Thursday, December 15, 2011

FRENCH FOREIGN LEGION

Pengambilan warga asing sebagai tenaga tentera bagi pertahanan negara bukanlah satu pilihan yang munasabah apabila mengambilkira faktor keselamatan dan ketaatsetiaan mereka. Namun bagi kerajaan-kerajaan di zaman silam khasnya yang bertaraf empayar, saiz bala tentera yang besar adalah segala-galanya hingga soal kerakyatan boleh dikesampingkan kerana pada waktu itu teknologi persenjataan tidaklah secanggih sekarang hingga mampu mengimbangi jumlah anggota tentera yang sedikit. Pasukan French Foreign Legion (Legion Etrangere dalam bahasa Perancis) merupakan kesinambungan tradisi tentera upahan warga asing yang menjadi sebahagian dari sejarah Eropah. Namun demikian Legion Etrangere bukanlah sebuah organisasi tentera swasta (PMC), sebaliknya sebahagian dari tentera darat Perancis. Konsep Legion Etrangere yang menyatukan anggota pelbagai kerakyatan, bangsa, warna kulit dan agama dalam sebuah pasukan hampir menyamai Rejimen Renjer Diraja (RRD) dalam Tentera Darat Malaysia (TD) cuma bezanya RRD hanya mengambil warganegara Malaysia sebagai pegawai dan anggotanya.

Sejarah

Tentera upahan asing bukanlah sesuatu yang baru dalam tentera darat Perancis. Setiap raja dalam sejarah negara tersebut mempunyai unit askar upahan wargas asing seperti pasukan pengawal bangsa Scott (Raja Charles Ke-7), pasukan pengawal bangsa Swiss (Raja-Raja Bourbon) dan pasukan tombak (lancers) bangsa Poland (Napoleon dan Raja Louis Philippe). Apabila warga luar tidak lagi dibenarkan berkhidmat dengan tentera darat Perancis selepas Revolusi Julai 1830, Legion Etrangere ditubuhkan oleh Raja Louis Philippe pada 10 Mac 1831 sebagai rejimen warga luar yang berkhidmat untuk Perancis. Pada masa itu ia dibarisi oleh pejuang revolusi negara-negara Eropah yang gagal menumbangkan kerajaan masing-masing, askar dari rejimen luar yang dibubarkan malah samseng dan orang gelandangan dari kalangan warga asing serta warga Perancis sendiri. Bermula dari kempen penaklukan ke atas Algeria pada tahun yang sama, Legion Etrangere telah berjuang dalam setiap kempen ketenteraan untuk pertahanan dan kepentingan strategik Perancis hinggalah ke hari ini.

Peranan
Legion Etrangere melaksanakan peranan infantri (termasuk pengkhususan lintas udara), armor dan jurutera tempur bagi pertahanan negara dan melindungi kepentingan strategik Perancis. Oleh yang demikian pasukan ini kerap terlibat dalam pelbagai misi tempur, pengaman dan penguatkuasa keamanan di seluruh dunia serta salah satu elemen pasukan aturgerak cepat (PAC) angkatan tentera Perancis. Malah Legion Etrangere dianggap pasukan elit dalam tentera darat negara Eropah itu.

Organisasi dan Kelengkapan
Bersesuaian dengan peranannya seperti yang dinyatakan tadi, Legion Etrangere dibentuk sama seperti lain-lain pasukan dalam tentera darat Perancis. Batalion-batalion Legion Etrangere juga bukanlah formasi bebas sebaliknya sebahagian dari formasi briged dan divisyen. Keseluruhan pasukan Legion Etrangere diperintah oleh seorang pegawai berpangkat Brigadier Jeneral yang juga mewakili pasukan tersebut dalam tentera darat Perancis. Di peringkat batalion, Legion Etrangere diperintah oleh seorang pegawai berpangkat Lt Kolonel atau Kolonel. Setiap batalion infantri mempunyai kekuatan 920 anggota, yang terdiri dari elemen markas, empat kompeni rifel, sebuah kompeni pemerintahan dan sokongan serta sebuah kompeni senjata berat. Setiap kompeni rifel mengandungi 4 platun dan setiap platun pula terbahagi kepada empat seksyen dengan setiap satu dari empat seksyen berkenaan merupakan seksyen anti-kereta kebal (AKK). Kompeni senjata berat pula terdiri dari dua platun AKK, satu platun mortar, satu platun tinjau dan satu platun senjata anti-pesawat. Batalion para Legion Etrangere (2e REP) pula mempunyai jumlah keanggotaan yang lebih besar (1160 orang) dan berupaya melaksanakan operasi khas. Pasukan ini terdiri dari sebuah kompeni pemerintahan dan logistik, sebuah kompeni tadbir dan bantuan, sebuah kompeni senggaraan, sebuah kompeni simpanan serta sebuah kompeni tinjau dan sokongan. Untuk peranan tempur, 2e REP mempunyai empat kompeni di mana setiap satu mempunyai kepakaran masing-masing; Kompeni Pertama (peperangan bandar), Kompeni Ke-2 (peperangan pergunungan), Kompeni Ke-3 (peperangan amfibia) dan Kompeni Ke-4 (penembak hendap dan pemusnahan). Keupayaan operasi khas 2e REP merangkumi penugasan penyelam tempur, tim Ronda Kumpulan Kecil/Ronda Jarak Jauh (RKK/RJJ) dan serangan pantas/sabotaj ke atas musuh. Batalion-batalion Legion Etrangere juga mempunyai unit anjing perang organiknya sendiri.

Pasukan kavalri Legion Etrangere mempunyai kekuatan 930 pegawai dan anggota yang membentuk sebuah kompeni pemerintahan dan logistik, sebuah kompeni tadbir dan sokongan dan empat skuadron tempur (setiap skuadron mengandungi 4 trup lengkap dengan elemen markas masing-masing). Pasukan ini mengoperasikan kenderaan perisai beroda AMX-10RC yang bersenjatakan meriam 105mm. Sama seperti pasukan infantri, batalion jurutera Legion Etrangere dibarisi 920 anggota. Ia mengandungi sebuah kompeni pemerintahan dan logistik, sebuah kompeni latihan dan pangkalan, sebuah kompeni bantuan dan tiga kompeni jurutera tempur. Setiap kompeni jurutera tempur mengandungi tiga seksyen jurutera, satu seksyen markas dan satu seksyen sokongan. Legion Etrangere menggunakan pelbagai kelengkapan yang sama seperti semua pasukan dalam tentera darat Perancis - dari rifel tempur 5.56mm FAMAS hingga peluru berpandu anti-armor Milan dan Eryx, peralatan komunikasi, kenderaan, pakaian tempur, alat pandang malam (NVD) dan peralatan kejuruteraan.

Legion Etrangere terdiri dari 10 formasi rejimental termasuk dua formasi yang berpangkalan di luar Perancis;
Dalam Negara Perancis
1er Regiment Etranger de Cavalerie (1er REC), berpangkalan di Orange (pasukan kereta perisai) 1er Regiment Etranger (1er RE), berpangkalan di Aubagne (formasi markas)
2e Regiment Etranger de Infanterie (2e REI), berpangkalan di Nîmes (pasukan infantri)
4e Regiment Etranger (4e RE), berpangkalan di Castelnaudary (pasukan latihan)
1er Regiment Etranger de Genie (1er REG), berpangkalan di Laudun (pasukan jurutera)
2e Regiment Etranger de Genie (2e REG), berpangkalan di St Christol, Corsica (pasukan jurutera)
2e Regiment Etranger Parachutiste (2e REP), berpangkalan di Calvi (pasukan para)
Wilayah Seberang Laut/Wilayah Naungan Perancis
3e Regiment Entranger de Infanterie (3e REI), berpangkalan di Guyana Perancis, (pasukan infantri)
Detachment Legion Etrangere Mayotte (DLEM), berpangkalan di Mayotte, pulau kecil di utara Madagascar.Afrika
13th Demi-Brigade Legion Etrangere (13 DBLE), berpangkalan di Djibouti.



Kelayakan Masuk, Latihan, Kepakaran dan Laluan Kerjaya

Legion Etrangere terbuka kepada semua lelaki tanpa mengira kewarganegaraan termasuk warganegara Perancis sendiri yang berusia dari 18 hingga 40 tahun dengan kad pengenalan yang sah dan tahap kesihatan yang baik. Bagi mereka yang berumur di bawah 18 tahun, kebenaran ibu-bapa atau mahkamah diperlukan. Walaupun kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Perancis bagi pemohon bukan berbangsa Perancis/penutur bahasa Perancis tidak diwajibkan kerana ia akan diajar dalam latihan dan perkhidmatan, sekiranya dimiliki pemohon ia adalah satu bonus. Pemohon boleh memilih untuk mendaftar dengan ‘pengenalan yang diisyiharkan’ (nama lain) bagi melindungi pengenalan diri sebenar mereka. Bagi warga Perancis pula, mereka boleh mengisytiharkan diri mereka rakyat negara penutur bahasa Perancis atau Francophone (selalunya Monaco). Memandangkan kemasukan ke dalam Legion Etrangere adalah sukarela, mereka yang dikerah menjalani perkhidmatan negara tidak ditugaskan ke dalam pasukan ini.Untuk memohon menyertai Legion Etrangere, bakal-bakal rekrut dikehendaki melapor di mana-mana 17 pusat merekrut di seluruh Perancis. Proses ini akan memakan masa 1 hingga 3 hari di mana mereka akan menjalani pemeriksaan kesihatan awal yang asas sebelum dihantar ke Aubagne sekiranya disahkan mempunyai tahap kesihatan asas yang dikehendaki. Setibanya di Aubagne para pemohon akan menjalani pemeriksaan kesihatan yang lebih lengkap, ujian IQ, ujian kecergasan, ujian personaliti, program motivasi dan juga tapisan keselamatan yang ketat. Mereka yang mempunyai rekod jenayah juga akan gagal pada peringkat pemilihan ini kerana tidak seperti di awal penubuhannya, Legion Etrangere bukan lagi tempat buangan untuk penjenayah dan bekas banduan memandangkan setiap pemohon juga perlu lulus tapisan keselamatan oleh Polis Antarabangsa (Interpol). Setelah selesai semuanya mereka akan menandatangani kontrak perkhidmatan selama 5 tahun. Keseluruhan proses ini memakan masa 10 hari. Saringan untuk memasuki Legion Etrangere amat ketat hinggakan dari purata setiap 8 pemohon, hanya seorang yang akan lulus.Latihan asas ketenteraan selama 4 bulan akan dijalankan bagi para pemohon yang lulus semua peringkat pemilihan di atas akan dijalankan di pasukan latihan (4e RE) di Castelnaudary yang merangkumi pengenalan kepada pasukan, latihan medan, ilmu medan perang (IMP), adat-istiadat rejimen, kawad, latihan teknikal dan taktikal (peringkat kem dan medan), latihan pergunungan dan ujian untuk sijil kelayakan teknikal. Selesai upacara tamat latihan, rekrut akan menjalani pula ujian memandu kenderaan berat dan ringan termasuk jentolak berunut bagi mencari mereka yang mampu mengendalikan kenderaan berat khasnya. Ia berjalan selama seminggu sebelum semua rekrut kembali ke Aubagne bagi proses pertukaran ke semua 10 formasi rejimental. Seperti semua pasukan tentera, Legion Etrangere sentiasa berlatih dan bersedia untuk sebarang bentuk peperangan di mana-mana juga dari kawasan beriklim sejuk/sederhana ke gurun dan kawasan tropika.Dari segi kepakaran, semua legionnaire (gelaran bagi anggota Legion Etrangere) terlatih sebagai anggota infantri. Bagaimanapun mereka boleh mengikuti latihan untuk mendapatkan kepakaran lain dari kategori tempur seperti penembak hendap, krew kenderaan perisai, krew meriam anti-pesawat, penerjun payung, ketua penerjunan, jurulatih penerjunan dan penyelam. Bagi kepakaran bantuan tempur dan bantuan perkhidmatan ia meliputi kerani am, kerani akaun, jurusemboyan, rigger, mekanik alat komunikasi, pemandu, operator kelengkapan kejuruteraan, juruelektrik, mekanik kenderaan, tukang paip, tukang kayu, jurukimpal, mekanik persenjataan, jurumasak, jurugambar, jurulatih jasmani, anggota perubatan, pemain pancaragam dan pakar komputer.Setelah tamat kontrak 5 tahun, seseorang legionnaire boleh menyambung kontrak perkhidmatannya selama 6 bulan, setahun, 2 tahun, 3 tahun dan 15 tahun atau lebih lama lagi sekiranya berminat namun ia juga bergantung pada pangkat dan rekod perkhidmatan yang baik. Selepas 15 tahun, legionnaire terbabit berhak mendapat pencen sekitranya beliau memutuskan untuk bersara malah berhak mendapatkan sama ada kewarganegaraan atau taraf penduduk Perancis (taraf penduduk boleh diperbaharui selepas 10 tahun). Hak ini bagaimanapun adalah bagi legionnaire bukan warga Perancis yang memperoleh sijil perkhidmatan tentera yang baik dan tidak lagi menggunakan ‘pengenalan yang diisytiharkan’. Kenaikan pangkat pula bergantung pada keupayaan jasmani, IQ, rekod perkhidmatan dan daya kepimpinan. Malah para legionnaire yang berkelayakan juga akan ditauliahkan sebagai pegawai dalam rejimen. Di penghujung kerjayanya, legionnaire akan dibantu untuk menyesuaikan diri kembali kepada kehidupan awam.




Pengenalan dan Tradisi Rejimental

Legion Etrangere mempunyai pengenalan rejimentalnya sendiri iaitu;

Lambang Bom (Legion Grenade): Ia berupa bom tangan kuno dengan kibaran api di atasnya, seakan-akan lencana kolar Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) TD. Bezanya lencana kolar RAJD mempunyai perkataan ‘UBIQUE’ di bawahnya manakala pada lencana Legion Etrangere, dua dari kibaran apinya menghala ke bawah.

Topi Putih (White Kepi): Pakaian kepala yang menjadi pengenalan serta sebahagian dari pakaian seragam Legion Etrangere sejak 19 Julai 1939, berwarna putih, pertama kali digunakan di Afrika dengan kain penutup di belakang kepala untuk perlindungan dari bahang cahaya matahari.

Bengkung Biru: Asalnya dipakai sebagai perlindungan dari masalah usus, ia kini sebahagian dari pakaian seragam perbarisan.

Langkah Berjalan Perbarisan: Pegawai dan legionnaire berjalan semasa kawad perbarisan sebanyak 88 langkah seminit. Rentak kawad yang perlahan ini menyebabkan Legion Etrangere menjadi kontingen terakhir berjalan dalam mana-mana perbarisan tentera Perancis.


Rekod Tempur

Sejak 1831, 902 pegawai, 3,176 PTT dan lebih 30,000 legionnaire terkorban untuk Perancis - 1/3 dari mereka semasa berjuang untuk pertahanan negara Eropah Barat itu. Lahir sebagai orang luar, para legionnaire menjadi warga Perancis sesudah menumpahkan darah dalam kempen-kempen ketenteraan berikut;

Sepanyol:

Sebagai sokongan terhadap tuntutan Puteri Isabella ke atas takhta kerajaan Sepanyol yang diduduki bapa saudaranya, kerajaan Perancis menghantar pasukan Legion Etrangere ke Sepanyol. Legion Etrangere mendarat di Tarragona pada 17 Ogos 1835 dan terlibat dalam perang perebutan takhta. Pasukan ini kembali ke Perancis pada tahun 1838.

Perang Perancis-Mexico:

Peperangan ini tercetus pada tahun 1862 apabila Presiden Mexico ketika itu, Benito Juarez enggan membayar kembali hutang kewangan negaranya kepada Perancis. Legion Etrangere menjadi legenda sejarah ketenteraan Perancis ketika ini dengan peristiwa pertempuran antara sepasukan kecil infantrinya dengan lebih 2,000 askar infantri dan berkuda Mexico pada 30 April 1863. Pasukan pimpinan Kapten Danjou yang berkekuatan 3 pegawai dan 62 legionnaire ini terpaksa mengambil kedudukan bertahan di Hacienda Camarón. Mereka bertempur hingga kehabisan peluru dan tiga legionnaire yang masih hidup, terus melawan tentera Mexico menggunakan benet. Sebagai menghormati keberanian pasukan tersebut, panglima Mexico menugaskan kumpulan pengiring untuk mengembalikan mayat Kapten Danjou ke batalionnya.

Perang Perancis-Prussia:

Undang-undang Perancis melarang penggunaan Legion Etrangere dalam negara tersebut namun kekurangan askar terlatih yang serius semasa penubuhan Republik Ke-2 memaksa pasukan ini dioperasikan dalam negara Perancis bagi menentang Jerman.

Perang Jajahan Perancis:

Semasa tempoh pemerintahan Republik Ke-3, Legion Etrangere memainkan peranan utama dalam perluasan tanah jajahan Perancis. Pasukan ini bertempur di Afrika Utara, Madagascar and Indochina, di mana Legion Etrangere terlibat dalam pengepungan Tuyen Quang di utara Vietnam pada tahun 1885.

Perang Dunia Pertama & Kedua:

Legion Etrangere terlibat dalam kedua-dua konflik ini di Eropah dan Afrika Utara menentang Jerman dan Itali. Sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua, ramai lelaki Yahudi yang melarikan diri dari Eropah Timur untuk mengelak dari dibunuh tentera Nazi, menyertai pasukan ini.

Perang Indochina Pertama (1945-1954):

Semua rejimen Legion Etrangere terlibat dalam perang melawan kebangkitan Viet Minh yang menuntut kemerdekaan Vietnam dari Perancis. Ketika ini ramai peribumi Vietnam, Laos dan Kemboja termasuk suku kaum asli ketiga-tiga negara berkenaan menyertai Legion Etrangere. Ia adalah pasukan yang paling banyak kehilangan anggota dalam pertempuran Dien Bien Phu yang menamatkan penguasaan Perancis di Indochina.

Kebangkitan Rakyat Algeria (1954):

Dengan pengalaman bertempur di Vietnam, Legion Etrangere meneruskan perkhidmatan menekan kebangkitan bersenjata rakyat Algeria pula sehingga negara Afrika Utara itu merdeka pada tahun 1962.

Operasi Penguatkuasa Keamanan Afrika:

Sejak 1969 hingga kini, Legion Etrangere telah melaksanakan tugas pengaman dan menyelamat warga asing dari negara-negara Afrika yang bergolak seperti Chad, Zaire dan Rwanda.

Iraq & Afghanistan:
Legion Etrangere terlibat dalam Operasi Desert Storm untuk membebaskan Kuwait pada awal tahun 1991. Pada tahun 2002 pula, pasukan ini menyertai pencerobohan AS ke atas Afghanistan.


Keanggotaan – Keunikan Legion Etrangere

Seperti yang dinyatakan tadi, para legionnaire terdiri dari pelbagai bangsa, agama, budaya dan kerakyatan manakala hampir sebahagian besar pegawai bertauliah Legion Etrangere adalah berbangsa Perancis. Bagaimanapun 10% dari pegawai Legion Etrangere adalah legionnaire yang meningkat dari peringkat bawah. Sebilangan besar warga luar yang menyertai Legion Etrangere adalah berbangsa Eropah dan selebihnya berasal dari Amerika Utara/Tengah/Selatan, Afrika dan Asia, khasnya dari bekas tanah jajahan Perancis. Apa yang menarik, ada dikalangan legionnaire tadi ada yang berasal dari negara yang angkatan tenteranya canggih seperti Britain dan Amerika Syarikat (AS)! Kepelbagaian bangsa, budaya, adat resam dan agama yang begitu ketara dalam Legion Etrangere ini memberikan kelebihan kepada tentera darat Perancis dari segi perhubungan dengan warga tempatan semasa melakukan operasi tempur atau pengaman antarabangsa. Misalnya semasa beroperasi sebagai sebahagian dari pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di rantau Balkan, para legionnaire yang berbangsa Muslim Bosnia, Serb, Croat, Slovene dan Albania merupakan nadi kepada keupayaan memenangi hati warga tempatan di Bosnia dan Kosovo, sekaligus menjadi penyalur maklumat perisikan yang diperlukan semasa melaksanakan tugas. Begitu juga apabila Perancis campur tangan di negara-negara bekas tanah jajahannya di Afrika, anggota-anggota Legion Etrangere yang berasal dari negara-negara tersebut sudah sememangnya memahami kawasan operasi mereka serta lebih mudah berhubung dengan warga tempatan yang seterusnya membantu banyak penugasan rejimen.




"Legio Irus Actica" (The Legion is our Strength)

"Legio Patria Nostra" (The Legion is our Fatherland)

"Honneur et Fidélité" (Honour and Fidelity)

"Marche ou crève" (March or die, unofficial)







3 comments:

  1. VIMAX berbagai produk dan metode menawarkan cara membesarkan alat vital dengan cepat dan aman, namun jarang yang benar-benar mampu membesarkan alat vital sesuai klaim mereka. Pada umumnya cara membesarkan alat vital yang ditawarkan tidak memberikan hasil yang diharapkan pria dewasa. Terkadang, berbagai cara tersebut juga tidak memberikan hasil yang permanen. Cara membesarkan alat vital memang berkembang dari sekadar menggunakan minyak atau alat bantu ke metode modern seperti Vimax.

    Vimax merupakan cara membesarkan alat vital pria terbaik di dunia saat ini. Obat Vimax ini menjadi sangat popular karena terbukti mampu membesarkan alat vital pria sesuai janji dari Vimax. Ukuran penis akan lebih panjang hingga 4 inci, dan membesar hingga 25%, dan yang terutama hasil yang didapat akan PERMANEN selamanya. Dengan Vimax, pria dewasa dapat memperbesar alat vital tanpa memandang usia…..

    http://www.pusatobat-priaperkasa.com/2013/09/vimax.html

    Tersedia :
    1.Viagra USA
    2.Cialis
    3.Levitra
    4.Procomil Spray
    5.Perangsang Wanita Spontan
    6.Vakum Big Long
    7.Boneka Full Body
    8.Sextoys P/W Komplit

    http://www.pusatobat-priaperkasa.com/

    ReplyDelete
    Replies