Penghinaan kepada Rasulullah SAW dan agama Islam telah lebih setahun
'ditayangkan' di Syria. Oleh sebab itu, kenyataan dikeluarkan oleh
Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Syeikh Yusuf Qardhawi dalam
khutbah Jumaat minggu lalu bahawa apa yang berlaku di Syria juga
merupakan penghinaan kepada Rasulullah SAW apabila menara masjid
dibedil, terdapat masjid-masjid dirosakkan, mushaf Al-Quran dibakar dan
dibuang ke kawasan sampah serta pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang
tua yang amat dilarang oleh Baginda Rasulullah SAW.
Penghinaan terhadap Islam di Syria bukan setahun dua baru berlalu,
bahkan bermula pada zaman bapa Basyar, iaitu Hafez Al-Asad sejak lebih
empat dekad yang lalu. Hafez Al-Asad dan anaknya Basyar, bukan sahaja
menganuti fahaman Syiah Nusairi yang difatwakan oleh ulama Sunni bahawa
ianya terkeluar daripada Islam bahkan menganuti ideologi sekular melalui
parti pemerintah, iaitu Parti Ba'ath yang memperjuangkan dasar
sosialis.
Dua fahaman yang dipegang oleh pemerintah Syria ini menjadikan mereka
amat bencikan Islam bahkan 'ketua bagi sekalian ketua-ketua negara umat
Islam lain' yang anti-Islam. Kerana itu kekangan mereka terhadap
kumpulan Islam termasuk Ikhwan Muslimin amat ketara sehingga Hafez
Al-Asad melakukan operasi ketenteraan ke atas umat Islam di wilayah Hama
tahun 1982 yang mengorbankan lebih 40,000 nyawa.
Pada 18 September lalu, kumpulan Hizbullah turut mengadakan himpunan
membantah penghinaan kepada Rasulullah SAW yang berlangsung di Lubnan.
Dengan slogan "Labbaika Ya Rasulallah", sambil menyifatkan penghinaan
tersebut lebih besar berbanding pembunuhan yang berlaku di Syria waktu
ini, pemimpin kumpulan itu, Hasan Nasrallah menggesa tindakan tegas
pihak antarabangsa dan negara-negara bagi mengutuk penghinaan terhadap
Rasulullah SAW. Kesatuan Ulama Syria dalam respon segera turut mengulas
kenyataan Nasrallah ini dan memuji langkah prihatin Nasrallah, akan
tetapi pihak kesatuan turut mempersoalkan sikap Hizbullah dalam
mempertahankan rejim Syria yang menghina Rasulullah SAW dan agama Islam.
Kita sedia maklum bagaimana sokongan padu Hizbullah dalam
mempertahankan rejim Basyar.
Terbaru, Naib Presiden Iraq, Toriq Hasyimi mendedahkan kerajaan Iraq
yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Nuri Maliki (berfahaman Syiah) telah
menghantar bantuan ketenteraan ke Syria bagi membantu askar rejim
mengekang kebangkitan rakyat Syria. Disebabkan demikian, Hasyimi
dimusuhi dan dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Baghdad atas tuduhan
palsu yang direka bagi menutup mulut Naib Presiden berfahaman Sunni yang
dipilih oleh rakyat Iraq itu.
Tidak terkecuali bantuan dan sokongan negara Iran. Dunia Islam kini
berasa curiga dengan niat dan tujuan sebenar negara 'Islam' Iran
diasaskan sejak Revolusi 1979 lalu. Walaupun pada masa tersebut,
pengasasnya, Imam Khomeini memperkenalkan slogan "Maut Amerika, Maut
Israel" tetapi wajah sebenarnya telah disingkap oleh ramai ulama
mutaakhir antaranya Al-Marhum Syeikh Said Hawa dan Zainab Ghazali
melalui tulisan dan ucapan mereka.
Wajah sebenar Iran akan terus terdedah akibat sikap dan pendirian mereka
sendiri lebih-lebih lagi sokongan mereka terhadap rejim Basyar Asad.
Watak sebenar Iran dapat dilihat apabila tercetusnya kebangkitan rakyat
di Syria bermula Mac 2011.
Revolusi yang sudah berlarutan hampir 2 tahun ini telah bertukar menjadi
'penyembelihan' apabila rejim Syria dilaporkan telah membunuh lebih
22,000 rakyat awam yang tidak berdosa. Daripada jumlah tersebut, lebih
8,000 merupakan kanak-kanak di bawah usia 18 tahun menjadi korban.
Pembunuhan besar-besaran yang dilakukan secara bersiri mengejutkan
dunia.
Sebagai contoh, pada 25 Mei 2012 berlakunya pembunuhan beramai-ramai di
Haulah yang mengorbankan lebih 118 nyawa manakala hanya seminggu
kemudiannya pada 6 Jun, seramai 125 orang penduduk di El-Qobair, wilayah
Halab pula menjadi mangsa. Askar rejim terus melancarkan penyembelihan
tanpa perikemanusiaan terhadap penduduk awam secara bersiri di seluruh
negara itu dibantu oleh tali barut upahan kerajaan.
Dunia selama ini dimomokkan dengan blok 'Anti Amerika-Israel' yang
terdiri daripada Iran, Syria dan Hizbullah. Adapun negara-negara Arab
seperti Saudi dan negara Teluk lain dilabelkan sebagai blok 'sekutu
Amerika'. Sebenarnya blok 'Anti Amerika-Israel' tidak pernah wujud
bahkan ia adalah propaganda musuh-musuh Islam bagi menggambarkan sekutu
mereka adalah musuh mereka di mata umat Islam.
Persoalan yang selalu bermain difikiran kita, jika benar Iran mahu
melaksanakan Islam tulen yang dibawa oleh Rasulullah SAW, mana mungkin
Amerika dan Barat akan membiarkan negara itu meneruskan cita-citanya
seperti yang terjadi di banyak negara-negara umat Islam apabila golongan
Islam memenangi pilihanraya maka akan dibatalkan keputusannya lalu
dihuru-harakan negara tersebut. Ia tidak berlaku di Iran, seakan-akan
perancangan 'Negara Islam' hanya palsu, bukan Islam sebagaimana yang
diajar oleh Baginda Rasul SAW.
Berbalik kepada isu Syria. Sokongan melampau Iran terhadap kezaliman
Basyar Asad ini turut mendapat perhatian Presiden Mesir, Dr.Muhammad
Mursi. Beliau yang berpeluang menziarahi Tehran, Iran bagi menghadiri
sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali (NAM) turut berucap mengutuk
rejim Syria.
Berikut beberapa fakta berkaitan sidang tersebut:
1) Sewaktu menyampaikan ucapan dalam Bahasa Arab, penterjemah televisyen
Iran berbahasa Parsi yang menyiarkan siaran langsung sidang tersebut
menyelewengkan ucapan Mursi dan menterjemahkannya bukan dengan maksud
yang sebenar. Sebagai contoh, menyebut negara "Bahrain" dalam
negara-negara berlaku revolusi menggantikan negara "Syria" seperti yang
disebut oleh Mursi.
2) Mursi dengan tegas melabelkan pemerintah Syria sebagai "rejim yang
ganas" serta menyatakan pendiriannya menyokong kebangkitan rakyat Syria,
akhirnya delegasi Syria yang hadir 'panas telinga' dan memaksa mereka
keluar dewan meninggalkan persidangan yang berlangsung.
3) Kedatangan Mursi pada awalnya dialu-alukan oleh media Iran sebagai
Presiden Mesir pertama menziarahi negara itu sejak Iran memutuskan
hubungan dengan Mesir selepas revolusi 1979. Namun, setelah beberapa
hari persidangan berakhir, Mursi dikritik kerana tidak menziarahi kubur
pengasas revolusi, Imam Khomeini.Menurut mereka, sewajarnya bagi Mursi
yang kali pertama menziarahi Iran untuk menziarahi dan meletakkan
kalungan bunga di kubur Khomeini, menurut laporan beberapa akhbar negara
itu. Mursi juga dikritik kerana tidak mengadakan kunjungan rasmi ke
atas Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khameini.
4) Lebih malang, dua pemimpin Iran iaitu Presiden Ahmedinejad dan
Pemimpin Agung mereka, Ayatullah Ali Khameini (digelar 'Rahbar') tidak
menyentuh langsung dalam ucapan mereka dalam sidang Kemuncak NAM.
Khameini yang turut diberikan peluang berucap hanya menyentuh berkaitan
serangan Barat khasnya Amerika terhadap program nukleur Iran dan ancaman
yang akan dikenakan ke atas Iran. Kedua-dua mereka sedikitpun tidak
terpanggil bagi mengulas pembunuhan berterusan yang berlaku di Syria.
Di pihak aktivis rakyat Syria, pada awalnya mereka membantah kunjungan
Mursi ke Iran kerana bagi mereka tidak wajar bagi Mursi mengunjungi Iran
setelah sokongan padu negara itu kepada rejim Syria. Walau
bagaimanapun, mereka menyatakan kemaafan setelah mendengar ucapan Mursi
yang tegas bersama-sama revolusi rakyat.
Komplot jahat Iran terbongkar lagi beberapa hari lalu apabila Pemerintah
Pengawal Revolusi Iran (sebuah angkatan tentera), Jeneral Muhammad 'Ali
Jaafari dilaporkan berkata, tentera pengawal revolusi Iran berada dalam
negara Syria bagi membantu jika terdapat serangan dari pihak musuh
Syria, akan tetapi sehari kemudian Kementerian Luar Iran menarik balik
kenyataan tersebut.
Terbaru semalam, Ketua Turus Angkatan Bersenjata Iran, Jeneral Hassan
Fairuzabadi dilaporkan berkata, peperangan yang berlaku di Syria
merupakan peperangan buat Iran sambil mempertahankan Syria dan Iran
berada dalam blok penentangan bagi Barat. -PMRAM
Fakta: Enam Saluran Agama Televisyen Iran Disiarkan dari Israel
TEL AVIV (voa-islam.com): Sebuah laporan yang dikeluarkan oleh situs sat
age yang spesialis dalam pemantauan pergerakan satelit di seluruh
dunia, termasuk saluran televisi, mengungkapkan adanya enam saluran
agama Iran yang ditujukan kepada bangsa Arab disiarkan dari “Israel”,
dan berdiri di belakangnya salah satu perusahaan telekomunikasi terbesar
Ibrani.
Surat kabar “Al Ahram” Mesir menjelaskan bahwa saluran ini, yaitu: (Aalu
al-Bayt, Al-Anwar, Fidaka, Hussein, Al-Alamiyah, Al-Ghadir) berada di
satelit Israel (Amos), melalui perusahaan RR Sat Israel, yang
menggunakan jubah Syiah jubah dan berpura-pura memiliki loyalitas kepada
Ahli Bait dan berusaha untuk meluluskan visi Iran dan meyakinkan publik
Arab dengan pemikiran itu.
Perusahaan RR Sat adalah sebuah perusahaan telekomunikasi khusus Israel
yang dimiliki oleh pengusaha Yahudi David Rive, dan didirikan pada tahun
1981 di bawah lisensi dari kementerian komunikasi Israel dan sejak
Januari 2002 memberikan layanan perdagangan melalui satelit untuk radio
dan televisi serta serat optik dan internet, dan manajemen perusahaan
tersebut dikepalai sejak April 2001 oleh Ramot Gilead , seorang
pensiunan Brigader Jendral dalam Pertahanan Angkatan Udara dalam pasukan
penjajah Israel.
Merusak citra Islam Sunni:
Saluran Syiah tersebut bertujuan untuk membaguskan citra Iran dan
merusak citra Sunni dan mengisyaratkan keberadaan Al-Qur’an di negeri
Persia, yang bertentangan dengan Al-Quran yang ada di tangan Muslim
Sunni di seluruh dunia, dan adapun mushaf Othman yang beredar sejak 1400
tahun yang lalu ada kesalahan terang-terangan, sedangkan mushaf Iran
bersih dari kesalahan!
Saluran ini juga bekerja untuk menciptakan pola pikir yang menerima
doktrin dan pemikiran Syiah dalam kerangka seruan Khomeini pada awal
revolusi Iran sekitar tiga puluh tahun yaitu keharusan mengekspor
revolusi Khomeini ke seluruh bagian dunia!
Surat kabar itu mengisyaratkan bahwa hubungan yang terjadi antara Iran –
Israel di ruang media, merupakan episode terbaru dari serial koalisi
rahsia yang dicurigai diantara mereka dan yang telah ditunjukkan
sebelumnya oleh penulis Amerika Tarita Paris, seorang profesor hubungan
internasional di Johns Hopkins University dalam bukunya “Koalisi
berbahaya” dimana dia menegaskan bahwa Iran merupakan negara kedua di
Timur Tengah setelah Israel, yang dihuni sejumlah besar orang Yahudi dan
kuil-kuil Yahudi, juga parlemen Iran memiliki seorang wakil rakyat dari
orang Yahudi.-Nahimunkar.com
Berikut Adalah Senarai Penuh Huil Yahudi Di Iran Yang Dikenali Sebagai Sinagogue
Kenisa-ye Bozorg (Mirakhor's kenisa) (Isfahan)
Abdollah Zadeh Synagogue (Tehran)
Abrishami Synagogue (Tehran)
Bagh Saba Synagogue (Tehran)
Del Rahim Synagogue (Shiraz)
Ettefagh Synagogue (Tehran)
Ettehad Synagogue (Tehran)
Haim Synagogue (Tehran)
Fakhrabad Synagogue (Tehran)
Kenisa-ye Bozorg (Hamadan)
Kenisa-ye Bozorg (Sanandaj)
Kenisa-ye Bozorg (Shiraz)
Kenisa-ye Kamal (Yazd)
Kenisa-ye Keter David (Isfahan)
Kenisa-ye Kohanim (Shiraz)
Kenisa-ye Molla (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Mishi (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Owram (Shiraz)
Kenisa-ye Molla Rabbi (Isfahan)
Kenisa-ye Rabbizadeh (Shiraz)
Kenisa-ye Sang-bast (Isfahan)
Kenisa-ye Shokr (Shiraz)
Khorassaniha Synagogue (Shiraz)
Kohan Synagogue (Tehran)
Kourosh Synagogue (Tehran)
Levian Synagogue (Tehran)
Mahariv Synagogue (Tehran)
Mullah Jacob Synagogue (Isfahan)
Mullah Neissan Synagogue (Isfahan)
Nosrat Synagogue (Tehran)
Rafi Nia Synagogue (Tehran)
Rah-e Danesh Synagogue (Tehran)
Synagogue of Gisha (Tehran)
Tafian (Hakim)(pesyan) Synagogue (Tehran)
Yusef Abad Synagogue (Tehran)
Zargarian Synagogue (Tehran)
Kalu Lu Tak Cukup Panas Baca Info Ini Tunggu Info Seterusnya..
No comments:
Post a Comment