Monday, December 20, 2010

Info tentera: Kenderaan perisai

Kenderaan tempur berperisai (bahasa Inggeris: Armoured Fighting Vehicle atau AFV) merupakan sejenis kenderaan tentera yang dilindungi oleh perisai dan dilengkapi dengan senjata. AFV boleh terdiri daripada jenis beroda ataupun berunut.

Kenderaan tempur berperisai dikelaskan mengikut peranannya di medan peperangan dan ciri-ciri. Pengelasan ini tidak tetap; pada masa dan negara berlainan, kenderaan yang sama akan dikelaskan di dalam peranan yang berbeza. Sebagai contoh, pengangkut anggota berperisai (APC) secara umumnya akan digantikan oleh kenderaan tempur infantri (IFV) dalam peranan yang hampir sama, tetapi IFV kurang keupayaan jika dibandingkan dengan APC. Kereta kebal juga boleh di masukkan kedalam kategori ini.

Kereta kebal

Kereta kebal merupakan kenderaan tempur berperisai (ACV) berantai yang direka untuk memusnahkan musuh yang kelihatan melalui tembakan langsung dari meriam bergaris pusat besar dan tembakan sokongan dari mesingan. Kereta kebal seperti "MBT" (Kereta Kebal Utama) dibezakan dengan kereta perisai seperti AFV (Kenderaan Tempur Infantri) melalui persenjataan dan perisainya. Kelangsungan kereta kebal untuk terus beroperasi ditentukan oleh ketebalan perisainya, di samping daya gerak dan kepantasan memusnah musuh oleh persenjataannya. Rantai kereta kebal membolehkannya melintasi sebarang jenis permukaan bumi, hatta jalan kasar dengan kelajuan menakjubkan.

File:Leopard 2 A5 der Bundeswehr.jpg Leopard 2
File:Leclerc-IMG 1744-b.jpg Leclerc

Pengangkut anggota berperisai

Pengangkut anggota berperisai bertujuan untuk mengangkut anggota infantri dengan pantas dan selamat ke tempat di mana mereka akan diatur gerak. Pada tahun 1918, kereta kebal Mk V Britain telah berjaya mengangkut sejumlah kecil anggota tentera dan pada tahun 1944, seorang jeneral Kanada, Guy Simonds telah mengarahkan pengubahan suaian dilakukan terhadap kenderaan berperisai yang berlebihan bagi membawa anggota tentera (secara umumnya dinamakan "Kangaroo"). Ini membuktikan kejayaan yang besar meskipun tanpa latihan dan konsep yang digunakan di dalam Kumpulan Tentera Darat ke-21. Selepas perang, rekabentuk yang khusus dibina dan menghasilkan M113 buatan Amerika Syarikat.

File:120-2048 IMG.JPG File:VAB armoured personnel carrier DSC00846.jpg

Kenderaan tempur infantri

Kenderaan tempur infantri (IFV) merupakan sejenis pengangkut anggota berperisai yang mana membenarkan infantri untuk berperang dari dalamnya, dan boleh memberi bantuan tembakan yang penting. IFV moden merupakan sejenis pengangkut yang dipersenjatai secukupnya dan membenarkan infantri di dalamnya bertempur dari dalam. Ia berbeza dengan APC terawal berdasarkan persenjataan beratnya yang membolehkan IFV memberi bantuan tembakan terus semasa serbuan, tapak tembakan membolehkan infantri untuk menembak senjata persendirian apabila terpasang dan perisai yang dipertingkatkan. IFV juga biasanya dilengkapi dengan selaras meriam automatik berkaliber 20mm atau lebih, dan kemungkinan dengan peluru berpandu anti kereta kebal. IFV juga biasanya dipasang dengan runut, akan tetapi kenderaan jenis beroda mungkin terdapat di dalam kategori ini.

File:Warrior Infantry Fighting Vehicle.jpg File:ASLAV 2.JPG

Pemusnah kereta kebal

Meriam anti kereta kebal gerak sendiri, atau pemusnah kereta kebal, banyak digunakan terutamanya bagi memberi sokongan anti kereta kebal untuk unit-unit infantri atau kereta kebal, di dalam operasi-operasi pertahanan atau pengunduran. Ia mungkin dilengkapkan dengan meriam anti kereta kebal berkelajuan tinggi atau kadang kala pelancar peluru berpandu anti kereta kebal (ATGM). Pemusnah kereta kebal tidak boleh mengisi kebanyakan peranan kereta kebal; ia kurang fleksibel, dan biasanya kekurangan keupayaan anti infantri, akan tetapi ia tidak mahal untuk dihasilkan, diselenggara dan dibekalkan semula berbanding kereta kebal.





Meriam gerak sendiri

Meriam gerak sendiri atau (bahasa Inggeris:self-propelled gun (SPG)) ialah sebuah meriam, samada ia merupakan dalam bentuk artileri, meriam anti-kereta kebal atau meriam anti-pesawat, dipasang pada sebuah kerangka kenderaan bermotor beroda atau berunut. Meriam sebegini boleh dikendalikan dengan menggunakan kuasanya sendiri berlawanan dengan meriam tunda yang bergantung pada sebuah kenderaan atau alat lain bagi bergerak ke medan pertempuran. Meriam gerak sendiri merupakan sejenis senjata sokongan tempur; ia digunakan oleh unit-unit sokongan tempur bagi membantu atau ditumpangkan kepada unit-unit tempur utama seperti infantri dan armor.

File:Denel G6-45 Ysterplatt Airshow 2006.jpg

File:PzH2000 houwitser.png

No comments:

Post a Comment