Wednesday, August 3, 2011

Lotus Cars

Lotus Cars adalah pengeluar kereta sport dan kereta lumba British berpusat di Hethel, Norfolk, England. Syarikat Lotus merekabentuk serta membina kereta lumba serta kereta sport pengeluaran dengan perwatakan badan yang ringan tetapi mempunyai pengendalian yang sangat baik.

Syarikat tersebut diasaskan sebagai Lotus Engineering Ltd. oleh seorang jurutera Colin Chapman, graduan University College, London, pada tahun 1952. Kilang pertama adalah di belakang Railway Hotel di Hornsey. Team Lotus, satu pecahan daripada Lotus Engineering pada tahun 1954, telah aktif dalam sukan Formula Satu antara tahun-tahun 1958 hingga 1994. Kumpulan Syarikat Lotus telah ditubuhkan pada tahun 1959. Ia merangkumi Lotus Cars Limited dan Lotus Components Limited yang masing-masing menumpukan kepada pengeluaran kereta jalanan serta kereta pertandingan pengguna. Lotus Components Limited menjadi Lotus Racing Limited pada tahun 1971 tetapi entiti yang dinamakan semula itu berhenti beroperasi pada tahun yang sama. [1]

Syarikat tersebut berpindah ke kilang pembinaan khusus di Cheshunt pada tahun 1959 [2] dan sejak tahun 1966 syarikat itu telah mempunyai sebuah kilang moden serta kelengkapan ujian jalan raya di Hethel, berhampiran Wymondham. Tapak ini adalah bekas tapak RAF Hethel manakala litar ujian menggunakan bahagian daripada landasan terbang lama.

Chapman meninggal dunia akibat sakit jantung pada tahun 1982, pada usia 54 tahun, memulakan riwayat hidup sebagai anak penjaga rumah tumpangan dan meninggal dunia sebagai ahli industri jutawan di Britain pasca perang. Pengeluar kereta tersebut telah menghasilkan berpuluh ribu kereta sport jalanan dan perlumbaan serta telah memenangi Formula Satu sebanyak tujuk kali. Semasa kematiannya beliau dikaitkan dengan skandal DeLorean berhubung penggunaan penggunaan subsidi kerajaan bagi pengeluaran De Lorean DMC-12 yang mana Lotus telah merekabentuk kerangkanya.

Pada tahun 1986 syarikat tersebut telah dibeli oleh General Motors. Pada 27 Ogos 1993, GM menjual Lotus, dengan kadar £30 juta, kepada A.C.B.N. Holdings S.A. dari Luxembourg, sebuah syarikat yang dikawal oleh usahawan Itali bernama Romano Artioli, yang turut memiliki Bugatti Automobili SpA. Pada tahun 1996 majoriti saham di dalam Lotus telah dijual kepada Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton), sebuah syarikat automotif Malaysia yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Syarikat Lotus juga bertindak sebagai konsultan kejuruteraan, menyediakan perkhidmatan pembangunan kejuruteraan—terutamanya sistem gantungan—bagi pengeluar kereta lain. Jabatan Aliran Kuasa yang kurang dikenali pula bertanggungjawab terhadap reka bentuk serta pembangunan enjin 4 silinder dalam kebanyakan model anak syarikat GM iaitu Vauxhall, Opel, Saab, serta mungkin juga beberapa model kereta Saturn. Harus diingat bahawa model terkini Elise dan Exige menggunakan enjin 4 sebaris 1.8L VVTL-i I4 dari model kereta Toyota Celica GT-S dan Matrix XRS.

Syarikat tersebut diuruskan sebagai Group Lotus, yang mana dipecahkan kepada Lotus Cars dan Lotus Engineering. Tidak seperti beberapa khabar angin, tiada rancangan untuk membentuk semula pasukan Formula Satu. Faktor utama adalah kerana ia memerlukan masukan kewangan yang sangat tinggi, melebihi daripada apa yang diharapkan oleh syarikat.

Michael Kimberley mengambil alih jawatan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif syarikat dan kumpulan mulai Mei 2006. Beliau kini mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif Lotus Group International Limited ("LGIL") yang ditubuhkan pada Februari 2006, dengan Syed Zainal Abidin (Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad) dan Badrul Feisal (pengarah bukan eksekutif Proton Holdings Berhad). LGIL adalah syarikat pegangan bagi Lotus Group Plc.

Senarai model semasa Lotus

Lotus Elise
  • Lotus Elise - menampilkan pelbagai inovasi baru kejuruteraan seperti cangkerang badan komposit. Asalnya menggunakan enjin Rover Siri K tetapi kini digerakkan oleh enjin Toyota 1ZZ dan 2ZZ dengan teknologi VVTL-i.
  • Lotus Exige - versi Lotus Elise dengan badan yang direka semula untuk menghasilkan daya ke bawah tambahan.
  • Lotus Exige S - versi Lotus Exige yang dilengkapi pengecas super, meningkatkan keluaran kuasa sehingga setinggi 220bhp. Model pernafasan biasa Lotus Exige dan Lotus Elise hanya menghasilkan 190bhp.
  • Lotus Europa S - model kereta sport 2 tempat duduk terbaru oleh Lotus, diinspirasikan daripada kereta Grand Tourer (GT). Tidak seperti model-model Exige dan 2-Eleven, Lotus Europa S tidak berasaskan platform Lotus Elise sebaliknya menggunakan platform yang berbeza.
  • Model Pengganti Lotus Esprit - Bakal dikeluarkan pada tahun 2009, ia bakal menggunakan enjin BMW V8 yang juga digunakan pada kereta BMW 650i.
  • Lotus 2-Eleven - satu lagi model berasaskan platform Lotus Elise tetapi tidak mempunyai bumbung.
  • Lotus Evora - dilancarkan pada 22 Julai 2008, ia diberi nama kod "Project Eagle" semasa proses pembangunannya. Merupakan kereta sport 2+2 dengan enjin 3.5L V6 yang dipasang di bahagian tengah kereta.

[sunting] Kerjasama

  • Lotus Cortina—versi Lotus bagi kereta Ford Cortina Mk. I.
  • Lotus Talbot Sunbeam—model rali "hot hatch" Talbot pada awal 80-an.
  • Vauxhall Lotus Carlton (juga dikenali sebagai Opel Lotus Omega, nama dalaman Lotus Type 104) - Pada masa tersebut (awal 1990-an) model ini merupakan model kereta sedan terpantas Lotus, dengan kelajuan maksimum melebihi 274 km/j.
  • Model 1991 Dodge Spirit R/T dengan versi enjin K-car 2.2 L 16 injap DOHC dengan pembangunan enjinnya diketuai Lotus, menghasilkan 220bhp.
  • Vauxhall VX220 (juga Opel Speedster) - dihasilkan oleh Lotus serta berasaskan kerangka aluminium yang sama dengan Lotus Elise. Pengeluaran dihentikan pada tahun 2005.
  • Lotus mereka serta membantu proses kejuruteraan model Tesla Roadster, sebuah kereta sport elektrik, di samping melesenkan teknologi tersebut kepada Tesla Motors serta membina model roadster tersebut di kilang mereka di Hethel. [1]
  • Lotus bertanggungjawab terhadap kebanyakan reka bentuk, pembangunan serta proses ujian enjin LT5 DOHC V8 bagi kereta Chevrolet Corvette ZR-1.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek bagi motosikal tiga roda Sinclair C5.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap penentukuran sistem gantungan kereta Toyota MR2 Mk. I, Toyota Supra Mk. II dan Mk. III, Isuzu Piazza, Isuzu Impulse di samping pelbagai model kereta Proton.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap pembangunan enjin Campro bersama-sama Proton[3], di samping sistem pemasaan injap boleh laras enjin tersebut iaitu Penukaran Profil Sesondol (CPS). Terdapat dalam varian 1.6L dan 1.3L, enjin Campro kini digunakan pada kebanyakan model baru Proton.
  • Lotus telah menala sistem gantungan Mahindra Scorpio untuk menjadikannya stabil pada kelajuan tinggi.
  • Lotus menjadi rakan ZAP bagi merekabentuk kenderaan elektrik seterusnya, ZAP-X, berasaskan kenderaan konsep APX.

No comments:

Post a Comment