Apabila disebut Barbossa,
saya yakin ramai dalam kalangan kita akan terbayangkan watak seorang
lanun memakai penutup sebelah matanya seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean.
Namun tahukah kita, sebenarnya watak Hector Barbossa adalah watak yang diadaptasikan dari watak tokoh Islam yang popular dalam dunia peradaban Islam dahulu kala. Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali.(Gambar: Watak Hector Barbossa)

Islam
pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi
Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama
infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia
(Sepanyol) tersebut. Thariq bin Ziyad yang
telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya
menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang
disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar(kini
berada di bawah kuasa Inggeris). Sebuah gunung berhampiran dengan selat
yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era
kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan
Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpinDinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu.
Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M.Bangsa Moor di wilayah Andalusia terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembunuhan umat Islam iaitu dengan pembersihan beramai-ramai kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Pemandangan dari Gibraltar. Sebelah kiri Afrika dan Sepanyol di sebelah kanan.
Sebermulanya era Perang Salib, Eropah telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M.Bangsa Moor di wilayah Andalusia terpaksa melarikan diri ke Afrika utara kerana misi Reconquista diteruskan dengan misi pembunuhan umat Islam iaitu dengan pembersihan beramai-ramai kaum muslim, sebahagian dipaksa murtad dan sebahagian lagi bersembunyi di pergunungan.
Raja Ferdinand II Aragon
Misi ini memuncak ketika raja Ferdinand II dari Aragon berkahwin dengan ratu Isabelladari
Castille, dan selanjutnya dikenali sebagai Ferdinand V of Castille.
Ferdinand merupakan seorang penganut Kristian Katolik yang fanatik. Umat
Islam dan Yahudi dibunuh dengan kejam pada era pemerintahannya. Masjid Cordoba yang bertiangkan 1000 batang kini menjadi gereja, begitu pula Istana Alhambra hanya
tinggal kenangan. Reconquista diteruskan ke arah Afrika utara dan ke
arah timur yang mana tujuan utamanya adalah tanah suci Jerusalem di
wilayah Palestin. Berita kejatuhan Andalusia ini sampai kepada Turki
yang ketika itu dipimpin oleh Sulaiman I The Magnificientyang telah berjaya menakluk Byzantium.
Pada zaman inilah, terdapat dua orang adik beradik yang menjadi pelaut dan biasa berlayar di wilayah perairan Yunani dan Turki. Mereka bernama Aruj dan Hayreddin. Suatu hari kapal mereka telah diserang kapal tentera St. John of Jerusalem atau biasa disebut sebagai Knight of Rhodes. Kejadian ini telah membuatkan adik bongsunya terbunuh. Sejak daripada saat itu, Aruj dan Hayreddin menjadi lanun dan melakukan rompakan ke atas semua kapal-kapal tentera Kristian. Kegiatan ini sangat menggemparkan dan sangat ditakuti oleh tentera Kristian. Mereka dikenali sebagai lanunBarbarossa Brothers kerana kedua-duanya berjanggut merah. Makna negatif Barbarossa dipropagandakan hingga sekarang oleh barat, contohnya perompak pada komik Asterix dan watak Captain Barbossa dalam filem Pirates of the Carribean.
Reconquista (790-1300)

Watak Captain Barbarossa dalam Pirates of the Carribean
Misi
dendam Barbarossa Brothers akhirnya berubah menjadi misi perjuangan
Islam setelah mendengar jatuhnya Andalusia dari tangan orang Islam.
Puluhan ribu bangsa Moor (bahkan yang menghuni di pergunungan) berjaya
mereka selamatkan dengan membawa mereka ke negeri-negeri Afrika Utara
seperti Maghribi, Tunisia dan Algeria, selain itu Algeria dijadikan
pangkalan pertahanan lautnya.
Penguasa
Algeria tidak seramah sultan di Tunisia. Sultan Salim pernah mengusir
Barbarossa ketika sedang bertempur dengan pasukan Kristian Sepanyol.
Aruj mengambil keputusan kekal di Algeria dan akhirnya memimpin bandar
pelabuhan tersebut atas nama kesultanan Turki. Pada tahun 1518, Sepanyol
berjaya menghasut penguasa bandarTlemcen (Tilmisan)
untuk menentang Aruj. Aruj menyerahkan Algeria kepada adiknya Hayreddin
dan beliau berangkat ke Tlemcen tetapi di sana beliau dan tenteranya
terpaksa berperang dengan saudara sendiri yang sesama Islam. Pasukannya
tewas namun Aruj sempat meloloskan diri disebalik ramai yang tertewas.
Namun oleh kerana hubungannya dengan anak buahnya yang lebih daripada
sekadar kepentingan peribadi, Aruj kembali bertempur dan gugur di medan
perjuangan.
Kapal Galilon milik Barbarossa Brothers
Gugurnya
Aruj menjadikan pimpinan armada laut Algeria Barbarossa yang di bawah
Aruj sebelum ini berpindah ke Hayreddin. Sepanyol menyangka era
Barbarossa telah berakhir di tengah-tengah lautan. Lalu, Sepanyol
menghantar 20,000 tenteranya ke Algeria. Pertempuran hebat telah
berlaku, namun Hayreddin berjaya mengalahkan tentera laut tersebut.
Beliau sedar terlalu banyak ancaman dari negeri di sekelilingnya selain
ancaman utama dari Sepanyol. Akhirnya Hayreddin meminta untuk melalui
Algeria supaya penguasa Tunisia dan Tlemcen dialihkan kekuasaannya atas
nama daulah Uthmaniah Turki. Mereka pun bersetuju, sehingga pada tahun
1519 Turki mengangkat Hayreddin sebagai beylerbeyatau wakil Turki di Algeria dan memimpin pasukan Janissari iaitu
pasukan khas tentera elit Turki. Selama Hayreddin memimpin, ramai
bangsa Moor di Andalusia diselamatkan iaitu dengan 7 kali pelayaran
dengan 36 kapal direkodkan.
Kehebatan kapal perang Turki pimpinan Hayreddin Barbarossa
Penguasa
Kristian Eropah mula merasa tergugat dengan kegemilangan Sulaiman I
dari Turki yang telah menguasai daratan dengan pasukan Janissarinya dan
menguasai lautan dengan kehebatan Hayreddin Barbarossa. Pada tahun 1529,
di Pulau Penon,
ketika azan berkumandang, tentera Sepanyol telah menembak meriam ke
menara masjid. Kejadian ini menjadi punca kepada peperangan hebat dan
setelah 20 hari peperangan, pulau tersebut dikuasai Hayreddin. Di
daratan pula, Sulaiman I cuba untuk merealisasikan impiannya untuk
menakluk Vienna, Austria.
Sebanyak dua kali serangan dilancarkan namun kedua-duanya gagal.
Pasukan Turki yang kembali pulang sempat meninggalkan beberapa karung
kopi serta menukar peraturan Pope Rom yang sebelumnya mengharamkan
minuman yang diminum kaum muslim itu. Kemudian mereka menyebutnya
sebagai cappuccino.
Hayreddin Barbarossa sedang mengadap Sultan Sulaiman 1 sambil membawa hadiah
Pada tahun yang sama Andrea Doria di Genoa berjaya membaik pulihRepublik Genoa dan telah bersekutu dengan Charles V Sepanyol dan meneruskan misi reconquista dengan berperang dengan Sulaiman I dan Barbarossa yang menguasai perairan Laut Tengah(perairan
Mediterranean). Kaum Eropah menyebut Barbarossa sebagai lanun laut,
walaupun tidak ada bendera hitam dan tengkorak yang menjadi simbol,
bahkan bendera yang diusung adalah berwarna hijau terdapat kaligrafi doa
“Nashrun minalLaah wa fathun qariib wa basysyiril mu'miniin”, ya
Muhammad, empat nama khulafa ur rasyidin, pedang zulfikar dan bintang
segi enam Yahudi. Ketika ini, bintang segi tiga itu masih belum digunakan oleh kaum Yahudi malah ianya adalah simbol perjuangan. Hanya
kini, kaum yahudi dan Israel telah menggunakan simbol itu bagi pakatan
zionis mereka dan telah menyebabkan umat Islam fobia dengan simbol ini.
Untuk memahami simbol yahudi ini, pembaca boleh merujuk Rahsia Bintang Enam Israel.
Bendera kapal perang angkatan laut Hayreddin Barbarossa
Charles V telah berusaha dengan bergabung dengan Knights of Rhodes di Malta,
namun masih lagi gagal membendung penguasaan Barbarossa ke atas Laut
Tengah. Turki yang kagum dengan prestasi Barbarossa, telah mengangkat
beliau menjadi Panglima Laut (Kapudan Pasha) daulah Uthmaniah dan mengetuai angkatan Laut Turki Uthmaniah.
Pada tahun 1535, gabungan bersekutu Charles V dan Andrea Doria yang telahpun mengubah nama kepada Knight of Malta telah
menyerang Tunisia dengan 25,000 lebih kekuatan di dalam 500 buah kapal.
Pertempuran tersebut amat dasyat dan Tunisia telah jatuh ke tangan
Sepanyol. Barbarossa walaupun kalah pada tahun-tahun berikutnya, beliau
telah berjaya menguasai kepulauan Beleares dan merampas kapal-kapal Portugis dan Sepanyol di selat Gibraltar.
Pada tahun 1538, pakatan sekutu Itali dan Sepanyol telah berperang di Preveza yang berada di teluk Actium, tempat pertempuran Octavian melawan Antonius dan Cleopatra dahulu kala. Preveza merupakan pelabuhan penting di Laut Tengah ketika ini. Andrea memimpin 40 kapal dan Barbarossa dengan 20 kapal, namun dengan kepintaran Barbarossa dalam mengatur strategi dan pengetahuannya yang mendalam ke atas bentuk muka bumi dan geografi tempat pertempuran, pada waktu pagi sebelum pertempuran bermula, armada Barbarossa telahpun bersiap sedia di mulut teluk Preveza dari tiga arah dan telah mengebom armada Andrea sehingga armada Andrea berundur dari pertempuran. Barbarossa tidak ingin berperang di laut lepas kerana kapal-kapal armada laut Sepanyol mempunyai kawalan dan kelengkapan yang lebih canggih.
Preveza, tempat berlangsungnya perang antara Andrea dan Barbarossa

Serangan
ke atas Algeria oleh sekutu Charles V dan Andrea Doria berlanjutan
sehingga tiga tahun kemudian dengan 200 kapal di luar perairan Algeria
kerana kebimbangan diserang Barbarossa dari belakang. Rakyat Algeria di
bawah pimpinan Hasan Agha telah
bertempur bermati-matian mempertahankan negerinya. Semangat jihad
mereka membara untuk mempertahankan kedaulatan wilayah Islam daripada
jatuh ke tangan kuffar dibantu pula dengan penglibatan ulama’-ulama’ di
sana yang menjadi pemangkin semangat kepada mereka. Charles V yang
memperlekehkan dan mengambil mudah pertahanan dan strategi peperangan
Algeria yang ampuh, telah menyebabkan armadanya huru-hara selain
daripada telah dihentam dengan ribut laut yang dasyat ketika peperangan
tersebut. Andrea Doria dan Charles V berjaya meloloskan diri dan kembali
ke negerinya dengan kekalahan yang amat pahit untuk diterima.
Hayreddin Barbarossa mengalahkan Pakatan Bersekutu Charles V pimpinan Andrea Doria di Pertempuran Preveza (1538)
Ketika Perancis berperang dengan Sepanyol, Perancis telah bersekutu dengan Turki Uthmaniah. Barbarossa berangkat keMarseilles untuk merebut Nice dengan
memimpin 30,000 tentera Turki Uthmaniah. Sekepulangan dari Nice,
Barbarossa kemudiannya berangkat ke Genoa untuk membebaskan pembantu
kepercayaannya, Turgut Reis.
Beliau telah membawa 210 buah kapal ke sana dan mengancam akan
menyerang Genoa melainkan Turgut Reis yang telahpun dijadikan hamba
serta dipenjara dibebaskan serta merta. Ugutan ini telah membimbangkan
Panglima Genoa, Andrea Doria yang mula membebaskan tawanan itu dengan
pertukaran hanya 3500 ducat emas.
Setelah itu, banyak lagi misi-misi penaklukan dan perluasan wilayah
Islam telah diperintahkan oleh Sultan Sulaiman 1 The Magnificient kepada
Panglima Jeneral Angkatan Laut Turki Uthmaniah ini, Hayreddin
Barbarossa Pasha.
Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha mula bersara diConstantinople pada tahun 1545. Beliau meninggalkan anaknyaHasan Pasha sebagai
waris penggantinya di Algeria. Beliau kemudiannya menyerahkan memoir
catatan beliau kepada Muradi Sinan Reis. Ianya terdiri daripada lima
jilid yang bertulisankan tangan yang dikenali sebagai “Gazavat Hayreddin Pasa"
(Penaklukan Hayreddin Pasha). Hari ini, ianya dipamerkan dengan megah
di Istana Topkapi dan Perpustakaan Universiti Istanbul. Hayreddin
Barbarossa Pasha meninggal dunia pada 1546 di istana tepi laut di
kejiranan Büyükdere, Constantinople, di tepi barat laut wilayah
Bosphorus.
Beliau
dimakamkan di makam yang tinggi berhampiran dengan pelabuhan feri
daerah Besiktas di sebelah barat Istanbul yang dibina pada 1541 oleh
arkitek terkenal Mimar Sinan, tapak yang mana digunakan untuk armadanya
berhimpun. Memorial telah dibina pada tahun 1944, di sebelah makam
beliau.
Makam Hayreddin Barbarossa di Besiktas
Kita
melihat betapa umat Islam dahulu kala diangkat ke martabat yang
tertinggi di muka bumi oleh Allah kerana mempunyai pemimpin yang baik
serta berkaliber, amanah dengan perjuangan menegakkan syiar Islam ke
serata dunia seperti Panglima Hayreddin Barbarossa Pasha. Kita melihat
bahawa Barbarossa Brothers yang hanya dikenali sebagai pelayar lautan
berbangsa Turki yang biasa pada mulanya, seterusnya digelar lanun di
samudera pula, sanggup berkorban segalanya demi kemaslahatan umat Islam
walaupun berlainan bangsa dengan mereka iaitu bangsa Moor.
Inilah
ikatan ukhuwah Islamiah yang terdapat pada umat Islam terdahulu yang
merentasi sempadan negara, bangsa dan budaya, hanyalah didasari atas
kalimah tauhid yang satu. Maka di sinilah, perjuangan mereka
yang terdahulu perlu diteladani dan corak kepimpinan mereka perlu
dicontohi serta dipraktikkan oleh umat Islam khususnya di Malaysia.
Pastikan pemimpin yang dipilih itu adalah yang terbaik serta amanah
dalam mentadbir urus negara, maka dengan ini barulah umat Islam akan
digeruni musuh dan disenangi kawan.
No comments:
Post a Comment