Tuesday, December 14, 2010

10 kereta polis terhebat di dunia

Polis Malaysia (PDRM) telah memperkenalkan kereta peronda terbarunya pada tahun lepas. Sapa tak kenal akan Mitsubishi Evolution 10. Difahamkan kereta ini hanya digunakan untuk megejar kereta-kereta mewah atau laju. Selalu jugak aku jumpa atas highway. Dengan engin 2000cc ditambah dengan pengecas turbo, 320kuasa kuda terdapat dalam engin standart Evo 10. Sudah cukup kalau nak kejar geng-geng Protolution, geng Honda Vtec, geng Toyota 4e mahupun perompak atau penjahat yang makin berleluasa sekarang ini. Aku bangga dengan PDRM!!!. Tapi bukannya aku nak cerita pasal Evo 10 PDRM. Selalu jugak aku baca banyak artikel dalam internet tentang kereta peronda polis yang digunakan di seluruh dunia. Sebagai contoh polis Aussie (Australia) menggunakan Subaru Impreza, UK pun ada pakai Evo 10, German dari BMW hinggalah ke Mercedes dan macam-macam lagi. Sekarang aku telah senaraikan 10 kereta peronda paling best di serata dunia.

Nombor 10

Dari USA, Carbon Motor E7

Carbon Motor merupakan sebuah syarikat pengeluar kenderaan khas untuk pihak polis di Amarika Syarikat. Kenderaan E7 ini dijangka akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2012. Kelebihan kereta ini ianya direka khas untuk kegunaan Polis dan juga dijamin dapat digunakan sehingga 250,000 batu. Megikut survey tipikal kenderaan peronda polis hanya mampu hidup dalam 75,oo0 hingga 120,000 batu perjalanan sahaja.

Spesifikasi

Enjin : 3000cc Diesel

Transmisi: Automatik 6 Kelajuan

Top Speed: 250Kmpj/155Mph [ 0 - 100kmpj = 6.5 saat]

Keistimewaan :

Remote Start, 360 darjah kamera, boleh menahan impak kemalangan sehingga 120kmpj,halogen bulb,boleh menahan serangan ringan senjata api,with pc yang boleh capture nombor plate kenderaan secara automatik & memberi maklumat pada polis yang bertugas.

Nombor 9

Volkswagen GTI & Nissan GT-R, Polis Dubai

Polis Dubai memang pandai memilih kenderaan Peronda Polisnya. Sebuah kereta serbaguna yang ada semua pakej. Pemanduan yang basgus, engine yang bagus dan praktikaliti yang memuaskan. Volkswagen GTI. Dikuasakan engin 2000cc dengan pendesak turbo yang menghamburkan lebih 200 kuasa kuda. Rasanya tak ada masalah nak kejar pak arab di sana. Tapi mungkin disebabkan banyaknya kenderaan eksotik@supercar di Dubai, maka Polis Dubai telah menggunakan Nissan Skyline GT-R terbaru!!!

Nombor 8

Holden VE Commodore, Dari Polis Australia

Di Australia dipanggil Honden, di UK dipanggil Vauxhall, apa pun semua nama syarikat ini dibawah sebuah syarikat multinasional di USA iaitu General Motor. Jika anda peminat rancangan permotoran popular di UK, TopGear anda akan dapat dengar deruman enjin V6 yang keluar dari eksos kereta ini. Sumpah kalah nyeritan VTEC Honda autau engin 4E Blacktop/Silvertop dari Toyota. Berbekalkan engin V6 3600cc dengan menggunakan pacuan belakang, tak sah kalau polis Australia ‘mendriffkan’ kereta ini sambil menghambat kereta-kereta penjahat.

Nombor 7

Porsche Caynne Turbo dari Russia

Sebuah SUV yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pengeluar kereta terkenal di dunia Porsche. Memang pihak berkuasa Polis Russia tidak megambil jalan mudah untuk memilih Porsche Caynne Turbo. Dengan bentuk badan yang besar, ditambah dengan top speed 250kmpj. Berapa ekor kuda didalam engin kereta ini? 500 kuasa kuda. Pecutan dari 0kmpj ke 100kmpj hanya megambil 5.1saat. Nak fakta yang lebih megejutkan? 80kmpj ke 120kmpj hanya 5.1 saat :) . Dengan struktur SUV ini berat kereta ini telah mencapai 3tan lebih. Dengan 100liter minyak yang boleh di isi ianya akan menghabiskan 22.5liter minyak untuk setiap 100km. Minyak dekat Russia murah kot, lagipun Polis mana bayar kalau nak isi minyak kan???

Nombor 6

Nissan Skyline R34 di Jepun

Godzilla telah digunakan di negara kelahirannya sebagai kereta Polis. Jepun merupakan antara salah satu pengeluar kereta terbesar dunia. Jadi dari Nissan Skyline,NSX,Subaru Impreza,Toyota Supra dan macam-macam lagi kereta yang amat mengerunkan pesalah atau penjenayah di jalanan Jepun. Semua model ini telah digunakan oleh pihak berkuasa Jepun.

Nombor 5

Mitsubishi Evolution X(10) dari Malaysia & England.

Ya betul. Kita patut berbangga kerana pihak polis Malaysia dan juga England menggunakan jentera lagenda ikonik ini. Amat popular di dalam Rali seluruh dunia kesinambungan model Lancer dari Mitsubishi telah mengegarkan dunia permotoran. Sebut sahaja dari model Lancer Evo 1 hinggalah yang terbaru 10 amat popular (tambah-tambah dekat kedai potong, gila harga macam nak buat downpayment beli rumah! Chilake). Aku tak pasti pulak siapa dulu yang start pakai Evo 10 ni antara Polis England atau Polis Malaysia. Tapi apa pun dengan engin 2000cc ditambah dengan pengecas turbo, 320kuasa kuda memang amat berbaloi. Okeh, terus ketempat seterusnya.

Nombor 4

BMW M3, dari Belanda

4000cc,V8 yang boleh ditarik RPM nya hingga 8000rpm dan diakhiri dengan top speed 250kmpj (kalau rechip ecu boleh cecah 300kmpj kot). Jeremy Clarkson dalam rancangan Top Gear amat meminati kereta ini, sedan mahupun Coupe. Pihak berkuasan Polis Belanda ada BMW M3. Dengan rim 18incinya, sisik tilang ikonik rasanya kalau aku kena ligan (kejar)dengan M3 ni dekat highway terus serah diri. Terus ke tangga ke 3!

Nombor 3

Brabus Rocket (Mercedes-Benz CLS C219), dari Jerman

Merupakan kereta Mercedes-Benz CLS C219 yang telah diubahsuai oleh tuner terkenal di Jerman iaitu Brabus. Bukan sebarangan tuner macam Spoon or TRD, tapi Brabus boleh dianggap tuner VIP+POWARR. Dengan engin bersesaran sebanyak 6,233cc V12 dan didesak oleh bukan 1 tapi 2 pengecas turbo!!! 0 ke 100kmpj kacang ja dapat 4saat. Dan anggota Polis Belanda yang memandu Brabus Rocket ini boleh memecut sampai ke top speed 336kmpj. Berminat nak beli? tak mahal cuma Euro335,000 @ RM1,599,613.41.

Nombor 2

Porsche 911 Carrera S, Jerman,Bulgaria

Naib juara juga dari negara pengeluar kereta terkenal dari eropah iaitu Porsche dengan model terkenalya 911 Carrera S. Model ini telah khas ditune oleh sebuah syarikat di Jerman iaitu TechArt. Dengan engin 6 silindernya yang menghamburkan 500 kuasa kuda, 0 ke 100kmpj hanya megambil masa 4.6 saat. Untuk model 911 di Bulgaria mungkin ianya standart 911. Tapi Polis Bulgaria pakai bumbung getah hee.

Nombor 1

Lamboghini Gallardo, Itali,England & Afrika Selatan

Porsche?Skyline?Brabus? tak layan la kereta tu. Kami pakai Lamboghini Gallardo! Sambil megembang-gembang hidungnya apabila ditanya kereta polis dinegara kelahirannya apa dia. Betul… Itali tuh biasalah, England pun sama (tapi England ada juga Lotus Exige!) ni Afrika Selatan. Memang pihak polis di ketiga-tiga negara ini ada kereta Lamboghini Gallardo. Dengan harga melebihi RM2juta memang kecut perut penjenayah jika dikejar oleh lembu ganas dari Itali ini. Model LP560-4 ini mampu menghasilkan 560Kuasa Kuda dengan top speed 325kmpj. 0 ke 100kmpj hanya megambil masa 3.4saat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment