Monday, July 29, 2013

Sejarah Pengislaman Bangsa Monggul




Mongolia adalah sebuah negara di sebelah utara Cina yang bersempadan dengan wilayah Siberia Rusia, hampir 80% wilayah Mongolia adalah Gurun Gobi, yaitu sebuah bentangan tanah luas yang kurang  pepohonan. Pernah melihat film berjudul Baby yang salah satu adegannya juga meliputi kehidupan bayi di Mongolia yang bernama Bayar, ya itulah sekilas pandang tentang penduduk Mongolia yang rumahnya seperti sebuah khemah.

Menurut ilmu Antropologi Mongolia termasuk ras Mongoloid, yang tersebar di Asia Timur, Asia Tenggara, Amerika, dan Kutub Utara.

Harun Yahya membuat salasilah Bangsa Mongol, menurutnya Bangsa Mongol adalah keturunan dari Maghuh bin Yafits ( anak sulung Nabi Nuh As ), yang mempunyai banyak anak salah satunya adalah Shin bin Maghuh yang menurunkan Bangsa Cina, Korea dan Jepun.

Beberapa keturunan Maghuh bin Yafits menurunkan berbagai bangsa seperti bangsa Melayu ( Malaysia dan Indonesia), Indian di Amerika dan Eskimo di Kutub Utara. dan keturunan lain menurunkan bangsa Ya’juj Ma’juj yang akan keluar di akhir zaman, ternyata kita talian  persaudaraan dengan bangsa Ya’juj Ma’juj.


SEJARAH MONGOLIA, BANGSA PEROSAK DAN PENGHANCUR

Mungkin tidak ramai  yang tahu seperti apa Negara Mongolia yang beribu kota di Ulan Bator ketika ini, kerana peranan negara ini di kancah antarabangsa ketika ini adalah sangatlah minimum.

Namun itu sekarang, tetapi cuba kita tengok 8 abad yang lalu , secara tepatnya pada abad ke 13, siapa yang menyangka ketika  itu pada  tahun 1174 lahir seorang anak dari bangsa Mongol yang bernama Temujin. Setelah dewasa Temujin berjaya menyatukan seluruh suku-suku yang ada di Mongolia dalam satu pemerintahan yang diperintah olehnya, dia kemudian diberi gelar nama iaitu Genghis Khan pada tahun 1206.



Genghis Khan tidak berpuas hati  dengan itu semua, pernyatuan bangsa Mongol hanyalah permulaan, tujuan utamanya adalah menguasai dunia, kemudian mulailah ekspidisi penaklukkan besar-besaran bangsa Mongol.

Negeri Cina yang pertama menjadi korban kerakusan  
Genghis Khan, seluruh daratan Cina berjaya  dikuasai tentera Mongol yang dipimpin Genghis Khan, dan menumbangkan Dinasti Song dan disempurnakan oleh cucunya Kublai Khan tahun 1279, serta mendirikan Dinasti Yuan tahun itu juga. Tentera  Mongol bergerak ke arah timur menakluki Manchuria ( Semenanjung Korea ),seterusnya  Jepun.

Kemudian bergerak ke arah selatan menakluk  kerajaan Yunan, Myanmar, dan terus melaju ke selatan menyerang  pusat Kerajaan Singasari di Jawa Timur, namun hanya sebentar, kerana Raden Wijaya berjaya mengusir tentara Mongol ( Tartar ) dari Nusantara...






Di bawah kepemimpinan Hulaku Khan, pasukan Mongol bergerak ke arah barat, membantai rakyat negeri-negeri yang dilaluinya,  terus menguasai India, Afganistan, dan bergerak terus mengalahkan Kesultanan Khurasan, dan Persia.

Kaum muslim yang pada ketika  itu sedang dalam keadaan berpecah belah akibat tidak tunduk sepenuhnya pada Pemerintahan Khilafah Islam di Baghdad, tidak mampu membendung serangan bangsa Mongol yang sangat bengis. Bahkan penduduk kota Herat di Afganistan hanya tinggal sembilan orang saja yang masih bertahan hidup, seperti yang dikatakan oleh sejarahwan Mike Edward di National Geographic.






--> Tahun 1258, Hulako Khan berjaya menumbangkan pemerintahan Khilafah Bani Abasiyah di Baghdad, membantai jutaan kaum muslim di sana, hanya beberapa saja yang selamat dari kekejaman tentera Barbar Mongol ( Tar tar), selain menghancurkan kota Baghdad, tentera Mongol juga membakar dan membuang buku-buku ilmu pengetahuan yang berada di perpustakaan Baghdad, ketika itu banyak koleksi berharga ilmu pengetahuan hilang begitu saja.

Serangan bangsa Mongol digambarkan oleh Ibnu Taimiyah sebagai kengerian yang luar biasa, dan sukar diterima akal manusia. Ibnu Taimiyah adalah salah seorang yang selamat dari serangan tentara Mongol, beliau dan keluarganya berjaya melarikan diri ke Mesir.

Pasukan Mongol terus bergerak ke arah Palestin, namun dihalang  oleh tentara Mamluk dari Bani Mamalik yang dipimpin Muzafar Al Qutus di Ain Jalut, bersama Ibnu Taimiyah, Al Qutus berjaya  menghalang dan menggagalkan serangan Mongol ke Palestin dan Mesir.


Pasukan Mongol berhenti menyerang kaum muslim setelah kalah teruk di Ain Jalut. Namun di sisi lain arah tenggara mereka terus melakukan serangan ke Eropah, mengalahkan kerajaan Rusia, terus bergerak menguasai Eropah Timur, mengalahkan bangsa Viking di Swedia, tentera-tentera Eropah tumbang setelah kalah melawan tentera berkuda Mongol yang lebih pendek dan kecil namun sangat aggresif, sehingga seluruh Eropah Timur dikuasai Mongol.



MASUK ISLAM

Itu semua memang adalah kehebatan bangsa Mongol, mereka  hampir sahaja menguasai dunia, dengan kehebatan ketenteraannya yang luar biasa. Setelah berjaya menguasai hampir seluruh benua Asia dan sebahagian Eropah, gerakan tentera Bangsa Mongol mulai mengendur.




Walaupun kemampuan ketenteraan mereka luar biasa, namun Mongol tidak menonjol secara kebudayaan. Walaupun para pemimpin Mongol mengundang para pakar2  ke pusat pemerintahannya untuk membangun negeri itu, tetapi bangsa Mongol sendiri tidak tampil sebagai ilmuwan, sastrawan, atau arkitek. Mereka tetap memainkan peranan yang sama sebagaimana sebelumnya, iaitu sebagai tentera dan penunggang kuda yang hebat. 


Kemudian mulailah para pimpinan Bangsa Mongol di daerah-daerah yang ditakluki mereka seperti di timur tengah masuk Islam, dan pada akhirnya majoriti tentera Mongol yang menguasai daerah di timur tengah pun masuk Islam. Mereka kagum dengan budaya mulia Islam, dengan ilmu pengetahuannya, dengan sistem hukumnya, ekonominya serta ideologinya yang sangat maju. Para pemimpin inilah yang akhirnya melepaskan diri dari kekuasaan Imperium Mongol dan  patuh pada kekuasaan Khilafah Islam di Mesir. Para penguasa daerah taklukan Mongol akhirnya mendirikan Kesultanan Mongol seperti di India, dan Turki.


Khaleed Khan, Keturunan Mongol Persia


Bahkan Berke Khan seorang penguasa Mongol di Turki ( Golden Horde ) telah menyerang tentara Mongol pimpinan Hulaku Khan yang hendak menyerang Palestin kembali setelah kalah di Perang Ain Jalut. Walaupun Berke Khan dan Hulakhu Khan adalah saudara, tetapi Berke Khan lebih mencintai Islam dan kaum muslim daripada Bangsa Mongol.


Muslim Keturunan Kazakh Mongol di Kazakhstan

Di Wilayah bekas kekuasaan Hulaku Khan  berdiri Kesultanan Mongol yang memerintah hingga akhir abad 18 dari wilayah India, Pakistan, Afganistan, Kazakhstan, Uzbek dan lainnya, salah satu Sultan yang terkenal adalah Sultan Akbar Khan, yang merupakan keturunan India Mongol. Dan nama-nama Mongol di India juga beridentitikan dengan Islam, seperti Shahrukh Khan, Amir Khan, mereka adalah muslim dan mereka adalah keturunan Mongol India. Pernah menonton film My name is Khan  itu adalah nama Muslim dari India.
Bani uthman juga merupakan susur galur daripada keturunan monggol. Bani Uthman juga telah mengambil alih pemerintahan khilafah Islam yang berpusat di Iran iaitu Khilafah Uthmaniah
. Muhammad Al Fatih juga masih punya darah Mongol.

Di China, semasa Dinasti Yuan yang merupakan Dinasti Mongol berkuasa,  Islam berkembang dengan sangat pesat. Orang-orang Arab dan Uighur yang beragama Islam serta mempunyai ilmu pengetahuan dan teknologi maju di diambil  oleh pemerintah Yuan untuk membangun China, dan ini adalah kesempatan bagi mereka untuk berdakwah. 



IMPERIUM MONGOL AKHIRNYA TUMBANG


Setelah para pasukan dan pimpinan Mongol di timur tengah masuk Islam, maka akhirnya kekuatan Imperium Mongol pun runtuh satu per satu. Kekuasaan Mongol di Eropah berjaya dirampas kembali oleh bangsa-bangsa Eropah kerana tidak ada sokongan  dari Timur Tengah, sedangkan di Timur Tengah para penguasa Mongol melepaskan diri dari Imperium Mongol kerana tunduk pada Islam. Dan kemuncaknya adalah kekuatan terakhir Imperium Mongol iaitu Dinasti Yuan di China, dikuasai oleh kaum muslim dan rakyat China.



Akhirnya Dinasti Yuan pun tumbang pada tahun 1358 setelah menguasai China selama 89 tahun ( 1279-1558 ) dan berdirilah Dinasti Ming, dan saat itu juga ekonomi dan politik China dikuasai kaum Muslim, dan Islam mewarnai segala aspek kehidupan di Cina, menurut catatan sejarah ada banyak pemerintah Dinasti Ming yang Muslim, ada juga yang menyebutkan semua pemerintah Dinasti Ming adalah Muslim, dan ada juga yang menyebut bahawa perkataan  Ming berasal  daripada  nama Madinah Al Munawarah, yang ertinya adalah Kejayaan dan kegemilangan.


KESIMPULAN

Memang secara ketenteraan Bangsa Mongol ketika itu unggul dan luar biasa, serta memperoleh kemenangan yang berturut turut sepanjang perjalanannya menaklukki negeri-negeri yang dilalui mereka.

Namun secara ideologi, bangsa Mongol bukanlah apa-apa, mereka

kalah ketika menghadapi ideologi Islam yang ketika itu diterapkan secara Kaffah oleh negara Khilafah Islam, bangsa Mongol harus menerima kenyataan bahawa disamping kehebatan tentaranya mereka tidak lebih dari sebuah bangsa primitif yang tidak mempunyai ideologi dan ilmu pengetahuan yang hebat, yang diperlukan mereka  untuk bekal berkuasa. 

Masjid Di Mongolia


Akhirnya mereka harus menerima kenyataan iaitu menyerah kalah pada serbuan Islam secara pemikiran, dan akhirnya mereka masuk Islam dengan sukarela dan senang hati.

Jadi jika kesimpulan di atas dihubungkan dengan kenyataan umat Islam saat ini adalah, bahwa umat Islam sebenarnya sangat banyak dan sangat kuat secara ketenteraan. Namun Umat Islam kalah secara ideologi, kerana ideologi Islam iaitu Syariat Islam tidak ditegakkan, dan Institusi Negara Khilafah Islam yang menyatukan orang islam seluruh dunia tidak ada. Sehingga dengan sendirinya banyak orang islam yang terjerumus  kepada gaya hidup dan ideologi barat.

No comments:

Post a Comment