Saturday, December 18, 2010

restoran makanan segera popular di Malaysia

A&W Restaurants

File:A&W Logo.svg

A&W Restaurants adalah jaringan restoran segera yang tersebar di seluruh dunia. Perusahaan ini dikelola oleh Yum! brands. Restoran ini pertama kali dibuka di California pada tahun 1919. Produk yang dijual adalah A&W Root Beer, ayam goreng, burger maupun nugget. Cawangan pertama di Malaysia di buka di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 1963.

Burger King

Fail:Burgerking2.jpg

Perbadanan Burger King (bahasa Inggeris: Burger King Corporation) merupakan sebuah rangkaian makanan segera antarabangsa yang lebih banyak menjual hamburger, kentang jejari dan minuman bergas. Ia juga mengendalikan melebihi 200 buah restoran di Australia dengan nama Hungry Jack's. Nama restoran pertama Burger King yang asalnya digelarkan Insta Burger King dibuka pada 4 Disember 1954 di Miami, Florida, Amerika Syarikat oleh James McLamore dan David Edgerton. Kedua-dua mereka merupakan alumni Universiti Cornell Pusat Pengajian Pengurusan Hotel. McLamore pernah mengunjungi gerai hamburger Dick dan Mac McDonald di San Bernardino, California; selepas mengesan bahawa sistem pengeluaran berdasarkan rangkaian pemasangan yang baru ini amat berpotensi, beliau memutuskan untuk mencipta versi sendiri.

Kentucky Fried Chicken

File:KFC logo.svg

Kentucky Fried Chicken (KFC) yang mempunyai pusat operasi di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat merupakan bahagian Yum! Brands, Inc.. Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders, KFC terkenal kerana ayam gorengnya yang merupakan ketul ayam dalam campuran tepung gandum, garam, lada hitam, dan monosodium glutamat yang dimasak dengan minyak panas di dalam periuk tekanan.

Saluran keluar KFC yang pertama di dunia diasaskan pada tahun 1939 di Corbin, Kentucky. Pada tahun 1952, francais yang sulungnya diasakan di apa yang kini digelarkan South Salt Lake, Utah oleh Harland Sanders dan Pete Harman. Sanders menjual keseluruh francais KFCnya pada tahun 1964 untuk AS$2 juta. Sejak waktu itu, francais ini telah dijual sebanyak tiga kali lagi. Pemilik yang terkini ialah Pepsico yang menjadikannya sebagai sebahagian Tricon Global Restaurants, yang kini digelarkan Yum! Brands, Inc.

Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain. Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.

McDonald's

File:McDonald's Golden Arches.svg

Perbadanan McDonald's (BSNY: MCD) merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia, melayan hampir 47 juta pelanggan setiap hari. Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's. Jenama McDonald's boleh didapati di 119 buah negara di seluruh dunia. 30,000 buah saluran keluar melayan hampir 50 juta pelanggan setiap hari. Melebihi 70% daripada restoran di seluruh dunia dimilik dan dikendalikan oleh usahawan tempatan yang bebas.

Starbucks








No comments:

Post a Comment