Tuesday, July 30, 2013

bangsa kanaan

Menurut Book of Genesis keturunaan Kanaan berasal dari seorang lelaki yang bernama Ham. Ham mempunyai 4 orang anak iaitu Canaan, Cush, Mizraim, dan Phut

Kanaan pula mempunyai anak iaitu Zidon, Heth, Amori, Gergashi, Hivi, Arkee, Seni, Arodi, Zimodi dan Chamothi.

Keturunan Zidon
keturunan Zidon menetap di kawasan pesisiran pantai Mediterannean iaItu kawasan Lubnan hari ini yang dikenali sebagai Tanah Kanaan. Orang Sidon mengelar diri mereka sebagai Kena'ani atau Orang Kanaan. Orang Kanaan bertutur dalam bahasa Sematik iaitu bahasa keturunan Shem disebabkan migrasi besar-besaran orang2 Sematik melalui jalan laut dan darat pada tahun 1800 BC. Oleh itu bangsa Sidon terdedah dengan teknologi2 maritim yang sofiskated tetapi mereka mula kehilangan kuasa akibat dari percampuran bahasa dan bangsa itu. Maka mereka berpindah ke arah barat dan membina bandar baru di kawasan pantai yang sempit di timur Mediterannean.





Keturunan ini juga digelar oleh orang Greek sebagai Phonecian yang bermaksud Ungu kerana mereka berpakaian warna Merah dan Ungu dimana pewarna itu dihasilkan dari siput Murex yg terdapat di pesisir pantai Mediterannean. Sistem penulisan mereka menghasilkan hampir semua tulisan di Eropah termasuklah Greek, Russia, Hebrew, Arab dan Roman. Semasa zaman Hellenistik iaitu pada 332 BC di bawah pemerintahan Alexender the Great empayar Phonecian mula mengalami kejatuhan. Pada 64 BC nama Phonecia hilang sepenuhnya apabila negeri mereka dijadikan sebagai sebahagian Syria semasa zaman empayar Roman. Di zaman awal Kristian, saki baki masyarakat Phonecia mula menganut agama Kristian. Nama Zidon masih kekal hingga ke hari ini pada nama Kota Sidon yang terletak di Selatan Lubnan atau dalam bahasa Phonecia di sebut sebagai Saidoon.






Bukti dari migrasi manusia ke Amerika dan kajian dari kehidupan populasi American Indian termasuklah data dari Mithochondrial DNA telah membuktikan secara konsisten terdapat persamaan di antara masyarakat Indian Amerika dengan populasi di Asia, Siberia, dan Utara Scandinavia kini. Kumpulan2 masyarakat ini temasuklah suku Lapps di utara Eropah/Scandinavia, suku Yukaghir di Siberia serta Indian dan Eskimo/Aleuts di seluruh Kanada dan Amerika. Sisa tengkorak lama menunjukkan satu lingkungan ciri2 fizikal iaitu bentuk tengkorak yang membuktikan migrasi berasingan dari pelbagai populasi manusia dari Asia dan Selatan Pasifik yng mewakili 95% keseluruhan populasi masyarakat India Amerika. Bagaimana dengan 5% lagi?





Disitu terdapat pengecualian. Sebagai contoh, Sioux Indians, yang terkenal dengan kulit kemerahan, bertengkorak panjang sama seperti masyarakat awal Itali di Eropah. Mereka dikatakan adalah keturunan Kanaan yang berkahwin dengan masyarakat Indo-Eropah semasa migrasi keseluruh Eropah dan seterusnya belayar ke Amerika. Lalu menetap di Pantai Timur Amerika. Dikatakan populasi mereka lebih tinggi di Carolina sebelum migrasi ke kawasan Mississippi, Missaouri serta Minnesota dan Dakota. Kebanyakkan masyarakat ini mempunyai kampung2 yang berkubu seprti masyarakat Kanaan Kuno. Bukti arkeologi membuktikan mereka membina bandar dan kota2 dengan piramid dengan sistem jalan di seluruh Lembah Mississippi. Banyak kumpulan2 masyarakat yang migrasi ke Barat Laut iaitu Oklahoma, Texas dan New Mexico dan seterusnya ke Mexico dan mengasaskan Bangsa Aztec yg kuat dengan kota2 berkubu yang cantik.


Moundville Archaeological Park
Mengikut lagenda Aztec sendiri, mereka dikatakan berasal dari utara yang dipanggil sebagai Chicomoztoc iaitu satu kawasan dimana hari ini adalah Texas, Oklahoma dan New Mexico. Mereka tiba di Lembah Mexico pada abad ke-12 A.D. Bahasa mereka iaitu Nahuatl dikatakan secara linguistik berkait rapat dengan bahasa masyarakat orang asli di seluruh US, Barat Laut dan Utara Mexico. Selain itu bahasa Shoshoni di Utah-Nevada dapat difahami oleh seluruh suku dari Mexico tanpa kesukaran. Suku2 yang lain adalah seperti Paiute, Hopi, Pima, Yaqui/Apache, Tepehuan, Kiowas dan Mayos. 


 Keturunan Heth dan Keturunan Seni

Bangsa yang terbesar dan secara kasarnya dikelaskan sebagai Mongoloid yang menetap di Timur Jauh yang sering menjadi persoalan tentang kaitan mereka dengan induk2 keturunan yang terdapat di dalam Book of Genesis. Berdasarkan beberapa bukti mereka adalah Hamitic walaupun sesetengah pihak menggangap secara salah mereka dari rumpun Japehtic dan orang2 Jepun sebagai samada Japhetic atau Semitic. Terdapat 2 nama yg akan memberikan klu. Dua orang anak Canaan iaitu Heth (Hittites) dan Sin (Sinites) adalah dianggap sebagai induk kepada bangsa Cina dan rumpun Mongoloid. Hittite dikenali juga sebagai Hatti atau Chatti. Di dalam monumen Mesir orang2 Hittite digambarkan sebagai masyarakat yang mempunyai hidung yang menonjol, bibir yang tebal, tulang pipi yang tinggi, muka yang tidak berbulu, pelbagai warna kulit dari coklat hingga ke kekuningan dan kemerahan, rambut hitam yang lurus dan warna anak mata coklat gelap.





Perkataan Hittite di dalam Cuneiform adalah Khittae yang mengambarkan bangsa yang berkuasa dari Timur Jauh yang dikenali sebagai Khitai dan telah dikekalkan selama berabad dengan gelaran Cathay. Orang Cathay adalah Mongoloid, yang juga boleh dianggap sebagai rumpun awal Cina.Terdapat kaitan diantara Hittites yang dikenali dengan Cathay. Sebagai contoh cara berpakaian, kasut berkelepet, amalan bertocang dan lain2. Craniologists juga telah memerhatikan mereka mempunyai banyak ciri2 persamaan dgn Mongoloid.





Perkataan Khittae pada satu ketika pernah disalahtafsirkan sebagai Kittim atau Chittim (Greek Kition, Roman Citium dan Yahudi Cethimus), keturunan Javan, keturunan Japeth. Lebih menarik nama Javan disalahtafsirkan sebagai Jepun dan Jawa. Sebaliknya sejarah dengan jelas menunjukan Javan merupakan nenek moyang kepada orang Greek dan beberapa kelompok masyarakat di Mediterranean.

Sin atau Seni merupakan abang kepada Heth yang mempunyai banyak kaitan dengan Timur Jauh. Terutama sekali di dalam pembentukan tamadun awal Cina. Tempat paling berkait rapat dengan tamadun awal Cina  adalah ibu kota lama Shensi yang bernama Siang-fu (Bapa Sin). Sing-fu wujud di dalam rekod Assyrian sebagai Sianu. Orang Cina  mempunyai kisah tradisi dimana raja pertama mereka bernama Fu-hi atau Fohi (Chinese Noah) telah muncul di Gunung Chin dikelilingi pelangi setelah dunia diliputi air dan lalu mengorbankan haiwan untuk Tuhan dimana menepati dengan kisah Noah di dalam rekod Genesis. Sin sendiri merupakan generasi ketiga dari Nuh dimana ia bertepatan dengan tempoh masa semasa pembentukan ketamadunan awal Cina




Guatai Mountain in Tianshui is said to be the birthplace of Fu Xi, the forefather of early Chinese civilization.


Tambahan pula, mereka yg datang dari Timur Jauh untuk berdagang akan digelar Sinæ (Sin) oleh orang2 Scytian. Ptolemy merupakan seorang astronomi Greek merujuk China sebagai Tanah Sinim atau Sin. Merujuk kpd Sinim di dalam Isaiah 49:12 mereka telah datang "dari jauh", secara spesifiknya bukanlah dari utara mahupun barat. Orang Arab memanggil China sebagai Sin, Mahachin, Machin. Gelaran Sin telah digunakan untuk menggambar masyarakat diseluruh kawasan Asia. Di Sin bandar yang paling penting adalah Thin, merupakan Emporium perniagaan yang agung di Barat China. Kota Thin juga dikenali sebagai Thsin atau secara ringkasnya adalah Tin dimana ia terletak di Provinsi Shensi. Keseluruhan China diperintah oleh empayar Sino-Khitan (960-1126 A.D), dimana Beijing menjadi kota selatan. Sin kekal merdeka di barat China dan mereka diperintah oleh raja2 mereka untuk 650 tahun sebelum akhirnya menguasai keseluruhan wilayah.



Pada abad ke 3 BC dinasti Tsin menjadi sangat hebat. Dan perkataan Tsin sendiri membawa maksud 'anak jati' / purebrid. Perkataan itu menjadi gelaran untuk Empayar Manchu dan dipercayai bertukar menjadi Tchina. Dari situ perkataan itu telah dibawa ke Eropah sebagai China, mungkin ketika Dynasti Ch'in atau Qin (255-206 BC).
Perkataan Greek untuk China adalah Kina (Latin adlh Sina). Orang China juga mempunyai pelbagai bahasa yang merupakan rumpun bahasa Sino-Tibetian.

Berdasarkan sejarah masyarakat Cathay, adalah logik sisa masyarakat Hittite selepas kejatuhan empayar mereka, mereka telah berhijrah ke timur dan menetap bersama masyarakat Sinites yang merupakan saudara mereka sendiri dan penyumbang kepada ketamadunan dan seterusnya menjadi nenek moyang rumpun2 bangsa di Asia. Ada juga di antara mereka yang menjelajah jauh dan mewujudkan masyarakat Mongoloid di Asia dan Amerika hari ini. Bukti ini menyokong kuat bukti Cucu Cicit Ham adalah Heth (Hittites/Cathay) and Sin (Sinites/China) adalah nenek moyang masyarakat Mongoloids




No comments:

Post a Comment