Monday, July 29, 2013

Sejarah.. Melayu Pelayar Hebat

TEKNOLOGI MELAYU MEREMPUH BADAI



Replika kapal Borobodur.



Sejak Abdullah Munsyi seorang kerani Melayu keturunan mamak dan Arab menulis mengenai bangsa ini, besar sungguh inferiority complex yang dialami mereka. Bangsa ini dicemuh sebagai sebuah bangsa yang pemalas dan tak kenal dek untung. Sehingga kini kita tidak mengetahui apakah niat sebenar Abdullah Munsyi membuka pekung didada yang mungkin tidak wujud atau hanya wujud dalam sebahagian kecil masyarakat Melayu sahaja. Ada pihak berpendapat mereka melontarkan tohmahan dan cabaran bertujuan sebagai kritikan membina, namun pada pendapat saya ianya langsung tidak dapat membina keperibadian bagi masyarakat Melayu kemudiannya malah melemahkannya sehingga ke tahap- yang paling dasar. Mungkin Abdullah merasa lebih superior kerana mendapat tempat didalam masyarakat penjajah kolonial dan menjadi orang kepercayaan mereka. Mungkin juga kerana beliau tidak pernah mengaggap diri beliau sebagai Melayu sebabnya dia bukan keturunan Melayu tulin dan hanya menjadi Melayu kerana tinggal dikawasan orang Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.



Pendapat yang mengatakan bahawa ianya hanyalah kritikan atau motivasi yang membangun, bagi saya adalah sesuatu yang kurang berasas. Jika bangsa-bangsa lain sebagai contohnya bangsa cina, mereka tidak akan sesekali merendah-rendahkan martabat dan cara hidup bangsa mereka di hadapan bangsa lain apatah lagi bangsa barat yang dianggap mereka sebagai orang gasar yang kurang bertamadun tidak seperti orang-orang timur. Begitu juga dengan bangsa India, Jepun dan Korea. Mereka seboleh-bolehnya mahu menonjolkan semua unsur-unsur positif sahaja mengenai bangsa mereka kepada bangsa lain dan menutup segala kelemahan walaupun ianya ternyata wujud. Semangat patriotism seperti inilah yang telah membangkitkan alter bagi bangsa-bangsa mereka sehinggakan bangsa mereka boleh menjadi salah satu bangsa yang disegani dunia sehingga sekarang.





Replika kapal Majapahit.



Ada juga pihak yang menuduh bangsa yang satu ini adalah bangsa yang penakut dan tidak sukakan cabaran! Apa?...PENAKUT? oh tidak, tidak sama sekali! Bangsa Melayu ini sejak ribuan tahun adalah diantara bangsa yang sangat pemberani sifatnya. Sifat kebenarian orang Melayu boleh dilihat sepanjang lembaran sejarahnya. Sejak kemasukan Islam ke Nusantara orang Melayu telah diperkenalkan dengan konsep kehidupan akhirat yang kekal abadi dan mati shahid, maka sifat berani untuk mati itu menjadi semakin tebal dalam masyarakat Melayu.

Orang Melayu berani mati namun bukan mati sia-sia atau mati katak sebaliknya mati dalam keadilan dan mati yang bermanfaat. Hal ini dapat dilihat dengan memerhatikan adat orang dulu-dulu yang suka menghantar anak-anak mereka belajar silat. Apabila anak itu diserahkan kepada guru silat akan disertakan sekali dengan kain putih sehelai yang melambangkan kain kafannya, sintok dan limau nipis untuk memandikan jasadnya dan ayam putih untk kenduri arwahnya. Orang tua dahulu tahu risikonya amat besar apabila menyerahkan anak untuk belajar silat pada zaman dahulu kerana dahulu silat tidak diajar secara olok-olok dan senjatanya juga adalah senjata tajam yang betul.



Semangat keberanian orang Melayu jugalah yang telah menyebabkan mereka bisa menyebar keseluruh kepulauan Nusantara dan membina tamadun yang gah suatu ketika dahulu. Sejarah telah mencatatkan bahawa kegiatan perdagangan yang ulung di rantau ini telah bermula sejak 200 tahun sebelum masihi lagi iaitu dimasa kegemilangan empayar Rom di Barat dan Dinasti Han di China. Pada peringkat awalnya kapal-kapal dagang cina dan India tidak mampu menempuh badai lautan yang begitu hebat bagi mereka. Mereka hanya mengemudi kapal-kapal mereka di pesisran pantai mengelilingi benua-benua sehingga sampai ke destinasi.

Mereka juga tidak berani menempuh laut cina selatan yang sentiasa bergelora dan juga takut untuk merentasi Temasik dan selat Melaka. Sesetengah ahli sejarah berpendapat mereka pada awalnya amat takut untuk melepasi selat Melaka untuk terus ke India kerana kuatir diserang lanun-lanun Melayu yang amat banyak ketika itu. Jadi mereka hanya membataskan jalan perdagangan mereka di Vietnam, Thailand dan segenting kra sahaja. Namun alasan yang lebih munasabah ialah mereka takut untuk menempuhi geloran di musim-musim monsoon dan tambahan lagi mereka pada ketika itu masih tidak mempunyai teknologi perkapalan yang dapat mengatasi masalah tersebut.




-->

Kedudukan ini mula berubah apabila para pedagang Melayu mula memasuki era perdagangan antarabangsa pada zaman kegemilangan empayar Funan sekitar abad ke 4 masihi. Para pedagang Melayu ini mempunyai sejenis kapal layar yang dipanggil Jong dan membawa muatan rempah ratus yang belum pernah dimiliki oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Rempah tersebut adalah seperti buah pelaga, cengkih, bunga lawang dan buah pala. Selain itu orang Melayu juga memperkenalkan kapur barus dan kayu gaharu yang sangat tinggi nilainya. Disinilah teknologi maritim orang Melayu telah membawa kemakmuran terhadap bangsanya sehingga terdirinya empayar Srivijaya dan seterusnya empayar Melaka.



Pelayar-pelayar Melayu disebut oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut! Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak menggunakan paku.

Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan mana-mana kapal layar pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4 masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan yang luas dan dalam.





Lancang Kuning



Setelah melihat kehebatan jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa pedagang lain seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di burritan jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayumeredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang.

Layar empat segi di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong. Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai mengikut laluan zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan pedagang lain. Mereka boleh ke China, India, yaman, malahan mungkin Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu tiupan angin yang sesuai.



Penggunaan teknologi ini bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya. Pada abad ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di lautan meditranien. Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian menemui New World di Amerika.
Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk. Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orangMelayu berhijrah 3000 batu ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek kata sifat berani orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum masihi lagi!



Menurut catatan fa xian iaitu seorang sami buddha dari China yang berjalan ke India menggunakan jalan daratan gunung dan balik semula ke China menggunakan jalan laut dengan mengguanakan kapal Melayu. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang boleh menerkam badai adalah lebih hebat daripada org yang mendaki puncak gunung. Pada tahun 399 masihi fa xian yang berumur 65 tahun berangkat dari Changan menuju ke utara India untuk bertapa dan menuntut ilmu. Beliau memilih jalan darat yang membawanya merempuh padang pasir, memanjat gunung karakoram, meniti lerengan setinggi 8000 kaki dimana udaranya kurang oksigen dan menyusahkan usaha menngangkat kaki. Selepas bertapa dan berguru di India selama 15 tahun akhirnya beliau kembali ke China pada tahun 415 masihi. Beliau tidak lagi berani mengambil laluan yang sama dijalaninya kerana pengalamannya yang terlalu ngeri.






Kapal Bugis



Dari utara India beliau tururn ke Sri Lanka menaiki kapal pedagang Melayu bersama 200 penumpang lain menuju kepulauuan Melayu. Apa yang dialaminya adalah lebih mengerikan daripada masa perjalanannya ke India melalui daratan dahulu. Kapal ini menurutnya tidak menyusuri pantai seperti kapal-kapal lain tetapi ia merentas lautan Hindi menuju ke Aceh dan seterusnya ke selat Melaka. Dua hari berlayar fa xian menceritakan ribut besar telah melanda lautan. Ribut ini berterusan selama 13 hari menyebabkan berlakunya kerosakan besar kepada kapal. Anak-anak kapal membaikinya di sebuah pulau dan mereka meneruskan perjalanan ke selat Melaka. Pengalaman fa xian di lautan Hindi selama 13 hari ini diikuti pula dengan dilanda taufan dari laut china selatan.



Lebih dasyat lagi bahana taufan ini sehingga kapalnya sesat selama 70 hari di laut sebelum beliau sampai balik ke kampong halamannya. Riwayat fa xian ini membuktikan bahawa sejak zaman Srivijaya lagi pera pelaut Melayu telah menemukan jalan pintas yang merbahaya kepada kapal-kapal bangsa lain. Jalan-jalan ini adalah jalan kurus yang merentas lautan dalam. Hanya keberanian mereka sahaja yang membolehkan mereka menerokainya. Penggunaan jalan pintas ini membolehkan jong-jong mereka menjimatkan masa perjalanan dalam perdangangan antarabangsa diantara timur dengan barat. Justeru itu sebelum kewujudan Melaka lagi Srivijaya telah menjadi pusat entreport yang terulung selama enam abad.
Keberanian bangsa Melayu menghadapi badai inilah maka terhasilnya teknologi pelayaran yang membolehkan mereka berlayar jauh dan menerkam badai. Mereka melihat badai sebagai sebuah halangan yang mengancam cita-cita mereka dan harus ditempuhi. 

 Pelayar dan Kapal-Kapal Buatan Melayu.

 Empayar-empayar bangsa Melayu purba sememangnya terkenal sebagai empayar maritim yang hebat. Kerajaan-kerajaan seperti Srivijaya dan Melaka, sekadar menyebut beberapa nama, adalah kerajaan-kerajaan Maritim, kerajaan-kerajaan yang bergantung kepada aktiviti-aktiviti laut daripada sekecil-kecil nelayan biasa kepada pedagang-pedagang yang menjalankan aktiviti perdagangan antarabangsa melalui jalan laut.



Sebelum kedatangan orang-orang Eropah yang kononnya membawa kemodenan lagi, orang-orang melayu sememangnya sudah lama terkenal sebagai pelayar-pelayar yang hebat dan bangsa yang amat mahir dengan ilmu pelayaran dan pembuatan kapal-kapal besar. Lanun-lanun melayu adalah diantara lanun-lanun yang amat ditakuti pada suatu masa dahulu.




Replika Kapal yang digunakan oleh Lanun dari Kepulauan Melayu



Maka tidak hairan lah pelayar Portugis yang terkenal, Ferdinand Magellan menggunakan khidmat orang melayu untuk membantunya didalam misi-misi pelayarannya merentas lautan mencari kepulauan rempah. Anda mungkin tidak kenal siapa itu Henry The Black ataupun Enrique tetapi anda pasti pernah mendengar nama Panglima Awang atau Panglima Hitam bukan?

Lynda Shaffer didalam bukunya Maritime Southeast Asia to 1500 yang diterbitkan pada tahun 1996 telah membuat kajian terperinci mengenai pelaut-pelaut Melayu yang sedari awal kurun pertama telah pun mahir dengan pelayaran-pelayaran jarak jauh. Pelayar-pelayar melayu lah yang bertanggung jawab menyebarkan pasu-pasu tanah liat tradisi Sa-Huynh Kalanay dan gendang Dongsan bertebaran keseluruh Asia Tenggara.

Memetik Lynda Shaffer yang disebut sebagai berkata pelayar-pelayar Melayu merupakan pelayar-pelayar yang mempunyai ilmu laut yang tinggi, berlayar merentasi lautan beribu-ribu batu tanpa bantuan kompas atau carta-carta bertulis. Pelayar-pelayar melayu menggunakan angin, bintang, warna air laut, rupa bentuk gelombang laut untuk mengetahui lokasi. Mereka boleh tahu kedudukan sebuah pulau walaupun mereka masih berjarak 30 batu dari pantainya hanya dengan melihat tabiat burung-burung tertentu, haiwan dan tumbuhan laut dan juga rupa bentuk gelombang pada permukaan laut.

 Malah pelayar-pelayar China telah mengetahui tentang orang-orang melayu dari seawal kurun ke 3. Shaffer seterusnya dipetik sebagai berkata:
The Chinese also knew these islanders as builders and as the crews of ocean going vessels engaged in long distance over seas trade. The Chinese in fact appear to have learned much from these sailors. The Malays independently invented a sail, made from woven mats reinforced with bamboo, at least several hundreds years B.C.E and by the time of the Han Dynasty (206 CE to 221 CE) the Chinese were using such sails.

Gaspar Correia. pencatit berbangsa Portugis telah mencatitkan seperti berikut sewatu armada perang Portugis bertembung dengan sebuah kapal melayu dari Aceh menjelaskan bahawa sisi kapal tersebut sangatlah tinggi sehingga tiada siapa yang berani untuk cuba memanjatnya dari mana-mana kapal Portugis. Kapal tersebut seolah tidak tercalar dengan serangan Portugis kerana kapal tersebut mempunyai 4 lapis perisai dan meriam Portugis yang paling besar pun hanya mampu menembusi dua lapisan sahaja

 Keadaan ini telah memaksa Gabenor pada waktu itu menghantar kapal perang terbesarnya iaitu Flor De La Mar. Walaupun demikian, kapal perang Aceh tersebut masih mampu menahan serangan selama 2 hari dua malam dan hanya tewas apabila pihak Portugis berjaya memusnahkan sirip kemudinya. Correia telah dipetik sebagai mengatakan seperti berikut:

Her sides were so high that no one dared board her from any of the Portuguese ships;naos,caravellas and gales and she remained unscathed by the Portuguese fire because she had four layers of sheathing and the largest Portuguese artillery could only penetrate two. At length the governor sent out his own nao the Flor de la Mar. Inspite of this the jong managed to fend of the Portuguese attacks for two days and two nights and only succumbed when the Portuguese succeeded in removing her rudders which she carried outside as on the barges of Ribatejo.


Didalam buku The Golden Chersonese And The Way Thither yang ditulis oleh Isabella L Bird yang mengembara ke Timur Jauh pada tahun 1879 ada mengatakan selepas daripada kejatuhan Kota Melaka ke tangan Portugis, empayar melayu Aceh telah cuba menawan kembali Kota Melaka dengan segerombolan kapal-kapal perang mencecah 500 buah yang mana 100 daripadanya adalah jauh lebih besar dari mana-mana kapal yang pernah dibina di Eropah. Bird dipetik sebagai berkata:

of the remaining Moorish or Malay Kingdoms, Acheen, in Sumatra, was the most powerful, so powerful indeed that its king was able to besiege the great stronghold of malacca more than once with a fleet, according to the annalist of more than five hundred sail, one hundred of which were of greater size than any then constructed in Europe and the warriors and mariners that it bore amounted to sixty thousand commanded by the King in person.


Dalam beberapa forum-forum tempatan dan luar negara yang ada membincangkan tentang kapal-kapal buatan Melayu ini. Didalam satu surat bertarikh 28 November 1587, yang ditulis oleh Dom Paulo Lima de Pereira kepada Raja Philip yang menguasai Portugal dan Sepanyol ada menyebut tentang beberapa kapal perang milik Johor yang berjaya ditewaskan oleh Portugis ketika percubaan Portugis untuk menawan Johor Lama dan Kota Batu. Diantara kapal-kapal tersebut, terdapat sejenis kapal besar yang dipanggil Galleons.

No estreito, e nas estancias defronte da cidade se queimarão passante de mil embarcações entre Juncos ballos, e somas, e muitos balões, queimarão mais dous galeões, oito Gales, e algumas fustas, e lancharas,


Terjemahan:
In the Strait and the anchorage before the city, more than 1,000 vessels were burnt, among these junks, bâlos, sômas and many balões, two more galleons, eight galleys, some foists and lancharas.
11- Galleons ini juga ada disebut didalam satu lagu sumber Portugis “Batalhas e Combates Marinha Portuguesa: 1580-1603” yang dipetik sebagai menyebut:

nos esteiros a norte e a sul da cidade foram incendiados cerca de dois mil navios, entre naus, gales, juncos, galeotas, fustas, lancharas, bantins, champanas e outros de menor porte !
O rei de Jor perdeu quatro mil soldados que lhe foram mortos em combate pelos portugueses e outros três mil que lhe foram mortos durante a retirada pelos javos que levava consigo.


Terjemahan:
In the estuaries north and south of the city, about two thousand ships were burned, among them naus, galleys, junks, galliot, foists, lancharas, bantins, champanas and other lesser crafts !
The king of Jor lost four thousand soldiers who have been killed in combat by the Portuguese and three thousand who have been killed during the withdrawal by ‘javos’ he carried.


Galleons adalah kapal-kapal perang besar yang mempunyai tingkat-tingkat dan aras-aras yang berlainan didalam badan kapal tersebut. Ini menyebabkan ia mempunyai bentuk yang sangat besar dan sesuai untuk digunakan bagi membawa muatan, tentera dan apa sahaja kenderaan perang seperti meriam didalam kuantiti yang banyak.



Rentasan sebuah Galleon



 Pada sekitar tahun 1580an, hanya beberapa buah negara sahaja di Eropah yang mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk membina Galleons, seperti Turki, Portugal, Sepanyol dan England. Belanda hanya mula membina Galleons pada sekitar tahun 1590an atau 1600an. Perancis lansung tidak mempunyai armada laut sehinggalah kurun ke 17. Galleon pertama mereka hanya dibeli pada 1620an daripada Belanda. Hanya Aceh dan Johor sahaja negara bangsa bukan eropah yang menjadi pengeluar Galleons pada sekitar 1580an ke 1600an.

Setelah membuat sedikit rujukan-rujukan mengenai Galleon-Galleon melayu ini, didapati ianya adalah sejenis kapal perang besar yang dipanggil Kura-kura (cora-cora) yang kadang-kadang memerlukan sehingga 90 orang pendayung. Kapal Kura-Kura ini banyak digunakan di Maluku. Pihak Belanda memanggilnya Kapal Perang Ambon. Pada awal kurun ke 16, kapal Kura-Kura ini sangat digeruni oleh pelayar eropah setelah lakarannya tersebar luas.


Kura-kura Melayu yang menggentarkan Eropah.


-->
Apa yang lebih menarik, sebuah  buku nukilan R.A Fletcher yang bertajuk Warships & Their Stories yang diterbitkan pada tahun 2004, terdapat satu penemuan yang agak menarik untuk diperdebatkan. Menurut Fletcher, bangsa yang mula mula mencipta dan menggunakan sayap (outriggers) bagi kanu-kanu atau sampan-sampan adalah orang - orang melayu. Menurut Fletcher lagi, ini berdasarkan kajian dimana sahaja terdapatnya pengaruh bangsa melayu yang kuat, disitu lah juga kanu-kanu bersayap ini akan dijumpai. memetik Fletcher yang menyebut seperti berikut:

The Malays are supposed to have invented the outrigger and this conjecture is based on the fact that wherever the Malay influence is traceable there some form of outrigger or double canoe is to be found also.




Lakaran Kapal, Lanchara dan Jong melayu. Yang paling hampir itu lah perahu bersayap orang melayu.


Kini, kita melihat kebanyakan umat Melayu Islam telah kehilangan jati diri dan hanya menggangguk kepala seratus peratus apa yang dibawa oleh orang barat. Apa yang datangnya daripada Timur khususnya yang berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu dianggap tidak berharga, kolot dan ketinggalan zaman. Jadi, tidak salah rasanya bagi saya untuk membangkitkan isu-isu berkenaan kehebatan bangsa Melayu untuk membangkitkan semangat dan jati diri umat Islam di Malaysia ini khususnya kaum Melayu.



Inilah tamadun yang berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Rom,Yunani,Parsi,India serta China pada masa dahulu. Namun, makin lama masa semakin pantas berlalu, tamadun ini dijajah, dijarah sehingga hilang segala rahsia ketamadunan dan kehebatannya pada masa lampau. Tamadun yang diakui dalam sejarah sebagai "Raja Di Laut", ilmu pelayaran dan maritimnya melangkaui semua tamadun yang terkenal ketika itu. Mari kita menyelusuri kegemilangan tamadun Melayu Nusantara.

Bangsa Mala atau bangsa Melayu adalah 'King of The Sea' pada masa lampau.Mereka adalah 'Viking Timur Jauh' yang menguasai laut dan perdagangan maritim.Segala rekod Emperium China yang berhubungan dengan Mesir,Babilon,kerajaan Rom dan India tidak boleh tidak mesti menyebutkan sedikit tentang peranan Kepulauan Melayu dan penduduknya,kerana Kepulauan Melayu ini adalah PENGHUBUNG DUNIA BARAT DENGAN PELABUHAN-PELABUHAN CHINA.SEbelum sampai ke China,mereka mesti singgah di salah satu pelabuhan di Kepulauan Melayu untuk menunggu perubahan angin,memperbaharui bekalan makanan dan air,berdagang serta berehat.Kepulauan Melayu merupakan transit untuk ke Jepun,China dan Kepulauan Pasifik.

Sarjana-sarjana China dalam abad ke-7M hingga ke-11M (Zaman Kerajaan Melayu Sriwijaya) berminat pada bahasa Melayu yang dikenalinya sebagai bahasa Kunlun(hampir sama dengan panggilan Yunani, Kolan/Colan), kerana mereka mendapati banyaknya karya ilmu dalam bahasa Melayu pada masa itu.Di dalam rekod purba China tercatat perkataan 'po' satu kapal besar yang boleh memuatkan 1000 orang.

Kepulauan Melayu juga dicatatkan sebagai Pulau-pulau 'Kun Lun' sebagaimana kajian sarjana Eropah tentang Viking Timur Jauh ini. Orang-orang China zaman dahulu telah banyak belajar dari tukang-tukang kapal dan ilmu pelayaran dari 'islanders' ini di mana diterangkan sebagai "as the crews of ocean-going vessels engaged in long-distance overseas trade".Dan pada pada era Dinasti Han (206 hingga 221 Sebelum Masehi),orang-orang China telah menggunakan 'satu teknologi' baru perkapalan,seperti yang dijelaskan sebagai "a sail, made from woven mats reinforced with bamboo" padahal ia telah digunakan beratus tahun sebelum Masehi oleh orang-orang Melayu.

Adalah mengejutkan apabila para sarjana Eropah dan rekod China ini menunjukkan teknologi perkapalan China dimajukan setelah para tukang kapal China belajar dari orang-orang Melayu Kuno terutama pembuatan jong.Maka lahirlah jong China yang terkenal itu sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini:



No comments:

Post a Comment