Tuesday, August 16, 2011

SEJARAH PENYELEWENGAN AGAMA KRISTIAN MENURUT BIBLE

Apabila kita membiacarakan tentang agama Kristian tidak baik sekiranya kita tidak mengkaji siapa dia Paulus@Saulus. Paulus atau pun nama sebenarnya Saulus merupakan satu nama yang cukup besar dan gah di dalam agama Kristian dan di katakan memainkan peranan yang penting di dalam mengembangkan ajaran agama Kristian selepas daripada kematian Yesus Kristus (Nabi Isa a.s). Paulus bukan sahaja Terkenal dengan surat-suratnya yang berjumlah 13 buah dan di jadikan sebahagian daripada kandungan teks bible yang menjadi pegangan penganut agama Kristian di dalam semua mazhab Kristian tetapi turut terkenal dengan ajaran-ajaran dan fatwanya yang penuh kontrovosi dan bertentangan dengan ajaran Yesus Kristus dan kitab Taurat itu sendiri.

Selepas daripada pengangkatan Yesus Kristus ke syurga, dengan tiba-tiba nama Paulus@Saulus mendadak naik dan mengatasi semua pengikut-pengikut Yesus Kristus. Walaupun Paulus@Saulus tidak pernah bertemu dan berguru dengan Yesus Kristus tetapi ajaran dan fatwanyalah yang dijadikan sebahagian daripada panduan ajaran Kristian dan kadang-kadang melampaui ajaran Yesus Kristus dan Taurat. Tetapi yang menjadi persoalanya Siapakah sebenarnya Paulus yang di sanjung tinggi oleh bible, paderi-paderi Kristian dan semua para penganutnya. Paulus bukan sahaja mengatasi murid-murid Yesus Kristus yang berjumlah 12 orang tetapi segala ajarannya menjadi sebahagian daripada ajaran agama Kristian.

Tulisan ini merupakan satu kajian perbandingan yang saya lakukan khususnya kepada penganut-penganut agama Kristian sama ada mereka mengikuti ajaran yang dibawah oleh Yesus Kristus atau pun mereka mengikuti ajaran sonsang yang dibawah oleh Paulus@Saulus. Mudah-mudahan penganut agama Kristian mendapat cahaya kebenaran yang sebenar untuk menjadi penyuluh di dalam mencari kebenaran yang mereka cari-cari selama ini. Sebagai seorang bekas penganut agama Kristian dan lahir di dalam keluarga yang taat kepada ajaran agama Kristian saya wajib menyelamatkan aqidah saudara seagama yang pada masa kini diancam oleh gejala murtad. Gejala murtad ini, merupakan satu bentuk Perang Salib yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam kepada umat Islam.

Dengan bersumberkan kitab bible dan buku-buku teologi kristian yang ditulis oleh ulama-ulama Kristian saya akan cuba untuk memberikan fakta yang kukuh untuk menyokong tulisan ini. Daripada seorang penjahat dan bekas banduan tiba-tiba mengaku menjadi Rasul Yesus Kristus dengan dakwannya Yesus Kristus yang telah melantiknya. Yang menjadi persoalanya ialah adakah Paulus ikhlas memeluk agama Kristian atau pun mempunyai agenda lain untuk menghancurkan agama Kristian. Saya akan cuba mendedahkan siapa dia Paulus yang sebenarnya dan peranannya menyelewengkan ajaran agama Kristian. Tujuan saya mendedahkan kejahatan dan pembohongan Paulus ini bukanya untuk memfitnah apalagi untuk memburukan agama Kristian, tetapi saya tidak mahu penganut-penganut agama Kristian terus tertipu dengan ajaran sesatnya itu. Ini kerana setiap keburukan dan kejahatan yang dilakukanya telah dirakamkan sendiri oleh bible. Di dalam penulisan ini, saya tidak pernah mengambil sumber yang tidak jelas. Saya tidak akan bersikap seperti Saudara Benjamin Stephen yang murtad, dengan tanpa ada rasa malu telah memburukan Islam dengan tanpa ada bukti yang jelas.

Semua biodata penuh Paulus ini adalah diambil daripada kitab bible. Saya akan memberikan hujah berdasarkan kitab bible sendiri supaya semua pihak berpuas hati. Di dalam menyiapkan buku ini saya tidak memasukan sumber-sumber yang selain daripada bible supaya Paderi-paderi dan penganut agama Kristian berpuas hati, kerana mungkin sumber yang lain mereka boleh pertikaikan tetapi kalau saya mengambil daripada kitab mereka sendiri mungkin mereka tidak berani untuk mempertikaikannya. Tetapi sekiranya mereka berani juga untuk mempertikaikannya nyatalah mereka sendiri tidak percaya dengan kitab yang mereka dakwa sebagai kalam Tuhan dan dengan jelas bible adalah kitab ciptaan tangan manusia yang sesat lagi menyesatkan.

NAMA PENUH : SAULUS @ PAULUS

”Dengarlah! Aku, Paulus berkata kepada kamu ”. – Galatia Fasal 5: ayat 2

”Dia jatuh ke tanah lalu mendengar suara berkata kepadanya, ”Saulus, Saulus mengapa engkau menganiaya Aku?” Saulus bertanya, ”siapakah tuan”. – Kisah Rasul-Rasul Fasal 9: ayat 4-5

“Tetapi Saulus yang juga di sebut Paulus”. – Kisah Rasul-Rasul Fasal 13: ayat 9

TEMPAT LAHIR: TARSUS

“Aku adalah orang Yahudi, lahir di Tarsus di tanah Kilikia”. – Kisah Rasul-rasul Fasal 22: ayat 3

WARGANEGARA DAN BANGSA: Yahudi/Ibrani/Israeil

“Aku adalah orang Yahudi” – Kisah rasul-Rasul fasal 22: ayat 3

“Aku dilahirkan sebagai orang Israel daripada suku benyamin. Oleh itu aku orang Ibrani sejati” – Filipi Fasal 3: ayat 5

AGAMA: Yahudi Dan berguru dengan Gamaliel

“Dalam hal mentaati hukum agama yahudi, aku tergolong orang farisi”. – Filipi Fasal 3: ayat 5

”Saya orang Yahudi, saya dilahirkan di Tarsus di negeri kilikia, dan di besarkan di Yerusalem sebagai murid Gamaleil”. – Kisah Rasul-Rasul Fasal 22: ayat 3

“Tentu kamu telah mendengar tentang kehidupan ku dahulu sebagai penganut agama Yahudia”. – Galatia Fasal 1: ayat 13

STATUS PAULUS : Tidak Berkahwin

“Kepada mereka yang belum berkahwin dan kepada wanita yang sudah menjadi balu, inilah nasihatku, lebih baik kamu tetap hidup sendirian seperti aku”. – 1 Korintus Fasal 7: ayat 8

WATAK: Menganiaya penganut agama Kristian sehingga mati,pembunuh kejam, pendusta, penjahat.

”Aku sangat bersemangat melakukan apa yang aku anggap sebagai kehendak Allah, sehingga aku menganiaya orang yang percaya kepada kristus”. – Filipi Fasal 3: ayat 6

”Saya menganiaya pengikut ajaran baru itu sehingga mereka mati”. – Kisah Rasul-rasul Fasal 22: ayat 4

“Tetapi Saulus berusaha untuk membinasahkan jemaah itu. Dia pergi dari rumah ke rumah dan mengheret pengikut Yesus ke luar, baik lelaki mahu pun perempuan, lalu memasukan mereka ke dalam penjara”. – Kisah Rasul-rasul Fasal 8: Ayat 3

“Sementara itu Saulus meneruskan ancamanya untuk membunuh pengikut-pengikut Tuhan. Saulus pergi kepada Imam Agung dan meminta surat kuasa untuk ditunjukkan kepada pemimpin rumah-rumah ibadat orang Yahudi di Damsyik. Dengan demikian, jika di situ dia menjumpai pengikut-pengikut Yesus, dia boleh menangkap mereka, baik lelaki mahupun perempuan”. – Kisah Rasul-Rasul Fasal 9: ayat 1-2

Ini sikap jahat Paulus yang di angkat dan di sanjung oleh Paderi-paderi Kristian. Cukup bertentangan dengan apa yang di gambarkan. Bagaimana seorang penjahat yang tidak pernah pun bertemu apa lagi belajar dengan Yesus jauh sekali, boleh diterima segala pengajarannya di dalam menentukan ajaran Kristian yang sebenar. Tetapi inilah realiti yang sebenar, penganut agama Kristian sendiri telah ditipu oleh kejahatan Yahudi supaya mengikuti telunjuk Yahudi yang jahat.

Tetapi sekiranya kita bertanya kepada kepada Paderi-paderi dan seluruh penganut agama Kristian akan kejahatan Paulus ini mereka akan bersungguh-sungguh untuk mempertahankannya walaupun kita berikan bukti yang kukuh kepada mereka. Inilah kejayaan Yahudi merosakan agama kristian dan seterusnya menanamkan keyakinan kepada penganut agama Kristian untuk mempercayai perkara yang karut-marut, sesat dan menyesatkan aqidah. Dan apa yang kita lihat pada masa kini penyakit yang melanda agama Kristian ini telah mula berjangkit kepada agama Islam. Sama ada kita sedari atau tidak. Oleh yang demikian berhati-hati, awas sebelum terjebak. Jangan jadikan agama kita seperti agama Kristian yang dijadikan sebagai agama kebudayaan oleh penganutnya.

No comments:

Post a Comment