Sunday, August 14, 2011

SYIAH – PENGKHIANATAN SEPANJANG ZAMAN

Kita sering mendengar terdapat usaha-usaha untuk merapatkan jurang perbezaan antara ahli Sunnah wal Jamaah dengan pengikut-pengikut Syiah. Ini timbul dari pemikiran bahawa umat Islam hendaklah bersatu dan janganlah berpecah belah dan terpancar sinar kemurnian hasrat tersebut. Barangkali ada kalangan umat Islam yang tidak ambil peduli langsung terhadap permasalahan ini bahkan tidak keterlaluan bahawa mereka tidak tahu dan tidak ingin mengambil tahu. Justeru maka berlakulah fenomena sebagaimana cerita ‘the boiling frog’ yakni satu cerita perumpamaan di mana seekor katak direbus secara perlahan-lahan. Premisnya adalah sekira katak tersebut diletak dalam bekas air panas, ia akan segera melompat keluar. Tetapi sekiranya diletak dalam bekas yang diisi air sejuk dan dipanaskan secara perlahan-lahan, katak tersebut tidak menjangkakan bahaya sehinggalah akhirnya katak tersebut mati direbus hidup-hidup. Cerita ini boleh digunakan sebagai ‘metaphor’ di mana berlaku ketidakupayaan individu untuk memberi reaksi terhadap perubahan yang signifikan yang berlaku secara terancang. Justeru adalah wajar bagi kita mengenali siapakah Syiah? Apakah masalah utama golongan Syiah ini? Apakah bahaya yang dibawa oleh ajaran Syiah? Apakah ajaran Syiah menepati risalah tauhid yang dibawa oleh Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam? Selepas tahu hakikat ini, insyaAllah kita TIDAK LAGI AKAN BERKATA “Buat apa la, dok kelahi dengan Syiah, kan depa pun orang Islam” atau “Syiah Iran inilah merupakan satu-satunya negara Islam yang lantang dan berani mencabar kekuasaan adi jagat atau polis dunia iaitu Amerika Syarikat manakala negara-negara Islam yang lain begitu pengecut dan hanya mengikut telunjuk Amerika Syarikat” atau “ Syiah ni bagus sebab sayang sangat kepada ahlul bait dan paling best dapat nikah mutaah”.

Sebagai mukaddimah tentang Syiah, saya ingin mengutarakan perbezaan di antara ahli Sunnah wal Jamaah dengan Syiah dari sudut aqidah. Ini penting kerana terdapat penyelewengan aqidah yang jelas dalam Syiah. Aspek penyelewengan ini adalah terlalu panjang sehingga dapat dijadikan satu topik yang tersendiri, namun dalam ruang yang terhad ini ringkasan penyelewengan Syiah adalah seperti:

a. Mengagungkan Saidina Ali R.A dan Ahlul Bait. Abdullah bin Sabaq adalah seorang Yahudi yang merupakan pengasas Syiah, telah menganjurkan satu taktik memusnahkan agama Islam dengan memberi sokongan yang melampaui batas. Sedangkan di masa hayat Saidina Ali R.A sendiri, beliau mengkafirkan Abdullah bin Sabaq dan dihalau keluar dari Madinah. Namun dakyah Abdullah bin Sabaq telah berjaya di Iraq dan Iran lantas munculnya fahaman Syiah yang berkembang biak terutama selepas pemerintahan empat khulafah arrasyidin yang bersifat gunting dalam lipatan dan sokong membawa rebah serta membawa agenda jahat untuk memusnahkan Islam. Mereka lantang mengkafirkan Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umar R.A, Saidina Uthman R.A dan hatta isteri-isteri Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam sendiri yakni Umurulmukminin Saidatina Aisyah R.A dan Saidatina Habsyah R.A. Natijahnya adalah sahabat-sahabat tersebut merupakan pengumpul naskhah alQuran manakala Umurulmukminin Saidatina Aisyah R.A adalah merupakan sumber hadith. Inilah jarum-jarum halus bagi menimbulkan keraguan terhadap sahabat-sahabat dan Umurulmukminin dan seterusnya menolak alQuran dan alHadith!

b. Penyelewengan alQuran dan hadith. Antara pencabulan mereka terhadap kitab suci alQuran adalah di mana mereka mencipta alQuran khas secara tersembunyi seperti mengadakan surah al Wilayah dan kitab hadith mereka adalah al Kaafi yang dianggap setaraf dengan Sahih Bukhari di sisi ahli Sunnah wal Jamaah. Jelas mereka adalah anti Quran dan anti hadith yang berasaskan manhaj Salafus Soleh.

c. Konsep Imam 12 sebagai satu rukun kepada Rukun Iman. Menyatakan mertabat imam-imam mereka lebih tinggi daripada mertabat Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam kerana boleh membatalkan syariat.

d. Konsep Taqiyyah. Bahawa seseorang itu menunjukkan sikap yang lain daripada yang terpendam di dalam hatinya kerana bimbang akan ditimpa bala bencana. Bagi ahli Sunnah wal Jamaah, setiap orang Islam tidak boleh menipu sama ada dengan perkataannya atau dengan sikap lahirnya yang nampak dilihat kecuali darurat. Bagi golongan Syiah, tipu mustahak itu adalah satu perkara yang wajib diberi keutamaan sebab Mazhab Syiah tidak dapat ditegakkan melainkan melalui kaedah tipu muslihat.

e. Menghalalkan perzinaan dan pelacuran. Mereka menghalalkan perzinaan dan pelacuran melalui nikah mutaah atau nikah kontrak. Kaedah ini tidak mempunyai konsep pertanggungjawaban kekeluargaan dan menghina golongan wanita yang dijadikan sebagai barang dagangan serta mencacatkan nasab kekeluargaan. Sekiranya masyarakat Barat mengamalkan ‘free sex’ di atas dasar rasional pemikiran tetapi kedurjanaan golongan Syiah adalah kerana mereka menghalalkan perzinaan dan pelacuran atas dasar agama!

Cuba perhatikan apakah persamaan Syiah dengan Yahudi. Pertama, Abdullah bin Sabaq iaitu pelopor Syiah adalah seorang Yahudi. Kedua, Konsep Taqiyyah (menipu) yang diwajibkan adalah mempunyai kaitan dengan agama Judaism. Ketiga, Syiah memulakan revolusi, Perang Siffin dan Revolusi Iran adalah cara-cara atau modus operandi Yahudi.

Sesungguhnya pengkhianatan Syiah mempunyai rentetan sejarah yang sangat panjang sejak awal zaman kewujudan Islam lagi dan berterusan sehingga ke saat ini sebagaimana pergolakan yang berlaku di Timur Tengah sekarang adalah hasil tangan-tangan mereka. Alhamdulillah kerajaan Malaysia telah memahami bahawa Syiah merupakan satu isu keselamatan negara yang wajib dibenteras dari berakar umbi. Namun awas semasa berinteraksi dengan golongan Syiah ini kerana mereka akan tetap mengamalkan Taqiyyah (penipuan). Apa yang pasti ‘Taqiyyah On’ bila golongan Syiah berdepan dengan kita secara mengiyakan ajaran Islam yang difahami kebanyakan orang. Sebaliknya ‘Taqiyyah Off’ bila mereka berada jauh daripada kita dengan mencerca sahabat-sahabat Rasullullah Sallallahi Alaihi Wassalam dan bersekongkol dengan Yahudi untuk memusnahkan Islam. InsyaAllah, siri-siri pengkhianatan Syiah akan dibongkarkan pada posting-posting yang akan datang. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment