Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari
Cuba . Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan
ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus
kasturi. Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun.
Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan
bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak makhluk ini,
kerana mereka suka menggigit manusia.
Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak
boleh terbang di planet ini, sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan
perjalanan yang jauh melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau
naik dari tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu
mencapai berat sehingga 8kg
Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah,
terutama di kawasan Itali. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih,
dengan empat kaki kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular
kecil. Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini
mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak
dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai pendengaran dan deria
bau yang sangat tajam.
Kelawar Bumblebee dapat ditemui di gua-gua batu
kapur, Tenggara Thailand dan Burma. Bumblebee dewasa panjangnya hanya satu inci
dari kepala ke ekor. Kelawar ini membesar dengan memiliki ciri lain yang
membezakannya dengan kelawar lain, iaitu muncungnya yang menyerupai muncung
khinzir.
6 - Ichthyophis Kohtaoensis
Ichthyophis Kohtaoensis adalah amfibia yang
ditemui di Kamboja, Laos dan Thailand. Makhluk ini memiliki tubuh seperti ular
dengan ekor runcing. Reptila ini memiliki tubuh kelabu gelap dengan perut
kuning. Salah satu ciri yang membuat reptilia ini unik adalah ia memiliki dua
otot yang mengawal rahang.
Sehingga abad ke-19 para saintis menganggap
bahawa haiwan ini sudah mati bersama dinosaur. Namun, ini terbukti tidak benar,
kerana beberapa nelayan pernah menangkapnya dan juga terdapat beberapa penemuan
bangkai makhluk ini. Yu ini terlihat mirip dengan belut, ia memiliki tubuh
memanjang. Haiwan ini memiliki kepala berbentuk segitiga dengan tubuh panjang.
Ikan ini tergolong didalam kumpulan ikan yang menggerunkan.
Monito Del Monte adalah istilah Sepanyol untuk
“monyet kecil”. Tapi nama ini tidak benar. Monito Del Monte sebenarnya adalah
marsupial yang hidup di Chili dan Argentina. Spesies mamalia ini dianggap pupus
lebih dari 11 juta tahun yang lalu. Namun, penjelajah modern menemui makhluk ini
di era modern. Marsupial kecil ini memiliki tubuh tikus dengan bulu coklat dan
besar, telinga runcing dan ekor panjang. Ciri – ciri yang membezakan haiwan ini
adalah matanya yang besar dan ia hidup di pohon-pohon di hutan hujan. Ekor
panjang membantu ia untuk berayun dari cabang ke cabang.
Jenis Kijang ini sangat jarang ditemui di gurun
Sahara. Spesies ini memiliki gigi persegi seperti lembu. Juga, tanduk spesies
ini sangat panjang dan melengkung
Dugong adalah haiwan laut besar yang sangat
menyerupai Manatee. Sementara makhluk-makhluk sejenis yang berada dalam keluarga
yang sama disebut Sirenia, mereka berbeza dari Manatee. Dugong dapat ditemui di
perairan utara Australia dan wilayah Indo-Pasifik. Mamalia ini memiliki tubuh
panjang dengan dayung seperti sirip ke arah kepala. Ekor haiwan ini mirip dengan
ekor lumba-lumba. Makhluk ini memiliki mulut yang terkeluar dan berada dalam
posisi menegak dengan kepala terbalik ke bawah, sehingga mudah untuk memakan
rumput di dasar laut.
Saola setakat ini merupakan mamalia yang paling
jarang ditemui di Bumi. Makhluk ini adalah berasal Vietnam dan Laos. Haiwan ini
membesar dengan tinggi sekitar 3 meter. Sekilas pandang terlihat mirip dengan
kambing. Mamalia ini memiliki ekor kecil dan telinga panjang. Namun, haiwan ini
memiliki ciri yang sangat berbeza dengan kambing. Ia memiliki bintik-bintik
putih dan garis-garis pada wajahnya.
No comments:
Post a Comment