Tuesday, May 21, 2013

Kenali Hati Lelaki



~Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.


~Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.


~Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.


~Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.


~Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.


~Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.


~Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.


~Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.


~Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.


~Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.


~Lelaki juga akan menangis.


~Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.


~Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.


~Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.


~Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.


~Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’


~Lelaki amat sayang ibu mereka.


~Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.


~Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.


~Adalah lebih baik anda menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.


~Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.


~Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.


~Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.


~Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.


~Lelaki lebih banyak berfikir.


~Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.


~Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.


~Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.


~Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.


~Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.


~Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.


~Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.


~Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.


~Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.


~Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.


~Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.


~Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

No comments:

Post a Comment