Jamaah yang terkorban ketika mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti.
Al-Faatihah..
# Wujud beberapa
spekulasi oleh pendokong pembunuh al-Buti kononnya tidak ada serangan
bom, melainkan kesemuanya mati akibat ditembak tentera rejim Syria.
Pemikiran yang dangkal ini bagaimanapun hanya berasaskan sekeping gambar
yang kononnya tiada wujud kesan kerosakan pada struktur masjid
tersebut.
Sungguh menghairankan,
betapa banyak gambar kerosakan struktur masjid dan berkecainya mayat
jemaah, gambar yang sekeping juga dipegang dengan penuh taksub
semata-mata menyembunyikan kejahatan pembunuh al-Buti. kemudia
menyalahkan pihak lain. Apakah golongan tidak pernah mengkaji atau
melihat bagaimana keadaan manusia yang mati di bom atau ditembak.
Apakah ini sesuai dikatakan jasad orang yang mati ditembak
atau pengebom tersebut yang hancur?
Saya memang cukup hairan
masih ada lagi pihak yang nak mempertahankan suatu yang cukup menyalahi
norma akal sihat manusia. Ibarat baling batu sembunyi tangan. Nasihat
saya, bertaqwalah kalian kepada Allah dan janganlah kerana kebencian
kalian kepada sesuatu pihak itu menghalalkan apa yang diharamkan oleh
Allah SWT dan RasulNya.
No comments:
Post a Comment