Seorang penduduk mengeluarkan bongkah
ais untukdimasukkan ke dalam trak.
|
BERAPA suhu paling sejuk yang pernah anda rasakan? Sesejuk
manapun suhu di dunia tetapi itu masih dirasakan panas berbanding suhu di
sebuah bandar di Rusia.
Bandar Oymyakon di wilayah Yakutia, Rusia terkenal sebagai
tempat paling sejuk di dunia dan suhu di bandar itu pada bulan Januari lalu
ialah -50 darjah Celcius (°C).
Oymyakon juga pernah mencapai suhu hingga -71°C dan itu
merupakan suhu tersejuk untuk sebuah kawasan yang menjadi tempat tinggal
manusia di Bumi. Sebagai rekod, suhu paling sejuk sebanyak -89.2°C direkodkan
di Vostok Station, Rusia pada 21 Julai 1983.
Kenderaan milik penduduk di bandar
ini akan dihidupkan untuk sepanjang hari.
|
Kira-kira 90 tahun lalu, bandar yang kini mempunyai kepadatan
penduduk seramai 500 orang itu merupakan sebuah tempat perhentian kecil bagi
para penggembala rusa suku kaum nomad untuk memberi minum haiwan mereka di
sebuah sumber air panas.
Oymyakon mencatatkan suhu terendah
sekitar bulan Januari iaitu -51 darjah Celcius.
|
Namun, pemerintah Soviet pada ketika itu membuat suku kaum
nomad ini menetap terus di bandar itu supaya mudah diawasi serta boleh
mengembangkan budaya dan teknologinya di bandar itu.
Kesukaran hidup di Oymyakon tidak lain tidak bukan adalah
suhu dinginnya yang membekukan segala-galanya.
Oymyakon mempunyai kepadatan penduduk
seramai 500 orang sahaja.
|
Penduduk juga membiarkan kenderaan mereka dihidupkan
sepanjang hari kerana khuatir sukar dihidupkan dalam keadaan cuaca yang dingin
itu.
Masalah lain turut dialami ketika berlakunya proses
pengkebumian. Keadaan yang membeku membuatkan proses pengkebumian memakan masa
sehingga tiga hari kerana perlu mencari tanah terlebih dulu sebelum mula menggali.
Tiada tumbuh-tumbuhan yang hidup di
bandar ini.
|
Kemudiannya, batu panas ditempatkan di sekeliling liang lahad
yang sedang digali dan proses itu diulangi beberapa kali hingga lubang tersebut
cukup dalam untuk proses pengkebumian jenazah.
Walaupun sudah berpuluh tahun, kehidupan di bandar Oymyakon
masih sangat sederhana. Sebahagian besar rumah masih menggunakan batu bara dan
kayu sebagai pemanas.
Tidak ada pokok yang tumbuh di Oymyakon sehinggakan penduduk
terpaksa menjadikan daging rusa dan kuda sebagai sumber makanan utama.
Penduduk di bandar ini juga tidak mengalami kekurangan
nutrien walaupun hanya memakan daging. Keadaan itu terjadi kerana pengambilan
susu rusa dan kuda yang mengandungi banyak khasiat.
Satu hal unik lain dari bandar sejuk ini adalah nama
Oymyakon, yang bererti 'air yang tidak pernah membeku' dan ia merujuk kepada
sebuah sumber air panas yang terletak tidak jauh dari lokasi bandar tersebut.
No comments:
Post a Comment