ni adalah senarai yang diperolehi daripada hottnez.com mengenai tempat-tempat yang mungkin anda tidak mahu menetap.
Dharavi in Mumbai, India
Dharavi
adalah kawasan setinggan yang paling sesak di Asia. Kos bagi sewa di
kawasan ini adalah kira-kira RM 11 untuk sebulan. Namun begitu, amatlah
sukar untuk mempercayai yang jumlah bersih pendapatan penduduk disini
hampir-hampir berjumlah 650 juta USD setahun.
Rocinha – Rio de Janeiro, Brazil
Kawasan setinggan
yang terletak di Rocinha, Brazil ini kelihatan lebih moden berbanding
di Dharavi. Walaupun kelihatan biasa namun tempat ini amatlah bahaya
untuk diduduki. Ini kerana tempat ini dipenuhi dengan pengedar dadah dan
penuh dengan keganasan. Tidak cukup dengan itu, tempat ini juga
terdedah dengan banjir dan tanah runtuh.
Kibera in Nairobi, Kenya
Kibera
yang bermaksud hutan ini merupakan tempat tinggal lebih sejuta penduduk
Kenya. Tempat ini dipenuhi dengan sampah dan sering kali tempat ini
digelar ‘hutan sampah’. Kebanyakan penduduk Kibera merupakan Africa
Muslim dari Kenya. Apa yang membuatkan tempat ini menjadi teruk adalah
kekurangan bekalan air dan elektrik, juga penuh dengan penyakit yang
tidak terkawal terutama sakali penyakit AIDS.
Linfen, China
Linfen
merupakan antara bandar yang tercemar didunia. Dipenuhi dengan asap dan
debu tempat ini bukanlah pilihan untuk orang menetap. Seramai tiga juta
penduduk disini terdedah dengan keracunan air beracun yan dipenuhi
dengan kandungan arsenic yang amat tinggi. Seluruh tempat disini
mengeluarkan asap dan ramai penduduk disini terdedah dengan kanser.
Kabwe, Zambia
Kawasan perlombongan emas yang mengandungi kandungan racun yang amat tinggi.
Chernobyl, Ukraine
Akibat
kejadian Chernoby pada tahun 1986 yang meletusnya reaktor nuklear yang
menyebabkan lebih 5.5 juta penduduk disini mendapat kanser tiroid. Tahap
radiasi disini adalah 100 kali ganda tinggi daripada kejadian di
Hiroshima dan Nagasaki.Bukan hanya binatang dan manusia sahaja yang
terkena kesan daripada radiasi ini malah tidak terkecuali
tumbuh-tumbuhan. Adalah mustahil untuk hidup dikawasan ini.
Dzerzhinsk, Russia
Merupakan
tempat yang paling tercemar dengan kesan kimia yang tinggi. Tempat ini
adalah kawasan pembangunan senjata kimia dan pusat kajian kimia. Disini
purata jangka hidup bagi lelaki adalah 42 tahun manakala bagi wanita
pula adalah 47 tahun. Kandungan fenol dan dioksin di perairan Dzerzhinsk
melebihi had biasa sebanyak 17 000 000 kali ganda.
Cubatão – São Paulo, Brazil
Di
kenali sebagai lembah kematian kerana tahap pencemaran yang amat tinggi
dan menghapuskan seluruh tumbuh-tumbuhan dikawasan ini dan menyebabkan
kelahiran tidak normal bagi bayi yang baru lahir disini.
Bassac Apartments, Cambodia
Basaac
Apartments sepanjang 300 meter telah dibina disebabkan oleh inisiatif
untuk mendirikan projek perumahan kos rendah sosial pada tahun
1960-anoleh pengarah perancangan bandar Lu Ban Hap.Walaubagaimanapun,
projek perumahan yang dibiayai kerajaan telah menjadi tempat bagi 2500
pelarian sejak 1979 apabila penyewa mengosongkan rumah kerana berlakunya
banyak kerosakan. Struktur yang dibuat daripada konkrit dan bata kini
telah memberi laluan kepada jurang berbahaya di antara dinding konkrit
yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan parasit. Bangunan ini boleh runtuh
pada bila-bila masa sahaja dan menanam hidup-hidup 2500 orang penduduk.
Mogadishu, Somalia
Mogadishu,
bekas sebuah pelabuhan yang maju telah menyaksikan perebutan 17 tahun
antara kem tentera sejak kejatuhan kerajaan pada tahun 1991. Ia bertukar
menjadi bandar yang paling huru-hara dan bandar anarki dalam dunia,
yang dipenuhi dengan kekacauan dan pemberontakan sivil. Hanya baru-baru
ini, kerajaan persekutuan yang baru telah mengambil tampuk kawalan dan
cuba lagi untuk mewujudkan semula undang-undang dan ketenteraman.
By: shut
No comments:
Post a Comment