Biasanya kalau disebut tasik, ianya
akan berada di kawasan lapang, tepi-tepi gunung, dan kawasan hutan di
atas tanah. Tetapi sebenarnya, ada juga tasik-tasik yang letaknya di
bawah tanah dan di dalam gua.
Berikut adalah gambar-gambar
tasik bawah tanah yang tercantik di dunia. Jika anda ada senarai tasik
bawah tanah yang lagi cantik, sila beritahu deh :)
1 - Tasik bawah tanah di Gua Mellisani
Mellisani Caves - [amazingdata.com]
Tasik bawah tanah di Mellisani
Caves ini, berhampiran Kefalonia, ditemui apabila bumbung gua runtuh
selepas gempa bumi pada tahun 1953.
2 - Tasik bawah tanah di Cheddar Gorge
Cheddar Gorge - [bestourism.com]
Jurang Cheddar @ Cheddar
Gorge adalah jurang terbesar di Britain dan ditemui dalam Gua Cheddar,
di mana rangka lengkap manusia yang tertua di UK ditemui pada tahun
1903. Mayat itu dianggarkan berusia 9,000 tahun.
3 - Tasik bawah tanah di Hamilton Pool
Hamilton Pool - [bestourism.com]
Kolam Hamilton @ Hamilton
Pool di Austin, Texas, telah dicipta agak secara alamiah apabila kubah
gua bawah tanah runtuh mendedahkan kolam yang menakjubkan ini.
4 - Tasik bawah tanah di Reed Flute Cave
Reed Flute Cave - [travelpod.com]
Gua Reed Flute @ Reed Flute Cave di Guilin, China ditemui semasa Dinasti Tang hampir 1,300 tahun lalu.
5 - Tasik bawah tanah di Luray Caverns, Virginia
Luray Caverns - [amazingdata.com]
Stalagtit menghiasi bumbung
Luray Caverns, Virginia, bersama dengan air tasik yang sangat tenang
memberikan satu refleksi yang sempurna.
6 - Tasik bawah tanah di Wookey Caves, England
Wookey Caves
Lagenda mengatakan bahawa orang-orang gua awal mendiami Gua Wookey @ Wookey Caves di Somerset, England.
7 - Tasik bawah tanah di Lechuguilla Cave
Lechuguilla Cave - [whatafinecave.com]
Gua Lechuguilla @ Lechuguilla
Cave di Carlsbad Caverns National Park, New Mexico merupakan gua yang
kelima terpanjang ditemui iaitu 120 batu panjang dan kedalaman 489
meter, menjadikannya paling dalam di benua Amerika Syarikat.
8 - Tasik bawah tanah di Macan Ché
Macan Che - [amazingdata.com]
Tasik bawah tanah Macan Che
berhampiran Semenanjung Yucatán merupakan salah satu daripada banyak
yang dianggap sebagai hadiah dari tuhan oleh kaum Maya, dan oleh itu
ianya suci.
9 - Tasik bawah tanah di Mexico
Tasik bawah tanah Mexico - [wonderfulinfo.com]
Aliran batu kapur ke dalam tasik
bawah tanah di Mexico ini menyerupai air terjun bertukar menjadi batu.
Mungkin istilah Ratu Ais @ Ice Queen mengambil sempena gua khusus ini.
10 - Tasik bawah tanah di Banff, Kanada
Tasik bawah tanah di Banff - [amazingdata.com]
Ada air terjun kecil di tasik bawah tanah di Banff, Kanada ini.
[listphobia.com]
No comments:
Post a Comment