Saturday, December 4, 2010

Komposisi armada laut moden

Kapal pengangkut pesawat

Kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) ialah kapal perang terbesar yang berada dalam perkhidmatan di seluruh dunia. Kapal ini dibina untuk melancarkan dan mendaratkan jet-jet pejuang apabila sesebuah negara itu tidak dapat mengoperasikan sebuah pangkalan udara dalam jarak operasi.

Kapal tempur

Kapal tempur (battleship) merupakan sebuah jenis kapal perang yang aktif pada era Perang Dunia Ke-2. Kini tidak lagi dioperasikan atas sebab-sebab tertentu. Kapal perang induk yang besar dan digunakan untuk mencari dan memusnahkan kapal perang lain dalam armada musuh.

Kruiser

Penjajap (cruiser) merupakan sebuah kapal perang yang bersaiz lebih kecil berbanding sebuah kapal perang. Kebanyakkan kapal penjajap yang berada dalam perkhidmatan tentera laut dunia ini digunakan untuk tujuan pertahanan udara sebagaimana dalam armada Tentera Laut Amerika Syarikat dan Rusia.

Kapal pembinasa

Kapal pembinasa (destroyer) ialah sebuah kapal perang yang lebih kecil saiznya berbanding sebuah Kruiser namun lebih besar berbanding sebuah frigat.

Frigat

Sebuah kapal perang bersaiz kecil dan merupakan jenis kapal perang kebanyakan tentera laut serata dunia. Mampu menguruskan situasi ancaman taraf rendah dan sederhana dan masih merupakan satu platform yang mahal

Korvet

Kapal yang lebih kecil berbanding frigat, selalunya digunakan dalam keadaan situasi ancaman tahap rendah dan sering digunakan sebagi kapal peronda.

Kapal sokongan

Bagi membolehkan armada sesebuah tentera laut beroperasi dengan lebih efisyen dan mantap, kebanyakkan tentera laut serata dunia mempunyai pelbagai kapal sokongan dalam armadanya.

Secara amnya terdapat beberapa jenis lagi kapal sokongan.

  • Kapal MCMV (Mine Counter Measure Vessel) - Pemburu periuk api
  • Kapal Hidrografik
  • Kapal Hospital
  • Kapal Amfibi Pendarat Kereta Kebal
  • Kapal Platform Pendarat Helikopter
  • Kapal Platform Pendarat Anggota

Kapal selam penyerang

Pemburu atau dalam terma Tentera Laut Amerika Syarikat, Hunter-Killer merupakan sebuah platform yang dibina khusus untuk mencari dan memusnahkan kapal selam lain.

Kapal selam penyerang peluru berpandu

Kapal selam yang khusus dibina untuk membawa peluru berpandu yang mampu menyerang dan membinasakan sasaran dari jauh.

Kapal selam balistik

Pembawa peluru berpandu berpeledak nuklear.

No comments:

Post a Comment