Mar27
Sejarah Kapal Haji Malaysia
Dua
buah "kapal haji" yang masyhur ialah "Malaysia Kita" dan "Malaysia
Raya". Kedua-dua kapal ini adalah milik syarikat Messageries
Maritimes.Nama asal bagi "Malaysia Kita" ialah Vietnam dan nama asal
"Malaysia Raya" ialah Laos.
Kapal "Malaysia Kita"
Nama asal kapal "Malaysia Kita" ialah "Vietnam" dan ia dilancarkan pada 14 Oktober 1951 bagi perkhidmatan Indo-China-Pacific. Pada bulan September 1967 nama "Vietnam" ditukar kepada "Pacific" dan menjalankan perkhidmatan Australia -- Tahiti. Pada tahun 1967 kapal ini dibeli oleh syarikat Great Malaysian Lines dan namanya ditukar kepada "Malaysia Kita" dan digunakan untuk mengangkut jemaah haji dari Malaysia ke Jeddah. Nasib malang menimpa kapal ini di mana ia mengalami kebakaran pada tahun 12 Mei 1974 ketika sedang berlabuh di Teluk Katong, Singapura dan akhirnya tenggelam. Pada ketika itu saya berada di Singapura bertamu di rumah abang sulung dan sempat menyaksikan kapal ini terbakar, tapi sayang saya tidak ada kamera untuk merakam peristiwa tersebut.
Malaysia Kita - Panjangnya ialah 163.6m
"Malaysia Raya"
Kapal "Malaysia Raya"
Nama asal kapal "Malaysia Raya" ialah "Laos" dan ia mula dilancarkan pada 21 Disember 1952. Sebagaimana "Vietnam", Laos ialah milik Messageries Maritimes bagi perkhidmatan Indo-China-Pacific. Pada tahun 1971 "Laos" dibeli oleh syarikat Great Malaysia Line untuk dijadikan "kapal haji" dan ditukar namanya kepada "Malaysia Raya". Kapal ini juga mengalami nasib yang sama dengan "Malaysia Kita" iaitu mengalami kebakaran pada 23 Ogos 1976 di Pelabuhan Kelang dan tenggelam.

Map atau peta pelayaran "Kapal Haji Malaya" memulakan perjalanan. Sekitar 1977 kapal haji Malaya ini sudah tidak di gunakan sepenuhnya dan kebanyakkan jemaah haji telah menaiki kapal terbang..
No comments:
Post a Comment