Sunni
adalah fahaman kedua paling popular di Iran melibatkan lebih 30 peratus
dari populasi Iran. Kebanyakan Sunni Iran tinggal di Kurdistan
Balushstan, bandar-bandar sempadan Khorasan, Turkamen Sahara dan
sepanjang pinggiran wilayah. Bermula dari era Safawi tahun 906 sehingga
ke hari ini, Sunni Iran terpaksa melalui kepayahan akibat diskriminasi
dan ketidakadilan dari kerajaan yang dikuasai golongan Syiah.
Selepas
apa yang dipanggil “Revolusi-Islam”, kerajaan Syiah Iran telah
mengambil langkah-langkah secara berterusan samada memaksa puak Sunni
memeluk Syiah atau menghalau mereka keluar dari Iran melalui berbagai
cara.
Berikut
adalah beberapa contoh jelas taktik kotor yang digunakan kerajaan bagi
memastikan golongan minoriti Sunni terus ditindas:
1)
Menghalang dari memegang jawatan penting dalam kerajaan, sebagai
contoh, hanya terdapat 15 wakil Sunni (yang kebanyakannya dianggap
boneka Syiah) daripada keseluruhan 270 ahli parlimen Iran. Dalam pejabat
pentadbiran atau institusi penting, memang tiada langsung di kalangan
Sunni yang berjawatan menteri, duta atau gabenor sekalipun di
wilayah-wilayah yang dikuasai Sunni. Tapi yang peliknya, kerajaan Iran
pula bersikap tegas apabila meminta kerajaan Afghanistan memperuntukkan
1/4 kerusi mewakili Syiah di sana, pada hal populasi penganut Syiah
hanya sekitar 10% dari jumlah penduduk Afghanistan. Pada masa kini amat
payah untuk melihat seorang pengurus sebuah institusi yang mempunyai
latar belakang Sunni. Dalam institusi yang lebih sensitif seperti
pengawal revolusi, kementerian luar, kementerian pertahanan atau dalam
bidang perniagaan, keadaan menjadi lebih teruk lagi.
2)
Penindasan dalam Perindustrian dan Economi. Pada masa sekarang, semua
sektor industri dan ekonomi di kawasan ramai penduduk Sunni dimonopoli
oleh minoriti Syiah. Sebaliknya, golongan Sunni terpaksa bergelut dengan
kepayahan sekalipun untuk mewujudkan perniagaan kecil-kecilan. Memang
terbukti yang pihak regim bermatlamat menindas golongan minoriti Sunni
dalam pelbagai aspek kehidupan supaya dapat memaksa mereka memeluk Syiah
atau menghalau keluar dari tempat asal mereka. Kerajaan malah menafikan
hak Sunni untuk membuka kilang kecil, atau jika mereka memiliki sebuah
kilang, maka undang-undang membenarkan ianya dimiliki oleh puak Syiah.
Di sepanjang sempadan teluk, situasi ini menjadi lebih teruk dari yang
disangkakan. Di kebanyakan kawasan, penduduk setempat Sunni dinafikan
hak mendapatkan lesen menangkap ikan, bagi membolehkan industri
perikanan ini dikuasai oleh peneroka-peneroka baru Syiah (yang
digalakkan kerajaan berhijrah ke situ). Seperti yang dinyatakan sebelum
ini, matlamat utama pihak kerajaan berbuat demikian adalah untuk
mengubah populasi penduduk supaya golongan akan menjadi minoriti dalam
wilayah mereka sendiri
3)
Polisi mengubah persamaan sosial dan memaksa penduduk tempatan
berpindah. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi mewujudkan
vakum dalam kawasan-kawasan majoriti Sunni, terutamanya di bandar Abbas,
Gheshm, dan bandar sempadan wilayah Balushistan yang berhampiran dengan
Negara-negara majoriti Sunni seperti Pakistan, Afghanistan dan
Negara-negara teluk. Apabila matlamat ini dicapai, pihak kerajaan akan
akan mempunyai kawalan penuh terhadap kawasan majoriti Sunni dan pada
masa yang sama dapat memutuskan hubungan yang terjalin sekian lama
antara masyarakat Sunni dengan saudara sempadan mereka. Oleh sebab
itulah, pihak regim Iran telah menggalakkan sekumpulan besar masyarakat
Syiah untuk berhijrah ke Khorasan, Hormozgan, Balushistan dan Kurdistan.
Apabila Muslim Sunni menjadi minoriti, sudah tentu mereka tidak
mempunyai undi mencukupi untuk menghantar wakil dalam Parlimen regim.
Akibatnya, Muslim Sunni tidak akan mempunyai suara dalam polisi Iran.
Jika didapati satu-satu kawasan itu masih bermajoriti Sunni, kerajaan
akan menggunakan taktik menyuruh sebahagian penduduk berpindah ke
kawasan majoriti Syiah, dan dengan cara ini Muslim Sunni tidak akan
berpeluang menghantar wakil mereka ke parlimen. Di beberapa kawasan
dalam Balushstan, Kurdistan, Khorasan dan bandar sempadan dengan
Afghanistan, keseluruhan penduduk kampung dipaksa meninggalkan tanah
mereka untuk berhijrah ke kawasan lain di Iran. Sebaliknya pula,
puak-puak Syiah ditempatkan di kawasan-kawasan yang ditinggalkan tadi.
Antara contoh kawasan majoriti Muslim Sunni yang tempatkan dengan
penduduk Syiah adalah seperti di Sarbaz, Bahokalat dan Rask di
Balushstan.
4)
Meminoritikan Muslim Sunni melalui kawalan kadar kelahiran. Kebanyakan
Muslim Sunni tinggal di luar bandar dengan kadar pertumbuhan populasi
sekitar 13% berbanding 3% di bandar. Dengan mengenakan kawalan kelahiran
ketat secara jelas akan membawa kepada kesan yang buruk kepada struktur
sosial dalam satu-satu kawasan. Beberapa siri kempen pemandulan lelaki
dan wanita dilancarkan oleh agensi-agensi kerajaan bagi membendung
populasi Muslim Sunni.
5)
Penguasaan puak Syiah dalam angkatan tentera memang jelas. Ketakutan
mereka kepada Muslim Sunni tidak pernah pudar sekalipun ramai di
kalangan golongan muda Muslim Sunni telah dikenakan hukuman penjara,
siksaan dan hukuman mati atas pelbagai dakwaan yang samar. Sekalipun
terpaksa merekrut Muslim Sunni sebagi tentera, mereka hanya akan
ditempatkan di pejabat tanpa perlu membawa senjata. Dalam organisasi
yang lebih penting seperti pengawal revolusi, tentera Sunni tidak
dibenarkan langsung mengambil bahagian. Dalam kementerian penerangan
pula, keadaan menjadi lebih teruk lagi kerana tiada seorang pun penjawat
jawatan di kalangan Muslim Sunni. Perlu diingatkan bahawa ketua
organisasi ini adalah Ali Fallahian (gambar) yang sangat dikehendaki oleh Interpol. Beliaulah di belakang pembunuhan ketua-ketua pembangkang di luar Negara.
Regim
Syiah di Iran sedar yang ia akan menerima nasib yang sama seperti
Soviet Union iaitu Negara yang multinasional dengan populasi dari
latarbelakang agama berbeza. Oleh yang demikian, mereka perlu menyiapkan
diri menghadapi sebarang bentuk perpecahan di masa depan. Sekalipun
berdepan dengan pelbagai bentuk diskriminasi, penyiksaan, dan hukuman
bunuh terutamanya di Baluchistan dan Kurdistan, pihak Syiah percaya
golongan Muslim Sunni mampu bangkit untuk menentang kerana mereka memang
terkenal sebagai pahlawan gagah berani lebih-lebih lagi kawasan yang
diduduki mereka amat sesuai untuk gerakan memerangi diktator Syiah di
Iran. Pelbagai usaha dibuat bagi mengekang kebangkitan Muslim Sunni
termasuk melarang para pemimpin agama Sunni menyuarakan pandangan mereka
dan menghalang mereka menyebarkan sebarang bentuk risalah.
Di
awal revolusi Iran, pihak kerajaan telahpun memulakan usaha memerangi
Sunni Muslim seperti yang dilakukan tentera Kristian dalam perang salib.
Mereka menyebarkan propaganda dan kemudian memaksa mereka meninggalkan
Sunni dan memeluk Syiah.
Pada
waktu itulah pihak regim melakukan kerja-kerja ‘brain wash’ terhadap
remaja-remaja Sunni. Antara kempen yang dilakukan oleh pihak regime
adalah memperkenalkan perkahwinan sementara, iaitu “sigheh” yang turut
disokong oleh bekas presiden Iran, Ali Akbar Hashemi Raftsenjani.
Perkahwinan sementara atau Seigheh ini bertentangan dengan fahaman
Muslim Sunni. Inilah salah satu cara memerangkap golongan remaja supaya
memeluk Syiah.
Taktik
lain yang digunakan pihak regim di wilayah tersebut ialah penginayaan
dan penahanan tokoh-tokoh berpengaruh atas dakwaan yang meragukan. Telah
berlaku banyak kes di mana ketua-ketua puak dijatuhi hukuman bunuh
tetapi boleh dibebaskan dengan syarat ia mengahwinkan anak perempuannya
dengan ulama Syiah. Dengan cara inilah, ulama Syiah tadi dapat masuk ke
dalam populasi Sunni dan seterusnya mengembangkan fahaman mereka.
Dalam
bidang pendidikan pula, tekanan yang dikenakan oleh regim keatas Sunni
Muslim melalui bidang pengajian sejarah dan agama. Dalam pendidikan
sejarah dan agama, semua angka dan fakta sejarah telah diubah.
Keperibadian tokoh-tokoh terulung dalam sejarah Islam telah diaibkan
supaya pemuda-pemudi Muslim Sunni hilang minat terhadap tokoh-tokoh
tersebut, terutamanya bila ia berkaitan tentang pewaris Nabi Muhammad
(SAW). Sebaliknya, tokoh-tokoh agama Syiah diagung-agungkan seolah-olah
mereka datang dari syurga. Dengan cara ini, apabila tamat pengajian,
pelajar-pelajar tadi akan lebih cenderung memahami keperibadian Syiah
dan kitab-kitab mereka, berbanding fahaman Sunni itu sendiri.Ini satu
contoh jelas bagaimana ‘brainwash’ dilakukan.
Masjid Diroboh
Selepas
didesak beberapa kali oleh Molavi Abdel Aziz, seorang pemimpin agama
Sunni di Baluchistan, sekeping tanah telah diperuntukkan untuk komuniti
Sunni membina masjid namun kebenaran untuk membinanya masih belum
diterima hingga ke hari ini. Perlu juga dinyatakan di sini, iaitu
sewaktu permulaan revolusi di mana regime Iran belum lagi mempunyai
kekuasaan penuh terhadap Negara, pihak Muslim Sunni Berjaya membina
banyak masjid di kawasan-kawasan majoriti mereka. Malangnya pembinaan
masjid baru telah menyebabkan pemimpin-pemimpin agama Sunni diinaya
dengan dikenakan hukuman kerana kononnya bersekutu dengan “Wahabism”.
Kes-kes begini telah menyebabkan masjid-masjid diruntuhkan atau disita
oleh pihak regim. Yang peliknya dalam ibukota Tehran sendiri, di mana
terdapat berpuluh gereja, kuil Hindu, dan tempat ibadat agama lain,
tidak terdapat walaupun satu masjid untuk Muslim Sunni. Inilah bukti
bahawa regim Syiah amat takutkan Muslim Sunni, seperti apa yang
dikatakan oleh Molavi abdul Aziz bahawa “mereka malah tidak membenarkan
kita membuka kedai kerana takut nanti mereka akan menjadi bankrap,
sementara pembinaan masjid dan sekolah agama pula akan menganggu
mereka”.
Selepas
itu, banyak masjid dimusnahkan satu demi satu. Sememangnya regim Islam
Iran adalah satu-satunya kerajaan yang berbangga kerana meruntuhkan
masjid di negara sendiri. Berikut adalah beberapa buah masjid yang telah
dimusnahkan oleh regim Syiah Iran.
1)
Masjid Sunni di Ahwaz adalah masjid pertama diruntuhkan dan di atas
tapaknya dibina pusat penerangan sebelum perang Iran-Iraq.
2) Masjid Torbate-Jam disita pada 1982 dan kemudian dijadikan berek tentera.
3)
Masjid Negor dan sekolah agama di Balushistan (chahbahr) – Dirobohkan
dengan bulldozer. Pihak regim menuduh pemimpinnya bersekutu dengan
Wahabism.
4) Masjid Saleh Abad dan sekolah agama disita.
5) Sekolah agama di Tawalesh – pemimpinnya ditahan- disiksa dan dipenjarakan.
6)
Masjid Hassanian di Shiraz – masjid ini pimpin oleh Dr. Mozafarian
seorang pakar fizik. Masjid disita dan dijadikan panggung wayang.
7)
Masjid Shaikh Faiz Mosque di Mashed -berusia 200 tahun. Arahan
dikeluarkan sendiri oleh pemimpin kerohanian Syiah Iran, Khomeini.
Selepas itu, berpuluh-puluh lagi masjid di Zahedan dan Kurdistan
dimusnahkan.
Bunuh Pemimpin Sunni
Selagi
mana pihak regim gagal ‘mensyiahkan’ bangsa Baluchis, Kurdis, Turk dan
lain-lain Muslim Sunni, selagi itulah taktik-taktik kotor digunakan
samada melalui penginayaan, hukuman penjara atau hukuman bunuh ke atas
pemimpin-pemimpin Sunni.
Program
pembersihan seperti ini adalah bertujuan untuk mewujudkan vakum di
kawasan majority Sunni supaya mereka hidup tanpa pemimpin. Apabila ini
tercapai, mudah bagi kerajaan mengembangkan kekuasaannya melalui radio,
tv dan sumber-sumber lain. Perlu diingatkan di sini bahawa Khomeini
berulangkali mengeluarkan kenyataan yang berbunyi “kita musnahkan
masjid-masjid Sunni tapi tiada reaksi apa-apa dari mereka, kita bunuh
pemimpin mereka, juga tiada reaksi apa-apa dari mereka, oleh itu kita
perlu rogol wanita mereka, kerana bagi mereka isu ini sangat sensitif,
dan apabila mereka mula berprotes, barulah kita boleh hapuskan mereka”.
Dalam perkara berkaitan, seorang ulama muda Syiah mengaku telah merogol
60 wanita Sunni, dan kemudian telah ditahan dan dibunuh oleh kumpulan
Sunni di bawah pimpinan Hameed Narooei (yang kemudiannya diracun oleh
agen regim).
Berikut adalah beberapa tokoh penting Muslim yang ditahan dan dibunuh:
20 September 2010 - Sunnionline
KURDISTAN:
Beberapa hari lepas, pihak berkuasa Iran menahan Ulama Sunni, Shaikh
Mullah Muhsen Husaini, imam dan khatib masyarakat Sunni di bandar
Kamyaran dalam wilayah Kurdistan.
Menurut
HRANA, sebuah pertubuhan aktif hak asasi manusia di Iran, beberapa hari
lalu pihak berkuasa rahsia Iran di Kamyaran menahan ulama Sunni yang
juga seorang hakim Mahkamah Keluarga Kamyaran, dan ditempatkan di
penjara yang tidak diketahui. Dua minggu sebelum itu, Shaikh Husaini
menyebut dalam khutbah Jumaat mengaitkan kerajaan mensabotaj usaha-usaha
kearah perpaduan antara penganut Sunni dan Syiah. Ulama berkenaan telah
beberapa kali ditahan sebelum ini kerana menyuarakan diskriminasi dan
kemiskinan dalam kawasan masyarakat Kurdis.
21 Jun 2010
TEHRAN: Abdolmalek Rigi (gambar)- digelar Umar Mukhtar kedua, ketua pemberontak kumpulan Sunni, Jundullah, yang melancarkan penentangan di wilayah Sistan-Baluchestan, digantung pagi Ahad lalu, lapor IRNA.
“Selepas diputuskan dalam tribunal revolusi Tehran, Abdolmalek Rigi digantung pagi Ahad di penjara Ein Evin ,” kata IRNA.
Bahman
Shakuri dari Tawalesh, sebuah bandar di bahagian barat Irana, dituduh
kerana tidak mempercayai Imam 12 Syiah adalah nabi, dan dihukum bunuh
pada 1988.
Shaikh Abdel Wahab Khafi dari Khorasan, dituduh bekerjasama dengan wahabism, akibatnya disiksa hingga mati pada 1990.
Dr.
Ali Mozafarian seorang pemimpin agama Sunni Muslim dan seorang pakar
bedah terkenal, telah disiksa dengan teruk dan akhirnya dihukum mati
pada 1992 kerana tuduhan mempunyai hubungan dengan pergerakan wahabi.
Ayatollah
Allameh Abu AlFazl Borqaie pemimpin agama Syiah terkenal sebelum
revolusi, kemudiannya memeluk Sunni. Percubaan kali pertama untuk
membunuhnya gagal. Kemudian ditahan dan dibuang daerah. Akhirnya
meninggal pada 1992.
Allameh
Ahmad Mofti Zadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Kurdis, menderita
disiksa di penjara selama beberapa tahun sehingga membawa kematiannya
pada 1993. Telah dibebaskan sebelum itu, tapi tidak dibenarkan mendapat
rawatan luar negeri.
Molavi
Abdel Malek Mullazadeh, pemimpin agama Sunni Muslim Baluchi. Moalvi
Abdel Malek adalah anak sulung kepada pemimpin agama terulung di
Baluchistan, terbunuh dalam serangan di Karachi oleh kumpulan pengganas
Aid Mohamed Bamari yang didalangi regime Iran pada 1996. Kumpulan yang
sama juga dipercayai terlibat dalam usaha menghapuskan pemimpin
pembangkang Iran di Britain.
Molavi
Abdel Naser Jamshid Zahi, dari Baluchista, Iran – seorang pensyarah di
salah sebuah sekolah Islam Karachi terbunuh syahid bersama Movlavi Abdel
Malek pada 1996 di Karachi.
Farouq Farsad dibunuh pada 1996 selepas dibuang daerah.
Molavi Qlandar Zahi dibunuh pada 1997.
Molla
Mohammed Rabiei pemimpin agama Sunni Muslims di Kermanshah dibunuh oleh
pihak perisikan Iran pada 1996. Beliau adalah penulis terkenal yang
telah menghasilkan 40 buah buku dan artikel-artikel penting.
Dr.
Ahmad Mirin salah seorang ulama terulung di Baluchstan dibunuh oleh
pihak regime padan 1996 selepas ditahan di lapangan terbang Bandar
Abbas.
BeritaIslamGlobal:
Ya Allah!! Kami pohonkan perlindungan untuk saudara kami di Iran dari
segala malapetaka dan bahaya dan jadikanlah mereka golongan yang
berpegang teguh kepada Islam yang sebenar. Ya Allah !! Kami pohon supaya
Engkau menerima mereka yang gugur sebagai syahid dan menjadikan yang
masih hidup supaya lebih bersabar, dan kami pohon kepada Mu Ya Allah
supaya membebaskan mereka dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan,
Amin.
No comments:
Post a Comment