"Pernah anda bayangkan jika pemimpin Negara, CEO, penggubal undang-undang adalah terdiri dari kalangan penyembah syaitan? Mungkin kita bayangkan pemimpin agama hanya terdiri dari 2 kumpulan iaitu yang teguh dan patuh dengan agamanya ataupun yang sekular. Sebenarnya terdapat begitu ramai pemimpin tertinggi Amerika adalah terdiri dari penyembah syaitan, dan ramai yang sudi menjadi pengikutnya. Anda tidak percaya. Saya akan dedahkannya di sini.
Golongan ini telah dikawal oleh syaitan melalui Occult (Okultisme). Komuniti ini adalah sangat rahsia dan tidak pernah di dedahkan di media-media utama.
Pemujaan di Bohemian Grove
Illuminati, New World Order, Mason, Bohemian Club adalah
sebahagian dari kelompok penyembah syaitan ini. Terdapat ritual pagan
yang dilangsungkan di Bohemian Grove di mana telah dilangsungkan acara Cremation of Care Ceremony iaitu
mengorbankan seorang anak dengan cara di bakar hidup-hidup. Upacara ini
di lakukan secara rutin setiap tahun dan pernah dihadiri oleh Presiden Bush, Bill Clinton, Richard Nixon, Jimmy Carter, Colin Power, Hendry Kissinger dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang terkenal.
Pada upacara ini, mereka menyembah sebuah patung burung hantu raksasa setinggi 40 kaki (gambar di atas). David Rockefeller juga adalah salah seorang dari anggota bohemian club. Arnold Schwarzenegger juga pernah menghadiri pertemuan-pertemuan ini.
Pada upacara ini, mereka menyembah sebuah patung burung hantu raksasa setinggi 40 kaki (gambar di atas). David Rockefeller juga adalah salah seorang dari anggota bohemian club. Arnold Schwarzenegger juga pernah menghadiri pertemuan-pertemuan ini.
Sekilas Mengenai Bohemian Grove
Lokasi Bohemian Grove
Ronald Reagan, Glenn T. Seaborg dan Richard Nixon di Bohemian Grove
1. dibentuk tahun 1872 oleh 5 orang warga Amerika. Kelab ini terletak 75 batu di luar San Fransisco.
2. Bohemian Grove ini merangkumi kawasan seluas 2700 ekar.
3.
Motto: “Weaving spiders come not here”, diambil dari salah satu
ungkapan Shakespeare yang berarti, tinggalkan ‘dirty business’mu di luar
dan jangan bawanya kedalam.
Motto Bohemian Club
4.
ada sekitar 1.500 VIP waiting list yang telah membayar sebanyak $2500
untuk “initiation fee” ditambah yuran tahunan sebanyak $600. Nilai
sebanyak $3100 untuk tahun pertama tidak lah mahal jika dibandingkan
dengan pendapatan mereka, namun peluang untuk menjadi anggota ini
sangatlah terhad dan sukar. Hanya orang yang dipercayai boleh menjadi
anggota Bohemin Grove. Seorang ahli yang menganggotai kelab selama 40
tahun lebih dapat menjadi pemilih untuk memilih seorang anggota baru.
5. Keluarga Bush mempunyai generasi ke 3 yang menjadi anggota kelab
6. Grove ini dipenuhi dengan patung pagan berpusatkan sebuah patung burung hantu yang juga di sebut "Moloch"
Moloch telah dipuja sejak dahulu kala lagi
Gambaran penyembahan Moloch
Pada hari sabtu pertama perkemahan, ritual Cremation of Care di laksanakan sebelum makan malam. Ritual ini dimulakan dengan diiringi oleh suatu kumpulan lelaki berjubah merah dengan kepala tertutup, beberapa orang menyayikan lagu-lagu penguburan sementara terdapat beberapa orang lain yang membawa obor. Sebuah peti terbuka berisi tubuh yang di tutup dengan kain tipis dan kayu di bawa pada majlis tersebut.
Menurut G. William Domhoff penulis The Bohemian Grove and Other Retreats. Ritual ini memberi simbolik bahawa semua minat dan penderitaan yang perlu ditanggung dalam kehidupan seharian, sehinggalah ini perlu di bakar.
Mary Moore seorang aktivis dari Sonoma Country yang
menjumpai jaringan kwahlian dan kelab Bohemian Grove, yang juga salah
seorang daripada orang yang merancang melakukan demonstrasi di luar
grove sejak 1980. Beliau telah memuat senarai panjang dan lengkap dari
semua pidato-pidato yang diberikan oleh tokoh-tokoh penting selama
bertahun-tahun, diantarnya pidato Dick Cheney pada tahun 1991 ”Defense Problems of the 21st Century” di laman web beliau.
Diantara Ahli kelab Bohemian Grove
- Both George Bushes
- Ronald Reagan
- Henry Kissinger
- Richard Nixon
- Casper Weinberger
- Dick Cheney
- Malcom Forbes
- Colin Powell
- Helmut Schmidt
- Stephen Bechtel (Bechtel Corp.)
- James Baker
- Jerry Cole
- David Rockefeller
- Newt Gingrich
- Tom Johnson (President of CNN and former publisher of LA Times.)
- William Randolph Hearst Jr.
- Jack Howard
- Charles Scripps (Of the Scripps-Howard Newspaper publishers)
- Walter Cronkite (On the CBS board of management)
Dan
juga CEO-CEO terkemuka dan ahli perniagaan. Kebanyakan mereka adalah
bersifat konservatif dari California dan 99% berkulit putih.
Bohemian
Club adalah sebuah organisasi dianggotai orang terkenal dan kaya yang
diadakan 2 minggu setiap tahun. Kumpulan rahsia ini tidak mendapat
perhatian dari media masa dan wartawan. Setiap tahun, dianggarkan
sekitar 1,500 orang menghadiri perjumpaan ini. Mereka terdiri daripada
CEO berpengaruh di dunia, pemerintah, orang yang terlibat dalam ekonomi
dan kewangan dunia, industri, dan pemilik media masa berkumpul untuk
mendengar pidato dan pelan masa hadapan. Mereka juga mengadakan upacara
Druid-like di hadapan patung, lengkap dengan pakaian, api, mantera dan
ritual-ritual lainnya.
Lambang Bohemian Club
Untuk membantu kita meyakini fakta di atas, cuba lihat apa yang terdapat pada wang kertas $1 di bawah.
Itu
adalah illustrasi burung hantu yang bersembunyi di antara gambar-gambar
di atas helaian $1. Tetapi mengapa burung hantu digunakan sebagai
simbol? Bukankah itu hanya menggambarkan seekor burung? Setiap Negara
memiliki burung kebangsaan yang digunakan pada bendera atau lambang
Negara.
Dewi Iblis Lilith Dilambangkan Sebagai Burung Hantu
Burung
hantu adalah burung yang aktif pada waktu malam. Ia menangkap mangsanya
dengan menggunakan cakarnya yang kuat. Burung hantu juga dilambangkan
sebagai sesuatu yang pandai, melambangkan ilmu hitam, shamanisme dan
bulan juga sering menjadi kaitan dengan burung hantu. Burung hantu
memiliki sifat ingin tahu akan segala sesuatu tetapi mereka akan
menunggu dengan tenang sehingga tepat waktunya untuk mencapai tujuan
mereka.
Beberapa mentera digunakan ketika menyembah Lilith yang menjadi perantara untuk berhubung dengan Arcana. Dua organisasi yang menyembah Lilith adalah Ordo Antichristianus Illuminati dan Order of Phosphorus.
Penulis Joshua Seraphim menulis tiga buah buku mengenai Lilith dalam
tulisan-tulisannya yang berjudul ”Rite of Lilith”, ”Confessionis ex
Lilitu" dan ”Lamentations of Lilith”.
Lambang Order of Phosphorus
Lilith muncul sebagai succubus dalam karya De Arte Magicaoleh Aleister Crowley (gambar di bawah) . Lilith juga adalah nama kepada anak pertama Crowley iaitu Ma Ahathoor Hecate Sappho Jezebel Lilith Crowley. Yang juga sering diperkenalkan sebagai babilon dalam tulisan Thelemic.
Aleister Crowley
Dalam sebuah upacara Thelemic yang berdasarkan upacara jerman kuno, mereka mempersembahkan apa yang di sebut Invocation of Lilith (peringatan: artikel Invocation of Lilith ini mengandungi cara memanggil syaitan). Dalam upacara ini, Lilith dihubungkan melalui Burung Hantu.
Lilith yang sinonim dengan burung hantu
Lilith
dalam mitologi kafir adalah isteri pertama Adam. Dia sebagaimana Adam,
diciptakan dari tanah. Dalam mitologi kafir kuno, Hawa adalah ciptaan
setelah Lilith yang diciptakan dari tulang rusuk Adam ketika dia sedang
tidur. Anomaly ini sangat pelik kerana syaitan mahu kita percaya bahawa
telah wujud wanita sebelum Hawa diciptakan.
Dalam lagenda semitic,
Lilith digambarkan memiliki sifat yang suka mengigit Adam dan meminum
darahnya. Dia sama sekali tidak patuh kepada Adam dan ingin memiliki
kuasa yang lebih dari Adam. Lilith mengkhufuri Allah dan dia kemudiannya
terbang dan di buang ke padang pasir yang menjadi tempat tinggal
barunya. Lilith juga digambarkan sebagai ular bersayap dan burung hantu
yang membunuh bayi dan juga menyeksa lelaki yang tidur bersendirian pada
waktu malam.
Dalam mitologi moden,
Lilith adalah symbol feminisme bagi para wanita wanita yang mahukan
kebebasan seperti mahukan kesamarataan hak-hak jantina. Dia bukan hanya
sebuah simbol kekuasan wanita tetapi juga simbol utama dari nafsu yang
wujud di dalam perempuan. Dia juga merupakan satu simbol dari kematian.
"Lilith digambarkan sebagai ular bersayap dan juga suara burung hantu yang MEMBUNUH BAYI"
Pemimpin
ritual Bohemian Grove sedang mengorbankan manusia diiringi teriakan
kasakitan melalui pembesar suara agar dapat didengar oleh semua yang
hadir
Pada tahun 2006 sebuah karya occult oleh Donald Tyson (beliau terlibat dalam upacara di Bohemian grove) yang berjudul Liber Lilithmemberikan
perincian mengenai rahsia kosmologi dari ’Mother Of Harlots’ dan ’Spawn
of all nightbreed monster Lilith'. Buku ini diselamatkan dari
perpustakaan Dr. Dee di Mortlake pada tahun 1580an.
Sebagaimana Lilith adalah dewi iblis Bohemian Grove, demikian juga dengan Baphomet (anak dari Lucifer dan Lilith) dewa iblis bagi Freemansory.
Dalam dunia moden Luciferianisme,
Lilith lebih dianggap sebagai pendamping Lucifer yang diperkenalkan
dalam figure babilon. Lilith diciptakan dari lumpur dan debu, yang juga
dikenali dengan nama Queen of Sucubi. Lilith melahirkan seorang anak
androgynous (memiliki ciri-ciri lelaki dan wanita) yang di panggil
“Baphomet” atau
juga “Goat of Mendes” hasil dari hubungan dengan Lucifer. Baphomet juga
dikenali dalam kalangan Luciferianism sebagai ”God of Witches”.
Bohemian Grove Berakar Dari Luciferianism
Tulisan Michael Ford, ”The Foundation of the Luciferian Path” berpendapat bahwa Lilith membentuk Luciferian Trinity yang mengandungi Lilith, Samael, dan Kain. Lilith disini dikenali sebagai dewi sihir, pemegang watak dark feminime dan juga dikenali sebagai dewi Hecate.
Hecate
Dan apa pula kaitan Hecate dengan gambar di bawah? Anda ada jawapannya?
No comments:
Post a Comment