Thursday, December 30, 2010

Senarai anime yang hadir dalam hidupku

Menurut Wikipedia, anime adalah perkataan dari bahasa jepun dan ia merupakan gambar manga yang bergerak-gerak. Sejarah anime bermula seawal dari tahun 1907 dan sehingga kini terdapat banyak siri anime yang kita dapat lihat di serata dunia. Terdapat pelbagai jenis cerita anime yang wujud di dunia, namun apa yang hendak aku bentangkan hari ini adalah siri anime yang pernah wujud dalam hidup aku satu ketika dahulu.

Bila mengimbas kembali kenangan-kenangan sewaktu aku kecil dan meningkat ke remaja, terlalu banyak anime yang aku pernah tonton dan ada sebahagiannya aku telah lupa dek kerana hilang dari memori indah ini. Di bawah ni aku sediakan 20 jenis anime yang amat aku minati dan ia terdiri dari dua kategori iaitu kategori anime kartun dan kategori anime sebenar.

Kategori Anime Kartun

Siapa yang tak kenal anime Thundercats sila angkat kaki. Ia mengisahkan 7 pahlawan kucing yang menentang kuasa jahat. Mereka dibantu oleh satu pedang sakti yang diberi oleh Jaga.

Lihat: Info | Video

.

Captain Planet pula adalah hero yang terhasil dari gabungan kuasa 5 jenis cincin sakti yang dipegang oleh 5 anak muda. Hero ini akan membantu mereka menyelesaikan masalah.

Lihat: Info | Video

.

Kehebatan 5 anak muda bermain kereta 4WD Tamiya dan akhirnya mereka menubuhkan satu kumpulan yang digelar Dash Warrior. Kumpulan ini diketuai oleh Yonkuro Hinomaru.

Lihat: Info | Video

.

Doraemon adalah satu robot pada abad ke-22 yang diarahkan untuk menjaga Nobita pada masa remajanya. Dia dibantu oleh adiknya Doralin. Banyak kisah menarik dalam anime ini.

Lihat: Info | Video | Video (bahasa)

.

Anime paling popular di dunia, Dragon Ball atau dikenali sebagai Mutiara Naga. Ia mengisahkan seorang budak berekor (Goku) yang mengikuti seorang gadis seksi bernama Bulma untuk mencari 7 mutiara naga di seluruh dunia.

Lihat: Info | Video DB | Video DBZ | Video DBZ | Video DBGT

.

Dragon Quest adalah anime yang di adaptasi dari video game dan ia dikenali di Malaysia sebagai Misteri Naga. Watak utama anime ini adalah Dai yang berdarah satria naga dan dia berusaha menentang Raja Agung Raksasa Vearn.

Lihat: Info | Video

.

Ghostbusters adalah kisah 5 orang petugas ala-ala bomba yang membantu penduduk menangkap pelbagai jenis hantu. Mereka turut dibantu oleh seekor hantu hijau bernama Slimer.

Lihat: Info | Video

.

Dua hero dalam dua anime berbeza namun mereka adalah adik-beradik yang mempunyai kuasa sakti. Mereka digelar He-Man dan She-Ra.

Lihat: Info He-Man | Video He-Man | Info She-Ra | Video She-Ra

.

Ultraman Kids adalah anime yang mempunyai sedikit episod. Budak-budak ultraman ini menjelajah ke angkasa untuk mencari ibu bapa mereka.

Lihat: Info | Video

.

5 orang gadis cantik dan seksi telah memiliki kuasa sakti dan berubah menjadi Sailormoon. Mereka mengguna kuasa bulan untuk menentang penjahat sambil dibantu oleh seorang hero bertopeng. “Dengan kuasa bulan akan menghukummu”.

Lihat: Info | Video | Video (english) | Video (bahasa)

.

Anime Sonic bermula dari permainan video iaitu Sega. Sonic merupakan seekor landak yang berupaya untuk berlari dengan kelajuan yang pantas. Hidupnya sentiasa diganggu oleh Dr. Robotnik yang jahat.

Lihat: Info | Video 1 | Video 2

.

Tomatoman adalah siri animasi yang bercirikan buah-buahan dan satur-sayuran. Lagu siri anime ini amat seronok jika dinyanyikan bersama kawan-kawan.

Lihat: Info | Video

.

Satu lagi anime paling polular di dunia, Transformers. Ia mengisahkan dua kaum robot iaitu Autobots yang ingin mempertahankan bumi dan Decepticons yang ingin menakluki bumi. Optimus Prime adalah lori yang hebat.

Lihat: Info | Video

.

Kategori Anime Sebenar

Mighty Morphin Power Rangers dianggotai oleh 5 rangers saja pada awalnya. Kemudian ditambah seorang lagi rangers sebagai penyeri anime ini. Salah seorang dari anggota MMPR ini telah meninggal dunia.

Lihat: Info | Video 1 | Video 2 | Video 3 | Video 4 | Video 5 | Video 6 | Video 7 | Video 8

.

Tetsuo Kurata (Kotaro Minami) telah memegang watak sebagai Kamen Rider Black atau dikenali sebagai Suria Perkasa Hitam dan Suria Baja Hitam di Malaysia. Beliau telah berlakon sebanyak dua sekual iaitu RS dan RX. Lagu tema anime ini turut dinyanyikan oleh beliau.

Lihat: Info RS | Info RX | Video RS | Video (bahasa) | Video (henshin) | Video (penyanyi) | Video RX

.

Cybercop adalah polis khas yang ditugaskan menjaga keamanan negara. Mereka dianggotai oleh 5 super hero yang mempunyai kuasa tersendiri.

Lihat: Info | Video

.

Lima orang bayi telah diculik dari bumi oleh makhluk asing. Mereka telah diselamatkan oleh makhluk asing yang lain dan dilatih di planet yang berasingan. Mereka telah kembali ke bumi untuk melawan penjahat. Mereka digelar Flashman.

Lihat: Info | Video | Video (penyanyi)

.

Seorang saintis yang juga ketua seni mempertahankan diri telah melatih 5 anak muda seni yang berbeza mengikut aura. Mereka dikenali dengan nama Maskman. Salah seorang hero ini bercinta dengan puteri kepada musuhnya.

Lihat: Info | Video | Video (penyanyi)

.

Space Sheriff Gavan atau nama komersialnya di Malaysia digelar sebagai Gaban. Anime ini paling diminati oleh kebanyakan anak-anak muda pada tahun 80′an. Lagu temanya yang rancak juga selalu dinyanyikan.

Lihat: Info | Video | Video (penyanyi)

.

Ultraman Ace terhasil daripada gabungan dua cincin sakti yang dimiliki oleh Hokuto Seiji dan Minami Yoko. Ace adalah ultraman paling muda dalam adik-beradiknya. Setelah beberapa lama, Minami terpaksa meninggalkan Hokuto di bumi kerana dia wajib ke bulan.

No comments:

Post a Comment