Saturday, December 18, 2010

Syarikat Penerbangan Utama Asia

Emirates

File:Emirates logo.svg

Emirates Airline (nama pendek: Emirates) (Bahasa Arab: الإماراتal-Imārāt) merupakan syarikat penerbangan yang berpengkalan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ia beroperasi perkhidmatan penumpang berjadual, dengan hampir 550 penerbangan setiap minggu, memberi perkhidmatan 87 bandaraya dalam 59 negara-negara di Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, Afrika, India dan Asia-Pasifik. Aktiviti-aktiviti kargo telah diambilalih di bawah nama Emirates SkyCargo. Pengkalan utamanya adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai[1].

Ditubuhkan 1985
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai
Program frequent flyer Skywards
Lobi ahli Emirates Worldwide Airport Lounges
Pesawat 104 (88 pesanan)
Destinasi 84
Syarikat induk The Emirates Group
Slogan syarikat Fly Emirates. Keep Discovering.
Ibu pejabat Dubai, Emiriah Arab Bersatu
Tokoh Sheikh Ahmed bin Saeed Al Maktoum (Pengerusi/CEO),

Maurice Flanagan (Naib Pengerusi Eksekutif)


Singapore Airlines

File:Singapore Airlines Logo.svg

Singapore Airlines, SQ, atau Penerbangan Singapura adalah syarikat penerbangan kebangsaan Singapura. Penerbangan ini merupakan salah satu penerbangan Asia yang paling berjaya dan paling berpengaruh. Sejarah Singapore Airlines berhubung kait dengan Sejarah Penerbangan Malaysia kerana kedua-dua penerbangan berasal dari akar yang sama. Ia bermula pada tahun 1947, dimana Malayan Airways ditubuhkan. Seiring dengan kemerdekaan Malaysia, penerbangan ditukar menjadi Malaysian Airways. Kemerdekaan Singapura membawa kepada perubahan nama penerbangan ini kepada Malaysia-Singapore Airlines (MSA). Kerana perbezaan pendapat antara kerajaan Malaysia dan Singapura, maka MSA berpecah kepada dua mengikut negara masing-masing. Maka, terbentuklah Singapore Airlines bagi Singapura dan Sistem Penerbangan Malaysia bagi Malaysia.

Ditubuhkan 1947 (sebagai Malayan Airways)
Hab LTA Changi, Singapura
Program frequent flyer KrisFlyer
Lobi ahli Silver Kris Lounge
Perikatan Star Alliance
Pesawat 90
Destinasi 59
Ibu pejabat Singapura
Tokoh Chew Choon Seng (CEO)

Qatar Airways

File:Qatar Airways Logo.svg

Qatar Airways (Arab: القطرية) adalah syarikat penerbangan utama negara Qatar yang berpangkalan di Doha dan melayani 81 destinasi antarabangsa. Qatar Airways adalah satu daripada lima syarikat penerbangan di dunia yang bertaraf lima bintang untuk kecermelangan dalam perkhidmatan oleh Skytrax, sebuah agensi yang memantau industri penerbangan sedunia. Skytrax juga telah menamakan kru kabinnya sebagai yang "Terbaik di Timur Tengah" buat tahun keempat berturut-turut pada 2006 dan juga syarikat penerbangan kedua terbaik di dunia menurut tinjauan pendapat yang disertai lebih 12 juta penumpang. Pada 2007, Qatar Airways diiktiraf sebagai syarikat penerbangan terbaik di Timur Tengah dan keempat terbaik di dunia, dalam satu acara anugerah Skytrax 2007.

Ditubuhkan 1993
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Doha
Program frequent flyer Kelab Istimewa Qatar Airways - Qmiles
Pesawat 54 (94 dalam tempahan)
Destinasi 71
Syarikat induk Kumpulan Qatar Airways
Ibu pejabat Doha, Qatar
Tokoh Akbar Al Baker (CEO)


Garuda Indonesia

File:Garuda Indonesia Logo horizontal.svg

Penerbangan Garuda Indonesia atau lebih dikenali sebagai Garuda Indonesia merupakan penerbangan kebangsaan Indonesia berpusat di Indonesia. Garuda adalah nama burung mitos.

Ditubuhkan 1949 (sebagai Garuda Indonesian Airways)
Hab LTA Soekarno Hatta
LTA Ngurah Rai, Bali
LT Juanda, Surabaya
Program frequent flyer Garuda Frequent Flyer
Lobi ahli Garuda Lounge
Pesawat 62
Destinasi 47
Ibu pejabat Jakarta, Indonesia
Tokoh Emirsyah Satar (Presiden dan CEO)

Cathay Pacific

File:CX Logo.svg

Cathay Pacific Airways Limited adalah syarikat penerbangan komersil yang berpusat di Hong Kong. Ia merupakan sistem penerbangan "kebangsaan" Hong Kong. Cathay Pacific terbang hampir ke seluruh benua Asia, Eropah dan Amerika Utara. Penyertaannya ke dalam Persekutuan One World turut menyumbang kepada liputan perkhidmatannya.

Ditubuhkan 1946
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong
Bandar tumpuan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan
Program frequent flyer Asia Miles
Lobi ahli Kelas Pertama/Perniagaan (The Wing dan The Pier)
Perikatan Oneworld
Pesawat 101
Destinasi 105
Ibu pejabat Hong Kong, Republik Rakyat China
Tokoh Philip Chen (CEO), David Turnbull (Pengerusi)

Malaysia Airlines


File:Malaysia Airlines Logo.svg

Malaysia Airlines (Melayu: Sistem Penerbangan Malaysia; bahasa Cina: 马来西亚航空公司; MYX: 3786) merupakan syarikat penerbangan Malaysia yang mempunyai lebih 100 destinasi di seluruh dunia. Syarikat ini juga menjalankan operasi penerbangan domestik dan charter. Hub utamanya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur manakala Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijadikan sebagai hub kedua.[1]

Syarikat ini merupakan salah satu daripada 6 syarikat penerbangan lain di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan 5 bintang oleh Skytrax Selain Asiana Airlines, Cathay Pacific, Qatar Airways, Singapore Airlines dan Kingfisher Airlines. Malaysia Airlines telah diberi kredit oleh IATA melalui IATA Operational Audit kerana perlaksanaan keselamatan operasinya.

Ditubuhkan 1947 (sebagai Malayan Airways)
Hab Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
Program frequent flyer Enrich by Malaysia Airlines
Grads
Lobi ahli Golden Lounge
Subsidiari
Pesawat 85 (+41 orders, 20 options)
Destinasi 111
Syarikat induk Penerbangan Malaysia Berhad
Slogan syarikat Going Beyond Expectations,
"MH" is more than Just an airline code; is Malaysian Hospitality
Ibu pejabat Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh Datuk Seri Idris Jala (Pengarah Urusan & CEO)




No comments:

Post a Comment