Sunday, December 25, 2011

ASAL USUL KRISMAS

Penganut Kristian telah dibiasakan menerima bahawa Krismas dan Easter adalah sebahagian daripada tradisi Kristian. Hakikatnya: Kedua-duanya bukan Kristian tetapi sebaliknya berpunca daripada kultus-kultus misteri, Saturnalia, sistem penyembahan dewi Ibu dan pemujaan dewa Matahari. Kedua-duanya bertentangan secara langsung dengan hukum-hukum Tuhan dan sistemNya.Lebih penting lagi, terdapat perayaan-perayaan lain yang diperintahkan Alkitab yang juga tidak dirayakan. Juga, Sabat yang diperintahkan oleh perintah hukum keempat tidak dipelihara tetapi sebaliknya hari Minggu dipelihara sebagai gantinya. Bagaimanakah ini terjadi? Bagaimana asal-usulnya? Adakah ia berunsurkan Alkitab dan adakah ia berciri Kristian? Jawapan-jawapannya terdapat di dalam sejarah, dan sungguh menakjubkan.

~Saturnalia~
Terdapat satu perayaan yang dirayakan pada bulan Disember di Rom. Ianya perlu untuk sebarang pemahaman mengenai apa yang berlaku semasa Krismas. Perayaan tersebut digelarkan sebagai Saturnalia. Ia merupakan perayaan ).Ivy juga suci bagi Attis dan imam-imamnya yang dikembiri dipasangkan tatu simbol daun ivy (Frazer, v, mukasurat 278).Buah-buah pain digunakan untuk menghasilkan sejenis wain yang digunakan di dalam upacara-upacara liar Cybele, yang pada dasarnya serupa dengan pesta-pesta liar Dionysius dan Strabo telah membandingkannya (Strabo, tak, 3. 12 dan seterusnya). Pada pesta Thesmophoria, buah-buah ini dibuang bersama bab..-bab.. serta lain-lain agen atau lambang kesuburan ke dalam kubah-kubah keramat Demeter untuk tujuan menambahkan kesuburan tanah dan golongan perempuan (Frazer, v, mukasurat 278). Dengan itu, kita kembali sekali lagi kepada perayaan-perayaan Demeter dan aspek-aspek yang telah terus kekal dan yang dikaitkan dengan Krismas di Eropah secara amnya seperti yang telah kita lihat.

~Epiphany~
Istilah Epiphany bermaksud manifestasi (penjelmaan) iaitu kemunculan makhluk luarbiasa atau ilahi. Ianya diaplikasikan kepada Antiochus IV Epiphanes, raja Syria (Aram) (175-164 sama).Ianya juga dikenali sebagai: dies luminum (hari penuh terang); hari tiga raja atau hari kedua belas. Semua telah dibincangkan di atas. Amalan-amalan yang dikaitkan dengannya semuanya terbit daripada sumber-sumber purba yang kita lihat di dalam teks itu dan tiada kena-mengena dengan iman.Nama itu terus kekal di dalam perayaan besar Befana di Rom (rujuk Catholic Encyclopedia, art., Epiphany, Robert Appleton, NY, 1909, Vol. V, mukasurat 504). CE ini mengatakan:Sukar memastikan betapa dekatnya amalan itu, yang dipelihara pada masa itu iaitu membeli pelbagai jenis imej buatan tanah, ditambahkan dengan alat siulan dan mewakili sebahagian kehidupan orang Rom, harus dikaitkan dengan adat yang agak sama yang terkenal semasa perayaan Saturnalia bulan Disember (ibid.)

Ia bukannya sukar untuk dikenalpasti. Amalan-amalannya sama dan istilahnya diaplikasikan kepada penjelmaan Befana sebagai dewi seperti yang kita lihat di atas. Cubaan-cubaan untuk meletakkan rujukannya di dalam Hippolytus pada Sakramen Pembaptisan adalah tidak betul kerana dia menggunakan istilah theophaneia dan bukannya epiphania (ibid.).Rujukan pertama yang sah mengenainya terdapat dengan Clement (Stromateis, I, xxi, mukasurat 45). CE memetik teks ini seperti berikut dan kemudiannya menambah:‘Terdapat golongan orang, juga, yang peliknya telah menetapkan Hari Kelahiran Juruselamat kita bukan saja pada tahunnya tetapi pada harinya, yang mereka katakan adalah 25 Pachon (20 Mei) pada tahun Augustus kedua puluh lapan. Tetapi pengikut-pengikut Basilides juga merayakan hari Pembaptisannya, di mana mereka mengisi waktu malam sebelumnya dengan pembacaan. Dan mereka mengatakan bahawa ianya jatuh pada hari ke 15 bulan Tybi tahun ke 15 Tiberius Caesar. Dan ada yang mengatakan bahawa ianya pada hari ke 11 bulan yang sama.’ Hari ke 15 dan 11 bulan Tybi adalah 6 dan 10 Januari.Kedua-dua Gereja Roman Katolik dan Gereja Ortodoks cuba untuk mendapatkan daripada amalan kelompok Gnostik ini di bawah ajaran Basilides (yang mengajar di Rom pada pertengahan abad kedua) sokongan bagi merayakan kelahiran serta pembaptisan Kristus, namun tiada bukti sebenar bagi andaian ini. Bukti perayaan-perayaan itu sendiri menunjukkan bahawa amalan tersebut adalah perayaan kesuburan serta keberkatan hasil ladang yang kuno. Daripada ini timbullah amalan memberkati air serta amalan membuang patung-patung salib ke dalam laut untuk menjadikan laut berhasil bagi penangkap ikan. Semuanya didasarkan di dalam kepercayaan paganisme kuno dan tidak terlihat di dalam agama Kristian sehinggalah abad keempat. Tambahan ini dilakukan lama selepas zaman Origen yang menulis pada abad ketiga kerana dia tidak menyebut apa-apa tentang Epiphany di dalam senarai perayaan-perayaannya. Sebutan pertama mengenainya sebagai suatu perayaan jemaat adalah pada tahun 361


p/s:pasal kristian dan krismas ini diambil dr laman web(hanya sedikit,masih banyak lagi) dan cerita yang saya dengar sendiri daripada bekas ketua paderi yang telah memeluk islam...ustaz saifudin!!--

No comments:

Post a Comment