Alhamdulillah akhirnya kerajaan mengumumkan kereta perisai moden buatan syarikat FNSS Turkey,model 8x8 AV8 PARS akan menggantikan kereta perisai lama Condor..
PARS bersama Tentera Darat Turki
AV8 PARS sebelum pemasangan senjata
ATM sekarang ini telah melakukan pelbagai bentuk ujian ke atas PARS AV8,Rosomak dan MOWAG Piranha…Keputusannya ATM berpihak pada PARS buatan Turkey ini..
Dengan adanya Kereta Perisai terbaru ini , cabang tentera darat tidak akan berasa goyah lagi jika terlibat dalam suatu pertempuran..Ini kerana Condor yang sudah lama digunakan itu mempunyai ketebalan perisai yang amat tipis dan mudah terbalik..
AV8 PARS semasa diuji oleh ATM
Turret Denel yang akan bakal dipasang pada PARS
Sistem komputer GPV yang menyerupai sistem PARS
Kerajaan telah memberi tempoh sehingga 2012 kepada syarikat Deftech di Pekan,Pahang untuk menyiapkan prototaip pertama AV8 PARS dengan spesifikasi yang ditetapkan oleh Angkatan Tentera Malaysia..
Setelah projek AV8 PARS ini diumumkan,kilang Deftech sudah tentunya sibuk kembali selepas memasang ACV-300 Adnan dan dapat projek PT-91M..
PARS ini dengan ketebalan perisai Baseline 7.62mm yang mampu menahan robekan raifel anti-material serta robekan AP Rounds serta diklasifikasi dalam pertahanan tahap 4 (condor tahap 2)..
Sistem kawalannya pula menggunakan semi-autimatic computer controlled pneumatic suspension – kawalan komputer separa automatik dan mampu digerakkan ke kawasan tempur dengan jarak operasi sejauh 1000 km ..
Kerajaan semasa DSA di Kuala Lumpur hanya menandatangani Letter of Intent (LOI) atau surat hasrat/minat di antara FNSS,Denel-syarikkat pengeluar meriam/turret dan Deftech pada tahun 2010 baru-baru ini..
Sebelum kemenangan FNSS yang ingin membekalkan AV8 , Syarikat Naza juga bertungkus lumus dan bersaing untuk membekalkan kereta perisai Rosomak kepada pihak tentera..
Sejurus Bluprint PARS ini dibeli,Deftech akan diberi kebenaran mengkaji seluruh aspek teknikal dan konsep bagi kereta perisai ini untuk kegunaan ATM dan mengeksport kendaraan ini ke luar negara..
Jika kerajaan bersetuju membuat pelaburan sejumlah RM 8 Billion untuk 257 buah PARS termasuk segala kepakaran,R&D,Blueprint serta apa jua yang disertakan di dalam pakej pembelian 8 Billion tersebut,pihak Deftech terpaksa melabur sejumlah 200-600 juta Ringgit untuk menaiktaraf kilang nya di Pahang..
Bahan tempatan akan sepenuhnya digunakan bagi menghasilkan sebuat PARS yang berkualiti tinggi..Penulis tidak pasti meriam dan senjata nya masih diimport seperti meriam pada turret PARS tersebut yang dikeluarkan Denel dari Afrika Selatan..
Persoalan yang timbul sekarang adalah kos seunit AV8 PARS yang terlalu mahal iaitu mencecah RM 6.9-RM 9.6 juta seunit yang sudah tentu mahal tetapi aset terbaru itu dikatakan yang terbaik dari kereta perisai lain..
Kenapa ATM tidak memilih kereta perisai yang jauh lebih murah..??Penulis yakin pihak atasan ATM mahukan kereta perisai yang lebih baik untuk melindungi anggotanya ketika di medan tempur..
Mari kita lihat calon pertama semasa diuji ATM dahulu..
KTO ROSOMAK – Poland
ROSOMAK kelihatan sungguh menyerlah dengan designnya
Dengan berat 16 tans,kereta perisai juga mampu beroperasi sehingga jarak 800km (PARS 1000KM)..Rosomak pernah ditembak tiga kali dengan RPG oleh Taliban di Afghanistan,tetapi kenderaan itu mampu untuk balik ke kem sendiri tanpa bantuan walaupun perisainya sudah hancur dirobek..
Apatah lagi PARS kerana ketebalan perisainya lebih berbanding Rosomak dan sudah pasti RPG tidak dapat meletupkannya..
MOWAG PIRANHA LAV III– Switzerland
MOWAG Piranha - Gagal dalam ujian
M242 Bushmaster 25mm sebagai maingun
Kereta perisai jenis ini aktif digunakan oleh lebih dari 26 buah negara..Piranha ini boleh memuatkan 7 penumpang dan 3 krew dengan senjata utama M242 25mm chain gun..
Perisai asas yang digunakannya pula adalah dari jenis STANAG 4569 Tahap 3 di mana ia sesuai untuk menangkis serangan senjata berkaliber 7.62mmX 51mm NATO (PARS pada tahap 4)
STRYKER US
Sistem Mobiliti Canggih AS-Stryker
Ketebalan perisai Stryker amat mengagumkan,setaraf dengan AV8 PARS.. Perisai pada Stryker dapat menangkis serangan 14.5mm,peluru armor-piercing dan serpihan dari letupan meriam 152mm..
Beratnya pula hanya 16.47 tan berbanding 24.3 tan PARS AV8 (kerana ketebalan perisai)..Jarak operasi Stryker hanya 500km..Kebanyakan Stryker milik United States telah diupgrade dari segi ketebalan perisai dengan dipasang dengan Hull Protection Kit (HPK) untuk menangkis serangan roket dan bom tangan..
Stryker dipasang dengan Hull Protection Kit HPK
Terrex yang dikeluarkan Singapura adalah lawan hebat AV8 PARS..Beratnya sahaja menjangkau 28 tan dan ketebalan perisai cukup untuk menagkis ledakan periuk api..
Terrex Singapura (perhatikan ketinggian)
Terrex Singapura juga adalah sepenuhnya Amfibia,di mana dua jet air dipasang di kedua-dua sisi lambung di belakang dan boleh berenang melalui air pada kelajuan 10km/j..Jarak operasinya pula 800km..
Penulis amat yakin PARS adalah Armoured Infantry Fighting Vehicle terhebat di dunia bergantung pada sistem kawalan berkomputer,ketebalan perisai serta pemacuan strategic dengan 8 roda..
Malaysia membuat pelaburan 8 Billion yang amat berbaloi (jika jadi beli) dan Malaysia bakal menjadi pengeluar senjata terunggul di Rantau Asia menjelang 10 hingga 30 tahun lagi..
No comments:
Post a Comment