Sunday, July 7, 2013

Rancangan jahat jatuhkan Mursi Didedah - Ehud Barak Letak Jawatan

Hamdeen Sabahi
Sebelum Presiden Mursi mengeluarkan keputusan yang mengejutkan dunia pada 22 November, Khamis lalu, satu maklumat yang sahih disampaikan oleh Badan Perisikan Negara bahawa terdapat satu perjumpaan sulit berlangsung antara Hamdin Sobahi, Tihani Gabali (Hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan) dan Ahmad Az-Zindi (Presiden Kelab Hakim Mesir). Pertemuan rahsia ini berlangsung di rumah Murtadha Mansour (seorang peguam dan orang kanan Mubarak).

Mereka berbincang bagi hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan akan bersidang pada 2 Disember akan datang. Dalam sidang, mereka ini merancang untuk hakim-hakim membuat tiga keputusan berikut:

1) Membubarkan Dewan Senat (Syura)
2) Membubarkan Panel Penggubal Perlembagaan negara
3) Membatalkan Undang-Undang yang diumumkan oleh Mursi sekaligus Mursi akan dipecat dari jawatannya atas hujah beliau tidak menghormati perlembagaan yang beliau bersumpah dengannya di awal pelantikan dalam lafaz angkat sumpah.

Apabila laporan perisikan ini sampai di atas meja Mursi, beliau tiada pilihan.Jika benar, tarikh 2 Disember merupakan tarikh hitam buat sejarah 25 Januari. Maka Mursi memintas lebih awal pada Khamis, 22 November lepas dengan keputusan baru seperti di bawah;

1) Memutuskan semua kes-kes mahkamah berkaitan pembunuhan penunjuk perasaan dibicarakan semula. (Kerana sehingga hari ini semua kes yang dibicarakan menyaksikan tertuduh dibebaskan oleh mahkamah ekoran pendakwaan yang dikemukakan terlalu lemah dari sudut bukti).

2) Bahawa semua keputusan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden adalah muktamad dan automatik terlaksana serta tidak boleh dibantah di mana-mana mahkamah. Maka sekaligus menamatkan semua kes-kes pendakwaan yang sedang dibicarakan di mahkamah waktu ini. (Ia merangkumi kes pembubaran Dewan Rakyat, Dewan Senat dan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan).

3) Bahawa bagi Presiden Republik apabila terdapat anasir yang mengancam Revolusi 25 Januari atau kehidupan rakyat atau kesatuan negara atau keselamatan tanahair atau merosakkan institusi negara dari meneruskan tanggungjawabnya, maka Presiden perlu mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi berhadapan ancaman ini berdasarkan lunas undang-undang.

4) Melanjutkan tempoh bagi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dari 6 bulan kepada 8 bulan (iaitu dilanjutkan selama 2 bulan) dan tidak boleh mana-mana pihak membubarkan Dewan Senat atau Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan. (Bagi mengelakkan Mahkamah Tinggi Perlembagaan membubarkan dua institusi milik rakyat ini seperti yang dilakukan kepada Dewan Rakyat yang telah dibubarkan).

5) Presiden berhak melantik Peguam Negara dari kalangan anggota badan kehakiman selama 4 tahun yang dikira bermula dari tarikh perkhidmatannya dan meletakkan syarat umurnya tidak kurang 40 tahun dan ia berkuatkuasa kepada Peguam Negara yang baru.

6) Mursi melantik Tala'at Ibrahim Muhammad Abdullah sebagai Peguam Negara yang baru menggantikan Abdul Majid Mahmoud selama 4 tahun.

Persoalan, bagaimana pertemuan sulit yang hanya dihadiri oleh beberapa individu di lokasi yang agak rahsia boleh terlepas ke tangan orang lain? Mungkin kehebatan Unit Perisikan Mesir. Yang pasti, ia satu 'campurtangan' Allah.untuk membantu Mursi dan kemenangan Islam. - laporan oleh Abdul Malik

Kesederhanaan Mursi


Menteri Kewangan Mesir, Mumtaz Sa'id dalam temubual terbaru dengan sebuah majalah "El-Hiwar" berkata, sejak menjadi Presiden, Dr.Muhammad Mursi tidak pernah menggunakan elaun keraian dan perjalanan dalam lawatan ke luar negara sama ada ke Iran, Amerika, Saudi, China dan Turki. Bahkan sewaktu menziarahi Saudi yang disertai oleh isteri dan anak-anaknya, kesemua mereka menggunakan wang poket sendiri, bermula urusan tiket kapal terbang hingga penginapan,makan dan minum.

Mursi juga masih kekal tinggal di rumah sewa di Tajammuk Khomis dan menolak untuk tinggal di Istana Ittihadiyah, bahkan menjadikan istana-istana Presiden sebagai pejabat rasmi dan pusat aduan rakyat.

Mursi juga membatalkan kenderaan pengiring Presiden yang berjumlah tidak kurang 400 buah pada zaman Mubarak kepada hanya 20 buah dan tidak menutup jalan-jalan raya yang dilaluinya kepada pengguna yang lain.- laporan oleh Abdul Malik


Sementara itu

Mahmud Zahar,pemimpin kanan HAMAS menegaskan bahawa Peletakan jawatan Menteri Pertahanan Israel,Ehud Barak hari ini menjadi bukti kukuh kekalahan Israel dalam perang ke atas Gaza baru-baru ini.

Barak mengundurkan diri dari jawatan tersebut pagi tadi dan mengumumkan untuk bersara dari politik.


No comments:

Post a Comment