Monday, May 20, 2013

Strategi Kaum Pagan Menuju The New World Order (Tamat)

Ideologi yang dicipta untuk meruntuhkan institusi kekeluargaan

Adakah anda pernah atau sedang mengalami penyakit kista di rahimnya? Atau mungkin adik, kakak, isteri, anak, atau ibu kita yang mengalami penyakit itu? Kista adalah kantung yang berisi darah hitam pekat dan sangat kotor. Dalam kebanyakan kes, doktor biasanya akan membuang kista melalui pembedahan. Namun selepas pembedahan, kista boleh tumbuh lagi.

Kista di rahim

Dalam rundingan dengan doktor, biasanya kita akan ditanya adakah kita sering memakan ayam goreng di kedai-kedai fasfood, atau lebih terperinci lagi seperti adakah kita sering memakan sayap ayam goreng? Dan kebiasaan pesakit akan mengangguk. Jika demikian, sudah jelas bahawa pesakit merupakan salah satu korban dan mangsa dari zat kimia atau hormon steroid yang telah disuntikkan ke dalam tubuh ayam dan kebiasaannya memang disuntik pada bahagian sayapn atau leher ayam tersebut. Dua tempat dalam tubuh ayam itulah yang menyimpan kandungan steroid yang paling banyak jika dibandingkan dengan bahagian tubuh ayam yang lain.

Tutup mata kita dan buka kembali dengan paradigma yang benar-benar baru. Pengurangan populasi manusia sedang berlaku di sekeliling kita dengan berbagai cara. Konflik, peperangan, penyakit, pembunuhan, masalah sistem ekonomi, bencana alam buatan, ideologi, sistem demokrasi, dan sebagainya. Dan tahukah Anda jika semua itu terjadi bukan kerana kebetulan namun sesuatu yang sudah dirancang dengan matang dan amat rapi sejak sekian lama.

Adakah Anda percaya jika AS menjadi negara super-power satu-satunya di dunia saat ini kerana faktor kebetulan? Percayakah Anda Kesatuan Soviet Rusia hancur kerana satu kebetulan? Percayakah Anda jika Zionis-Yahudi berada di belakang semua kerosakan di muka bumi sejak zaman para nabi hingga sekarang? 

Di dalam kitab suci al-Qur’an, Allah SWT telah berkali-kali menyampaikan firman-Nya bahawa bangsa Yahudi merupakan bangsa perosak, pengkhianat, tidak boleh dipercayai, dan sumber segala kerosakan di muka bumi ini. Anda harus percaya dengan kenyataan ini. Kian hari kian terbukti segala konspirasi Zionis-Yahudi, pewaris kekuatan paganisma purba, dalam menghancurkan umat manusia lain demi merialisasikan impiannya menciptakan pemerintahan dunia baru berdasarkan versinya sendiri.

Kuota Calon Perempuan

Perkara yang mungkin belum pernah terlintas di benak anda adalah strategi pengurangan populasi manusia melalui penanaman ideologi atau gerakan ideologi. Feminisme merupakan salah satu gerakan yang melawan fitrah kejadian manusia yang diberikan Allah SWT kepada umat manusia. Golongan ini ingin menyamaratakan kedudukan (hak dan kewajiban) antara lelaki dan perempuan.

Tahukah Anda - sistem demokrasi telah memberikan kuota perwakilan perempuan dalam struktur pemerintahan. Padahal sudah jelas kepada kita, dengan semakin banyak peranan perempuan di sektor awam, dengan meninggalkan kewajiban utamanya sebagai pendidik di dalam keluarganya, maka situasi ini akan menyebabkan kesan yang buruk di dalam pendidikan angota keluarganya dan juga mengurangkan kadar kesuburannya disebabkan keadaan fizikal dan mentalnya yang keletihan.

Ironinya, idea yang sarat dengan niat jahat tersirat dalam menghancurkan sendi-sendi kekuatan kekeluargaan tersebut didukung sepenuhnya oleh parti-parti politik yang berasaskan Islam. Adakah mereka faham dengan perkara ini dan tidak peduli atau mereka memang tidak tahu kerana kurangnya matlamat dan bahan bacaan yang sewajarnya?

Adalah satu pembohongan besar jika dikatakan seorang perempuan yang menjadi anggota perundangan, di mana sering kali pulang lewat hari disebabkan banyak mengikuti mesyuarat, mampu menjadi pendidik utama bagi anak-anaknya di rumah, melebihi “pendidikan” yang diberikan oleh televisyen dan pengaruh dalam lingkungan pergaulannya. Perempuan jenis ini tanpa disadari memperhambakan perempuan lainnya yang dijadikan sebagai pembantu (orang gaji) rumah tangganya.

Bagi yang ingin mendalami kajian tentang perkara ini silakan membaca dua buku ini “Evolusi Moral” (Sayyid Quthb) dan “Kejuruteraan demografi dan globalisasi kerosakan: aspek konspiratif persidangan Kaherah dan Beijing” (Ummu Hani, Yayasan Ibu Harapan). Dua buku ini insya Allah akan dapat membuka pemikiran kita tentang mengapa konspirasi Yahudi antarabangsa  perlu menggunakan para perempuan di dalam sektor awam.

Jika kita mengaku sebagai orang yang mengambil peduli dengan ayat-ayat Allah, seharusnya kita wajib mengembalikan posisi perempuan ke tempat yang sangat terhormat sebagai Ummu Madrasatun ‘Ula, Sang Pendidik Utama di dalam keluarga, jadi bukan menyerahkan pendidikan anak-anak kita kepada pembantu, atau guru yang datang ke rumah kita. Kita harus menentang dan menolak sunnah-Yahudi, walaupun langkah ini kurang popular di masa sekarang. Kerana al-haq itu tetaplah al-haq, walaupun perkara itu popular ataupun tidak.

Zionis-Yahudi dengan sekutu-sekutunya di atas dunia ini, dan diketuai Amerika Syarikat sebagai ketua baginya merupakan pewaris paganisma dunia purba. Pengikut iblis yang dahulunya dikenali sebagai The Broterhood of Snake, Samiri (pada zaman Musa a.s.), Sanhedrin (pada zaman Isa a.s.), Biarawan Sion, Knight Templar, Freemason, Theosophy, dan berbagai nama sekarang ini, Bilderberg, CFR, Club of Rome, IMF, World Bank, The Federal Reserve, dan sebagainya, jelas menyatukan kelompok mereka di dalam kelompok Zionis Dunia.

Penamat dari agenda mereka adalah untuk membentuk Pemerintahan Dunia Baru (The New World Order) di mana mereka menjadi ketua bagi semua penduduk yang ada di atas muka bumi ini. Matlamat akhir mereka ini telah dipahat di dalam lambang negara AS dengan kalimat “Novus Ordo Seclorum”. Dalam menuju pengakhiran agenda ini, kaum pagan moden melaluinya dalam berbagai tahap dan setiap peristiwa sentiasa dikaitkan dengan ritual pagan kuno. Mari kita lihat beberapa peristiwa dunia yang seperti tidak memiliki apa-apa makna namun sesungguhnya ianya sebahagian dari ritual pagan mereka:

Jata AS yang terpampang Novus Ordo Seclorum

Tahun 2012 merupakan waktu untuk: 
  1. Memodenkan seluruh sistem ketenteraan AS di Pentagon. 
  2. Waktu untuk mencapai Codex Alimentarius.
  3. Untuk mencapai Agenda 21
  4. Waktu untuk mengimplementasikan Perjanjian Kyoto
  5. Dan banyak lagi agenda-agenda antarabangsa. 

Mengapa harus 2012?

Mungkin anda lupa, maka lihatlah kembali kalender purba suku-suku pagan kuno seperti kalender Aztec, suku Maya, suku Hopi, suku Kaliyuga, Mesir kuno, dan lainnya. Kepercayaan pagan yang diimplementasikan di dalam sistem kalendernya berdasarkan penelitian buruj bintang dan ramalan-ramalan mistik. Ini meyakinkan kita bahawa pada tahun 2012 merupakan tempoh perubahan dari Pemerintahan Dunia Lama (The Ancient World Order) kepada Pemerintahan Dunia Baru (The New World Order).

Filem yang memberikan gambaran tentang upacara mempersembahkan korban manusia

Di zaman purba, suku-suku pagan sering mengadakan ritual persembahan korban manusia dan binatang untuk dipersembahkan kepada dewa-dewi. Dalam budaya pop, filem “Apocalypto” yang diarahkan oleh pengarah anti Yahudi Mel Gibson memberikan gambaran tentang upacara mempersembahkan korban manusia. Upacara yang banyak menumpahkan darah dan mengorbankan nyawa ini diadakan pada situasi-situasi tertentu. Di dalam dunia sekarang, kaum pagan moden juga melaksanakan upacara yang sama saja tetapi dalam bentuk yang berbeza yang memiliki maksud yang sama. Beberapa peristiwa boleh dijadikan contoh seperti:

Serangan pada 20 Mac 2003 ke atas Baghdad

Pada 20 Mac 2003, Bush melancarkan serangan ke atas Baghdad tepat pukul 0515 waktu Baghdad. Serangan itu berlangsung dalam skala yang besar dan berlanjutan sehingga keesokan harinya, 21 Mac 2003. Media-media besar dunia menyebutnya sebagai “Shock and Awe” (serangan mendadak). Namun tahukah anda bahawa tarikh tersebut di dalam agama pagan merupakan perayaan Hari Ostara. Dahulu kala, suku-suku kuno merayakannya dengan memuja Gaia (Mother of Earth) dengan cara mempersembahkan korban. Sedangkan kaum Druid merayakan hari itu sebagai Hari Kesuburan dengan melangsungkan acara makan-makan (Day of Feast).

Bush sengaja menamatkan perang pada 1 Mei 2003. Dalam tradisi pagan kuno, tanggal itu dikenali sebagai Beltane atau Malam Walpurgis. Nama tersebut berasal dari Saint Walpurga, Dewi Kesuburan Kaum Pagan. Dahulu, setiap tanggal 20 Mac hingga 1 Mei, kaum pagan melakukan ritual menumpahkan darah untuk kesuburan bumi.

Saint Walpurga

Presiden Bush jelas telah mengambil momentum keyakinan pagan kuno tersebut. Memulakan perang yang menumpahkan banyak darah pada 20 Mac dan mengakhirinya pada 1 Mei.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, banyak fakta dan data yang membuktikan kepada kita bahawa keputusan-keputusan politik dan ekonomi, juga ketenteraan pada peringkat global sering dikaitkan dengan ritual-ritual mistik kaum pagan. Banyak fakta yang membuatkan kita tercengang dan sukar untuk mempercayainya. Namun itulah yang terjadi. Semua ini hanya akan bererti untuk manusia yang mahu membuka fikirannya terhadap perkara-perkara dan situasi-situasi yang baru, yang tidak terkongkong oleh paradigma lama, dan menerima semuanya itu sebagai satu pengetahuan yang baru.

Hari-hari ini kita berada di tengah-tengah perlaksanaan agenda kaum pagan moden. Krisis kewangan yang bermula di Amerika, industri pornografi, mahalnya buku sehingga orang lebih memilih untuk menonton televisyen, dunia fesyen yang terus berlari, demokrasi yang bebal sehingga parti politik menjadi golongan elit yang banyak menindas rakyat, dan sebagainya. Jangan sangka semua ini terjadi secara kebetulan. Bagi mereka yang mahu membuka mata, hati, dan fikirannya, maka mereka akan memahami dan melihat dengan jelas manusia sekarang tengah diiring tanpa sedar menuju Pemerintahan Dunia Baru.
 
 
Pengaruh Pagan 'mewarnai' dunia kini

Artikel panjang ini yang terdiri dari sembilan bahagian berusaha memberi gambaran kepada kita tentang 'wilayah gelap' yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Bahagian kesepuluh ini merupakan kesimpulan dari rangkaian artikel sebelumnya.

Kesimpulan

Kaum pagan adalah kaum yang menyembah banyak tuhan (dewa-dewi) atau polytheisme. Dalam kemuncak peradaban kaum pagan, wujudnya suku Aztec, Maya, Hopi, Kaliyuda, dan yang paling menyerlah adalah Mesir Kuno. Dalam perkiraan kalender mereka, mereka percaya bahawa pada tahun 2012 dunia akan menuju ke pemerintahan dunia baru dunia baru dan meninggalkan pemerintahan dunia lama.

Momentum yang sama juga telah diyakini oleh Konspirasi Yahudi Antarabangsa untuk menjadikan tahun 2012 sebagai tempoh untuk memodenkan Pentagon selepas tragedi serangan 11 september 2001, waktu untuk melaksanakan Codex Alimentarius di mana makanan dijadikan senjata bagi mengurangkan populasi dunia (salah satu buktinya video pidato Rockefeller tentang Population Controlling di bawah), juga masa untuk melaksanakan Agenda 21 yang melibatkan tokoh-tokoh besar dan berpengaruh dunia, dan sebagainya.
 
 
Adakah ada perkaitan antara suku-suku pagan kuno dengan para tokoh dunia yang merancang tahun 2012 sebagai waktu peralihan antara Dunia Lama dengan Dunia Baru? 

Jawapannya ya. Suku-suku pagan kuno merupakan suku-suku penyembah Dewa Matahari yang namanya berbeza-beza mengikut tempat. India menyebutnya Btara Surya, Jepun menyebutnya Amaterasu, Orang Aztec menyebutnya Virachoca, Mesir Kuno menyebutnya Ra, Rom menyebutnya Helios, orang persia menyebutnya Ahumarazda, dan sebagainya. Mereka mengikut satu kepercayaan yang berasal dari sistem kepercayaan kuno Kabbalah yang berasal dari iblis. Sejarawan J. Robinson mencatatkan salah satu pewaris ajaran iblis ini adalah ajaran kuno Brotherhood of snake.

Brotherhood of snake

Agak menghairankan simbol pagan ini terdapat simbol nazi (swastika) di tengah-tengahnya. Anda boleh baca disini untuk mengetahui kaitannya. 

Selain Matahari, simbol pemujaan ular juga terdapat di dalam suku-suku pagan kuno seperti Mesir, Persia, Maya, Aztec, Kaliyuga, Hopi, dan sebagainya. Mereka merupakan nenek moyang kepada Konspirasi besar dunia yang kita kenali dengan istilah Zionis Antarabangsa. Ular merupakan binatang utama di dalam kepercayaan Talmud, kitab suci kaum Zionis.

Adakah warisan pagan ini hanya diwarisi oleh Zionis? 

Jawapannya tidak. Lihat kota Suci Vatikan. Simbol-simbol pagan memenuhi senibina kotanya. Bahkan di atas tongkat Paus (Pope) mempunyai simbol Dewa Matahari. Misteri Vatican - artikel yang merungkai pengaruh pagan di vatican. 

 Tongkat Paus (Pope) mempunyai simbol Dewa Matahari

Demikian juga dengan agama-agama lain. Tidak berlebihan jika dikatakan agama pagan merupakan agama terbesar di dunia ketika ini. Lihatlah kehidupan seharian kita, ternyata kita pun banyak mewarisi dan mengamalkan kepercayaan paganisma ini tanpa sedar.

Masih ada sebilangan umat Islam yang masih bersahabat dengan jin, dengan melakukan ritual-ritual yang syirik dan khurafat. Iklan di televisyen yang mentafsir horoskop merupakan contoh kecil dari berjuta-juta contoh. Kepercayaan terhadap angka, misalnya 666, 888, dan 999 juga warisan kaum pagan. Seperti umat Kristian yang mempercayai 25 Disember sebagai hari kelahiran Isa a.s., padahal tarikh itu adalah tanggal kelahiran Son of God (Namrudz anak Dewa Matahari). Mereka juga beribadah setiap hari Minggu (Sunday = Sun Day, Hari Matahari) padahal Nabi Isa a.s. melakukan ibadah setiap hari. Hindu-Budha juga mendapat pengaruh pagan ini. Fakta menunjukkan kepada kita bahawa agama pagan merupakan agama terbesar di dunia ini sekarang, walaupun ramai yang menafikannya.

Talmud merupakan kitab suci iblis yang diimammi oleh kaum pagan kuno dan juga mewarnai banyak sisi kehidupan manusia di dunia dewasa ini. Contoh yang kurang kita sedari adalah kita meletakkan dunia melebihi akhirat atau dengan kata lain kita mencintai dunia melebihi akhirat. Ramaikah dari kita yang bersikap atau berfikiran demikian? Ramai bukan?

Ini adalah hasil usaha kaum pagan mewarnai pola fikiran manusia. Kaum pagan moder ini hanya memiliki satu cita-cita iaitu menciptakan Pemerintahan Dunia Baru (The New World Order) dimana kaum Yahudi menjadi pemimpin dan ketua yang paling besar keatas umat manusia bukan Yahudi (Ghoyim) lainnya.

Percaya atau tidak, di sekeliling kita sekarang ini sedang berlaku proses pelaksanaannya tahap demi tahap untuk mencapai agenda kaum pagan moden ini. Mungkin kehidupan seharian kita dipenuhi dengan aktiviti menonton televisyen, asyik bersenda-gurau di restoran atau di mall, asyik 'chatting' atau bermain permainan video, asyik berhibur dengan nyanyian atau sukan, dan sebagainya. Semua ini memang dibuat untuk menyibukkan dan melekakan anak cucu Adam agar tidak menyedari terhadap apa yang terjadi di sekeliling mereka.

Adakah mereka sedar?

Agenda kaum pagan moden (Zionis Antarabangsa) terus berjalan. Dan ketika kita menyadarinya, kita sudah terlambat.

Tamat...

No comments:

Post a Comment