Sewaktu kita sedang menuju ke penghujung abad ke-20. dunia telah
meyaksikan genocide paling dahsyat dan besar. Segalanya bermula pada
1992, dan sepanjang waktu itu beratus-ratus ribu manusia telah dihalau
dari tanah sendiri, dibunuh, disumbat ke dalam kem-kem yang penuh sesak,
dan didera dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Perkara yang
paling jelas dan nyata te ntang genocide ini, yang bermula di Bosnia dan
kemudian berpindah ke Kosovo, ialah ia berlaku di hadapan seluruh
penduduk dunia dan hanya bersebelahan sahaja dengan negara-negara
Eropah.
Penyembelihan di Bosnia yang bermula pada 1992 hanya berakhir pada musim
bunga 1995. Sepanjang tempoh tersebut telah berlaku kekejaman dan
keganasan yang sukar dicari contohnya di dalam sejarah kehidupan
manusia. Jumlah umat Islam Bosnia yang dibunuh oleh orang-orang Serbia
adalah melebihi 200,000 orang. 2 juta orang telah diusir dari rumah
mereka, dan kira-kira 50,000 umat Islam wanita telah dicabul
keperawanannya. Perkara yang sama kemudian turut berlaku di Kosovo.
Memusnahkan Segala Tinggalan Empayar Turki Uthmaniyyah
Untuk memahami kezaliman yang dikenakan terhadap umat Islam Bosnia yang
tidak bersalah, terlebih dahulu kita mesti memahami sejarah kawasan
yang bergolak tersebut. Sudah diketahui ramai bahawa setelah pembubaran
Persekutuan Yugoslavia, terdapat beberapa negara yang berasa kurang
senang terhadap kawasan-kawasan yang memiliki ramai umat Islam yang
cuba mendapatkan kemerdekaan. Penubuhan negara-negara Islam merdeka di
tengah-tengah Eropah, dan kemungkinan untuk mereka menubuhkan sebuah
kesatuan, membawa maksud kepada penubuhan tamadun Islam yang berhampiran
dengan negara-negara Barat. Sebab itulah umat Islam di rantau Balkan
dikenakan genocide oleh Serbia, dengan dibantu oleh sokongan-sokongan
sulit oleh kumpulan-kumpulan pelobi anti-Islam yang sungguh efektif di
beberapa negara-negara Barat dan berada pula di bawah payung keselamatan
kumpulan-kumpulan pelobi ini.
Belum pun sempat manusia melupakan tragedi dahsyat yang berlaku di
Bosnia-Herzegovinia, gelombang kedua kekejaman orang-orang Serb mula
mengambil tempat. Kali ini latar tempatnya adalah di Kosovo, Yugoslavia.
Apabila kita melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku menurut
perspektif sejarah, nampaknya Serb mahu menuntut bela di atas luka
kekalahan yang dialami kira-kira 600 tahun sebelum ini. Orang-orang Serb
di Kosovo melihat umat Islam Albania sebagai "penerus Empayar Turki
Uthmaniyyah." Oleh itu orang-orang Serb mula menjalankan polisi
asimilasi, atau lebih tepat lagi, cuba memadamkan segala kesan
Uthmaniyyah.
Kebencian Serb terhadap Uthmaniyyah bermula kira-kira 600 tahun yang
lampau. Semasa Perang Kosovo Pertama, pada tahun 1389, Sultan Murat I
telah ditikam oleh seorang berbangsa Serbia yang menyamar sebagai
seorang utusan. Beliau kemudiannya mengalami cedera parah di bahagian
barat laut Pristina dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir
setelah melihat kejayaan Uthmaniyyah. Kejayaan kedua Turki Uthmaniyyah
di Kosovo berlaku pada 1448, apabila Sultan Murat II berjaya mengalahkan
pasukan tentera Salib yang dipimpin oleh orang-orang Serbia. Berikutan
kejayaan Perang Kosovo Kedua ini, sejumlah besar umat Islam Turki
menduduki rantau Balkan.
Ketakutan Terhadap "Albania yang Lebih Hebat" dan Kosovo
Peta baru rantau Balkan yang telah dipersetujui bersama menerusi
Perjanjian Versailles pada akhir Perang Dunia I telah menimbulkan satu
fakta yang sangat menarik: Orang-orang Albania yang merupakan majoriti
rantau Balkan tidak disatukan di dalam sebuah negara yang sama,
sebaliknya mereka dibiarkan duduk berselerak di beberapa buah negara.
Mengapakah orang-orang Albania tidak dibiarkan duduk bersama apabila
peta baru rantau tersebut dilukis?
Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman
dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (Hari
Kiamat), hari yang tidak berguna bagi orang-orang zalim permintaan
maafnya dan bagi mereka laknat dan bagi mereka tempat tinggal yang
buruk.
(Al-Mu’min, 40:51-52)
Jawapan kepada soalan tersebut terletak pada faktor asas yang
mencetuskan segala konflik yang masih berterusan sehingga ke hari ini.
Prospek penubuhan negeri "Albania yang Lebih Hebat", yang terdiri dari
umat Islam Albania, dianggap oleh beberapa buah kuasa antarabangsa
sebagai sesuatu yang tidak menguntungkan pihak mereka. Sebab mengapa
masalah yang sudah berdekad-dekad lamanya ini masih tidak dapat
diselesaikan adalah berpunca daripada plot idea yang serupa. Jika
kemerdekaan Kosovo diisytiharkan, "Albania yang Lebih Hebat" akan
ditubuhkan sekali lagi di selatan Balkan.
Orang-orang Albania merangkumi kira-kira 95 peratus dari keseluruhan
populasi Albania. Tambahan pula, terdapat juga kira-kira 35% populasi
Albania di sempadan Macedonia, dan kira-kira 50,000 orang Albania pula
tinggal di Montenegro. Di dalam Yugoslavia pula, kawasan Kosovo turut
memiliki populasi orang-orang Albania yang agak besar.
Apa yang akan terjadi jika negara-negara yang berjiran tersebut bersatu,
dan dengan itu membentuk "Albania yang Lebih Hebat" di tengah-tengah
Eropah? Inilah yang menjadi ketakutan kepada kuasa-kuasa Barat.
1 juta atau lebih umat Islam Kosovo yang lari dari penindasan Serbia
terpaksa berhadapan dengan kesejukan, kelaparan, kehausan dan penyakit.
Berpuluh-puluh ribu kehilangan nyawa, dan banyak lagi yang telah hilang.
Adalah perlu untuk dijelaskan bahawa ketakutan ini timbul lebih
disebabkan oleh faktor agama berbanding faktor etnik. Seperti juga
Bosnia, negeri tersebut turut memiliki ramai umat Islam yang dilihat
sebagai "tidak diperlukan."
Pencaturan yang masih diteruskan sehingga ke hari ini, telah memainkan
peranan penting yang mempengaruhi proses pemetaan rantau Balkan selepas
Perang Dunia I. Inilah sebabnya mengapa orang-orang Albania secara tidak
rela hidup sebagai sebuah bangsa yang dipecah-pecahkan sejak dulu lagi.
Selepas Perang Dunia II, orang-orang Albania telah diperintah di bawah
telunjuk rejim Komunis. Orang-orang Albania di Kosovo dan Macedonia
kekal di sempadan Tito Yugoslavia, dan orang-orang Albania sendiri
akhirnya berada di bawah genggaman rejim Enver Hoxha yang lebih zalim.
Berikutan kejatuhan komunisme kira-kira 40 tahun yang lampau, kuasa
"Albania yang Lebih Hebat" dipandang sebagai sebuah kuasa yang berbahaya
disebabkan oleh sifat Islamiknya. Kuasa komunis terdahulu dan fasis
terbaru, Slobodan Milosevic menjadi orang pertama yang memulakan polisi
ganas yang anti-Islam.
Pemandangan seperti ini adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seharian di Balkan.
Sebaik sahaja Milosevec mula memegang tampuk pemerintahan, beliau telah
menamatkan autonomi yang telah pun dijanjikan kepada Kosovo sewaktu
zaman Tito. Beliau mula menggunakan pendekatan fasis untuk menyalakan
api nasionalisme orang-orang Serbia. Pendidikan tinggi di Kosovo
dihalang dari diajar dalam bahasa Albania. Akhbar-akhbar yang
diterbitkan dalam bahasa tersebut akan ditamatkan operasinya dan rakyat
ditindas. Ini semua bertujuan supaya orang-orang Albania meninggalkan
kawasan tersebut, dan akhirnya kira-kira 400,000 telah mengambil
tindakan tersebut. Pada masa yang sama, wujud usaha untuk mengubah
demografi kawasan dengan memasukkan orang-orang Serb. Mereka mahu
men"Serbia"kan kawasan tersebut dengan menghalau umat Islam Albania yang
membentuk populasi kira-kira 90 peratus banyaknya. Mereka malah turut
mengoyakkan surat ikatan harta dan mencantumkan dokumen-dokumen untuk
memadamkan identiti budaya umat Islam. Pada 1989, autonomi Kosovo telah
dibatalkan sama sekali. Setiap hari, Milosevic mengenakan
sekatan-sekatan baru di kawasan tersebut. Orang-orang Albania terus
menunjukkan penentangan yang bersifat kedamaian terhadap segala
penindasan yang dikenakan ke atas mereka, dan di bawah pimpinan Ibrahim
Rugova, mereka telah memulakan kempen yang berdasarkan perlembagaan
untuk memenangi semula hak-hak mereka. Orang-orang Albania yang telah
hidup lama di bawah sistem penindasan yang tidak memiliki sebarang hak
dan telah menjadi sasaran projek asimilasi, akhirnya telah berjaya
menarik perhatian rakyat dunia setelah mereka menjadi mangsa proses
pembersihan etnik. Serb telah meletakkan pasukan polis dan askarnya di
kawasan itu. Pasukan-pasukan ini telah menyerang penduduk yang tidak
bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Kempen pembersihan
etnik bermula pada 27-28 Februari 1998. Keagresifan Serb telah
dihentikan oleh operasi NATO pada 24 Mac 1999. Namun demikian operasi
menyelamat yang agak lewat dilakukan ini telah cukup untuk memberitahu
kita bahawa penderitaan yang cukup besar telah dialami oleh orang-orang
Albania Kosovo
Gambar-gambar yang menunjukkan apa yang sedang berlaku di Kosovo telah
dipampang di dada-dada akhbar, namun dunia masih berdiam diri.
Pengkebumian beramai-ramai, rumah-rumah dibakar, dan bayi-bayi dibunuh
di dalam buaian tidak membawa apa-apa kesan bagi kebanyakan manusia.
Bosnia: Pembunuhan Beramai-ramai di Mata Dunia
Apabila Sarajevo menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah
pada 1463, ia turut mempunyai hubungan dengan agama Islam. Ia terus
berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah selama kira-kira 400 tahun.
Sepanjang tempoh yang cukup panjang ini, Slavs yang mempunyai hubungan
dengan mazhab Kristian yang dipanggil "Bogomils" dan tinggal di kawasan
Bosnia-Herzegovina, telah memeluk Islam dengan kerelaan hati mereka
sendiri. Dengan itu, umat Islam muncul di Bosnia, di tengah-tengah
Semenanjung Balkan. Berikutan dengan Perjanjian Berlin pada 1878, Bosnia
telah diberikan kepada Empayar Austria-Hungary, walaupun ia masih
sebahagian daripada kawasan Turki Uthmaniyyah. Namun akhirnya ia telah
ditawan pada 1908, dan Bosnia tidak lagi berada di bawah pemerintahan
Islam. Orang-orang Islam melihat pemergian Turki Uthmaniyyah dengan
penuh kesedihan kerana mereka telah membayangkan penganiyaan dahsyat
yang bakal diterima di bawah sistem pemerintahan baru. Sesungguhnya
tidak lama selepas pengunduran Turki Uthmaniyyah, serangan dan gangguan
terhadap umat Islam pun bermula.
Serb terus melakukan rompakan dan pembunuhan walaupun mereka berundur
dari Kosovo. Satu juta umat Islam Kosovo yang melarikan diri hidup dalam
keadaan yang sengsara.
Selepas Perang Dunia I, "Kerajaan Serbia, Crotia dan Slovenia" telah
ditubuhkan, dengan itu telah mengumpulkan kesemua komuniti Slavs di
kawasan tersebut. Bosnia-Herzegovina turut menjadi sebahagian daripada
kerajaan tersebut. Pada 1929, Kerajaan Yugoslavia jatuh ke tangan
Kristian Ortodoks Serbia. Sehingga Perang Dunia II, umat Islam Bosnia
telah dicuri harta-benda mereka dan diawasi dengan begitu teliti sekali.
Semasa Perang Dunia II, kawasan tersebut telah dijajah oleh Jerman.
Tahun peperangan tersebut telah menyaksikan kira-kira 100,000 umat Islam
yang terkorban dalam siri-siri serangan di bandar-bandar dan
perkampungan Bosnia. Serangan-serangan tersebut dilakukan oleh
pejuang-pejuang ultra-nasionalis (Chetniks). Pihak komunis telah
memainkan peranan utama dalam penentangan terhadap Nazi, dan apabila
perang tamat mereka mula mengambil-alih hal-ehwal pengurusan negara
tersebut. Polisi penindasan terhadap umat Islam bangkit semula apabila
komunis mula berkuasa. Yayasan-yayasan Islam diambil-alih, masjid-masjid
dan sekolah-sekolah agama dirampas, dan kempen intensif tentang
propaganda ateis begitu rancak dijalankan. Kesannya, satu bahagian
daripada populasi umat Islam telah dipaksa berpindah ke Turki dan
negara-negara Eropah lain.
Apabila Perjanjian Perang Dingin Warsaw tamat, sebuah referendum telah
diadakan pada 1 Mac 1992, dan Bosnia-Herzegovina mengisytiharkan
kemerdekaannya. Walau bagaimanapun, Serb telah menawan negara tersebut
dan menjalankan penyembelihan selama tiga tahun. Jumlah umat Islam
Bosnia yang dibunuh oleh Serb dalam tempoh tiga tahun itu tidak kurang
dari 200,000 orang. Kira-kira 2 juta umat Islam dihalau keluar dari
rumah mereka. 50,000 wanita Islam telah dirogol. Umat Islam yang
dihantar ke kem-kem tahanan milik Serb telah dikenakan penderaan yang
amat dahsyat, dan berpuluh-puluh ribu daripada mereka telah lumpuh.
Sewaktu Perang Bosnia, jalanan menjadi tanah perkuburan. Perkuburan
beramai-ramai yang digali satu demi satu selepas perang memberikan
gambaran jelas tentang dimensi genocide yang berlaku. Sebuah perkuburan
beramai-ramai yang dijumpai di Srebenica pada tahun 1996.
Beberapa kes penyeksaan di sana yang dilaporkan oleh umat Islam kepada
Kenyataan Tribunal Jenayah Perang Antarabangsa PBB dengan jelas
menunjukkan tahap penganiyaan yang telah dilakukan oleh Serb.
Sebagai contoh, berdasarkan kepada keterangan Sulejman Besic yang
berusia 46 tahun, seorang Chetnik yang dipanggil Dusan Tadic telah pergi
menemui seorang wanita Islam dan menjerit kepadanya untuk memberitahu
di mana suaminya berada. Dia kemudian mengarahkan wanita tersebut supaya
menanggalkan pakaiannya, dan mengancam akan membunuhnya jika dia enggan
berbuat demikian. Dalam menangis, dia mula membuka pakaiannya di
hadapan mata pistol. Namun demikian tidak kurang seminit selepas iu,
Tadic menembaknya di kepala. Kemudian dia membawa anak lelaki wanita
tersebut yang mana selama adegan ngeri ini berlaku, dia terbaring tidak
berapa jauh dalam keadaan tangannya diikat. Anak lelaki itu kemudian
disuruh merogol ibunya yang sudah mati. Di kemudian menangis dengan
sekuat-kuatnya, dan akhirnya dengan segera ditembak mati oleh Dusan
Tadic.
Badan kaku yang mati akibat dibunuh dibiarkan begitu sahaja dalam masa
yang lama. Menurut Sulejman Besic, tiada apa yang menghairankan tentang
perkara tersebut di kem-kem tahanan yang penuh sesak. Menurutnya lagi,
ramai umat Islam yang cedera berada dalam keadaan yang sangat
menyedihkan. Ada di antara mereka yang terbaring tidak sedarkan diri
dengan ulat-ulat mengerumuni luka-luka yang terdedah. Bau busuk dari
mayat-mayat yang dibiarkan ditempat terbuka dan ulat-ulat yang
mengerumuninya amat meloyakan.
Besic telah menyaksikan semua ini sewaktu dia dikurung di Kem Trnopolje,
dan beliau memberitahu pengalamannya kepada Tribunal Jenayah Perang
Antarabangsa di Hague, yang ditubuhkan untuk menyiasat jenayah-jenayah
perang di Yugoslavia yang dahulu dan juga menyiasat para suspek.
Perkara-perkara dahsyat yang disaksikan dan dialami olehnya hanyalah
beberapa contoh daripada ribuan penyeksaan dan penyembelihan sistematik
yang dikenakan ke atas umat Islam oleh Serbia di Bosnia.
Penyembelihan dan pembersihan etnik yang begitu lama di Bosnia mungkin
sudah semakin sampai ke penghujungnya. Namun ia telah meninggalkan satu
tragedi kemanusiaan yang sungguh mengerikan. Serb mengajukan
ancaman-ancamannya, dan bertindak-balas terhadap kebangkitan Islam di
Bosnia dengan kekejaman yang begitu dahsyat, yang dijalankan di hadapan
mata penduduk dunia.
Harapan kami ialah rakyat Bosnia, yang dikenakan genocide kejam hanya
kerana mereka beragama Islam, akan mendapat sokongan secara aktif dan
praktikal dari mereka yang berkesedaran di segenap lapisan masyarakat,
terutama sekali dari dunia Islam untuk membantu mereka memulihkan
keadaan.
No comments:
Post a Comment