Thursday, December 30, 2010

Kamen Rider @ Masked Rider



Mesti ramai di kalangan kita semua, terutamanya pada zaman 80-an dan 90-an, mesti di antara kita masih ingat lagi kesatria Bajak Hitam dan RX. Joe percaya ramai yang terpengaruh dan terikut-ikut menggunakan sarung tangan kulit yang hujung dibahagian jari tidak bertutup untuk membawa motosikal, betul?

Kamen rider atau Masked Rider merupakan pejuang bertopeng yang menyelamatkan manusia daripada ancaman-ancaman raksasa. Tapi berapa ramai yang tau Kamen Rider yang pertama dicipta adalah yang mana satu? dan Kamen rider ini sejak bila mula disiarkan di tv Jepun? untuk pengenalan nie, Joe akan menceritakan serba sedikit mengenai sejarah Kamen Rider.

Kamen Rider mula disiarkan di Jepun adalah pada tahun 1971. Joe pernah buat small research, Joe cuba tanya kat kawan-kawan apa nama Kamen Rider yang pertama dihasilkan. Rata-rata yang mengatakan Kamen Rider Black atau lebih dikenali sebagai Kesatria Bajak Hitam. Jawapan yang betul adalah Kamen Rider No. 1. KR Black @ Kesatria Bajak Hitam ini merupakan watak yang ke-11 dalam siri KR. Secara amnya, KR ini terbahagi kepada 2 era, Showa era dan Heisei era.



Dalam Showa era, terdapat 12 KR yg telah dihasilkan iaitu:
  1. KR No. 1
  2. KR No. 2
  3. KR V3
  4. KR Riderman
  5. KR Stronger
  6. KR X
  7. KR Amazon
  8. KR Skyrider
  9. Super-1
  10. KR ZX (hanya muncul dalam movie tajuk 'The Birth of 10th: ZX's Special')
  11. KR Black
  12. KR Black RX
  13. KR Shin: Prolog (hanya muncul dalam movie tp tiada siri macam KR yang lain)
  14. KR ZO (hanya muncul dalam movie tp tiada siri macam KR yang lain)
  15. KR J (hanya muncul dalam movie tp tiada siri macam KR yang lain)

Dalam Heisei era ada:
  1. KR Kuuga
  2. KR Agito
  3. KR Ryuki
  4. KR 555
  5. KR Blade
  6. KR Hibiki
  7. KR Kabuto
  8. KR Den-O
  9. KR Kiva
  10. KR Decade
  11. KR W (W disebut sebagai Double)

Ini adalah ringkasan mengenai senarai Kamen Rider (KR). Nanti Joe akan update lagi mengenai Kamen Rider yang ada dalam Koleksi Joe iaitu Kamen Rider Decade dan Kamen Rider W. Joe juga akan buat preview mengenai Kamen Rider Movie yang Joe sudah tonton dan download... hehehe....


No comments:

Post a Comment