*Dari buku: Saidina Mu`awiyah: Khalifah Rashid Yang Teraniya karangan Maulana Muhammad `Asri Yusuf
PROLOG
Rasulullah
s.a.w. bersabda “Tentera dari umatku yang mula-mula berperang dengan
meredah lautan sudah pasti mendapat syurga.”(Sahih Bukhari jilid 1 m.s.
Sahih Muslim jilid 2 m.s. 141-142).
Peristiwa
perang pertama menerusi lautan telah berlaku pada tahun 28 Hijrah iaitu
semasa pemerintahan Sayyidina Utsman di bawah pimpinan Mu’awiyah .
(Tarikh Khalifah bin Khayyat jilid 1 m.s. 135, Nasabu al-Quraisyin m.s.
124, Al- Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 229 )
Sahabat
besar Saad bin Abi Waqqas r.a. berkata : “Tak pernah saya melihat
seorang yang lebih pandai memutuskan hukum selepas Sayyidina Utsman
daripada tuan pintu ini ( beliau maksudkan Mu’awiyah) (Al-Bidayah Wa
an-Nihayah jilid 8 m.s. 133)
Seorang
lagi sahabat Qabishah bin Jabir r.a. berkaa: “Tak pernah saya melihat
seorang yang lebih penyantun, lebih layak memerintah, lebih hebat, lebih
lembut hati dan lebih luas tangan di dalam melakukan kebaikan daripada
Mu’awiyah” ( Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 135)
Abdullah bin Mubarak, seorang tabi’in terkenal pernah ditanya : “ Apa kata tuan tentang
Mua’awiyah
dan Umar bin Abdul Aziz, siapakah di antara mereka yang lebih utama?”.
Mendengar soalan itu Abdullah Ibnu al-Mubarak naik marah lalu berkata:
“Kamu bertanyakan nisbah keutamaan di antara mereka berdua. Demi Allah!
Debu yang masuk ke dalam lubang hidung Mu’awiyah kerana berjihad
bersama-sama Rasulullah (s.a.w.) itu sahaja pun lebih baik dari Umar bin
Abdul Aziz” (Al-Bidayah Wa an-Nihayah jilid 8 m.s. 139)
Mu’awiyah
r.a. dilantik sebagai salah seorang gabenor oleh Sayyidina Umar r.a.
dan Sayyidina Utsman r.a. selama 20 tahun dan tidak pernah dilucutkan
jawatan tersebut dan selepasnya sebagai khalifah selama 20 tahun. Di
zaman pemerintahannya beliau telah menyatu-padukan ummah di bawah satu
panji dalam melancarkan jihad yang terhenti sekian lama. Pemerintahannya
telah diterima baik oleh sahabat-sahabat besar dan kecil dan tabi’in
tidak terkecuali ahlul bait terutamanya Sayyidina Hasan dan Husain r.a.
Banyak hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Mu’awiyah r.a. bertebaran di dalam kitab-kitab hadis Muktabar
Demikianlah fakta-fakta yang tenggelam di dalam kamus sejarah kita.
Apa
yang terkenal, yang kita ingat dan kita sebarkan ialah Mu’awiyah ialah
seorang yang zalim, pemutar belit, pemberontak, ahli politik yang licik
dan seumpamanya. Sifat-sifat buruk yang jarang terkumpul pada seorang
Islam biasa tetapi dikatakan terdapat pada seorang sahabat r.a. ini.
Lalu apakah sikap kita?
Pertamanya
, perlu kita ingat bahawa Sayyidina Muawiyah r.a. adalah salah seorang
sahabat Rasulullah s.a.w. Aqidah kita terhadap sahabat ialah sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w.: “Janganlah kamu menghina sahabat-sahabatku
kerana jika engkau membelanjakan emas sebesar bukit Uhud di jalan Allh
ianya tidak akan sama dengan secupak atau setengah cupak yang
dibelanjakan oleh salah seorang dari mereka” ( Sahih Bukhari ) . Tanpa
perlu ada hujah penyokong yang lain , hujah ini sudah cukup untuk
menolak serangan tidak berasas terhadap peribadi sahabat mulia ini.
Dan
sahabat r.a. ini ditugaskan untuk mencatat wahyu yang diturunkan. Boleh
kah kita bayangkan seorang pencatat wahyu, dokumen paling penting dalam
Islam ialah seorang yang buruk akhlaknya sebagaimana yang digambarkan
di atas.
Objektif
sebenar mereka yang menyebarkan propaganda tentang buruknya akhlak
beliau r.a. mudah diteka iaitu seorang pencatat wahyu yang tidak
beramanah serta berakhlak buruk boleh mencatat apa saja yang sebenarnya
tidak didengarinya dan hasilnya Al-Quran yang ada pada tangan kita pada
hari ini adalah tidak terjamin ketulinannya.
Kenyataan
bahawa Sayyidina Umar telah melantik beliau sebagai Gabenor Syam
sehingga akhir pemerintahannya dan kemudiannya diteruskan oleh Sayyidina
Utsman. Kita tahu betapa cermat, teliti dan ketatnya syarat yang
ditetapkan oleh Sayidina Umar dalam memilih gabenor ini.
Bila
Sayidina Umar dan Usman mengakui ketokohan , keadilan dan keupayaan
Muawiayah r.a., siapakah kita untuk mengatakan beliau seorang
pemutarbelit dan sebagainya.
Bila Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Mu’awiyah r.a. , kita mengatakan beliau tidak boleh dipercayai!!
Pereka-pereka cerita dan penyebar daayah ini ingin meruntuhkan dua sumber asas agama Islam ini iatu al - Quran dan as-Sunnah.
Mereka
adalah golongan Syiah yang kononnya mengaku pengikut setia Sayidina Ali
r.a. , padahal Sayidina Ali sendiri memerangi golongan ini.
Malangnyna
, kita golongan ahli Sunnah dengan senang hati dan rela menyebar
luaskan daayah ini. Cuba ikuti kuliah sejarah Islam di masjid-masjid di
negara ini, atau belek sahaja majalah- majalah agama kontemporari. Kita
memberi wajah baru tentang cerita ini dengan istilah yang lebih sensasi
dengan jalan cerita yang lebih mendebarkan. Golongan musuh berpeluk
tangan dan kita sedikit demi sedikit meruntuhkan ugama kita tanpa kita
sedar!!
Peribadi
agung Mu’awaiyah perlu dibersihkan untuk membersihkan Islam itu
sendiri. Sukatan pelajaran perlu disemak semula kerana fakta yang kita
sogokkan kepada anak-anak kita bila pertama kalinya mereka didedahkan
dengan sejarah Islam adalah sukar untuk dibersihkan di kemudian hari.
Hendaknya
kita memberitahu masyarakat adalah Mu’awaiyah adalah seorang tokoh
besar yang amat berjasa di dalam Islam. Seorang sahabat muhajirin yang
diakui ahli syurga oleh Rasulullah.s.a.w.. Anak kepada tokoh Islam Abu
Sufian dan Hindun binti Utbah yang diakui oleh Rasulullah sebagai orang
yang paling disayanginya. Adik ipar kepada Rasulullah s.a.w. , adik
kepada Ummul Mu’minin Ummu Habibah r.a. )
Mu’awiyah
r.a telah mendamaikan dua golongan besar dalam Islam dan meluaskan
jajahan takluk Islam seantero dunia. Beliau telah diakui oleh
sahabat-sahabat r.a. termasuk keluarga Sayidina Ali r.a. yang amat akrab
dengannya.
Kita
perlu faham bahwa persengketaan yang berlaku di antara sahabat adalah
angkara musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam yang menyelinap
dan menjalankan jarumnya dari dalam. Sebagai iktibarnya, kita juga harus
berhati-hati kerana musuh sentiasa berusaha dari luar dan dari dalam
untuk memusnahkan Islam.,dan langkah pertama kita ialah terima sahabat
agung ini sebagai seorang sahabat agung yang amat berjasa kepada Islam,
hentikan cerita-cerita yang memburuk-burukkan beliau r.a. yang
sebenarnya adalah tidak berasas dan berniat jahat. Dan sebarkan salah
satu prinsip asas dalam Islam iaitu sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
ialah orang-orang yang adil dan ‘keadilan’ mereka adalah berdasarkan
kepada al-Quran itu sendiri.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment