Tuesday, December 7, 2010

Harimau

Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meters (11 ka) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.

Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.

Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk Malaysia.

Subspesies

Terdapat enam sub-spesies harimau dalam genus Panthera yang masih hidup pada masa sekarang dari jumlah asal sembilan sub-spesies harimau moden. Tiga sub-spesies harimau yang selebihnya telah pun dianggap pupus secara rasmi. Sub-spesies harimau yang diketahui adalah seperti berikut:-

Harimau Siberia

Fail:Makari's Whiskers.jpg

Harimau Siberia (Panthera tigris altaica), juga dikenali sebagai harimau Amur, harimau Manchuria atau harimau Ussuri merupakan subspesies harimau nadir yang benar-benar terkurung di kawasan Amur di Timur Jauh yang kininya telah dilindungi. Ia dianggap antara 9 subspesies harimau terbesar dan ahli terbesar famili Felidae.

Harimau Benggala


Fail:Panthera tigris tigris.jpg

Harimau Benggala, atau Harimau Benggala Diraja (Panthera tigris tigris), ialah sejenis subspesies harimau yang dijumpai terutamanya di India dan Bangladesh, di samping juga di Nepal, Bhutan, Myanmar dan Tibet selatan. Harimau Benggala ialah subspesies harimau yang paling banyak bilangannya. Menurut WWF, terdapat kira-kira 2,000 ekor harimau Benggala Diraja yang masih buas, termasuk 1,411 di India, 450 di Bangladesh, 150 di Nepal, 100 di Bhutan, dan sebilangan kecil di Myanmar dan China. Subspesies Benggala P. tigris tigris merupakan haiwan kebangsaan Bangladesh, manakala di peringkat spesies, harimau Panthera tigris merupakan haiwan keabngsaan India

Harimau Cina Selatan

Fail:Panthera tigris amoyensis.jpg

Harimau Cina Selatan atau Harimau China Selatan (Panthera tigris amoyensis), juga dikenali sebagai Harimau Cina, Harimau Amoy atau Harimau Xiamen, ialah satu subspesies harimau yang berasal dari hutan-hutan China Selatan. Harimau Cina Selatan adalah yang paling teruk terancam di kalangan subspesies harimau yang masih wujud. Para pakar menegaskan bahawa hanya ada kurang daripada 20 ekor harimau ini yang tinggal di dunia, lebih teruk lagi mungkin pupus pada 2010-an. Seekor anak harimau Cina Selatan berjaya dilahirkan di sebuah taman simpanan di Afrika Selatan pada November 2007, iaitu yang pertama dari subspesies ini yang lahir di luar negara China. Pada Oktober 2007, jabatan perhutanan kaunti Zhenping, wilayah Shaanxi, menerbitkan gambar foto P. t. amoyensis dalam habitat semula jadinua, tetapi terbukti palsu setelah siasatan dijalankan.[ Harimau Cina Selatan dianggap sebagai harimau “batang”, iaitu subspesies yang menjadi leluhur kepada semua harimau yang lain. Harimau Cina Selatan baru-baru ini disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh jenis haiwan paling terancam di dunia

Harimau Indochina


Fail:Indochinese Tiger.jpg

Harimau Indochina atau harimau Corbett (Panthera tigris corbetti) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di Kemboja, China, Laos, Burma, Thailand, dan Vietnam. Harimau di semenanjung Malaysia yang pernah digolongkan sebagai Indochina, kini dikelaskan semula sebagai subspesies yang berasingan, iaitu harimau Malaya Panthera tigris jacksoni. Nama "Corbett" berasal dari nama saintifik subspesiesnya, Panthera tigris corbetti, yang meminjam namanya daripada seorang pemburu terkenal bernama Jim Corbett.

Harimau Sumatera


Fail:Panthera tigris sumatran subspecies.jpg

Harimau Sumatera (Panthera tigris sumatrae) ialah satu subspesies harimau yang ditemui di pulau Sumatera, Indonesia. Ujian genetik terkini telah mendedahkan kehadiran penanda genetik unik yang mengasingkan harimau Sumatera dari semua subspesies tanah besar.Kini, cuma tinggal sekitar 400-500 ekor harimau Sumatera dalam habitat liar.

Harimau Malaya


Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia. Harimau ini disahkan sebagai sub-spesies berasingan dari sub-spesies Harimau Indochina (Panthera tigris corbetti) melalui ujian genetik dan filogenik pada tahun 2004. Dianggarkan terdapat 490-510 ekor harimau ini yang hidup liar.

File:Tiger in the water.jpg

No comments:

Post a Comment