya yang ada. Carilah racun tikus. Dan lihat apa bahan utama untuk membuat racun tikus? Jawapannya adalah Sodium Fluoride. Ini adalah zat kimia ionik yang paling beracun selepas Potasium Dikromat. Ketika ini, perusahaan-perusahaan besar yang bergerak di dalam perniagaan air minuman telah memasukkan fluoride ke dalam produk mereka. Perkara ini dilakukan tanpa meletakkan keterangan sedikit pun di dalam label produknya.

“Fluoride memang tidak memiliki faktor yang menguntungkan secara biologi, ” tegas Dr. Rima Laibaow dari Natural Solutions Foundation.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment