1. Somalia
Somalia adalah sebuah negara di pesisir Afrika Timur yang ada secara de jure. Somalia tidak mempunyai pemerintah pusat yang diakui, tidak ada mata wang nasional atau ciri-ciri lain yang berhubungan dengan sebuah negara berdaulat.
Kuasa
pemerintahan berada di tangan pemerintah yang tidak diakui, iaitu
Somaliland, Puntland dan Gembong iaitu kumpulan militan kecil yang
saling bermusuhan, di mana ketiga-tiganya memimpin pemerintahan .
Somalia telah menduduki peringkat 1 Failed State Index selama beberapa
tahun terakhir.
2. Zimbabwe
Ekonomi Zimbabwe terus mengalami kemorosotan selama beberapa waktu. Inflasi negera ini terus meningkat hingga 2,2 juta peratus,[1] yang menjadi inflasi tertinggi di dunia.[2] Akibat inflasi yang tinggi tersebut, bank sentral Zimbabwe sudah mengeluarkan 4 versi mata wang sehingga sekarang.
Terakhir
sekali bank sentral Zimbabwe mengeluarkan pecahan $
100,000,000,000,000 (100 triliun dolar!!!!) yang menjadi wang dengan
nominal terbesar di dunia yang kemudian digantikan dengan dolar versi
ke-4 di mana setiap $ 100,000,000,000,000 (100 triliun dolar) wang
lama digantikan menjadi $1 wang baru.
Dengan
ekonomi yang terus buruk sekarang bank sentral Zimbabwe memutuskan
untuk membenarkan rakyatnya menggunakan mata wang dolar Amerika
sebagai mata wang untuk menstabilkan kembali ekonomi Zimbabwe.
3. Sudan
Sudan adalah negara yang terletak di timur laut Afrika. Sudan adalah negara terbesar di Afrika dan di daerah Arab dan kesepuluh terbesar di dunia. Lokasi sekolah hanya terdapat di sejumlah bandar, yang mana kebanyakan sekolah yang terletak di bahagian Selatan dan Barat telah rosak malah hancur akibat konflik di negara tersebut.
Pada
tahun 2001, Bank Dunia menganggarkan bahawa jumlah pelajar Sekolah
Dasar adalah 46% dan 21 % dari pelajar sekolah menengah yang terdiri
dari pelajar yang memenuhi syarat. Tahap pencapaian persekolahan di
Sudan sangat pelbagai, di beberapa bahagian hanya mencapai di bawah 20
%.
Sudan
mempunyai 19 universiti berbahasa Arab. Pendidikan di tingkat
menengah dan pendidikan tinggi di universiti mengalami masalah
halangan yang serius disebabkan oleh sebahagian besar penduduk lelaki
terlibat dengan operasi ketenteraan sebelum dapat menyelesaikan
pendidikan mereka.
4. Chad
Chad dalah sebuah negara di Afrika Tengah yang terkurung di daratan. Chad bersempadan dengan Libya di sebelah utara; Republik Afrika Tengah di selatan; Niger di barat; Sudan di timur; dan Nigeria serta Cameron di barat daya.
Disebabkan
oleh jaraknya dan kebanyakan kawasannya yang beriklim gurun, negara
berkenaan dirujuk sebagai ‘jantung mati Afrika.’ Sebagai negara bekas
jajahan Perancis yang terbesar, Chad dikategorikan negara miskin.
Lebih
dari 75% penduduknya berada dalam keadaan melarat. Pada 2000-an,
keadaan relatif semakin bertambah baik karena pendapatan per kapitanya
sudah melebihi US$1.000.
5.Republik Demokratik Congo
Perang bersaudara berlangsung berpanjangan di Congo sejak 1998 yang menghancurkan serta menyeret seluruh wilayah tersebut dan negara-negara di sekitarnya.
Akibat
peperangan tersebut telah menghancurkan infrastruktur dan ekonomian
negara tersebut hingga akhirnya PBB mengambil alih permasalahan di
negara itu dan memaksa Presiden Joseph Kabila mengadakan Pilihanraya
Umum pada 30 Julai 2006.
6.Iraq
Iraq adalah sebuah negara di Timur Tengah atau Asia Barat Daya, yang meliputi sebahagian terbesar daerah Mesopotamia serta hujung barat laut dari Pergunungan Zagros dan bahagian timur dari Gurun Syria.
Negara
ini bersempadan dengan Kuwait dan Arab Saudi di selatan, Jordan di
barat, Syria di barat laut, Turki di utara, dan Iran di timur. Iraq
mempunyai bahagian yang sangat sempit dari garis pantai di Umm Qashr
di Teluk Persia.
7. Afghanistan
Afghanistan merupakan sebuah negara yang relatif miskin, sangat bergantung pada pertanian dan peternakan. Ekonominya lemah akibat masalah politik dan ketenteraan terkini, tambahan kemarau kuat dengan kesukaran bangsa antara 1998-2001.
Sebahagian
penduduk mengalami krisis makanan, perhubungan, tempat tinggal, dan
minimumnya rawatan kesihatan. Keadaan ini diburukkan lagi oleh operasi
ketenteraan dan ketidakstabilan politik. Inflasi menimbulkan banyak
masalah.
Menyusul
perang keganasan yang dipimpin AS selepas jatuhnya Taliban pada
November 2001 dan pembentukan Otoriti Interim Afganistan (AIA) yang
terhasil dari Persetujuan Bonn Desember 2001, usaha antarabangsa untuk
membangun kembali Afganistan dibawa di Konferensi Donor Tokyo untuk
pembangunan Afganistan pada Januari 2002, di mana $4,5 juta
dikumpulkan untuk dana wilayah yang akan diatur oleh Bank Dunia.
Wilayah
keutamaan untuk pembangunan termasuk pembangunan pendidikan,
kesihatan, dan fasiliti kesihatan, peningkatan kapasiti pentadbiran,
perkembangan sektor pertanian, dan pembangunan kembali sistem
perhubungan, tenaga, dan jaringan telekomunikasi.
8.Republik Afrika Tengah
Pada asalnya jajahan negara Perancis, Republik Afrika Tengah merdeka pada tahun 1960. Negara baru ini dengan cepat jatuh kepada pemerintahan diktator di bawah presiden pertamanya, David Dacko.
Pada
tahun 1966 Dacko digulingkan oleh sepupunya, Jean Bedel Bokassa yang
mendirikan kerajaan militan dan menjadi diktator yang berperangai
pelik. Pada tahun 1976 Bokassa mengisytiharkan dirinya sebagai
maharaja dan dinobatkan dalam upacara yang serba mewah dan mahal yang
dikritik oleh banyak negara lain.
Dia
juga kerap melanggar hak asasi manusia serta menyokong gerakan
anti-Perancis. Akibatnya, pemerintahan Perancis merencanakan rampasan
kuasa terhadap pemerintahannya dan pada 1979 Dacko kembali berkuasa di
negara tersebut.
Pemberontakan
yang kedua terjadi pada 1981, dan pemerintahan demokrasi mulai
bermula pada 1993. Namun pada 2003, rampasan kuasa terjadi sekali
lagi, di mana François Bozizé mengambil alih kekuasaan.
9. Guinea
Sebelumnya dikenali sebagai Guinea Perancis (bahasa Inggeris: French Guinea), sekarang negeri ini kadang-kadang disebut Guinea-Conakry untuk membezakannya dengan jirannya, Guinea-Bissau. Ibukota, pusat pemerintahan, dan bandar terbesarnya adalah Conakry.
10. Pakistan
Sebuah
negara yang terletak di Asia Selatan. Pakistan bersempadan dengan
India, Iran, Afganistan, China dan Laut Arab. Dengan lebih dari 150
juta penduduk, Pakistan adalah negara keenam negara dengan jumlah
penduduk teramai di dunia.
Pakistan
juga menduduki kedudukan ketiga negara teramai berpenduduk Islam di
dunia (selepas Indonesia dan India) dan juga salah satu sebuah negara
anggota penting OIC.
11. Pantai Gading
Pantai Gading adalah sebuah negara di Afrika Barat yang bersempadan dengan Liberia, Guinea, Mali, Burkina Faso, dan Ghana di sebelah barat, utara dan timur serta dengan Teluk Guinea di sebelah selatan.
Sebelumnya,
salah sebuah negara termakmur di wilayah tropika Afrika Barat,
perkembangan ekonominya telah terencat oleh kekacauan politik yang
ditimbulkan oleh korupsi dan penolakan reformasi.
12. Haiti
Negara yang terkena salah satu gempa terdahsyat tahun lalu mempunyai GDP per kapita sebesar 790 USD atau kira-kira $2/orang/hari!!
13. Burma (Myanmar)
Sebuah negara di Asia Tenggara. Negara seluas 680 ribu km² ini telah diperintah oleh pemerintahan tentera sejak rampasa kuasa tahun 1988.
Negara
ini adalah negara berkembang dan mempunyai penduduk lebih dari 50
juta orang. Ibu kota negara ini sebelumnya terletak di Yangon sebelum
dipindahkan oleh pemerintahan junta tentera ke Naypyidaw pada 7
November 2005.
Pada
1988, terjadi gelombang demonstrasi besar menentang pemerintahan
junta tentera. Gelombang demonstrasi ini berakhir dengan tindakan
kekerasan yang dilakukan tentara terhadap para demonstran. Lebih dari
3000 orang terbunuh.
Semasa
pilihanraya 1990 partai pro-demokrasi pimpinan Aung San Suu Kyi
memenangi 82 % suara namun keputusan pilihanraya ini tidak diakui regim
tentera yang berkuasa.
14. Kenya
Kenya adalah republik demokrasi perwakilan dengan sistem presiden, di mana Presiden Kenya menjadi ketua negara dan ketua pemerintahan sekaligus. Negara ini juga memakai sistem pelbagai parti.
Kekuasaan
eksekutif dipegang oleh pemerintah, yang juga memegang kekuasaan
legislatif bersama National Assembly. Sistem kehakiman tidak
dipengaruhi oleh dua sistem tersebut.artikelberita
No comments:
Post a Comment