Black Mountain atau Gunung Hitam yang
terletak di Bandar Cooktown, Queensland, Australia, bukan sekadar nama
sahaja. Tetapi ianya memang kelihatan berwarna hitam apabila dilihat
dari jauh dan ternyata kewujudannya penuh dengan misteri.
Sekali pandang, ia hanyalah gunung
biasa, dipenuhi batu granit yang membentuk gua-gua kecil yang menjadi
habitat bagi pelbagai jenis hidupan liar seperti katak bukit, walabi,
ular, kelawar dan sebagainya.
Namun disebalik zahirnya yang kelihatan
biasa itu, tersimpan pelbagai peristiwa yang masih belum terungkai
sehingga kini. Sayang sekali kerana belum ada individu yang dapat
menceritakan rahsia Gunung Hitam secara jelas. Ini kerana, setiap yang
melangkah masuk ke kawasan Gunung Hitam akan hilang tanpa meninggalkan
kesan atau hilang akal jika terselamat.
Pada Tahun 1877, seorang pengembara
yang menaiki kereta kuda telah melalui kawasan gunung tersebut. Dengan
tiba-tiba roda kereta kudanya tertanggal dan kereta kudanya pun
terbabas. Dia kemudiannya turun untuk memeriksa dan sejak itu dia tidak
ditemui lagi.
Hanya bangkai kereta kudanya yang
ditemui. Pengembara itu dan kuda-kudanya telah hilang entah ke mana. Ini
berdasarkan kesan tapak kakinya mereka yang ditemui menunjukkan
kehilangan mereka secara tiba-tiba. Malah tiada tanda-tanda mereka
diserang binatang buas atau berjalan ke tempat lain.
Tiga Belas Tahun kemudian, Ketua Polis
Cooktown, Sarjan Isaac sedang mengejar seorang penjenayah hingga ke
Gunung Hitam. Sebaik ternampak musuh yang dijejaki itu memasuki salah
sebuah gua, Isaac pun mengekorinya. Hingga ke hari ini, kedua-dua mereka
tidak diketahui nasibnya.
Kemudian seorang bekas komando diupah
untuk mencari Isaac, tetapi dia juga lenyap tanpa khabar berita. Misteri
satu demi satu kehilangan itulah yang membuatkan Gunung Hitam bukan
saja dipinggirkan tetapi amat digeruni.
Bagaimanapun, masih ada orang yang
berminat untuk mengunjungi kawasan itu. Salah seorang daripada mereka
adalah Harry Owens, pengawal stesen Cooktown. Beliau pergi ke Gunung
Hitam dengan alasan untuk memburu lembu-lembu liar.
Walaupun dihalang oleh rakan-rakannya,
beliau tetap berkeras dan meneruskan hajatnya. Setelah tidak pulang
menjelang malam, rakan-rakanya segera membuat laporan polis.
Usaha besar-besaran dilakukan oleh pihak
berkuasa untuk mencarinya. Dua orang anggota pencari telah ditugaskan
untuk memasuki sebuah gua yang terdapat disitu dengan berbekalkan
peralatan yang lengkap.
Setengah jam kemudian, hanya seorang yang berjaya merangkak keluar dan menyebabkan rakan-rakan mereka yang lain menjadi panik.
Sekalipun pencari itu tidak mengalami sebarang kecederaan, dia tidak dapat menceritakan apa yang telah dialaminya.
Dia seolah-olah kebingungan dan
mengalami ketakutan yang amat sangat. Selepas histeria beberapa lama,
dia menghembuskan nafas terakhir tanpa meniggalkan sebarang maklumat
berkaitan peristiwa berlaku di Gunung Hitam.
Pada tahun 1932 pula, seorang lagi
didapati hilang selepas memasuki salah sebuah gua di Gunung Hitam. Dia
yang dikenali sebagai Henry Page sedang menjalankan kajian tentang
kehilangan-kehilangan yang berlaku sebelum ini.
Kemudian, dua orang pemuda Orang Asli
yang mahir tentang ilmu hutan diupah untuk mencarinya. Malangnya, mereka
juga lenyap tanpa berita padahal mereka terlalu biasa dengan keadaan
hutan di situ.
Pihak polis Cooktown kemudiannya
menjalan operasi menyiasat dengan menggunakan pelbagai alatan tercanggih
pada masa itu termasuk Live Camera dan Helicopter bagi mengesan apakah
yang terdapat di gua itu.
Nyata semua usaha mereka gagal menemui
sebarang kesan seperti mayat, tulang rangka, pakaian, barang-barang
peninggalan mangsa atau sebaginya. Lebih malang lagi apabila lebih
seratus orang yang dilaporkan hilang dalam operasi itu.
Ada yang berteori mengatakan di gua itu
terdapat satu lubang. Mangsa-mangsa yang hilang mungkin terjatuh ke situ
dan gagal dikesan kerana tiada sebarang cahaya.
Tiba-tiba seorang lagi pemuda di
kalangan Orang Asli yang lebih berpengalaman menawarkan diri untuk
memasuki gua tersebut dan menyiasat. Semua pihak mengharapkan beliau
akan membawa pulang sedikit sebanyak maklumat berkaitan misteri Gunung
Hitam.
Apabila tiba dipintu gua yang berkenaan,
pinggang pemuda Orang Asli itu diikat dengan tali dan tali itu dipegang
oleh puluhan anggota penyelamat yang akan menunggu di pintu gua. Beliau
pun mencuba nasib untuk memasuki gua itu berbekalkan lampu picit
berkuasa elektrik dan sepucuk pistol automatik.
Setelah satu jam, beliau pun ditarik
keluar dengan tali tersebut. Sekali lagi semua yang hadir di situ
menjadi gempar kerana pemuda Orang Asli itu sudah tidak dapat menjawap
sebarang pertanyaan.
Beliau pun segera dikejarkan ke hospital. Selepas satu minggu menerima rawatan, barulah beliau dapat menceritakan pengalamannya.
” Cahaya lampu masih tidak mencukupi
untuk menerangkan seluruh kawasan di dalam gua itu.Yang saya nampak,
hanyalah batu. Semakin dalam saya memasuki gua itu, semakin terasa
panas. Saya menjadi semakin tidak selesa dan gementar ”
” Dalam keadaan itu, tiba-tiba muka saya
ditampar. Saya mengandaikan ianya adalah libasan sayap kelawar yang
amat besar. Saya cuba mendongak untuk melihatnya, tetapi muka saya pula
tertempek oleh sesuatu yang seakan-akan najis ”
” Kemudian saya terdengar bunyi desis
yang kuat dan bergema di dalam kegelapan gua itu. Lantas saya teringat
pada ular-ular tedung yang sering saya temui di sekitar Gunung Hitam ”
” Saya mengeluarkan pistol yang di bawa,
tetapi tiada akal untuk menembak ke arah mana. Pada saat itu, saya
mengalami perasaan takut teramat sangat yang tidak pernah dialami seumur
hidup saya ”
” Dalam keadaan genting itu, saya tidak
dapat mengingati apa yang berlaku seterusnya, sehinggalah saya terasa
tali yang diikat pada pinggang saya ditarik dan kemudiannya saya berada
di pintu gua semula. ”
Malangnya masih belum ada maklumat yang
dapat dikaitkan dengan kes-kes kehilangan sebelum ini. Malah sehingga
kini, misteri Gunung Hitam itu kekal menjadi tanda tanya. Dan cerita
yang deperolehi daripada Pemuda Orang Asli itu juga banyak kekurangannya
berdasarkan tempoh masa yang kejadian itu yang agak lama.
Merujuk kepada penduduk di situ pula,
terdapat pelbagai cerita tentang Gunung Hitam. Ia dianggap amat penting
oleh masyarakat Kaum Asli yang mendiami sekitar kawasan Gunung Hitam
itu. Mereka memanggilnya Kalkajaka yang bermaksud Gunung Kematian.
Terdapat mitos atau lagenda yang
dikaitkan dengan misteri Gunung Hitam itu. Menurut cerita Kaum Asli di
situ, pada masa dahulu terdapat seorang bomoh ilmu hitam yang boleh
mengubah dirinya menjadi mengkarung.
Tetapi bagi memenuhi syarat-syarat dalam
pengamalan ilmu hitamnya itu, bomoh itu harus memakan daging manusia.
Suatu hari, rahsia bomoh itu telah terbongkar, dia diusir kerana
didapati memakan daging kaumnya sendiri.
Bomoh itu lari ke Gunung Hitam. Ketika
itu hujan turun mencurah-curah dan kononya dewa telah menghukumnya
dengan menyumpahnya menjadi batu-batu dan kemudiannya batu-batu itu
bertukar menjadi hitam selepas dipanah petir.
Manakala bagi penduduk-penduduk setempat
pula yakin yang Gunung Hitam terbentuk akibat pergaduhan di antara dua
beradik berkuasa luar biasa yang berebutkan seorang gadis.
Dalam pergaduhan itu. mereka melempar
dan menggolekkan batu-batu besar bagi mengalahkan antara satu sama lain.
Batu yang bertimbun-timbun itulah yang kononya membentuk Gunung Hitam.
Bagaimanapun, fakta yang lebih pasti
adalah kawasan sekitar Gunung Hitam telah dijadikan killing field oleh
pendatang kulit putih untuk membunuh kaum Asli Australia pada 500 tahun
dahulu.
Sesetengah kaum Asli di situ yakin yang
hantu-hantu mangsa pembunuhan itulah yang membalas dendam atas kekejaman
kaum kulit putih dahulu. Malah keturunan daripada kaum Asli yang cuba
untuk membantu kaum kulit putih juga akan turut menerima padah !
No comments:
Post a Comment