Pembelian yang terbaik ini dinilai berdasarkan:
- Penglibatan keseluruhan pemain (faktor utama)
- Bagaimana pemain tersebut diserapkan dalam skuad utama
- Kesediaan pemain itu untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baru
- yuran perpindahan ( sesetengah kelab tidak menyatakan yuran perpindahan)
Jadi kita lihat siapakah 10 pemain itu.
10.
Peter ODEMWINGIE
Penampilan: 28 Gol: 12 |
Ditandatangani oleh Roberto Di Matteo untuk menambahkan kekuatan di barisan hadapan kelab yang baru menerima kenaikan liga ini, Odimwingie dibeli dengan harga yang murah berbaloi. Bekas penyerang Lokomotiv Moscow ini telah menjaringkan 12 gol dalam 28 penampilan bersama West Brom dan jaringannya membantu kelab yang dikendalikan Roy Hodgson ini berada pada tangga ke 11 liga dan mempunyai potensi untuk kekal di liga perdana.
09.
Cheik TIOTE
Penampilan: 24 Gol: 1 |
Datang dari juara liga Belanda, Twente, pemain midfield ini tidak membuang masa untuk menyesuaikan diri di EPL apabila dia menyertai Newcastle penghujung Ogos 2010. Corak permainan yang 'simple' tetapi efektif telah menarik perhatian dalam banyak perlawanan dan walaupun telah mengutip 10 kad kuning, sesetengah pengurus yang menikmati kedudukan liga yang baik akan menghargai pembelian ini. Perlawanan menentang Arsenal yang berkesudahan 4-4 ialah antara satu impak yang diberikan pemain ini.
| |||
|
|
|
|
08.
David SILVA
Penampilan: 46 Gol: 6 |
Manchester City dan Mancini berbelanja besar untuk membeli salah seorang daripada skuad Sepanyol yang memenangi Piala Dunia dan dengan Silva, kita tahu akan kebolehan pemain ini. Bekas pemain Valencia ini memecahkan kebuntuan gol selepas lima perlawanan dan Mancini telah menggelarnya sebagai 'Eastlands trequartista'. Sumbangan berterusannya membolehkan Manchester City memastikan tempat dalam Liga Juara-Juara musim hadapan. Ketiadaannya dalam skuad amat dirasai seperti kekalahan 0-3 mereka kepada Liverpool.
07.
Raul MEIRELES
Penampilan: 37 Gol: 5 |
Kedatangannya pada penghujung jendela perpindahan musim panas yang lalu, penandatanganian ini mengejutkan mungkin kerana perpindahan Javier Mascherano yang dibeli oleh Barcelona. Meireles tidak mengambil masa yang lama unutk menyesuaikan diri dan menjaringkan 5 gol dalam 6 perlawanan yang membantu Liverpool keluar dari kedudukan tercorot dan kelayakan Eropah hampir pasti untuk Liverpool.
06.
Luis SUAREZ
Penampilan: 8 Gol: 2 |
Pemain yang baru ditandatangani oleh Kenny Dalglish ini hasil daripada penjualan Fernando Torres. Suarez memberikan impak segera dalam debutnya menentang Stoke dan jaringan yang cantik menentang Sunderland pada akhir March lalu. Suarez juga terus menjadi kesayangan peminat Liverpool, terima kasih atas kemahirannya yang tinggi dalam menumpaskan musuh ketat mereka, Man U, 3-1.
05.
Chris SMALLING
Penampilan: 29 Gol: |
Sir Alex Ferguson mengumumkan untuk membeli Smalling pada Januari 2010 dan semasa pra-musim, Smalling tiba di Old Trafford. Smalling cemerlang musim ini dan dengan ketiadaan Rio Ferdinand, Smalling, 21 tampak mempunyai kebolehan untuk menggantikan Rio di masa hadapan. Pemain Fulham ini telah menjaringkan satu gol dan akan terus meningkat lagi dengan United mempunyai pemain pertahanan yang berpengalaman untuk memberikan tunjuk ajar kepadanya.
04.
David LUIZ
Penampilan: 8 Gol: 2 |
Saat pemain yang baru dibeli Chelsea iaitu Fernando Torres yang masih belum memenuhi sasaran kelabnya, pertahanan tengah, Luiz, lantas memberikan aksi terbaik untuk Chelsea dan menjadi sebutan peminat di Stamford Bridge diikuti dengan 2 jaringan golnya yang memberikan kemenangan kepada Chelsea semasa menentang Man U dan Man City. Walaupun berumur 23 tahun, harga £21m yang dibayar Chelsea amat berbaloi kerana kualiti yang dimilik oleh pemain ini.
03.
William GALLAS
Penampilan: 31 Gol: 0 |
Peminat Spurs tampak tidak suka dengan kehadiran Gallas di kelab mereka kerana permusuhan Spurs dengan Arsenal tetapi pengurus Spurs, Harry Redknapp menggelarnya sebagai 'no-brainer' dan Pemain Perancis itu telah membuat impak kepada Spurs. Dua persembahan menarik yang membantu Spurs memenangi perlawanan penting ialah semasa mereka menang menentang Arsenal 3-2 dan perlawanan Liga Juara-Juara sebagai tuan rumah menentang AC Milan dimana Gallas sebagai bek tengah memberikan yang terbaik dan segera mengambil hati peminat-peminat Spurs.
02.
Rafael VAN DER VAART
Penampilan: 30 Gol: 12 |
Dibeli dengan harga serendah £8m, Van der Vaart menjadi pemain bintang di White Hart LAne, menaiki takhta penjaring terbanyak dan musim yang menakjubkan di England. Persembahannya mungkin sedikit terjejas pada penghujung musim ini tetapi pemain Belanda ini memainkan peranan penting dalam perlawanan-perlawanan yang menentukan tempat ke4 liga dan menjaringkan gol-gol penting dalam Liga Juara-Juara sebelum dikalahkan di suku akhir oleh kelab lamanya, Real Madrid.
01.
Javier HERNANDEZ
Appearances: 38 Goals Scored: 18 |
|
Salah seorang pemain muda terbaik dalam sejarah EPL, Chicharito telah lama diintai oleh Alex Ferguson sebelum berjaya menandatanganinya pada 2010. Chicharito menjaringkan gol-gol penting bersama Man U dan debutnya dan yang lagi penting semasa dua golnya membantu Man U untuk menang menentang Marseille di Old Trafford dalam peringkat 16 kumpulan kalah mati. 'We've stolen him," kata Sir Alex dan setiap persembahan daripada Chicharito akan terus dan terus terserlah bersama Man U.
No comments:
Post a Comment