Wednesday, December 29, 2010

10 jenis lembu baka terbaik

1. BRAHMAN ialah lembu yang berwarna putih kepala agak kehitaman dan bertengkuk besar, bukan yang berwarna coklat/merah seperti yang kita fikir selama ini. Berasal dari india, namun banyak dibiak bakakan di Amerika Syarikat. Baka jantan mempunyai berat maksimum 800kg dan betina 550kg.


2. LIMOUSINE: merupakan keturunan lembu Eropah yang dibiak bakakan di Perancis, lembu jenis ini banyak di gunakan untuk pawah di negara2 Asia seperti Malaysia untuk tujuan penggemukan, harganya mahal karena pertumbuhan badanya boleh mencapai 1,1kg perhari.


3. CHAROLAIS: lembu jenis ini juga dibiak bakakan di negara Perancis, warna bulunya putih perak dan merupakan jenis paling besar di negara tersebut. Pertumbuhan badannya perhari boleh mencapai 1,3kg.


4. HEREFORD: lembu jenis ini juga merupakan baka keturunan Eropa yang dikembangkan di United Kingdom, berat lembu jantan rata-rata 900kg dan betinanya 725kg.


5. SHORTHORN: lembu jenis ini sama dengan hereford dan juga dibiak bakakan di negara United Kingdom. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 850kg.


6. SIMMENTAL: lembu ini berasal dari lembah Simme di Switzerland, tetapi banyak dibiak bakakan di Australia dan Selandia Baru. Lembu jantan rata-rata 1100kg dan betina 800kg.


7. ABERDEN ANGUS: lembu jenis berasal dari negara Scotland. Lembu jantan rata-rata 900kg dan betina 700kg.


8. BRANGUS: lembu ini adalah persilangan(kacukan) betina Brahman dan pejantan Aberden Angus.


9. SANTA GERTRUDIS: lembu ini adalah hasil persilangan (kacukan) antara pejantan Brahman dan betina shorthorn. Dibiak bakakan pertama kali di King Ranch Texas Amerika Syarikat pada tahun 1943. Lembu jantan rata-rata 900kg dan betina 725kg.


10. DROUGHMASTER: merupakan persilangan (kacukan) antara betina brahman dan pejantan shorthorn, dibiak bakakan di Australia.

1 comment:

  1. jumpa baka lembu2 berkenaan di MAHA 2012. begitu mengujakan.

    ReplyDelete