Saturday, December 4, 2010

kekuatan singapura


-
-
Secara atas kertas, Angkatan Bersenjata Republik Singapura merupakan angkatan tercanggih di rantau Asia Tenggara. Kemakmuran ekonomi serta hubungan baik dengan sekutu barat meletakkan Singapura sentiasa di hadapan berbanding rakan lain sekitarnya. Dengan sejumlah dana yang besar serta menjadi sekutu kuat barat, Singapura mampu memiliki apa jua aset, kelengkapan, bantuan mahupun latihan pertahanan terbaik dari barat.
-
Mengimbas kembali kewujudan Angkatan Bersenjata Republik Singapura samalah seperti mengimbas kewujudan Angkatan Tentera Malaysia kerana kedua-duanya di asaskan melalui kewujudan Tentera Sukarela Negeri-negeri Selat 1922. Hanya selepas keluarnya Singapura dari gabungan Malaysia 1965 barulah Angkatan Bersenjata Republik Singapura wujud dalam keadaan sekarang.
-
Memandangkan Singapura merupakan sebuah negara kepulauan kecil, padat penduduk, terletak di laluan strategik antara Selat Melaka dan Laut China Selatan serta di kelilingi oleh negara lebih besar, keperluan angkatan pertahanan yang jitu dan bersesuaian amat diperlukan. Atas dasar ini, melalui bantuan rejim Zionis Singapura melaksanakan pertahanan hadapan yang terangkum dalam doktrin Pertahanan Mutlak (Total Defence). Dalam doktrin ini, lima asas diletakkan iaitu Pertahanan Ketenteraan, Pertahanan Awam, Pertahanan Ekonomi, Pertahanan Sosial dan Pertahanan Psikologi. Sehingga kini doktrin ini menampakkan hasil yang baik dengan hampir semua rakyat Singapura memahami keperluan pertahanan dan memiliki semangat patriotik tinggi.
-
Angkatan Bersenjata Republik Singapura mempunyai tiga cabang utama iaitu Angkatan Darat Republik Singapura, Angkatan Laut Republik Singapura dan Angkatan Udara Republik Singapura. Ketiga-tiga cabang memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan wilayahnya dan turut digerakkan sebagai organisasi sokongan dalam operasi ketenteraan bukan perang seperti bantuan kepada mangsa bencana alam. Sehingga 2008, Republik Singapura memiliki kira-kira 372,500 jumlah anggota, namun 300,000 orang daripadanya adalah anggota kerahan. Sungguhpun begitu, anggota kerahan tentera Singapura dianggap terlatih kerana dipilih melalui Perkhidmatan Negara serta menjalani latihan secara kerap setiap tahun berbanding negara lain.
-
Berbanding negara serantau, Angkatan Bersenjata Republik Singapura tidak pernah terlibat dalam mana-mana konflik pasca Perang Dunia ke-2. Oleh demikian, para pemikir pertahanan republik ini meletakkan latihan secara kerap dan tersusun dengan angkatan tentera antarabangsa seperti Tentera Amerika Syarikat, Tentera Diraja Britian, Tentera Australia serta angkatan tentera negara Asia Tenggara dalam semua aspek sebagai pengimbang kepada kekurangan tersebut. Selain itu, peluang berkhidmat di bawah panji-panji Bangsa-bangsa Bersatu turut digunakan sebaiknya oleh Republik Singapura. Sehingga kini Angkatan Bersenjata Republik Singapura telah menghantar anggotanya dalam tugasan pengaman di Kuwait, Kosovo, Timor Laste serta bantuan teknikal di bawah kelolaan tentera NATO di Iraq dan Afghanistan.
-
-
Data Angkatan Bersenjata Republik Singapura
-
-
Angkatan Darat
-
Formasi
-
  1. 2 Divisyen Pertahanan Awam dikenali sebagai "People Defense Force" - Barisan pertahanan kedua terdiri daripada anggota Perkhidmatan Negara
  2. 3 Markas Bersama (Combine Arms) dikenali sebagai Divisyen ke-3, Divisyen ke-6 dan Divisyen ke-9 (Infantry) - Tunjang utama pertahanan Singapura
  3. 1 Divisyen anggota kerahan dikenali sebagai Divisyen ke-25 - Terdiri daripada bekas anggota Perkhidmatan Negara
  4. 1 Kompeni (dengan 3 platoon) perkhidmatan perubatan ketenteraan
  5. 1 Batalion Armor
  6. 1 Batalion Artileri Darat
  7. 1 Batalion Kejuruteraan Kombat
  8. 1 Batalion Komando
  9. 1 Batalion Keselamatan (Guard Batalion)
  10. 1 Batalion Sokongan Kejuruteraan
  11. 1 Batalion Semboyan
  12. 1 Batalion Logistik dan Pengangkutan
-
-
Persenjataan Anggota & Krew (peranan/kaliber/asal)
-

  1. Sig Sauer P226/Pistol Semi automatik/9mm/Jerman
  2. FN Five-seven/Pistol Semi Automatik Kompak/5.7mm/Belgium
  3. FN P90/Submesingan/5.7mm/Belgium
  4. HK MP5/Submesingan/9mm/Jerman
  5. CAR 15/Raifal Tempur/5.56mm/Amerika Syarikat
  6. M16/Raifal Tempur/5.56mm/Amerika Syarikat - Dikilangkan di Singapura, versi A1
  7. SAR 21/Raifal Tempur/5.56mm/Singapura - produk buatan tempatan Singapura, raifal utama menggantikan CAR 15 dan M16
  8. AIAW L96A1/Raifal Tembak Tepat/7.62mm/Britian
  9. HK PSG-1/Raifal Tembak Tepat/7.62mm/Jerman
  10. Styer SSG 69/Raifal Tembat Tepat/7.62mm/Austria
  11. PGM 338/Raifal Tembak Tepat/7.62mm/Perancis
  12. B&T APR308/Raifal Tembak Tepat/7.62mm/Switzerland
  13. AIAW L115A1/Raifal Tembak Tepat/8.6mm/Britain
  14. FN MAG/Mesingan Kegunaan Am/7.62/Belgium
  15. M60/Mesingan Kegunaan Am/7.62mm/Amerika Syarikat
  16. Ultimax 100/Mesingan Ringan/5.56mm/Singapura - produk buatan tempatan Singapura
  17. CIS 50MG/Mesingan Berat/12.7mm/Singapura - produk buatan tempatan Singapura
  18. M2 Browning/Mesingan Berat/12.7mm/Amerika Syarikat
  19. Matador/Roket Anti-Perisai/90mm/Singapura - Hasil kerjasama Singapura dan Israel
  20. MILAN/Misil Anti-Perisai/125mm/Perancis
  21. SPIKE/Misil Anti-Perisai/170mm/Israel
-
Aset Angkatan Darat (jenis/peranan/asal/jumlah anggaran)
-
  1. Leopard 2/Kereta Kebal Utama/Jerman/66 unit - peroleh dari simpanan dan dinaiktaraf
  2. Centurion Mk3 & Mk7/Kereta Kebal Utama/Britain/60
  3. AMX-13/Kereta Kebal Ringan/Perancis/300 - versi naiktaraf SM1
  4. AMX-10/Kenderaan Perisai Tempur/Perancis/20 - simpanan aktif
  5. Bionix/Kenderaan Perisai Tempur/Singapura/800 - buatan tempatan, dalam versi 40/50
  6. Terrex AV-81/Kenderaan Perisai Tempur/Singapura/300 - buatan tempatan, dalam pembinaan
  7. M113/Kenderaan Perisai Pengangkut/Amerika Syarikat/1000 - naiktaraf dengan versi Ultra OWS, 40 & 50
  8. HIMARS/Pelancar Roket Berganda/Amerika Syarikat/18 - telah dipesan termasuk 9 unit FMTV (platform) dan pod XM31 untuk GMLRS
  9. SLWH Pegasus/Artileri 155mm/Singapura/50 - buatan tempatan Singapura, hasil kerjasama erat antara Angkatan Bersenjata, Agensi Kerajaan (DSTA) dan pihak industri ST Engineering
  10. SSPH Primus/Artileri Bergerak 155mm/Singapura/50 - buatan tempatan Singapura, hasil kerjasama erat Angakatan Bersenjata, Agensi Kerajaan (DSTA) dan pihak industri ST Engineering
  11. FH88/Artileri 155mm/Singapura/54 - buatan tempatan Singapura, dalam simpanan aktif
  12. FH2000/Artileri 155mm/Singapura/54 - buatan tempatan Singapura, aset utama pasukan artileri Singapura
  13. AN/APQ-36/Radar Artileri/Amerika Syarikat
  14. AN/APQ-37/Radar Artileri/Amerika Syarikat
  15. Beberapa jenis kenderaan peranan khusus seperti kenderaan perubatan, pengangkutan, logistik, kejuruteraan (AVLB & CEV), penyapu ranjau dan kenderaan ringan
  16. Terdapat beberapa aset telah ditamatkan perkhidmatan atau dalam simpanan aktif seperti Kenderaan Perisai V-200, Mortar Soltam (120mm & 160mm), Artileri 155mm Soltam M-68, Soltam M-71, M-114 dan Artileri 105mm GIAT LG 1
-
-
Angkatan Laut
-

-

Pengkalan
-
  1. Pengkalan Laut Tuas
  2. Pengkalan Laut Changi
-
-
Organisasi
-
  1. Armada - mengandungi Flotilla Pertama (Skuadron Frigat & Korvet), Flotilla Ketiga (Skuadron Peronda, Serangan Laju, Pengangkutan dan Sokongan), Skuadron Kapal Selam dan Skuadron Pertahanan Markas.
  2. Pasukan Tugasan Keselamatan Maritim (MSTF) - Pasukan khusus keselamatan maritim Singapura yang turut bertanggungjawab dan memantau dan koordinasi semua agensi berkaitan maritim.
  3. TRACOM - bertanggungjawab melatih anggota angkatan laut dalam semua aspek termasuk tugasan kejuruteraan
  4. NALCOM - bertanggungjawab dalam penyelenggaraan dan penyediaan logistik
  5. NDU - unit khas berkaitan penyelaman termasuk latihan am dan tempur
-

-

Aset Angkatan Laut (Kelas/peranan/asal/anggaran jumlah)

-

  1. Kelas Challenger/Kapal Selam/Sweden/4 - naiktaraf Kelas Sjoormen yang diperolehi dari simpanan Tentera Laut Diraja Sweden
  2. Kelas Vastergotland/Kapal Selam/Sweden/4 - diperoleh dari simpanan Tentera Laut Diraja Sweden, sedang dinaiktaraf dan bakal gantikan sebahagian Kelas Challenger
  3. Kelas Formidable/Frigat/Perancis/6 - frigat tercanggih di rantau asia tenggara dengan teknologi halimunan dari Perancis, 1 unit dibina di Perancis dan selebihnya di Singapura
  4. Kelas Victory/Korvet/Jerman/6 - 5 unit dibina oleh firma Singapura
  5. Kelas Fearless/Peronda/Singapura/12 - direka dan dibina sepenuhnya oleh firma Singapura
  6. Kelas Endurance/Pengangkutan/Singapura/4 - naiktaraf dan binaan semula dari Kelas Country oleh firma tempatan Singapura
  7. Kelas Bedok/Penyapu Ranjau/Sweden/4 - dibina berasaskan Kelas Landsort milik Sweden, 3 daripadanya dipasang oleh firma Singapura
  8. Pelbagai jenis bot sederhana dan kecil bagi operasi pesisir, penyusupan, pendaratan dan sokongan
  9. Unit Udara dikendalikan oleh Angkatan Bersenjata Udara
-
-
Angkatan Udara
-
-
Pengkalan Udara dan Markas (bagi Pasukan Pertahanan Udara)
-

  1. Pengkalan Udara Changi Barat
  2. Pengkalan Udara Changi Timur
  3. Pengkalan Udara Paya Lebar
  4. Pengkalan Udara Sembawang
  5. Pengkalan Udara Tengah
  6. Markas Chong Pang
  7. Markas Lim Chu Kang II
  8. Markas Murai
  9. Pusat Latihan Antarabangsa di Cazaux (Perancis), Grand Prairie, Luke, Mountain & Silverbell (Amerika Syarikat) dan Oakey & Pearce (Australia). Turut menjadi tempat simpanan sebahagian aset udara angkatan udara.

-

-
Aset Angkatan Udara - Operasi (jenis/peranan/asal/anggaran jumlah)
-


  1. F-15SG/Pelbagai Peranan/Amerika Syarikat/24 - sebahagian telah diterima, antara pesawat tempur tercanggih di Asia Tenggara
  2. F-16/Pemintas & Serangan/Amerika Syarikat/74 - versi C & D, sebahagiannya berada di luar Singapura bagi tujuan latihan
  3. F-5S/Pemintas/Amerika Syarikat/36 - naiktaraf dari versi E dengan kerjasama firma dari Israel
  4. C-130/Pengangkutan/Amerika Syarikat/10
  5. Fokker 50/Pengangkutan VIP/Belanda/4
  6. KC-135/Penangki/Amerika Syarikat/4 - penangki jarak jauh
  7. E-2C/AEWC/Amerika Syarikat/4 - merupakan pesawat AEWC terawal di rantau Asia Tenggara, bakal ditamatkan perkhidmatan
  8. G550 Phalcon/AEWC/Israel/4 - dalam pembinaan, bakal menggantikan E-2C dan menjadi pesawat AEWC tercanggih Asia Tenggara yang bakal beroperasi pada 2010
  9. Fokker 50/Rondaan Maritim/Belanda/5 - dikendalikan oleh anggota angkatan udara tetapi diselia dan dikoordinasi bersama dengan angkatan laut
  10. CH-47/Helikopter Pengangkut Berat/Amerika Syarikat/18
  11. AS-332/Helikopter Pengangkut Sederhana/Perancis/22 - sebahagianya berperanan sebagai platform Carilamat Kombat
  12. AS-532/Helikopter Pengangkut Sederhana/Perancis/12
  13. AH-64/Helikopter Tempur/Amerika Syarikat/20 - versi D, dianggap paling canggih di rantau Asia Tenggara
  14. S-70/Helikopter Anti-Kapal & Kapal Selam/Amerika Syarikat/6 - dipesan dan bakal ditugaskan di atas geledak Kelas Formidable
  15. F-5T/Latihan Tempur/Amerika Syarikat/9 - naiktaraf dari versi F dengan kerjasama firma dari Israel, sebahagiannya di pengkalan antarabangsa
  16. A4SU/Latihan Lanjut/Singapura/18 - naiktaraf dan binaan semula bahagian tertentu pesawat A4 Skyhawk versi 1 & 2 tempat duduk oleh firma tempatan Singapura, 40 unit selebihnya dalam simpanan aktif
  17. PC-21/Latihan Asas/Switzerland/19 - sebahagianya telah diterima, versi terkini keluaran firma Pilatus, Switzerland
  18. EC 120/Latihan Helikopter/Perancis/4 - dibangun secara bersama antara firma dari China, Perancis dan Singapura, 10 unit tambahan dipesan
  19. Angkatan Udara turut memiliki dan mengendalikan beberapa unit pesawat tanpa pemandu (UAV) jenis Searcher dan Hermes 450 buatan firma dari Israel
-
-
Aset Angkatan Udara - Pertahanan Udara (jenis/peranan/asal/anggaran jumlah)
-


  1. MiM-23/Sistem Misil Jarak Sederhana/Amerika Syarikat/48 - telah dinaiktaraf ke fasa III
  2. Rapier Mk II/Sistem Misil Jarak Dekat/Britian/12 - bakal ditamatkan atau dinaiktaraf
  3. RBS 70/Sistem Misil Jarak Amat Dekat/Sweden/? - sebahagiannya dipasang pada kenderaan jenis V-200
  4. 9K38 Igla/Sistem Misil Jarak Amat Dekat/Russia/? - sebahagianya dipasang pada kenderaan jenis M113 Ultra
  5. GDF-002/Sistem Meriam Udara Kembar 35mm/Switzerland/34
  6. AN/FPS-117/Sistem Radar Pertahanan Udara/Amerika Syarikat/? - sistem carian udara rangkaian berfasa (Phased Array) tiga dimensi (3D) yang mampu mencapai jangkauan maksimum 400km
  7. GIRAFFE/Sistem Radar Pertahanan Udara Bergerak/Sweden/? - versi asas dan AMB, sistem carian udara rangkaian berfasa (Phased Array) tiga dimensi (3D) bergerak khusus untuk ancaman dari altitut sederhana ke amat rendah, pada jangkauan sehingga 40km
-
-
Senarai Misil dan Roket Milik Angkatan Bersenjata Republik Singapura (jenis/peranan/asal)
-
  1. MILAN/Anti-perisai/Perancis
  2. SPIKE/Anti-perisai/Israel - Kebanyakkan jenis LR
  3. Matador/Roket anti-perisai/Singapura
  4. Harpoon/Anti-kapal/Amerika Syarikat
  5. Aster/pertahanan udara/Eropah - dilengkapkan ke atas Kelas Formidable menggunakan sistem pelancar menegak Slyver A50
  6. Barak/pertahanan udara/Israel - dilengkapkan ke atas Kelas Victory menggunakan sistem pelancaran menegak (VLS)
  7. Mistral/pertahanan udara/Perancis - dilengkapkan ke atas Kelas Fearless dan Endurance menggunakan sistem tenggekan
  8. Type 613/Torpedo 533mm/Sweden - senjata utama kapal selam Singapura
  9. Type 431/Torpedo 400mm/Sweden - senjata utama kapal selam Singapura
  10. A244S/Torpedo 324mm/Eropah - dilengkapkan pada platfrom permukaan seperti Kelas Formidable, Victory, Fearless dan platform udara
  11. MiM-23/pertahanan udara/Amerika Syarikat - jarak sederhana
  12. Rapier/pertahanan udara/Britian - jarak dekat
  13. RBS 70/pertahanan udara/Sweden - jarak amat dekat
  14. 9M38/pertahanan udara/Russia - jarak amat dekat
  15. AIM-9/udara ke udara/Amerika Syarikat - versi M (300 unit) & X (200 unit), jarak dekat
  16. AIM-7/udara ke udara/Amerika Syarikat - versi M, jarak sederhana
  17. AIM-120/udara ke udara/Amerika Syarikat - versi C5 (300 unit), jarak sederhana
  18. Python/udara ke udara/Israel - versi 4, jarak dekat
  19. Derby/udara ke udara/Israel - jarak sederhana
  20. GBU/udara ke permukaan/Amerika Syarikat - bom panduan laser, versi 10, 12 & 16
  21. AGM-65/udara ke permukaan/Amerika Syarikat - versi B, D & G
  22. JDAM/udara ke permukaan/Amerika Syarikat
  23. AGM-154 JSOW/udara ke permukaan/Amerika Syarikat - dalam perundingan, sebahagian pakej perolehan F-15SG
  24. AGM-84/udara ke permukaan/Amerika Syarikat - Harpoon versi pelancaran dari platform udara
  25. AGM-114/Anti-perisai/Amerika Syarikat - dilengkapkan pada Helikopter AH-64
  26. CRV7/Roket 70mm/Kanada - dilengkapkan pada pesawat serangan darat
  27. Hydra 70/Roket 70mm/Amerika Syarikat - dilengkapkan pada Helikopter AH-64
  28. SNEB/Roket 68mm/Perancis - dilengkapkan pada pesawat serangan darat
  29. Zuni/Roket 127mm/Amerika Syarikat - dilengkapkan pada pesawat serangan darat
  30. GPB Mk/Bom Peranan Am/Amerika Syarikat - versi 82, 83 & 84

-

Perancangan Semasa Dan Hadapan Angkatan Bersenjata Republik Singapura
-
Dalam mempastikan Angkatan Bersenjata Republik Singapura sentiasa berada dalam keadaan terbaik, kerajaan Singapura dan pemimpin angkatan bersenjata telah memulakan fasa baru tranformasi yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Republik Singapura Generasi ke-3 (3rd Generation of SAF). Dalam fasa ini 5 perkara telah digariskan sebagai sasaran utama iaitu:-


  1. Kebolehan dalam semua aspek dan bentuk operasi sama ada semasa perang mahupun semasa aman.
  2. Fokus kepada anggota dan nilai-nilai dinamik, kesetiaan, keberanian dan kebijaksanaan sebagai asas organisasi. Latihan berterusan melalui kerjasama angkatan tentera asing diperkemas.
  3. Integrasi dan Jaringan teknologi maklumat yang di koordinasi dengan bersepadu antara semua cabang pertahanan, darat, laut, udara dan siber (IKC2).
  4. Kemajuan Holistik dalam peningkatan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, latihan, perancangan dan logistik supaya lebih efektif dan efisyen.
  5. Kemajuan Teknologi dengan meneruskan perolehan, pembangunan dan pengoperasian teknologi terkini seperti bom pintar, sistem jaringan terkini (IKC2) dan sistem platform tanpa pemandu (Unmanned Platform Sistem).
-
Kini Angkatan Bersenjata Republik Singapura telahpun memulakan fasa ini dengan perolehan, pembangunan dan pembinaan beberapa kelengkapan dan aset berkaitan. Antara perolehan yang berkaitan dengan fasa ini adalah :-
-


  1. Raifal SAR-21 - merupakan sebahagian daripada sistem Askar Masa Depan yang sedang dibangunkan. Raifal ini dibina menggunakan bahan komposit dan mampu dipasangkan dengan pelbagai alatan sampingan seperti penjera optik, pembidik laser, optik haba, optik malam, optik TV dan pelancar grenet.
  2. SPIKE - sistem misil anti-armor ini merupakan antara sistem terkini yang menggunakan teknologi pensasar tembak & lupa.
  3. Bionix, Pegasus, AV-81 & HIMARS - merupakan aset berteknologi tinggi terutama sistem bahan binaan dan komunikasinya.
  4. Kelas Formidable, Kelas Vastergotland & Kelas Bedok - mengaplikasikan teknologi halimunan, sistem radar, kawalan & senjata terkini dan penjana kuasa moden.
  5. Protector, Searcher & Hermes 450 - antara aset tanpa pemandu yang telah dianggap berjaya dalam operasi sebenar
  6. F-15SG, PC-21, G550 Phalcon & S-70 - pesawat yang dibina menggunakan teknologi canggih dari segi sistem radar, avionik dan persenjataan.
-
Selain itu, beberapa lagi perolehan, pembangunan dan pembinaan telah dirancang antaranya perolehan pesawat tempur halimunan F-35 serta platform tanpa pemandu buatan tempatan. Yang pasti setiap perolehan berkait rapat antara setiap perkara yang telah digariskan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment