Tuesday, December 2, 2014

KISAH SEBENAR DISEBALIK KEKEJAMAN ISIS


BUKTI KEKEJAMAN ISIS
BENARKAH ISIS KEJAM? | Sekali lagi, kita dimomokkan dengan kekejaman tentera ISIS yang kononnya langsung tiada sifat perikemanusiaan. Jom kita baca penjelasan sebenar mengenai kekejaman tentera ISIS.
1) ISIS digambarkan sebagai kumpulam pengganas yg kejam, membunuh orang yang tidak berdosa. Media-media yg kuat menyebar berita kekejaman ISIS adalah media barat, BBC, CNN dan Fox News. Manakala media-media dunia ketiga mencedok daripada mereka dan ditambah dengan huraian sendiri.
2) Persoalannya, apakah ISIS benar-benar pengganas, tidak diketahui. Orang-orang yang bijak dan berfikiran waras serta mempunyai ilmu khusus untuk menangkis cherita daripada media barat akan nampak betapa jahat dan liciknya US dan kuncu-kuncunya.
3) Sebaran video penyembelihan journalist Foley oleh anggota ISIS sudah cukup membuatkan masyarakat dunia mengutuk kekejaman ISIS. Hatta pemimpin negara kita pun turut termakan dengan maklumat bervideo itu.
4) Apakah video itu sahih? Saya sendiri tak pasti, dan saya pada awalnya berbelah bagi untuk mempercayainya, dan meletakkan bahawa Foley itu tentu spy yg mesti dihapuskan (tempat-tempat strategik ISIS dibom pesawat secara tepat adalah hasil maklumat daripada spy-spy US).
5) Tersebar gambar teknik green screen dan chroma key (bg yg tak tahu, sila google) adengan penyembelihan tersebut. Teknik ini adalah teknik kompositing video paling mudah. Lebih-lebih lagi jika Hollywood terlibat, tidak ada yg mustahil ia nampak seperti benar-benar berlaku. Lim Kit Siang yang berpuluh tahun berpengalaman dalam dunia politik juga mudah sekali tertipu dengan video tersebut.
6) Anda boleh review teknologi green screen ini dalam apa-apa movie , behind the scene. Daripada studio, outputnya berada di angkasa lepas, berada di zaman purba, berkejaran dgn dinosaur dan sebagainya. Setakat nak berlatar belakangkan padang pasir, tersangat mudah.
7) Malah berita-berita pembunuhan umat Kristian di Iraq juga tidak ada sumber yg mengesahkannya, melainkan hanya media barat. Media Barat, tipu daya dan lebongnya lebih dahsyat daripada RTM dan TV3 suku. Musuh Islam akan lakukan apa saja untuk memburukkan nama Islam dan umatnya.
8 ) Tidak dinafikan, terdapat segelintir pejuang jihadis yg kurang berilmu agama, melakukan keganasan yg ditegah oleh Islam, tetapi ia tidak cukup untuk melabel semua ISIS sbg pengganas, kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yg berlaku. Sebetulnya, saya hanya solid menolak sebarang berita mengenai ISIS yg datang daripada US dan kuncu-kuncunya.
9) USA, Belgium, Denmark dan Britain sudah berabung untuk menyerang ISIS. Mereka pun hanya menyebut ISIS atau IS, tidak berani menyebut nama penuh Islamic State (Negara Islam) kerana bimbang headline berita nampak seperti mereka memerangi negara Islam.
10) Maka kita mestilah pandai membaca percaturan media mereka dengan lebih baik. Baca yg tersirat, bukan hanya yg tersurat. Sesungguhnya saya tidak menyukai keganasan daripada sesiapa pun, termasuk ISIS. Tetapi sedarkah kamu, US dan kuncu-kuncunya 1000 kali lebih ganas daripada gambaran yg mereka buat terhadap ISIS? Ratusan ribu terbunuh dibom USA di Iraq dan Afghanistan, dan kamu masih anggap USA sebagai Hero?

Gambar Kekejaman ISIS Palsu ?



Antara situasi genting yang melanda umat akhir zaman ialah berluasanya fitnah sehingga sukar hendak dibezakan manakah yang betul dan salah. Tambah lagi adanya teknologi maklumat melalui media sosial seperti facebook dan whatsapp ia tersebar sangat cepat lebih cepat dari api yang sedang marak. Banyak juga pertelingkahan yang berlaku dikalangan umat Islam hari ini ialah kerana mereka mempercayai bulat-bulat maklumat yang mereka perolehi tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Banyak gambar dan video yang tersebar di laman media sosial mendakwa ISIS melakukan tindakan kejam. Padahal sebenarnya ia merupakan gambar atau video yang diambil dari tempat atau peristiwa lain. Gambar itu kemudiannya dikatakan dilakukan oleh ISIS. Antaranya seperti yang dilapurkan oleh harian Observer France24 yang mendedahkan beberapa gambar atau video palsu tersebut.
1. Gambar Palsu Hukuman Bunuh Penganut Agama ‘Yazidi’ 
Beberapa media sosial online menyiarkan gambar mendakwa hukuman bunuh beramai-ramai terhadap penduduk awam dari minoriti agama Yazidi, Iraq. Padahal kenyataannya gambar tersebut diambil di Syria. Menurut kenyataan rasmi dari ISIS mengatakan gambar tersebut merupakan hukuman terhadap suku She'etat yang memberontak dan membunuh pejuang Daulah Islam. Hukuman tersebut dijalankan kerana suku tersebut selama ini menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti penyeludupan dadah. Suku ini juga menentang pelaksanaan hukum syariah di Deir ez Zour. Gambar ini bukanlah gambar pembantaian kaum Yazidi di Iraq.
Execution in Syria presented as the massacre of Yezidis in Iraq
2. Gambar Wanita Yang Didakwa Dijual Sebagai Hamba 
Beberapa laman sosial memetik kenyataan anggota parlimen Iraq, menyatakan bahawa ratusan perempuan dari kaum Yazidi telah dijual sebagai hamba setelah menawan kota Sinjar pada awal Ogos oleh Daulah/Khilafah Islam. Satu gambar menunjukkan perempuan dirantai dan didakwa sebagai bukti. Ternyata gambar tersebut adalah gambar upacara Syiah di kota Nabatieh , di Lebanon Selatan, pada tahun 2013.
A fake photo of 'enslaved women in Mosul' circulating on social media networks.
Gambar inilah yang didakwa adalah perlakuan zalim Daulah Islam terhadap wanita di Syria. Pembohongan ini sengaja diadakan bagi menunjukan kekejaman kerajaan Khilafah Islam.
3. Video Palsu Pemaksaan Pernikahan Wanita
Beberapa media menyiarkan video pernikahan wanita oleh kelompok Daulah Islam pada bulan Julai 2014 di Mosul, Iraq. Kaum wanita yang dikatakan dipaksa menikahi pejuang Daulah Islam.
Inilah video palsu yang didakwa sebagai pemaksaan penikahan yang disiarkan 2 Ogos 2014.


Pada kenyataannya, link video diatas diambil dari suatu upacara pernikahan seorang pejuang Islam di Syria. Dalam video tersebut, pembawa acara mengatakan [di minit 0:20] “Saya mengucapkan selamat kepada saudara kita dan teman pengantin lelaki …” menunjukkan bahwa pernikahan adalah untuk satu orang saja. Video asli diterbitkan pada Jun 2013, jauh sebelum kedatangan ISIS di Irak.

Mengenang Kembali Kejatuhan Kerajaan Melayu di Sumatera Timur

Definisi Melayu di Indonesia adalah berbeza dengan definisi Melayu di negara kita, Malaysia. Di Indonesia, kelompok Melayu dibahagikan kepada dua, iaitu Melayu pesisir (Coastal Malays) yang mendidiami sepanjang pantai barat Sumatera, serta Melayu Kalimantan (Borneo Malays), yang bertaburan di seluruh Pulau Borneo. Lain-lain rumpun Melayu tidak dianggap sebagai ’Melayu’, melainkan dikenali dengan nama etnik masing-masing. Ini termasuklah Acheh, Minang, Jawa, Mandailing, dan sebagainya.

Salah satu wilayah yang diakui sebagai wilayah bagi etnik Melayu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan tanah semenanjung ialah Sumatera Timur. Di wilayah ini, terdapat empat buah Kerajaan Melayu utama yang pernah wujud, iaitu Kesultanan Langkat Darul Aman, Kesultanan Deli Darul Maimon, Kesultanan Serdang Darul Arif, dan Kesultanan Asahan. Bukti hubungan rapat antara Sumatera Timur dengan tanah semenanjung adalah apabila dialek yang digunakan di sini adalah lebih mirip dialek yang digunakan di tanah semenanjung. Malahan, para Kerabat Diraja Melayu Sumatera Timur pada masa dahulu sering melangsungkan perkahwinan dengan Kerabat Diraja Melayu di negeri-negeri di semenanjung.



Peta wilayah Kesultanan-kesultanan Melayu di Sumatera Timur





Selepas perang dunia ke-2, Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur ini muncul sebagai wilayah yang kaya dan makmur hasil daripada perkembangan sektor perladangan. Perkara ini dapat dilihat daripada binaan istana-istana Sultan yang sebahagiannya masih lagi dapat dilihat hingga ke hari ini. Kemakmuran wilayah ini turut menarik kehadiran pendatang-pendatang dari tanah Jawa untuk menginap di wilayah ini bagi bekerja di ladang-ladang. Walaubagaimanapun, amat malang apabila dikalangan Kerajaan-kerajaan Melayu ini tidak membentuk perikatan atau kerjasama sesama mereka, sebaliknya bersaing sesama sendiri.





Pada masa tersebut, keadaan politik di Hindia Timur Belanda berada dalam kacau-bilau. Pengisytiharan kemerdekaan Indonesia secara sepihak oleh Soekarno dicabar keabsahannya oleh penjajah Belanda, memandangkan pengaruh dan kuasa Soekarno pada masa itu hanya meliputi Pulau Jawa sahaja. Kelekaan Kerajaan-kerajaan Melayu di Sumatera Timur dengan kemewahan hasil pembangunan ladang-ladang bagi tujuan tanaman menyebabkan mereka tidak menyedari jumlah ’pendatang’ yang bekerja di wilayah kekuasaan mereka telah melebihi jumlah penduduk tempatan sendiri. Kehidupan para pendatang dari Jawa di Sumatera Timur ini berada dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak terurus. Raja-raja Melayu di Sumatera Timur enggan menganggap para pendatang Jawa ini sebagai ’Melayu’ kerana amalan agama Islam mereka yang berbeza dengan amalan penduduk Islam tempatan. Sementara para pendatang Jawa juga tidak mahu mengaku mereka adalah rakyat (subject) kepada Raja-raja Melayu di wilayah yang mereka duduki.

Raja-raja Melayu menganggap pengisytiharan kemerdekaan Indonesia tidak akan menguntungkan kerajaan masing-masing, kerana ia didominasi oleh kaum Jawa yang berpusat di Pulau Jawa sendiri dan menyokong pemerintahan bercorak Republik. Kerana tersepit antara kebangkitan semangat nasionalisme Indonesia dengan kewajipan untuk mempertahankan Kerajaan dan takhta masing-masing, Raja-raja telah melakukan kesilapan (mungkin kerana terpaksa, tiada pilihan) dengan menghantar surat menyatakan kesetiaan kepada Ratu Belanda.

Tindakan tersebut telah diambil kesempatan oleh para Nasionalis Indonesia yang didominasi etnik Jawa untuk mengecap para Raja-raja Melayu di Sumatera Timur ini sebagai boneka dan talibarut penjajah Belanda. Kemuncak kepada persengketaan ini adalah apabila para pendatang Jawa di Sumatera Timur bertindak dengan menyerang dan membakar kediaman di Raja, merogol, memenggal kepala dan membunuh para kerabat di raja Melayu hanya dalam tempoh satu malam iaitu pada 3 Mac 1946. Antara yang terkorban termasuklah Tengku Amir Hamzah, pujangga Melayu yang terkenal. Para nasionalis Indonesia cuba menyelindungkan perkara ini dengan mengatakan berlaku ’Revolusi Sosial’ rakyat bangun menentang pemerintahan monarki. Sedangkan realitinya, yang bangkit menyerang adalah hanya para pendatang dari Jawa yang terdiri daripada para penyamun, perompak, perogol dan penjenayah yang mengambil kesempatan daripada situasi yang berlaku.

Apa yang menarik, selepas kejadian tersebut, kebanyakan rakyat tempatan seboleh mungkin menyembunyikan identiti ’Melayu’ mereka bagi mengelakkan diserang oleh para ’Nasionalis Indonesia’. Malahan, sebahagian kaum Batak Karo dan Simalungun yang telah memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Melayu, kembali memakai nama asal Batak mereka dan mengelakkan dilihat sebagai Melayu. Satu persekutuan yang meliputi wilayah Kerajaan-kerajaan Melayu kemudian ditubuh, dengan nama Negara Sumatera Timur, dengan harapan untuk menyertai Republik Indonesia Serikat sebagai salah sebuah negeri di dalamnya. Namun, Negara Sumatera Timur ini mengelak daripada melibatkan Raja-raja Melayu yang seolah-olah telah menjadi satu taboo yang memalukan pada masa tersebut.
Negeri-negeri yang termasuk di dalam Republik Indonesia Serikat

Lambang dan Bendera Negara Sumatera Timur



Akhirnya? Jangka hayat Negara Sumatera Timur ini juga tidak lama dan kemudian dibubarkan. Republik Indonesia Serikat juga akhirnya dibubarkan dan digantikan sepenuhnya dengan Republik Indonesia yang bercorak negara kesatuan yang berpusat di pulau Jawa. Bagi melemahkan pengaruh Raja-raja Melayu dan kekusaan etnik Melayu (yang dibimbangi lebih cenderung untuk bergabung dengan Malaysia), wilayah Sumatera Timur ini kemudiannya digabungkan dengan wilayah Tapanuli yang didiami majoriti suku kaum Batak untuk menjadi Propinsi Sumatera Utara. Kini, etnik Melayu hanya menjadi kaum minoriti yang tidak berkuasa di negerinya sendiri di dalam Propinsi Sumatera Utara. Para waris Raja-raja Melayu pada hari ini cuba menghidupkan kembali warisan dan takhta Kerajaan mereka yang hilang, namun hanya atas dasar melestarikan kebudayaan tempatan semata-mata, iaitu bagi mengelakkan salah faham daripada Pemerintah Indonesia.



Sri Paduka Tuanku Sultan Azwar 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah al-Haj ibni al-Marhum Tengku Maimun, Raja Langkat, bersama para pembesarnya.






Paduka Sri Sultan Mahmud Aria Lamanjiji Perkasa 'Alam Shah ibni al-Marhum Sultan Otteman Mahmud Ma'amun Padrap Perkasa 'Alam Shah, Raja Deli, yang masih kanak-kanak, ditabalkan bagi menggantikan ayahandanya, seorang pegawai tentera yang terkorban semasa bertugas di Acheh.



Tuanku Luckman Sinar @ Sultan Bashar Shah II, Raja Serdang, bersama keluarga dan hulubalangnya.



Sri Paduka Tuanku Sultan Dr. Kamal Abrahim 'Abdu'l Jalil Rahmad Shah ibnu al-Marhum Sultan Sha'ibun 'Abdu'l Jalil, Raja Asahan


Apa pengajaran yang kita boleh pelajari daripada sejarah Sumatera Timur ini?

1) Sebahagian besar rakyat Indonesia, khususnya yang berketurunan atau berasal di Pulau Jawa, masih mempunyai pandangan skeptikal terhadap Bangsa Melayu. Justeru itu, usahlah hairan apabila setiap kali timbul isu berkaitan Malaysia, mereka terus menjadi beruk dengan terkinja-kinja di jalan raya mahu menganyang negara kita dan menghina Raja-raja kita. Itulah ’warisan’ yang masih terpahat di kepala lutut mereka apabila mereka menyamakan situasi negara kita dengan Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dahulu.

2) Institusi Kesultanan Melayu (diulangi, institusi! Bukannya mengenai peribadi Raja secara personal) mempunyai kepentingannya yang tersendiri sebagai simbol penyatuan dan pertahanan warisan kebudayaan Bangsa Melayu. Mesti mempunyai sebab tertentu Allah mentakdirkan Bangsa Melayu ini berdiri atas wilayah yang didirikan oleh Raja-raja mereka, bukannya memiliki sempadan dan wilayah tertentu bagi setiap bangsa sebagaimana di Eropah. Cuba lihat mengapa penjajah berusaha bekerjasama dengan pemerintah Thailand dan Filipina menghapuskan institusi di Raja bagi Kesultanan Patani Darul Makrif dan Kesultanan Sulu Darul Jambangan. Hingga kini perjuangan kemerdekaan di selatan Siam dan Moro (selatan Filipina) masih lagi gagal dan berpecah-belah disebabkan kemunculan pelbagai kumpulan pejuang dengan pelbagai ideologi yang berbeza.

3) Pemakaian maksud Kerajaan pada hari ini telah berubah daripada ’Kingdom’ kepada ’Government’. Pada hari ini, kemakmuran negara kita dilihat tidak selari dengan keadaan Bangsa Melayu yang berpecah belah. Sebagaimana di Sumatera Timur pada tahun 1940-an dahulu, kita berpecah, bersaing dan tikam-menikam sesama sendiri antara negeri ’Kerajaan BN’, negeri ’Kerajaan PAS’ dan negeri ’Kerajaan PKR’. Para penduduk dari kalangan keturunan bukan penduduk asal pula telah berani mempertikaikan kedudukan dan hak istimewa Raja-raja dan penduduk Bumiputera. Jika kita tidak berwaspada dan insaf, jangan menyesal pula jika kita mewariskan kepada anak cucu kita sejarah dan keadaan sebagaimana yang berlaku di Sumatera Timur ini.

4) Renungan untuk mereka yang menyokong dasar tak rasmi ’Memelayukan’ Bumiputera bukan Melayu serta bukan Bumiputera yang memeluk Islam, supaya menggunapakai nama Melayu dan ditonjolkan kebudayaan Melayu apabila para saudara mualaf baru ini berkahwin, inilah kata-kata kaum Batak Karo dan Simalungun apabila berlaku serangan terhadap kaum Melayu di Sumatera Timur dahulu, ”Jika kami boleh ’masuk’ Melayu, maka apa pula yang menghalang kami untuk ’keluar’ Melayu?”. Oleh yang demikian, biarkanlah para saudara baru kita ini dengan nama dan kebudayaan asal kaum mereka apabila telah memeluk Islam, asalkan sahaja ianya tidak menyimpang daripada ajaran Islam. Bukankah lebih elok ditonjolkan Islam ini milik semua kaum, daripada menonjolkan memeluk Islam seolah-olah ’masuk Melayu’, hingga mendatangkan persepsi negatif dikalangan keluarga bukan Islam?

Negeri-negeri Melayu di Tengah dan Selatan Sumatera

Sebelum ini, penulis telah dedahkan mengenai kehancuran Kesultanan-kesultanan Melayu di wilayah Sumatera Timur iaitu Langkat, Deli, Serdang Darul Arif dan Asahan. Artikel ini merupakan siri terakhir bagi ‘Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia’, iaitu dengan menyusuri pula ke beberapa buah negeri Melayu di kawasan wilayah tengah dan selatan pulau Sumatera. Untuk makluman, artikel ini tidak akan memasukkan Kerajaan Minangkabau dan Kesultanan Acheh Darussalam kerana di Indonesia, suku Minang dan suku Acheh dianggap sebagai dua etnik yang berbeza dengan suku Melayu.





Wilayah Melayu di pulau Sumatera terbentang luas daripada Temiang di sebelah utara yang bersempadan dengan Acheh, hinggalah ke Palembang di sebelah selatan yang bersempadan dengan Lampung. Selain daripada negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur, terdapat juga enam buah negeri Melayu di kawasan tengah dan selatan pulau Sumatera iaitu bermula dengan Kesultanan Lingga (termasuk kepulauan Riau), Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Pelalawan, Kesultanan Indragiri, Kesultanan Jambi dan Kesultanan Palembang. Daripada enam Kesultanan Melayu tersebut, sebanyak empat daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Melaka dan pewarisnya iaitu Kesultanan Johor yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu.

Paling menarik minat penulis, adalah mengenai asal kewujudan Kesultanan Indragiri. Sejarah umum menyatakan bahawa Kerajaan ini berdiri pada tahun 1298 dan didirikan oleh Putera Mahkota Kerajaan Melaka yang bernama Raja Merlang I. Ketika tempoh awal penubuhannya, Raja-raja Indragiri dikatakan masih berkedudukan di Negeri Melaka. Perhatikan tarikh penubuhan Kerajaan ini yang dikatakan bermula pada tahun 1298, sedangkan persepsi umum menerima bahawa Kesultanan Melaka hanya mula didirikan sekitar tahun 1400-an Masihi.

Semasa berbincang dengan waris Raja Indragiri, penulis mengusulkan bahawa ‘Melaka’ yang dinyatakan disini sebenarnya merujuk kepada Kerajaan Singapura Tua. Penulis memberi hujah, isu ini sama seperti kisah Raja Brunei iaitu Awang Alak Betatar @ Sultan Muhammad Syah yang telah memeluk Islam pada tahun 1363 hasil perkahwinannya dengan Puteri Pingai, puteri Sultan Iskandar Syah dari Negeri Johor, sedangkan Kesultanan Johor hanya bermula selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 Masihi. Maklumat dari Pusat Sejarah Brunei bersepakat menyatakan bahawa Puteri ‘Johor’ yang dinyatakan disini adalah Kerajaan Singapura Tua iaitu waris daripada Sang Nila Utama. Waris Raja Indragiri itu tidak menolak kemungkinan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau juga menegaskan tidak mustahil juga Raja Indragiri yang pertama ini merupakan zuriat langsung dari Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang.



Lambang Kesultanan Siak dan Kesultanan Pelalawan berbentuk naga beralih (dua naga saling mengadap). Dikatakan lambang Kesultanan Indragiri juga berbentuk begini sebagaimana yang terdapat di istana asal Indragiri yang telah runtuh ke dalam sungai pada tahun 1960-an.


Kesultanan Siak Sri Indrapura dan Kesultanan Pelalawan pula merupakan dua buah Kerajaan Melayu bersaudara. Kesultanan Siak diasaskan oleh Raja Kecil, yang dibesarkan di Pagaruyung (Minangkabau) dan mendakwa dirinya sebagai pewaris yang sah bagi Sultan Mahmud Syah II, Sultan Johor lama yang telah mangkat tanpa meninggalkan sebarang waris. Raja Kecil kemudiannya berjaya menduduki tahkta Johor lama dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah I, tetapi tidak lama kemudian disingkirkan oleh bangsawan Bugis sebelum berundur ke Siak dan mendirikan Kerajaan baru. Kesultanan Pelalawan pula didirikan pada awal abad ke-19 oleh Syarif Abdul Rahman, saudara kepada Sultan Ali, Raja Siak. Baginda telah mengambil alih kedudukan Pelalawan dan menjadi penguasa di kawasan tersebut, dengan mendapat perkenan daripada Sultan Siak dan diakui oleh penjajah Belanda.



Tokoh korporat negara, Tan Sri Syed Yusuf bin Tun Syed Nasir, yang berketurunan Sultan Siak, menerima Anugerah Adat Kesultanan Siak.


Kesultanan Lingga pula wujud selepas perpecahan empayar Johor lama yang pada asalnya merangkumi Negeri Pahang moden, Johor moden, pulau Singapura, serta kepulauan Riau, tetapi telah berpecah kesan daripada perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824. Putera tertua kepada Sultan Mahmud Syah III dari empayar Johor lama, iaitu Tengku Hussein dilantik menjadi Raja Johor dengan berpusat di Singapura yang di bawah pengaruh Inggeris, sementara kekanda tirinya, Tengku Abdul Rahman pula yang sebelum itu mewarisi takhta Johor lama, menjadi Raja Lingga yang menguasai kepulauan Riau yang di bawah pengaruh Belanda. Perjanjian inilah yang telah memecahkan hubungan erat antara negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu dengan negeri-negeri Melayu di Sumatera dan membentuk sempadan politik Malaysia-Indonesia seperti yang wujud pada hari ini. Kesultanan Lingga telah dihapuskan oleh penjajah Belanda tanggal 3 Februari 1911, dan sebelum itu, penjajah Belanda juga telah menghapuskan Kesultanan Palembang pada tahun 1825 dan Kesultanan Jambi pada tahun 1906.

Menjelang fasa kemerdekaan Republik Indonesia, hanya tiga buah negeri sahaja yang masih diperintah oleh Raja-raja Melayu iaitu Siak, Pelalawan dan Indragiri. Walaubagaimanapun, berbeza dengan pendirian Raja-raja Melayu di Sumatera Timur yang masih berkeras mempertahankan kuasa dan negeri mereka, Raja-raja Siak, Pelalawan dan Indragiri pula bersedia untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kekuasaan mereka kepada pihak Republik yang berpusat di Jakarta. Sejarah kemudian telah mencatatkan nasib dan tragedi yang menimpa Raja-raja Melayu serta kerabat mereka di Sumatera Timur.

Pada hari ini, para pewaris dan kerabat Kesultanan Melayu di wilayah tengah dan selatan Sumatera juga tidak ketinggalan untuk membangunkan kembali institusi Raja Melayu untuk melestarikan warisan dan kebudayaan negeri mereka. Terdapat sebilangan dari mereka yang sangat aktif dengan menyertai Festival-festival Keraton yang diadakan di Indonesia.



Tengku Abdul Rahman, waris Kesultanan Lingga



Tengku Mukhtar Anum, Raja Siak



Tengku Kamaruddin Haroen, Raja Pelalawan



Tengku Arief ibni Sultan Mahmud Syah, Raja Indragiri



Tengku Abdul Rahman Thaha Syaifuddin, waris Kesultanan Jambi



Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin, Raja Palembang bersama isterinya

Kerajaan & Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur




Di Provinsi Kalimantan Timur, Indonesia, pernah berdiri beberapa buah negeri Melayu, yang terdiri daripada Kesultanan Bulungan, Kesultanan Berau (kemudian berpecah kepada dua iaitu Kesultanan Gunung Tabur dan Kesultanan Sambaliung), Kerajaan Kutai Kertanegara Ing Martadipura dan Kesultanan Pasir (nama lainnya Balengkong / Sadurangas). Daripada keseluruhan Kesultanan Melayu terbabit, terdapat dua buah Kesultanan yang paling menarik minat penulis, iaitu Kesultanan Kutai dan Kesultanan Bulungan.



Peta Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur



Lambang dan bendera Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur


Kesultanan Kutai dianggap oleh sejarahwan Indonesia sebagai Kerajaan (Kingdom) tertua yang pernah wujud di Indonesia. Perkara ini dibuktikan dengan penemuan Yupa / Prasasti yang dikatakan berasal dari abad ke-4 Masihi. Melalui Yupa tersebut, dapat diketahui bahawa Raja Kutai ketika itu bernama Mulawarman, yang merupakan anak kepada Aswawarman dan cucu kepada Kundungga. Jika nama Mulawarman dan Aswawarman mempunyai pengarah Bahasa Sanskrit, sejarahwan Indonesia menganggap nama Kundungga adalah nama asli tempatan. Dan Kundungga ini dikatakan datang dari Champa (Indochina). Nama Kutai juga ada disebut di dalam sastera kuno Jawa iaitu Negarakertagama. Sebelum abad ke-16, negeri ini terbahagi kepada dua iaitu Kutai Kertanegara dan Kutai Martadipura. Ia telah disatukan oleh Raja Aji Pangeran Sinum Panji Mendapa dari Kerajaan Kutai Kertanegara yang kemudiannya menamakan gabungan kedua-dua Kerajaan ini sebagai Kutai Kertanegara Ing Martadipura. Hanya pada abad ke-17, barulah Kerajaan ini menjadi sebuah Kesultanan Islam dan Raja-raja Kutai mulai memakai gelaran Sultan.



Yupa yang dijumpai di Kutai



Ketopong atau Mahkota Sultan Kutai yang bersalut emas


Bagi Kesultanan Bulungan pula, namanya bergema di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila pihak Republik Indonesia menjadikannya sebagai hujah apabila mendakwa Pulau Sipadan dan Ligitan yang menjadi rebutan antara Malaysia dan Indonesia merupakan sebahagian daripada wilayah taklukan Kesultanan Bulungan, yang kini berstatus Kabupaten Bulungan di dalam Republik Indonesia. Ironinya, sewaktu era kemerdekaan Indonesia dahulu, tentera-tentera Indonesia jugalah yang telah menjarah dan membakar istana serta membunuh sebahagian kerabat Di Raja Bulungan pada 23-24 Julai 1964, dan seterusnya menghapuskan sama sekali kuasa dan kedaulatan Kesultanan Bulungan. Apa sebabnya? Sultan Bulungan dituduh mahu membawa keluar Negeri Bulungan dari Indonesia yang merupakan sebuah negara Republik dan menyertai Malaysia yang masih mengekalkan kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu, biarpun tuduhan ini kemudiannya dinafikan oleh kerabat Kesultanan Bulungan. Sebagai buktinya, foto bersejarah di bawah ini memaparkan Sultan Bulungan memimpin perkibaran bendera Indonesia di hadapan Istana dalam sebuah upacara rasmi pada 17 Ogos 1949, yang merupakan tarikh pengisytiharan kemerdekaan Indonesia oleh Presiden Soekarno.





Apa pun, jika ditanya kepada rakyat Malaysia dan Indonesia, sudah tentu masing-masing akan mengeluarkan hujah bagi menyokong dakwaan bahawa Pulau Sipadan dan Ligitan adalah dibawah kedaulatan negara masing-masing. Bagi penulis pula, Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Indonesia telah sama-sama telah bersetuju untuk membawa pertikaian ini ke ICJ dan kedua-dua belah pihak telah diberi peluang dan keadilan yang sama rata untuk mengemukakan hujah masing-masing. Dan ICJ telah memutuskan bahawa kedua-dua pulau terbabit adalah milik Malaysia. Keputusan yang sudah tentu pahit untuk diterima oleh Indonesia, sebagaimana peritnya Malaysia apabila ICJ memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura. Apapun, keputusan ICJ ini perlu dihormati oleh semua pihak yang terlibat.

Sebagaimana di Kalimantan Barat, Kesultanan-kesultanan Melayu di Kalimantan Timur juga telah bergabung selepas pasca Perang Dunia ke-2 untuk membentuk Federasi Kalimantan Timur, sebagai salah satu komponen dalam Republik Indonesia Serikat. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 1960, akhirnya kedaulatan kesemua Kesultanan Melayu di Kalimantan Timur ini dihapuskan dan para Raja dan Kerabatnya kemudian menjalani kehidupan sebagai rakyat biasa. Walaubagaimanapun, sebagaimana pewaris Raja-raja Melayu di Sumatera Timur dan Kalimantan Barat, pewaris Raja-raja Melayu di Kalimantan Timur juga pada hari ini telah kembali melestarikan takhta dan budaya Kesultanan masing-masing, walaupun pada sesetengah Kesultanan seperti Bulungan dan Pasir, masih terdapat pertikaian tentang siapa yang paling berhak untuk ditabalkan sebagai Sultan yang akan berperanan menjadi pemangku Adat.



Datu Maulana Mamun ibni almarhum Sultan Maulana Muhammad Djalaluddin, antara kerabat kanan Kesultanan Bulungan bersama isteri-isterinya



Sultan Haji Aji Muhammad Salehuddin II, Raja Kutai



Datu Fachruddin ibni almarhum Sultan Mohammad Aminuddin, Raja Sambaliung, bersama ahli keluarganya



Raja Muda H. Aji Bahrul Hadi, Pemangku-Raja Gunung Tabur


Nota :

Terdapat sesetengah Kerabat Di Raja di Kalimantan Timur seperti kerabat Kutai dan Pasir menggunapakai gelaran Aji (kadang kala dieja juga sebagai Adji, Adjie dan sebagainya). Ia merupakan gelaran kehormat Di Raja sebagaimana gelaran Tengku, Pangeran, Gusti dan sebagainya. Ia tidak sama dengan gelaran ‘Haji’ yang digunakan apabila seseorang individu telah sempurna menunaikan rukun fardhu Haji di Mekah.

Kutaringin : Satu-satunya Kerajaan Melayu di Kalimantan Tengah

Sebelum ini, penulis telah paparkan artikel mengenai 12 buah Kerajaan Melayu yang terdapat di Kalimantan Barat, 5 buah Kerajaan Melayu yang ada di Kalimantan Timur, serta sebuah Kerajaan Banjar yang wujud di Kalimantan Selatan. Maka kali kini, artikel kedua terakhir mengenai negeri-negeri Melayu di luar Malaysia akan diteruskan dengan menyusuri ke wilayah Kalimantan Tengah pula.



Lambang dan bendera Kerajaan Kutaringin


Di Propinsi Kalimantan Tengah, Indonesia, pernah berdiri sebuah Kerajaan Melayu yang bernama Kutaringin. Kadang kala, nama negeri ini juga dieja sebagai Kota Waringin. Kerajaan ini merupakan satu satu Kerajaan Melayu yang bertahan agak lama di Indonesia, iaitu sejak abad ke-16 hinggalah abad ke-19, dengan 14 orang Sultan kesemuanya yang pernah memerintah. Walaubagaimanapun, nama Kutaringin ini sebenarnya telah disebut lebih awal, iaitu dalam kitab ‘Negarakertagama’, iaitu apabila Negeri Kutaringin dinyatakan sebagai sebahagian daripada wilayah Tanjung Nagara yang tunduk kepada empayar Majapahit.



Peta wilayah Kerajaan Kutaringin berwarna kuning


Pada asalnya, wilayah Kutaringin ini adalah di bawah pengaruh Kerajaan Banjar yang berpusat di Kalimantan Selatan. Sebelum wujudnya Sultan yang memerintah kawasan tersebut, Raja-raja Kerajaan Banjar yang menguasai kawasan pantai selatan dan tenggara pulau Borneo telah mengirimkan wakil-wakilnya untuk mengutip cukai termasuklah di wilayah Kutaringin. Bahkan, para Sultan Kutaringin sebenarnya adalah berketurunan dari Dinasti Banjar. Raja pertamanya, iaitu Pangeran Dipati Anta-Kasuma merupakan anak keempat kepada Sultan Banjar ke-4, iaitu Sultan Mustain Billlah. Pangeran Dipati Anta-Kasuma telah menggantikan bapa mertuanya, Dipati Ngganding yang sebelum itu merupakan Adipati (lebih kurang seperti Gabenor) untuk menjadi penguasa Negeri Kutaringin tetapi masih di bawah pengaruh Kerajaan Banjar. Disebabkan itulah, Raja-raja Negeri Kutaringin kebiasaannya memakai gelar Pangeran jika berada di Negeri Banjar, tetapi menggunakan gelaran Sultan di negerinya sendiri. Kerajaan Kutaringin ini mencapai zaman kemuncaknya ketika era pemerintahan rajanya yang ke-7 iaitu Pangeran Ratu Bengawan sekitar kurun ke-18.

Semasa fasa awal pasca kemerdekaan Indonesia, iaitu pada awal Januari 1946, Negeri Kutaringin telah diduduki oleh Belanda dan kemudiannya dimasukkan sebagai sebahagian daripada wilayah Negara Dayak Besar, sebuah negara yang disokong oleh penjajah Belanda bagi memecahbelahkan republik tersebut. Walaubagaimanapun, Negeri Kutaringin secara rasminya telah bergabung semula di dalam kesatuan Republik Indonesia pada 1 Mei 1950 dan negeri ini ditukar statusnya menjadi sebuah Kabupaten (seperti Bahagian di Sabah dan Sarawak) di dalam Propinsi Kalimantan Tengah.



Istana Kuning, lambang Kerajaan Kutaringin


Dengan berakhirnya kedaulatan Kerajaan Kutaringin, maka para bangsawan dan kerabat Di Raja Kutaringin tidak lagi memegang jawatan-jawatan dalam pemerintahan. Hanya beberapa keturunan Sultan dan bangsawan sahaja yang sebelum itu sudah bekerja sebagai pegawai pemerintahan tetap memegang jawatan di dalam pemerintahan Indonesia yang merupakan sebuah negara bercorak Republik.

Pada hari ini, sebagaimana yang berlaku di wilayah lain di Indonesia, para waris Kerajaan Kutaringin telah sepakat untuk mengangkat salah seorang zuriat kerabat mereka untuk bertindak sebagai Sultan Kutaringin yang baru bagi tujuan melestarikan budaya tempatan dan sebagai penjaga kepada pusaka Kerajaan Kutaringin, termasuklah adat istiadat dan peninggalan leluhur mereka. Pangeran Alidin Sukma Alamsyah, zuriat kanan kesultanan tersebut telah terpilih dan telah ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kutaringin ke-15 dengan gelaran Sultan Alidin Sukma Alamsyah pada 16 Mei 2010 yang lalu.



Sultan Alidin Sukma Alamsyah, Raja Kutaringin ke-15 bersama keluarganya


Nota : Sebuah lagi negeri Melayu yang terdapat di Pulau Borneo adalah Negara Brunei Darussalam. Walaubagaimanapun, memandangkan semua orang telah maklum tentang negeri ini dan maklumat mengenainya juga mudah diperolehi di internet, maka rasanya tidak perlu untuk dikeluarkan artikel mengenai Brunei.

Champa : Negara Melayu Yang Hilang Dari Peta Dunia