Friday, December 17, 2010

KLIA Ekspres

File:KLIAekspres SalakSelatan.jpg

KLIA Ekspres adalah perkhidmatan kereta api laju tanpa henti yang menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA). Ia dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya Express Rail Link Sdn Bhd.

Selain KLIA Ekspres, Express Rail Link Sdn Bhd turut menyediakan perkhidmatan rel pengantara, KLIA Transit.


Latarbelakang

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) adalah sebuah syarikat swasta milik bersama YTL Corporation Berhad, Lembaga Tabung Haji dan Trisilco Equity Sdn Bhd dengan masing-masing mempunyai nilai pegangan saham sebanyak 50%, 40% dan 10%. Pada 25 Ogos 1997, kerajaan Malaysia telah menyerahkan konsesi 30 tahun kepada syarikat tersebut untuk membiayai, membina, mengendali dan mengawal selia sistem dan perkhidmatan rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Kerja-kerja pembinaan pula bermula pada bulan Mei 1997 dan siap lima tahun kemudian. Ia diserahkan kepada konsortium SYZ, sebuah konsortium usahasama diantara syarikat Jerman dan Malaysia iaitu Siemens AG, Siemens Electric Engineering Sdn Bhd dan Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd. ERL Maintenance Support Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab terhadap operasi dan selenggaraan tren milik syarikat induk berkenaan. Ia pada mulanya adalah sebuah syarikat usahasama diantara Express Rail Link Sdn Bhd dan Siemens AG tetapi kini dimiliki sepenuhnya oleh Express Rail Link Sdn Bhd.

Krisis kewangan yang melanda rantau Asia pada tahun 1997 menyebabkan projek tersebut tergendala seketika. Walaubagaimanapun, atas sokongan padu kerajaan Malaysia projek rel penghubung Kuala Lumpur-Lapangan Terbang Antarabangsa KL diteruskan. Nilai keseluruhan projek tersebut menelan belanja sebanyak RM2.4 bilion yang dibiayai melalui pengabungan ekuiti (RM500 juta), pinjaman kewangan sebanyak RM940 juta daripada Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (Bank Pembangunan) dan baki selebihnya melalui kemudahan eksport kredit daripada empat institusi kewangan Jerman. Express Rail Link Sdn Bhd mencapai keuntungan pada tahun 2003 setelah hanya satu tahun beroperasi.


KLIA Ekspres

Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi secara rasmi pada 14 April 2002 menghubungkan bandar raya Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa KL tanpa henti. Tempoh perjalanannya cepat dan singkat menjadikan ia pengangkutan awam pilihan penumpang dari dan ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Kumpulan penumpang sasaran KLIA Ekspres ialah penumpang-penumpang syarikat penerbangan, para pelancong dan ahli-ahli perniagaan.


STBKL-Jadual001.gif

Butiran

KLIAEkspres-Spesifikasi001.gif




Model:
Pengeluar:
Bilangan kereta api:
Bilangan gerabak:

Dimensi:
• Panjang
• Lebar
• Tinggi
Berat:
Sistem elektrik/voltan:
Daya pemecutan:
Kelajuan maksimum:
Kelajuan maksimum komersial:
Bilangan penumpang:
Landasan:
• Panjang
• Lebar

Desiro ET 425 M Electric Multiple Unit (EMU)
Siemens AG
8
2 gerabak penarik
2 gerabak pengikut

68700 mm
2840 mm
4160 mm
120 metrik tan
25 kV / 50 Hz
1.0 m/s²
176 km/j
160 km/j
156 duduk

57 km
1435 mm

Lukisan rekaan KLIA Ekspres

Perkhidmatan KLIA Ekspres beroperasi dengan menggunakan lapan buah tren elektrik empat gerabak Desiro, sebuah model kereta api buatan dan rekaan syarikat dari Jerman. Perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit beroperasi di atas landasan dan menggunakan sistem yang sama. Selain itu, tren kedua-dua perkhidmatan rel tersebut berkongsi ciri-ciri fizikal dan luaran yang sama. Misalnya, bahagian hadapan tren diubahsuai bagi kelihatan lebih aerodinamik dan menarik. Ia satu perbezaan yang minima jika dibandingkan dengan model rekaan asas tren tersebut.

Kesemua tren KLIA Ekspres dilengkapi dengan kemudahan tandas, ruang khusus bagasi daftar masuk dan ruang simpanan bagasi dalam gerabak. Setiap unit tren KLIA Ekspres mampu membawa sehingga 156 orang penumpang pada satu-satu masa. Ia dapat digandakan sehingga lebih 300 orang penumpang dengan keupayaan tingkat naik lapan gerabak bagi setiap unit tren berdasarkan kepada pelan perancangan masa hadapan KLIA Ekspres. Akhir sekali, pintu keluar masuk tren KLIA Ekspres dibuka secara otomatik berbeza dengan operasi pintu KLIA Transit yang dibuka secara manual.


No comments:

Post a Comment