Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama’ Syria, Syeikh Hassan
di UPM ketika beliau datang ke Malaysia akhir tahun lepas dan
menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.
PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah
oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah
memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang
telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang
diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan
perasaan dengki terhadap rakyatnya yang majoriti merupakan Muslim Sunni.
Pengikut Syiah Nusairiah turut mencaci dan menghina Saidina Aishah dan
Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum. Ajaran ini telah diharamkan
sembelihan mereka, dan mereka sendiri tidak solat di masjid pengikut
ahli sunnah wa jamaah. Mereka terkenal dalam melakukan kejahatan yang
pelbagai.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6
peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian
dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan
tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri. Begitu juga
Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
Bermula zaman ayahnya- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada
tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46,000
penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri
dari politik hingga kini. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman
yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di
Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran,
Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan
telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh
kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah
dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat di Timur
Tengah. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.
Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan
mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan
keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain
dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan
kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka
untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk
penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH (KEBANGKITAN)
1- Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4,000 orang rakyat Syria.
2- 39,000 orang telah cedera, mereka tidak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3- Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40
orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah
Doma.
4- 9,000 tahanan ditahan.
5- 413 orang telah syahid di dalam penjara.
6- Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui.
Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak, dan
ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7- Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid
bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera
yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan
telah dipotong 4. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8- Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9- Menyuruh tukar Laa Ilaha Illa Basyar Asad.
10- Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada
Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripada
posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka
yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula
daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi
bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan
kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat Sunni dibunuh
sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah.
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah
Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan
rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan
pisau dengan berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid;
barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid;
atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan
oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan
disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan
Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1- Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin
kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama
rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo
kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka
hati membunuh rakyatnya sendiri.
2- Pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa
yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan
pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang
tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak
berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan
mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara
Syiah.
3- Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka
yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang syahid.
4- 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5- 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media,
kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya
yang berlaku.
2- Media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah
sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan
fakta.
3- Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan
bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar
bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga
menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh
Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah
mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain
mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai
yang menyokong beliau.
4- Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari
ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa Syria menentang
Israel. Kerana sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad)
tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi
Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5- Kita banyak tidak tahu tentang isu Syria selama ini sebab media
telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain
tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan
video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para
pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut
dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman
lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100
dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh
Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan
menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria
PENUTUP
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami”
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap
sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81:
“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah
perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu
sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17:
“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala
benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di
bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan”.
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)
No comments:
Post a Comment