Sunday, May 12, 2013

MENGAPA MANUSIA BERPERANG

“Manusia perlu menamatkan perang, atau perang yang akan menamatkan manusia”…   (John F. Kenedy.. Ucaptama di PBB 1961)
“ Perang adalah seburuk buruk kejahatan, tetapi ada satu kebaikannya, ia mengusir ketakutan dan membangkitkan keberanian”….(Mahatma Ghandi)
1. Salam bahagia, berjumpa lagi saya bersama tuan tuan pembaca blog yang budiman. Di saat saya sedang menulis artikel ini, tahniah dan syabas kepada semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kita yang sedang bertungkus-lumus mempertahankan tanah air kita dari penceroboh durjana.
2. Seperti biasa, terdahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Hj. Shah Paskal (admin) kerana menyiarkan artikel terbaru dari saya.
3. Kebelakangan ini saya amat sibuk dengan tugasan operasi dan pendakwaan di jabatan saya, namun tidak sesekali saya melupakan blog ini dan permintaan dari admin untuk artikel artikel seterusnya bagi merancakkan lagi perbincangan ilmiah antara forumer sekalian.
4. Sejak sebulan ini, ramai dikalangan anggota jabatan saya mula meminati blog ini walau perbezaan tugasan yang amat nyata dari ketenteraan. Namun kes pencerobohan ini telah menyebabkan saya di tanya bertalu talu oleh rakan setugas sehinggakan menjadi topik perbincangan hangat antara kami.

5. Apalah yang saya boleh jawab, hanyalah andaian andaian dan saya tidak berani untuk mengulas tentang apa yag terjadi kerana terlalu banyak versi penceritaan dari pemberita pemberita tidak bertauliah.
6. Namun  untuk semua peminat peminat blog ini dan juga mereka mereka yang sentiasa mengambil berat tentang masalah negara, maka saya tuliskan satu artikel yang tidak menyentuh hal hal di Lahad Datu tetapi satu artikel pemahaman umum mengenai “PERANG”.
7. Walau saya tidak pandai dalam ilmu ketenteraan, saya mengulas dari pandangan dan sudut sejarah KERANA SAYA  AMAT SUKA KEPADA KAJIAN SEJARAH.
8. Pernah suatu waktu dahulu saya bertanya kepada cikgu sejarah saya, “cikgu, kenapa manusia berperang? Dia jawap… 3 G
9. 3G merupakan jawapan yang paling asas dalam menghuraikan kenapa sesuatu perang itu terjadi.   Tentu tuan / puan tahu apa itu 3G.  Satu teknologi handphone komunikasi… hehehe (jawapan budak sekolah sekarang).
10.Konsep 3G telah digunakan hampir 900 tahun yang lalu iaitu digunapakai oleh imperialis imperialis barat bagi menjelajah, melihat dan menakluk sesuatu bangsa. (3V).  Apakah 3V ini?  Veni Vedi Vinci (saya datang, saya lihat dan saya takluk).
3G ini membawa maksud  GOSPEL  GOLD  GLORY

11.Apakah Kaitan Gospel Dan Peperangan?

12.Di alam peperangan zaman sebelum renaissance dan selepas renaissance di eropah, kebanyakan imperialis barat telah di tarbiahkan di minda mereka bahawa kejayaan sesuatu negara bangsa itu mestilah di dukungi oleh semangat untuk meluaskan pengaruh keagamaan.
Kenapa?
13.Golongan agama di barat pada waktu itu melihat kejayaan pengaruh ketenteraan Islam  meluaskan empayar mereka melalui peperangan telah menyebabkan mereka iri hati dan berhasrat untuk memiliki kekuasaan yang sama taraf dengan empayar Islam ketika itu.
Bila?
14.Zaman era perang salib pertama hingga terakhir adalah merupakan zaman yang menuntut penguasaan ketenteraan untuk menyebarkan sesuatu agama. Ledakan dari pertembungan pengaruh Islam dan Kristian itulah yang menyebabkan berlakunya pencerahan (enlightment) dan seterusnya menghasilkan satu era yang dinamakan renaissance.  Pada ketika itu eropah amat jahil di dalam teknologi teknologi yang dihasilkan dalam dunia Islam.
Siapakah Pencetusnya?
15.Pencetus semangat perang keagamaan zaman perang salib ini dimulai oleh Paus Urban II pada tahun 1095. Disebabkan oleh beberapa insiden rompakan dan samun oleh penyangak penyangak arab padang pasir badwi terhadap kabilah kabilah rombongan keagamaan Kristian ke Baitul Muqaddis dan alasan ini telah digunakan sebaik mungkin untuk mencetuskan peperangan terhadap empayar Islam pada masa itu.
Bagaimana Ia Dicetuskan?
16.Para pejuang eropah pada waktu itu tidak sehaluan pada dasarnya. Tiap pasukan tentera mereka terdiri dari kerajaan kerajaan yang berasingan dan sentiasa berperang antara satu sama lain. Mereka disatukan dengan mengilhamkan bahawa ada satu kerajaan Pastor John di timur dan mereka perlu bersatu untuk memusnahkan empayar Islam.
17.Maka ayat mudah diperkatakan ialah, perang menjurus kepada agama ialah merupakan salah satu motif utama di mana mana medan peperangan di dalam dunia. Contoh lain ialah Perang Paderi. (Hehehe…..saya kaji tu… malas nak ulas…)
Apakah Kaitan Gold Dan Peperangan?
18.Peperangan tidak boleh lari dari motif penguasaan emas, merebut emas, merompak emas, menawan kawasan emas.  Emas merupakan satu asset komoditi yang amat penting semenjak penggunaan emas di zaman kerajaan Nabi Sulaiman A.S sehinggakan di ceritakan bahawa pada zaman itu, segala hasil mahsul emas datang dari semenanjung emas (golden khersones).
19.Mungkinkah pada fikiran tuan puan sekelian, emas ini menjadi satu kemestian untuk di puja dan di puji oleh segenap lapisan masyarakat. Hakikatnya ialah, siapa yang mempunyai asset emas paling banyak, dialah yang kaya.  Siapa yang mempunyai stok emas yang bertimbun, ia boleh menakluki manusia.
20.Sesuatu kerajaan yang besar,  mestilah kuat dari segi politiknya, tenteranya dan ekonominya yang kukuh.  Kestabilan sesuatu negara itu tidak boleh dipisahkan dari 3 perkara diatas. Namun jika berlaku kepincangan dari salah satu  elemen itu, maka memungkinkan terjadinya peperangan.
21.Walaupun hakikatnya satu negara bangsa ini mengimpikan sesuatu kemanan dikecapi sepanjang masa,  masyarakat penghuninya juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan corak pemerintahan kerajaan.  Apabila sesuatu negarabangsa aman damai, ia pasti dicemburui oleh mana mana pihak atau jiran yang irihati atau sakit hati melihat kemakmuran ekonomi dan sosio politik suatu negarabangsa.
22.Maka dengan sifat irihati dendam kesumat dan hasad dengki, maka satu jalan yang paling mudah ialah mengganggu gugat system ekonomi dengan mengadakan konspirasi dagangan emas dan mengakibatkan perang ekonomi berlaku didalam diam.  Jika tidak, serangan fizikal akan di lakukan atas alasan  pelbagai dan motif utamanya ialah, merampas simpanan emas dan melumpuhkan nilai ekonomi negarabangsa tersebut.
23.Sejarah perang Iraq dan A.S membuktikan bahawa antara sebab utama perang terjadi ialah kerana inginkan penguasaan emas hitam di timur tengah.  Bukan itu sahaja, kejadian melarikan emas milik kerajaan Iraq telah dibongkarkan beberapa tahun yang lalu melalui beberapa keping gambar yang disebarkan di laman laman social internet.
24.Oleh itu, penguasaan dan menguasai emas kuning atau hitam merupakan antara alasan kukuh untuk sesebuah negara menyerang atau diserang.
25.Contoh paling mudah untuk difahami ialah, kenapa Jepun serang negara kita dan Asia?  Dan akhir sekali yang kita dapat tahu ialah perkataan ‘emas yamashita’….  Jadi perang tidak boleh lari dari emas kan? Hehehe….
Kaitan Perang Dengan Glory
26.Glory.. boleh ditakrifkan sebagai kejayaan, kemenangan, kecemerlangan dengan erti kata penuh kebanggaan yang boleh diagungkan dan boleh di catatkan di dalam sejarah sesebuah negara bangsa.  Dengan mempunyai sifat tersebut, manusia di mana jua sekalipun akan tetap inginkan kehormatan dan ketinggian darjat serta kemuliaan dan dipandang tinggi oleh orang lain.
27.Sesuatu pasukan ketenteraan negara bangsa itu sememangnya dilatih dengan disiplin tinggi dan etika peperangan yang terbaik bagi melahirkan satu semangat ‘esprit de corps’ dikalangan mereka. Semangat yang lahir dari hati dan perasaan cintakan negara bangsa mencetuskan suatu fenomena patriotisme yang jitu dan menyerlahkan kekuatan sesuatu pasukan negara bangsa.
28.Perang tidak boleh lari dari semangat untuk menunjukkan sesuatu bangsa itu mampu menjajah, menawan, menakluk dan memerintah ke atas suatu negara bangsa dan dengan hasrat ingin ‘mendabik dada’ bahawa mereka lah yang terkuat, terbaik atau terhebat. Mangsa dan pemangsa di alam perang ini ibarat pepatah yang menang jadi arang yang kalah jadi abu.
29.Pasukan yang kuat akan ketawa dan yang lemah pendek nyawa.  Yang menang jadi tuan hamba yang kalah jadi hamba sahaya. Negara bangsa yang menjadi hamba pasti akan dihina dan akan melahirkan bangsa yang lemah moral dan motivasi serta melahirkan generasi yang mengemis di bumi sendiri. Sejarah akan mencatatkan golongan ini sebagai pengkhianat dan pemberontak dan bangsa yang layak menjadi hamba suruhan si penjajah.  Sememangnya sejarah ditulis oleh orang orang yang menang sahaja.
30.Maka orang orang yang menang inilah yang menginginkan ‘GLORY’ itu milik mereka untuk dibangga banggakan di dalam lipatan sejarah.
Kesimpulan.
31.Saya sebenarnya bukanlah pandai dalam mentafsirkan erti peperangan dan kesan peperangan.  Sekadar berkongsi pendapat dengan tuan puan forumer sekalian.  Di hati saya terdetik seketika bahawa kita sebenarnya terlalu lama tidur di dalam jaga. Keamanan yang di nikmati hasil dari pengorbanan pasukan keselamatan negara menyebabkan kita merasa selesa dan senang. Tambahan pula sifat kita tidak mahu menghayati sejarah dan tidak mahu mempelajari teladannya untuk rujukan anak cucu masa hadapan.
32.Amat malang sekali mereka mereka yang sombong dan ego dalam kesenangan, menghina, mengherdik, mengata dan memperlekehkan usaha pasukan keselamatan kita demi memastikan kita tidur lena di ranjang berhawa dingin. Sedangkan mereka mereka ini  bersekang mata menjaga kita dan berhadapan dengan peluru peluru tidak bermata.
33.Oleh sebab itu, maka wajarlah kita bersyukur dan berterima kasih bukan menghina dan mengejek. Mereka juga manusia biasa seperti kita, punyai hati dan perasaan. Banyak negara mencemburui kemakmuran dan kekayaan negara kita sehingga ada yang sanggup datang mencari rezeki untuk hidup.  Semata mata 3G tadi. Walau bukan dengan perang, tapi dengan budaya dan sosioekonomi.
34.Akhirkata, saya memetik beberapa lirik dari Kumpulan Scorpion…..
I saw the morning it was shattered by a gun
Heard a scream, saw him fall, no one cried
I saw a mother, she was praying for her son
Bring him back, let him live, don’t let him die
Do you ever ask yourself
Is there a Heaven in the sky?
Why can’t we get it right?
‘Cause we all live under the same sun
We all walk under the same moon
Then why, why can’t we live as one?
KENAPA KITA TIDAK BOLEH HIDUP SEBAGAI ‘SATU’….

No comments:

Post a Comment