"
Rhea, "the mother of gods"
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka.
Rhea ( /ˈriː.ə/; Ancient Greek: Ῥέα) was the Titaness daughter ofUranus, the sky, and Gaia, the earth, inGreek mythology. She was known as "the mother of gods". In earlier traditions, she was strongly associated with Gaia and Cybele, the Great Goddess, and was later seen by the classical Greeks as the mother of theOlympian gods and goddesses, though never dwelling permanently among them on Mount Olympus. The Romans identified Rhea with the Goddess Ops.
Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent.
Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau
Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti
melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan
tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother
Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang
mereka anggap sebagai tuhan.
Dalam
tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang fakir dan miskin,
akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh
meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan
kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad
keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke
kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan
Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.
Amalan
dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai
penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa
spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara
mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering
Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka
terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
Julia Ward Howe
Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe.
Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The
Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu
patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah"
dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan
Zionis dalam mencaturkan politik dunia.
Anna Jarvis
Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari
Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau
telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia
agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian
ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu,
Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.
Anna
Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri,
golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara
meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada
tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan
wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson,
secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum
dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun
sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang
berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki,
Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua
dalam bulan Mei.
No comments:
Post a Comment