Tuesday, December 7, 2010

Speasis-speasis badak sumbu

Badak Sumbu Putih

Badak Sumbu Putih (Ceratotherium simum) merupakan salah satu dari lima spesies Badak Sumbu yang masih wujud. Selepas gajah, ia merupakan haiwan darat yang terbesar.

File:Ceratotherium simum Kruger Park 02.JPG

Badak Sumbu Putih merupakan haiwan maun. Makanan utama Badak Putih adalah daun dan rumput. Sebagai haiwan mamalia, Badak Sumbu Putih membiak dengan cara beranak dan menjaga anaknya sehingga dewasa dan mampu mampu berdikari. Pada masa kini, sebagaimana haiwan mamalia besar yang lain di bumi ini, Badak Sumbu Putih berhadapan dengan ancaman kepupusan sekiranya tiada usaha dijalankan untuk

Badak Sumbu Hitam


Badak Hitam (Diceros bicornis) merupakan sejenis Badak Sumbu yang terdapat di timur dan tengah Africa termasuklah di Kenya, Tanzania, Cameroon, Afrika Selatan, Namibia dan Zimbabwe. Walaupun dirujuk sebagai hitam, badak ini sebenarnya lebih kelabu/perang/putih warnanya.

File:Ngorongoro Spitzmaulnashorn.jpg

Badak Hitam merupakan haiwan maun. Makanan utama Badak Hitam adalah daun dan rumput. Sebagai haiwan mamalia, Badak Hitam membiak dengan cara beranak dan menjaga anaknya sehingga dewasa dan mampu mampu berdikari.

Badak Sumbu India


Badak sumbu India atau Badak sumbu tanduk tunggal Asia (Rhinoceros unicornis) merupakan mamalia besar yang kebanyakannya terdapat di timur laut India dan Nepal. Ia terhad pada padang rumput tinggi dan hutan di kaki gunung banjaran Himalaya. Memiliki berat antara 2260 kg dan 3000 kg, ia merupakan haiwan daratan ke empat terbesar. Badak sumbu India tergolong dalam keluarga Rhinocerotidae, dan disenaraikan sebagai spesies terancam. Ia memiliki tanduk tunggal, yang berukuran sepanjang antara 20 cm hingga 57 cm.

Badak sumbu India pernah merayau sepanjang Dataran Indo-Gangetik tetapi pemburuan melampau mengurangkan habitat semulajadi mereka dengan drastik. Hari ini, sekitar 3,000 badak sumbu India hidup liar, 2,000 darinya terdapat di Assam India.[2]

Badak sumbu India mampu berlari pada kepantasan sehingga 55 km/j (34 bsj) untuk tempoh pendek dan turut juga merupakan perenang yang baik. Ia memiliki deria pendengaran dan bau yang amat baik tetapi penglihatan yang agak lemah.

Fail:Indian Rhinoceros.jpg

Badak sumbu India adalah peragut. Dietnya terdiri hampir sepenuhnya rumput, tetapi badak juga diketahui makan daun, ranting pokok renek dan pokok, buah dan pokok akuatik terapung dan bawah air.Badak ini pernah merayau sepanjang utara India dari Peshawar hingga ke Burma. Sekitar 5,000 tahun dahulu, ia mendiami Lembah Indus di Pakistan. Akibat kemusnahan habitat dan perubahan cuaca julat mereka perlahan-lahan berkurangan sehinggakan menjelang abad ke-19, mereka hanya masih hidup di padang rumput Terai di selatan Nepal, bahagian utara Uttar Pradesh, bahagian utara Bihar, bahagian utara Bengal, dan di Lembah Brahmaputra di Assam.

Badak Raya

Badak Raya (bahasa Inggeris: Javan rhinoceros) juga dikenali sebagai Badak Jawa. Nama sainsnya Rhinoceros sondaicus.

Badak Raya atau juga dikenali sebagai badak Jawa, (Rhinoceros sondaicus) merupakan ahli keluarga Rhinocerotidae dan satu dari lima badak Sumbu. Ia tergolong dalam genus yang sama seperti badak Sumbu India, dan mempunyai kulit mosaicked yang menyerupai perisai, tetapi sepanjang 3.1–3.2 m (10–10.5 kaki) dan setinggi 1.4–1.7 m (4.6–5.8 kaki) tinggi, ia adalah lebih kecil berbanding badak India, dan lebih hampir dari segi saiz dengan badak Hitam. Tanduknya biasanya kurang dari 20 cm (8 inci), lebih kecil berbanding spesies badak yang lain.


Fail:Indian rhinoceros.jpg

Dalah satu badak Asia yang paling luas taburannya, badak Raya terdapat di kepulauan Indonesia, sepanjang Asia Tenggara, dan sehingga ke India dan China. Spesies ini kini amat terancam, dengan hanya dua populasi secara liar dan tiada di zoo. Ia kemungkinannya mamalia besar paling jarang dijumpai di dunia.

Badak sumbu Kerbau

Badak sumbu Kerbau atau juga dikenali sebagai Badak Sumbu Sumatera (bahasa Inggeris: Sumatran Rhinoceros) ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama sainsnya Dicerorhinus sumatrenesis.

Fail:Sumatran Rhinoceros - Rapunzel.jpg

Penerokaan hutan telah memusnahkan habitat badak sumbu kerbau dan menghalangnya kembali ke tempat pasangannya untuk mengawan. Hal ini menjejaskan pembiakan badak sumbu kerbau. Selain itu, badak sumbu kerbau juga menjadi mangsa pemburu haram yang membunuh untuk mendapatkan sumbunya. Sumbu badak ini telah dikatakan boleh dijadikan ubat untuk menambahkan tenaga dan menyejukkan badan.

Dianggarkan kurang daripada 300 ekor badak kerbau masih kekal pada hari ini (2005), kebanyakannya dalam hutan kelompok kecil di Indonesia dan Malaysia. Sekitar 70 ekor hidup liar di hutan Semenanjung Malaysia, kebanyakannya di Taman Negara Malaysia.











No comments:

Post a Comment