Syiah membentuk 10–20% di kalangan komposisi penduduk Islam di dunia dan
merupakan rumpun kedua terbesar Islam selepas Islam Sunni, Ahli Sunnah
Wal Jamaah. Mereka menyakini kepimpinan Imam hendaklah dari keturunan
Ali bin Abi Talib sebagai Imam pertama. Syiah berpecah kepada beberapa
kelompok, yang terbesar ialah Syiah Imam Dua Belas dari pecahan Syiah
Imamiyah. Istilah syiah secara umum lazimnya merujuk kepada
kelompok Syiah Imam Dua Belas ini.
Syiah Zaidiyyah
Selepas Zaid bin Ali meninggal dunia, pengikut-pengikutnya mengasaskan
satu mazhab yang terbina di atas fikrahnya dikenali sebagai Zaidiyyah,
iaitu nisbah kepada namanya Zaid bin Ali. Bagi mereka yang menolak
kepimpinan atau keimaman Zaid bin Ali dinamakan ar-rafidhah.
Syiah Kaisaniyah
Terdapat kelompok minoriti yang dikenali dengan sebutan “Kaisaniyah”
menjadikan putera ketiga Saidina Ali a.s. yang bernama Muhammad bin Ali
sebagai imam keempat. Beliau adalah anak Saidina Ali dengan isterinya
Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama
kabilah ibunya. Pengikut-pengikutnya menyakini bahawa ia adalah Imam
Mahdi a.s. yang ghaib di gunung Ridhawi ketika diburu pemerintah kerana
disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Pengasasnya adalah
Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada Muhammad bin
Ali bin Abu Thalib.
Syiah Imamiyah
Sebahagian besar dari mereka datangnya dari golongan ar-Rafidhah. Syiah
Imamiyah merupakan aliran Syiah yang paling besar. Ianya juga disebut
Syiah Jafariah untuk membezakan dengan puak syiah Zaidiyah dan
Kaisaniyah. Terdapat beberapa kelompok kecil dari golongan imamiyah
diantaranya Imam Enam (setakat Imam Jafariah), Imam Tujuh (Ismailiah),
Imam Lapan (Waqfiyah iaitu sehingga Imam Ali Ridha) dan Imam Dua Belas
ataupun Ithna ‘Asyariah, ialah cabang yang terbesar. Lain-lain dalam
lingkungan Imamiyah ialah, Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah,
‘Ammariah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Hasyimiah, Zurariah,
Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.
Syiah Ismailiyah
Walaupun didalam kelompok Imamiyah, namun mereka adalah kelompok Syiah
yang kedua terbesar selepas Ithna ‘Asyariyah. Kebanyakannya tinggal di
India dan Afrika Timur Utara. Kumpulan ini diasaskan oleh
pengikut-pengikut Ismail bin Ja'far (721 – 755), iaitu anak pertama
Jaafar ash-Shadiq dan abang kepada Musa al-Kazim. Golongan ini mengamal
aliran kebatinan yang melibatkan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf
,perbandingan agama dan kebebasan mutlak terhadap manusia.
Kelompok terbesar Ismailliyah ialah Aga Khan (Kelompok Nizari), diikuti Bohra Dawoodi (Kelompok Tayyabi) dan Druze.
Agama Baha'i adalah antara agama baru sekarang ini sebenarnya mempunyai kaitannya untuk menghidupkan semula ajaran Ismailliyah. Bagaimanapun agama Baha'i berbeza dengan Syiah, walaupun asal usul pemimpinnya adalah dari Ismailliyah.
Kelompok terbesar Ismailliyah ialah Aga Khan (Kelompok Nizari), diikuti Bohra Dawoodi (Kelompok Tayyabi) dan Druze.
Agama Baha'i adalah antara agama baru sekarang ini sebenarnya mempunyai kaitannya untuk menghidupkan semula ajaran Ismailliyah. Bagaimanapun agama Baha'i berbeza dengan Syiah, walaupun asal usul pemimpinnya adalah dari Ismailliyah.
Syiah Alawi Nusairiyah
Golongan Syiah yang lebih kecil, seperti Alawi Nusairiyah pula berasal
dari ajaran seorang syiah yang bernama al-Kashibi. Al-Kashibi dikatakan
pengikut kepada Abu Shu'ayb Muhammad ibn Nusayr (Ibn Nusair ). Ibn
Nusayr adalah murid kepada Imam ke-11 , Hassan al-Askari. Mereka
mempunyai pengikut di Lubnan, Turki dan Syria.
Pengiktirafan Golongan Syiah
Antara gerakan-gerakan lain berasal dari syiah ialah seperti gerakan Yazidiah, Baha’i, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Harakah Amal dan sebagainya.
Pengiktirafan Golongan Syiah
Antara gerakan-gerakan lain berasal dari syiah ialah seperti gerakan Yazidiah, Baha’i, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Harakah Amal dan sebagainya.
Walaupun semua golongan ini adalah dari kelompok syiah ataupun berasal
dari fahaman syiah, namun mereka tidak mendapat pengiktiran dari sesama
mereka dan sesetengahnya mengkafirkan antara satu sama lain.
Ahli Sunnah Wal Jamaah juga tidak mengiktiraf Syiah sebagai mazhab Islam
yang perlu diikuti, termasuk Zaidiah kerana sekarang mereka condong
kepada fahaman Muktazilah.
No comments:
Post a Comment