Facebook Cover-Freedom For Syria |
Ramai yang
tertanya-tanya serta masih kabur isu sebenar yang berlaku di Syria. Apa
sebenarnya yang berlaku di Syria? Kenapa mereka yang sebelum ini nampak
aman je, tiba-tiba bergolak dalam kancah peperangan yang maha dahsyat?
InsyaAllah, di bawah ini adalah penerangan serta pencerahan berkenaan
dengan Revolusi Syria yang sedang berlaku sekarang ini.
Syria merdeka dari
penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa
Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama
32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah
selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh
diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan
dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan
menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum,
diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai,
mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ). Kerajaan Syria didokong oleh
Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan
pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus
darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84%
daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan
ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah
di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA-
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku
selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa
ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8
bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke
bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia
berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada
sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan
telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh
kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah
dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan
keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa
dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang
kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2
itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat
dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2
dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu
bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40
orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah
Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini
telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka.
Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin
Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang
menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah
dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam
plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada
Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada
posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka
yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula
daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi
bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2
juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati
tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa
neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Al Allamah Sheikh Dr Muhammad
Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat
Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera
walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ;
barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid;
atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan
oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan
disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan
Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin
kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama
rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana
tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati
membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa
yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan
pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak
berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian
sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu
meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang
terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2,
kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya
yang berlaku di SYRIA.
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah
sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan
fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu
dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai
orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa
ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan
pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan
kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong
beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli
intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang
Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad)
tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi
Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah
dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak
dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video
yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para
pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut
dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman
lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100
dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh
Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan
menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria.
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan.
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria.
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang
tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan
KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kata Saidina Ali ra; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja
sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81; "Dan katakanlah :Telah
datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah
(kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara
yang tetap lenyap".
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan
hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah
kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah
menerangkan misal-misal perbandingan.
Foto-Foto Menyayat Hati Revolusi Kebangkitan Rakyat & Islam di Syria
Masjid musnah dibom tentera Rejim Syria Bashar Assad |
Perbezaan tentera Rejim Bashar Assad dengan mujahidin Revolusi Syria |
Cacat bukanlah penghalang baginya untuk berdepan kezaliman Syiah Nusairiah |
No comments:
Post a Comment