Friday, December 3, 2010

Pasukan Gerakan Khas (PGK) Police Malaysia

Pasukan Gerakan Khas (PGK) merupakan satu pasukan khas anti keganasan berprofil tinggi dan pasukan operasi khusus Polis Diraja Malaysia gabungan Batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas. Pasukan berberet merah hati atau maroon dan Kelabu Pasir ini dilatih khas untuk menangani segala bentuk ancaman keganasan dan jenayah berat di Malaysia.

Ditubuhkan khas sebagai pasukan elit yang mempunyai kemampuan menangani pelbagai serangan pengganas dan jenayah bermula dari ancaman rompakan bersenjata hingga operasi menyelamat. Keanggotaan bagi unit khas ini adalah rahsia dikatakan beroperasi secara efektif pada bulan Oktober 1997 dan terdiri daripada bahagian siasatan khas, unit operasi sistem C4-I, kepakaran letupan khas (misalnya unit pemusnah bom), dan unit penggempur yang terdiri daripada unit penembak tepat, pasukan selam tempur dan pasukan payung terjun (kedua - duanya bagi Batalion 69 Komando). Sebagai pasukan operasi khusus, setiap pegawai dan anggota PGK ini memiliki kemampuan operasi di tiga persekitaran, iaitu di darat, laut, dan udara.

Peranan Pasukan Gerakan Khas meliputi:

* Pengumpulan risikan khas dalam misi pengintipan dan tugas menggempur.
* Melibatkan diri dalam operasi khas membantu Cawangan Khas PDRM dalam memerangi organisasi subversif atau kegiatan pengganas.
* Operasi menangani-keganasan didalam negara bersama dengan angkatan tentera.
* Penguatkuasaan undang-undang dalam tugas menangani pelbagai jenayah bersenjata didalam negara.
* Operasi menangani-keganasan diluar negara Malaysia, misalnya Operasi Astute di Timor Leste.
* Tugas mencari dan menyelamat didalam dan luar Malaysia, contohnya insiden tsunami di Acheh, Indonesia.
* Tugas kawalan rapat ke atas Yang DiPertuan Agung, raja-raja diseluruh Malaysia, menteri dan orang-orang kenamaan serta diplomat.
* Tugas-tugas lain yang difikirkan sesuai setelah mendapat kelulusan daripada Ketua Polis Negara atau Timbalan Ketua Polis Negara.

Sejarah Organisasi

Pada 20 hb Oktober 1997, pasukan Komando 69 dan Unit Tindakan Khas digabungkan dalam satu unit dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas. Unit ini dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Rahim Noor. Namun, nama Pasukan Gerakan Khas ini dikekalkan dan kedua-dua unit ini dipisahkan semula dan diberikan gelaran baru. Unit Tindakan Khas digelar sebagai Pasukan Gerakan Khas A dan Pasukan Gerakan Khas B merupakan gelaran kepada Komando 69.

Berpusat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Unit B PGK diletakkan dibawah tanggungjawab Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam yang dipertanggungjawabkan terhadap tugas dan fungsi-fungsi PGK kepada KPN. Ia dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assisten Commissioner II dan juga merangkap Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Dalam Negeri / Ketenteraman Awam (KDN/KA).

Berikutan meningkatnya beberapa siri insiden keganasan di pasca serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat, unit ini dipertingkatkan kepada penugasan anti keganasan bagi mengelakkan negara yang berdaulat ini dipengaruhi oleh sebarang agenda pengganas walau seinci sekalipun. Bagi memastikan sebarang operasi (khasnya operasi anti-pengganas) berjaya, keanggotaan PGK yang mana 1 platun berkekuatan 6 hingga 10 anggota dan diketuai oleh pegawai berpangkat sekurang-kurangnya Inspektor hingga Superintendant terdiri daripada ahli raifal atau anggota CQB, pakar bahan letupan, komunikasi dan paramedik. Selain itu, unit ini turut bekerjasama dengan pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia seperti 10 PARA, Grup Gerak Khas, PASKAL dan PASKAU bagi menjaga keselamatan dan keamanan Malaysia.
[sunting] Operasi, Perintah dan Kawalan

Komander PGK bertanggungjawab dalam sebarang operasi yang dijalankan. Kerjasama dan bantuan boleh diperolehi dari Ketua Polis Negeri di mana sebarang operasi tersebut dijalankan. Komander PGK juga bertanggungjawab terhadap pendekatan yang diambil dalam melaksanakan tugas.

Peranan


Anggota polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM semasa serbuan di dalam kokpit pesawat. Perhatikan pistol Glock 17 yang menjadi senjata utama pasukan elit Polis Diraja Malaysia ini.
UTK yang beroperasi seperti unit SWAT Amerika Syarikat ini menjalani operasi dengan tanpa pakaian seragam unit khas. Unit ini biasanya menjalankan operasi mengekang kegiatan jenayah bersenjata di pekan dan bandar. Manakala Komando 69 yang asalnya merupakan batalion elit bagi Pasukan Polis Hutan (PPH) (kini Pasukan Gerakan Am) menjalankan operasi dihutan bersama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk membanteras segala ancaman pengganas komunis pada tahun 1969 hingga berakhirnya tempoh insurgensi pada tahun 1989 (20 tahun). Dilatih khusus oleh Special Air Service United Kingdom, perwira Komando 69 kini menjalani latihan pelbagai tempur dan misi pengintipan khas. Pasukan penembak tepat dan pakar bahan letupan unit ini pernah mendapat latihan khas dari beberapa pasukan elit negara asing termasuklah Special Air Service (Australia, New Zealand dan United Kingdom), Pasukan Peronda Sempadan Polis Diraja Thailand dan beberapa unit-unit elit Amerika Syarikat seperti US Navy SEALs, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Special Weapon and Tactics (SWAT) serta pasukan elit yang lain. UTK diberi beret maroon dan Komando 69 dianugerahkan beret kelabu Pasir, iaitu beret kebanggaan yang dianugerahkan oleh pasukan ke 22 SAS. Pada 14 November 2006, adalah menjadi sejarah pertama buat Pasukan Gerakan Khas apabila kedua-dua beret kebanggaan unit ini dianugerahkan sebagai Beret Diraja setelah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail di Perbarisan Diraja yang bertempat di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sempena persaraan baginda sebagai Yang Dipertuan Agong. Latihan Bersama Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung mencuba beret PGK yang dipersembahkan sebelum kedua-dua beret kebanggaan unit elit ini dianugerahkan dengan gelaran Beret Diraja. Pasukan Gerakan Khas turut menjalani latihan silang bersama dengan unit-unit elit luar negara seperti British SAS, BRIMOB Indonesia, STAR Singapura, ASASR (Australia), NZSAS (New Zealand), Pasukan Penyelamat Tebusan FBI, US Green Beret dan US Special Operations Command Pacific (USSOCPAC).

Unit ini mendapat latihan khas meliputi kursus;

1. Teknik tempur jarak dekat (CQB atau CQC)
2. Mencari dan menyelamat (SAR)
3. Menyelamat tebusan
4. Penerjunan bebas (HALO/HAHO)
5. Mematikan alat letupan (EOD)
6. Mengalih atau mematikan bahan HAZMAT
7. Operasi di kawasan pembinaan - OBUA
8. Tempur bukan konvensional
9. Kawalan rapat (Motoked)
10. Kepakaran menembak pantas dan tepat (sharpshooter)
11. Sabotaj
12. Perisikan khas
13. Penggunaan pelbagai bahasa
14. Tempur dan menyelamat didalam bangunan, pelantar minyak, kapal dagang serta didalam bandar - FIBUA
15. Tempur didalam keretapi, lapangan terbang dan pesawat udara
16. Pengintipan
17. Turun menggunakan tali (Repelling, Despatcher, Spie-rigger)
18. Rondaan jarak jauh
19. Penembak tepat (Sniper)
20. Pengendalian sistem C4-I
21. Penggunaan unit K9
22. Tempur tanpa senjata
23. Tempur berpisau (misalnya dengan pisau tempur, keris, kapak pedang dan,terutamanya kerambit)
24. Karate do
25. Seni silat polis (Silat Warisan Gayung Halilintar, khasnya bagi Komando 69),
26. Mematikan jerangkap samar
27. Letupan khas di bawah permukaan air
28. Penyelam tempur (SCUBA)
29. Tempur berkenderaan khasnya bermotosikal
30. Penyusupan lintas udara
31. Penyamaran sulit khas(khasnya 69 Komando)
32. Latihan payung terjun dan pelbagai lagi.

Pada 10 hb Disember 2003, Ketua Polis Negara Tan Sri (B) Mohd Bakri bin Omar telah melancarkan program latihan bersama USSOCPAC dengan unit ini serta pasukan separa tentera PDRM - Pasukan Gerakan Am di Sekolah Latihan Pasukan Gerakan Am (SLPGA), Ulu Kinta, Perak. Di akhir latihan, dipercayai 42 daripada 194 yang layak dalam pemilihan pasukan ini. Bagi pemilihan dalam latihan asas Komando 69 pada bulan Mei hingga September 2006, hanya 44 daripada 91 anggota berjaya dipilih.

Tokoh Terkenal PGK


* Wira Komando 69, DSP G/9045 Mohd Noor bin Razak (bersara)
* Wira Komando 69, ASP G/10958 Abdul Razak bin Mohd Yusoff
* ASP G/11188 M.V Serikumar s/o Madhavan Nair
* ASP G/12236 Abd. Rahim Saffiee
* Wira Komando 69, ASP I/3427 Mohd Zabri bin Abdul Hamid (meninggal dunia pada 3 September 1975)
* Sarjan Abdul Rahim bin Megat
* Koperal Md. Nazri bin Kassim
* Koperal Jamaluddin bin Md. Isa
* Koperal Ismail bin Ibrahim (meninggal dunia pada 27 Mac, 2000 - Nahas Payung Terjun)
* Koperal 110992 Idrus bin Johar (meninggal dunia pada 18 Ogos, 2004 - Nahas Payung Terjun)
* Koperal Zawawi bin Hassan
* Koperal/W 133562 Mazlinda binti Mohd Noor
* Koperal/W 138143 Merli Zaifa binti Abdul Sani
* Wira Komando 69 Ex SM Apot ak Saad
* Wira Komando 69 Ex S.I. Wan Taha bin Wan Muhammad
* Wira Komando 69 Ex S.I. Ismail bin Daud ( Mail Rantai )
* Wira Komando 69 Ex S.M. Abdul Ghani bin Mahmood

Pangkat


Berikut adalah senarai pangkat dan jawatan yang dipakai oleh unit ini sepertimana unit PDRM yang lain.

* Komander = Assisten Commisioner (ACP) kepada Senior Asistant Comissioner (SAC).
* Ketua Batalion= Superintendent (Supt)kepada Senor Asistant Comissioner(SAC).
* Ketua Kompeni = Assistant Suprientendant Police (ASP) kepada Deputy Superintendant Police (DSP)
* Ketua Platun = Inspektor / C/Inspektor.
* Ketua Patrol = Corporal kepada Sergeant

Kelengkapan

Sebagaimana pasukan khas yang lain, Pasukan Gerakan Khas semestinya dilengkapi dengan persenjataan khusus dan peralatan khas bagi penugasan khas menangani keganasan dan kegiatan jenayah berat. Disini ialah senarai senjata api dan peralatan yang digunakan oleh unit ini.

Senjata Api:


Data Kelengkapan Senjata Api

Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal Tempur/Karbin Penembak Tepat Mesingan P.Grened
Glock 17 Benelli M3 Super 90 HK MP5A5 Colt M4A1 SOPMOD Block I Acc-Int. PM FN Minimi HK AG-364
Glock 18 Franchi SPAS-12 HK MP5-N HK 416 Commando1 Acc-Int. AWM M60E2 M79
Glock 19 Remington M870 HK MP5K-A4 HK G36C HK PSG-1A1 M203
HK Mark 23 Mod 02 Remington M1100 HK MP5SD3 Steyr AUG A2 Remington M700
HK USP Compact HK MP7A11
HK USP Tactical 9 HK UMP 9
Sig Sauer P2022
STI Grandmaster


Pada awal tahun 2007, dipercayai PDRM akan dibekalkan sistem persenjataan terbaru oleh Syarikat Persenjataan Heckler & Koch yang terdiri daripada senjata HK MP7 PDW, HK 416 Commando, HK 417 Sniper dan HK XM8 Commando kepada unit Pasukan Gerakan Khas dan unit-unit lain setelah menjalani uji nilai pada bulan Disember 2006 bagi meningkatkan keperluan sistem persenjataan yang ada didalam PDRM. Difahamkan, pistol separa automatik Heckler & Koch Mark 23 berkaliber .45 ACP turut dibekalkan kepada unit elit PDRM ini bagi menggantikan pistol Colt M1911 yang telah usang, tetapi hanya segelintir kecil sahaja yang menggunakannya. Ini kerana, majoriti dikalangan pegawai dan anggota elit ini lebih gemar menggunakan pistol berkaliber 9 mm namun Mark 23 ini masih mendapat tempat terutamanya jika digunakan dalam pertempuran jarak dekat memandangkan ia begitu efektif dan mampu memberikan kuasa tembakan yang amat jitu (stopping power) sungguhpun menggunakan kaliber yang berkuasa tinggi. Turut difahamkan, HK UMP 9 yang menggunakan peluru 9 mm ini turut digunakan oleh pasukan respon krisis yang ada di dalam unit aturgerakcepat Pasukan Gerakan Khas serta cawangan-cawangan PDRM dalam menangani sebarang krisis yang melibatkan keganasan dan jenayah. Submesingan Heckler & Koch MP5 adalah sistem persenjataan ringan yang paling cukup sinonim dengan persenjataan pasukan khas seluruh dunia termasuk PGK sendiri.

Peralatan Sokongan


Data Kelengkapan Sokongan

Grened Kuasa Tinggi Grened Cahaya Gas Pemedih Mata Perisai Taktikal Sistem Pandang Malam Penanda Laser
T - Baton Gari Flexi Topeng Gas Taser Penyembur Lada Pejera Teleskopik
Kamera Optik Lampu Suluh Battering Ram Ves Kalis Peluru Bahan Letupan C4 Kamera Jarak Jauh
Tangga Gempur Peluru Tambahan Topi Balistik SPECTRA Pejera Titik Merah ML2 Aimpoint CompM2 Aimpoint CompM4
A/Pertolongan Cemas Gari Skop Inframerah Peluru Kekacang2 Alat Pemusnah Bom AN/PEQ-6


Peluru kekacang atau bean bag shells merupakan peluru senapang patah yang biasanya digunakan oleh polis khasnya di Amerika Syarikat bertujuan untuk menyuraikan rusuhan yang tidak mampu dikawal dengan gas pemedih mata. Ia tidak sama dengan kaliber Buckshoot, bebola kekacang peluru yang diperbuat daripada plastik dan getah ini hanya boleh mendatangkan kecederaan minima dan ia tidak membunuh. Bagi kegunaan Pasukan Gerakan Khas, peluru ini digunakan untuk mencederakan penjenayah sekiranya diarahkan oleh pihak atasan untuk menangkap penjenayah itu hidup-hidup.

Kenderaan Tempur


Berdasarkan laporan, unit ini menggunakan kereta perisai Commando V-150D dan GKN Sankey AT105 yang dilengkapi dengan senjata mesingan M60 oleh Pasukan Gerakan Am sebagai kenderaan tempur didarat khususnya dikawasan bandar dan hutan serta mengubahsuai kenderaan peronda polis (MPV), trak, van dan bas sebagai kenderaan taktikal. Bagi peperangan maritim pula, unit ini dibekalkan dengan bot tempur, jet ski dan Marine Subskimmer (bot selam mini) untuk tugas-tugas operasi amfibi dan kawasan perairan.

Sementara bagi penugasan operasi melalui udara, Pasukan Gerakan Khas menggunakan pesawat pengangkutan udara dari jenis C-130 Hercules yang dipinjamkan khas daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan pesawat milik Unit Udara PDRM sendiri yang terdiri daripada Cessna 206G, Cessna 208 Caravan 1 dan Pilatus Porter PC-6 bagi kegunaan unit payung terjun, penyusupan lintas udara dan penerjunan bebas (HALO/HAHO) serta helikopter jenis E-Squirrel AS-355 F2/AS-355N bagi tugas pengintipan, penurunan melalui tali dan teknik hover jump iaitu penerjunan dari pesawat ke permukaan air.

Kesimpulan


Kesimpulannya, kesemua penggunaan meliputi kelengkapan, persenjataan, peralatan sokongan, latihan dan logistik serta kenderaan pengangkutan yang dibekalkan kepada Pasukan Gerakan Khas PDRM ini boleh dikatakan setanding dengan kelengkapan unit-unit anti pengganas Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Malaysia. Dianggarkan, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan beberapa juta Dollar Amerika (US Dollar) kepada PDRM untuk membeli semua kelengkapan tersebut secara berperingkat-peringkat bagi mempertingkatkan mobiliti pasukan elit ini sejajar dengan Rancangan Malaysia yang kesembilan.

Unit Induk


Untuk memantapkan lagi keselamatan negara dari ancaman keganasan dan jenayah, Pasukan Gerakan Khas turut mempunyai 2 tim penggempur yang dipercayai telah dilatih sendiri oleh PGK ataupun unit khas asing, walaupun ia kurang popular tetapi mempunyai kemampuan untuk mengekang sebarang ancaman besar yang menggugat kestabilan negara. Unit yang diperkatakan tersebut adalah Unit Gempur Marin dan Unit Tindak Cepat (UTC).
[sunting] Unit Gempur Marin

Rencana utama: Unit Gempur Marin

[sunting] Unit Tindak Cepat

Unit Tindak Cepat pula merupakan satu unit khas berprofil sederhana yang biasanya berkhidmat dibawah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) baik dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil mahupun Jabatan Narkotik, tetapi kebanyakkannya tertumpu kepada JSJ Cawangan D9. Berpusat di ibu pejabat polis kontinjen di seluruh negeri, unit ini ditugaskan untuk mengekang sebarang kegiatan jenayah dibandar-bandar besar, khasnya rompakan bersenjata mahupun aktiviti penyeludupan. Boleh dikatakan, unit ini bertindak sebagai unit penggempur hadapan sebelum bantuan daripada Pasukan Gerakan Khas tiba di lokasi serangan. Unit ini pernah terlibat dalam beberapa siri operasi cegah jenayah berat dan berjaya menumpaskan penjenayah sungguhpun penjenayah mempunyai senjata api yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa orang awam.
[sunting] Senarai Komander Pasukan Gerakan Khas

Organisasi Pasukan Gerakan Khas ini dipimpin oleh seorang komander berpangkat Senior Asistent Commissioner II (SAC II). Dibawah adalah senarai pegawai kanan yang memegang jawatan tertinggi dalam pasukan elit ini.
Senarai Komander Pasukan Gerakan Khas Nama Tahun Jawatan
Superintendant. G/640 M. Shanmugam 1975 - 1976 Komander pertama PGK
Superintendant. G/3158 Ramli bin Abd Kadir 1976 - 1978 menggantikan Supt. Shanmugam
Assistant Commissioner of Police G/2827 Syed Mohd Munfaz Wafa bin Syed Subli Wafa 1978 - 1983 -
Assistant Commissioner of Police G/3740 A Navaratnam 1983 - 1986 -Pegawai Pemerintah 69 Komando yang Pertama
Deputy Superintendant of Police G/5439 Meor Chek Hussein bin Mahayuddin 1986 - 1987 Pemangku komander PGK
Assistant Commissioner of Police G/3421 Mohd Yusof bin Harun 1987 - 1990 -
Assistant Commissioner of Police G/3432 Haji Idris bin Haji Wahid 1990 - 1993 -
Senior Assistant Commissioner I G/5439 Dato' Meor Chek Hussien bin Mahayuddin 1993 - 2000 1997 Komando 69 dan UTK disatukan kepada Pasukan Gerakan Khas
Senior Assistant Commissioner II G/5096 Dato' Mohd Anuar bin Md Zain 2000 - 2002 Diantara Perintis Pasukan 69 Komando yang kemudiannya di tugaskan memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam
Senior Asssistant Commissioner II Roslan bin Mohd. Yassin 2002 - 2004 yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam dan bertukar ke Pahang sebagai Ketua Polis Negeri Pahang
Senior Asssistant Commissioner II Mohd Rani bin Abd Rashid 2004 - 2006 yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam
Senior Assistant Commissioner II Muhammad Sabtu bin Osman 2006 - Sekarang yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam
[sunting] Kawasan yang dipertanggungjawabkan

Pusat operasi Pasukan Gerakan Khas ini berpusat di Bukit Aman dan terbahagi kepada 2 kawasan yang dipertanggungjawabkan oleh 2 detasemen PGK ini. Sila lihat data kawasan yang diberi.
Senarai Kawasan Tanggungjawab PGK Unit Tindakan Khas(UTK) Komando 69 Pasukan Gerakan Khas
Johor Perak
Melaka Pahang
Negeri Sembilan Perlis
Selangor Penang
Bandaraya Persekutuan Kuala Lumpur Kedah
Kelantan
Terengganu
[sunting] Operasi
[sunting] Penangkapan Mas Selamat Kastari

Pada Febuari 2008, seorang pemimpin utama Jemaah Islamiah (JI) Singapura, Mas Selamat Kastari telah melarikan diri dari Pusat Tahanan Jalan Whitley, sebuah pusat tahanan yang paling ketat di Asia Tenggara. Beberapa bulan kemudian, beliau didapati bersembunyi di sebuah rumah kampung di Kampung Tawakal, Skudai, 40km dari bandaraya Johor Bahru.

Dengan intipan dan perancangan serbuan taktikal yang begitu rapi, pada 1 April 2009 jam 06:00 pagi, sepasukan unit anti-pengganas Unit Tindakan Khas PGK diaturgerak untuk membantu anggota Cawangan Khas PDRM memberkas semula pemimpin militan di rumah kampung tersebut. Anggota UTK dan Cawangan Khas bertindak mengepung setiap penjuru rumah tersebut ketika Mas Selamat sedang tidur.

Menurut saksi kejadian, Mohd Saat Marjo, 57, yang merupakan jiran bersebelahan rumah tersebut menceritakan kira-kira 30 anggota komando bertopeng yang lengkap bersenjata automatik bersama dengan anggota Cawangan Khas yang berpakaian preman bertindak menyerbu rumah tersebut melalui dua buah pintu yang dipecahkan sebaik sahaja beliau enggan keluar menyerah diri walaupun diseru oleh pihak polis. Serbuan dan kepungan anggota UTK dan Cawangan Khas yang begitu teratur sekali menyebabkan Mas Selamat gagal untuk melepaskan diri sehingga beliau berjaya ditangkap. Beliau digari dan muka beliau diserkup dengan kain warna biru gelap sebelum dibawa keluar.[1] Anggota biasa JI, Abdul Matin Anol Rahmat dan Johar Hassan turut ditangkap.[2] Polis turut merampas beberapa dokumen dan maklumat perancangan sulit JI serta menghantar Unit Pemusnah Bom untuk memastikan rumah tersebut bebas dari sebarang bahan letupan. Walaubagaimanapun, penglibatan UTK dalam operasi tersebut tidak didedahkan kepada umum atas tahap kerahsiaan yang tinggi, tetapi penangkapan itu lebih terarah kepada unit Cawangan Khas.
[sunting] Insiden Genting Sempah

Rencana utama: Pasukan Khas Udara (PASKAU)#Insiden Genting Sempah

[sunting] Ops Subuh
Sepasukan polis anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas semasa menjalani latihan serbuan anti-rampasan pesawat.

Tiga hari kemudian selepas insiden kecurian senjata pada 20 Julai tahun 2000, satu operasi dinamakan Ops Subuh dilancarkan dengan menghantar 43 anggota pasukan tentera dan polis. Diketuai oleh pegawai PGK B, ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff bersama pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said dihantar ke Bukit Jenalek, Sauk, negeri Perak untuk bertemu dengan ketua militan Al-Ma'unah, Mohamad Amin bin Mohamad Razali. Kumpulan tersebut berjaya melarikan 95 laras raifal Colt M16, 2 laras Steyr AUG, 4 laras mesingan berat (GPMG), 5 laras senjata pelancar bom tangan M203, 26 bayonet dan peluru di dua pos kawalan markas tentera di Kuala Rui, Perak serta menjadikan 2 orang pegawai polis, seorang anggota komando Grup Gerak Khas dan seorang penduduk kampung sebagai tebusan. Kumpulan militan tersebut berhasrat untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan bersenjata dan mencabuli Perlembagaan Malaysia serta ingin menggantikan sistem pemerintahan demokrasi dengan sistem pemerintahan Islam.

Mohamad Amin bersama rakan-rakan seperjuangannya diseru untuk meletakkan senjata dan menyerah diri kepada pihak tentera. Akan tetapi, sebelum percubaan meletakkan senjata dilaksanakan, Amin dipercayai mengacukan senjata M16/203 ke arah Zaini namun Zaini bertindak menepis senjata tersebut menyebabkan tembakan tercetus dari senjata Amin dan bermulanya insiden tembak-menembak di antara kumpulan Al-Ma'unah dengan unit elit pasukan keselamatan. Tragedi tersebut menyaksikan kematian 2 daripada 4 orang tebusan di mana seorang anggota Cawangan Khas PDRM, Koperal Detektif Sanghadevan, Matthew anak Medan dari anggota Grup Gerak Khas diseksa hingga mati dan mayat kedua-dua orang tebusan ini dikebumikan bersama, manakala 2 lagi tebusan iaitu seorang anggota PDRM, Sarjan Mohd Shah bin Ahmad dan orang awam, Jaafar bin Puteh terselamat. Abdul Halim Ali @ Ahmad, seorang ahli militan Al-Ma'unah terbunuh dalam kejadian tembak menembak tersebut dan 29 ahli kumpulan yang lain berjaya diberkas. Mohamad Amin, Zahit bin Muslim dan Jamaludin bin Darus serta Jemari bin Jusoh dijatuhi hukuman gantung sampai mati manakala 16 yang lain dipenjarakan seumur hidup. Sementara 10 lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Megat Mohamed Hanafi bin Ilias, Muhamad Nukhshah Bandi bin Che Mansor, Riduan bin Berahim, Azlan bin Abdul Ghani, Shahidi bin Ali dan Khairul Anuar bin Mohamed Ariffin dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah kerana melakukan pengkhianatan terhadap Yang DiPertuan Agung pada perbicaraan Isnin bagi mengemukakan rayuan diringankan hukuman. Leftenan Jeneral (B) Zaini bin Mohamad Said dan ASP Abd Razak bin Mohd Yusoff dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa atas keberanian mereka dalam insiden tersebut.[3]
[sunting] Ops Api Sawit 2
Penduduk kampung melihat keadaan bangsal tempat Mat Komando ditembak mati oleh anggota PGK di Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.

Pada 12 September 2002, Ahmad Mohd Arshad atau dikenali Mat Komando, 37, ketua kumpulan Geng 13 dan seorang penjenayah No.1 Malaysia yang dikehendaki polis dalam 52 insiden rompakan bersenjata berjumlah RM2.5 juta dipercayai bersembunyi di Felcra Kampung Hujung Ketun di pedalaman Kedah.

Berbekalkan risikan dan maklumat daripada penduduk kampung, 10 anggota skuad elit anti pengganas PGK B dibantu oleh Pasukan Gerakan Am dihantar untuk memberkas penjenayah terbabit yang bersembunyi di dalam sebuah pondok di kampung tersebut.

Menyedari kehadiran polis setelah diberi amaran "Polis! Jangan lari!!!", Mat Komando bertindak memulakan tembakan dan dalam insiden tembak-menembak tersebut pada subuh 12 September 2002, menandakan episod berakhirnya riwayat ketua kumpulan Geng 13 apabila beliau telah ditembak mati dibahagian kepala dan rusuk kirinya. Polis turut merampas sepucuk pistol Colt M1911 berserta 3 butir peluru dan revolver .22 dan 2 butir peluru serta wang tunai RM70 milik penjenayah. Ketua Polis Negara, Tan Sri (B) Norian Mai berkata, kematiannya itu telah membawa kepada kejayaan pihak polis berikutan tumpasnya 4 lagi rakannya setelah keempat-empat mereka terbunuh dalam insiden berbalas tembakan dengan polis dengan 9 lagi berjaya diberkas. [4]
[sunting] Ops Api Laras

Pada 27 Disember, 2002, PGK B terlibat dalam operasi memburu Geng M16, kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki yang pernah melakukan rompakan ke atas Bank of Tokyo pada tahun 1985 dan 16 rompakan ke atas rangkaian kedai emas dan pajak gadai yang melibatkan kerugian sebanyak RM21.28 juta. Difahamkan, kumpulan tersebut dipercayai kesemuanya berbangsa Cina dan salah seorang daripada mereka adalah perancang utamanya, Elvis Keh Jiang Long atau Ah Po, seorang bekas tentera Singapura dan beliaulah yang bertanggungjawab melatih ahli kumpulan itu tentang penggunaan pelbagai jenis senjata api dan taktik bagi menjayakan rancangan untuk merompak. Ini boleh dibuktikan yang mana kumpulan tersebut melakukan setiap rompakan dengan taktik ala-tentera. Dalam kejadian tembak-menembak di satu kawasan selekoh berhampiran Taman Rekreasi Hutan Galla, Mantin, Negeri Sembilan, 2 penjenayah M16 iaitu ketua kumpulannya, Sunny Chai atau nama sebenarnya Sum Wing Chang dan orang kanannya Hew Yau berjaya ditembak mati, manakala seorang lagi ahlinya, Chang Kew Yin berjaya melepaskan diri. Berikutan insiden tersebut, seorang anggota polis cedera serta berjaya merampas sepucuk pistol Colt berserta 16 butir peluru, sepucuk revolver Smith & Wesson, selaras senapang patah, selaras M16 yang rosak serta dua butir peluru dan 3 topeng ski dalam kereta Proton Waja milik penjenayah. Pada 28 Disember jam 2 petang, Chang akhirnya tumpas setelah beliau ditembak mati oleh polis di Jalan Keris, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru dan merampas sepucuk pistol Norinco buatan China berserta tiga butir peluru. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner (B) Dato' Salleh Mat Som berkata, hingga kini polis masih lagi memburu beberapa lagi ahli serpihan kumpulan tersebut termasuk menghantar anggotanya ke Singapura dan Thailand untuk menumpaskan Ah Po serta meminta bantuan polis Australia untuk mengesan Hew Soon Loong @ Hong Kong Chai, yang dipercayai melarikan diri ke negara itu.[5]
[sunting] Geng Steyr tumpas

Pada 18 Januari 2000, Pasukan Gerakan Khas terlibat dalam operasi menumpaskan Geng Steyr yang di dalangi oleh seorang bekas komando bernama Mohd Hizan Jaafar bersama 5 lagi rakannya selepas merompak sebuah bank di Sri Serdang, Selangor. Dalam operasi ini, dua ahli kumpulan termasuk Mohd Hizan dan Abu Hasan ditembak mati di Kampung Melayu Majidee dan dua lagi berjaya ditembak mati di Plaza Tol Kempas, Johor Bahru serta merampas 4 laras raifal tempur Steyr AUG, sepucuk pistol Smith & Wesson .22, selaras senapang patah jenis Remington, 85 butir peluru hidup berkaliber 5.56 mm, tiga butir peluru hidup .22, beberapa kelongsong peluru dan wang berjumlah RM291,000. Polis turut melakukan operasi memburu dua lagi ahlinya yang masih bebas.[6]
[sunting] Reformasi

Pada malam 20 September, 1998, setelah menerima arahan daripada Perdana Menteri kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor, sepasukan polis anti-pengganas PGK B PDRM yang lengkap bersenjata diketuai oleh Inspektor Mazlan bertindak menyerbu dan menangkap bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim di kediamannya setelah 18 hari beliau dipecat dari Kabinet dan memulakan reformasi anti-Mahathir bersama 100, 000 orang di Kuala Lumpur.[7]
[sunting] Lain-Lain Operasi
Anggota PGK mempraktikkan teknik bermotosikal

* Pada tahun 1998, Pasukan Gerakan Khas digandingkan bersama Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia dalam tugas khas di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena Sukan Komanwel 1998 mulai dari 11 hingga 21 September 1998. Antara tugas khas bagi kedua-dua pasukan elit ini ialah keselamatan khas dan bersedia bagi operasi menyelamat tebusan dan mematikan bahan letupan (sekiranya berlaku ancaman dan kekacauan dari pihak yang tidak bertanggungjawab). Hasilnya, tugas keselamatan pada hari bersejarah tersebut berjaya dilaksanakan tanpa sebarang ancaman.

* PGK B telah dihantar menjalankan operasi menyelamat tebusan dari militan Abu Sayaff di Pulau Sipadan dan Ligitan, Sabah dan dibantu oleh PGA, Angkatan Tentera Malaysia serta pasukan keselamatan Filipina.

* UTK turut menjalankan penugasan kawalan rapat melindungi pemimpin-pemimpin negara Islam sedunia sempena mesyuarat Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Putrajaya pada 16 hingga 17 hb Oktober 2003.

* Unit ini dihantar bertugas di Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Timur (sekarang Timor Leste) untuk membantu unit elit ATM yang bersama dalam misi ini terdiri daripada 10 PARA dan Grup Gerak Khas serta unit pengaman luar seperti Australia dan New Zealand dalam Operasi Astute. Berdasarkan laporan dari majalah Perajurit keluaran November 2006, raifal tempur Colt 16A1 telah dijadikan sebagai senjata utama bagi PGK B atau Komando 69 didalam penugasan khas ini memandangkan masalah bekalan logistik daripada PDRM yang tidak dapat dielakkan, senjata karbin Colt M4A1 tidak dapat dibekalkan kepada unit tersebut dan berkemungkinan besar, ia terhad kepada PGK A (Unit Tindakan Khas) yang turut berada dalam misi tersebut. Difahamkan penggunaan SMG HK MP5 tidak sesuai dalam penugasan ini, khasnya dihutan dan kawasan perkampungan memandangkan pemberontak dan gerila Timor Leste lebih cenderung melakukan serangan gerila dan mereka lebih banyak menggunakan senjata berkuasa tinggi seperti raifal Colt M16 dan mesingan berat M60E1.

* Pada tahun 2005, PGK telah menjalankan penugasan kawalan rapat ke atas bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau mengadakan lawataan ke negeri Johor.

* Pada 16 Disember 2004, atas permintaan Polis Republik Indonesia (POLRI) kepada PDRM, Pasukan Gerakan Khas B atau Komando 69 telah ditugaskan ke Acheh dalam misi mencari dan menyelamat pasukan khas Brimob POLRI yang mana 700 pegawai dan anggotanya hilang semasa bencana tsunami yang melanda kepulauan Indonesia tersebut.

[sunting] Filem/Drama
Poster promosi filem Gerak Khas The Movie II.

Drama

* Pada tahun 1997, sebuah drama berepisod bertajuk Gerak Khas diterbitkan.

* Pada tahun 2005, sebuah drama dokumentari arahan Senator Dato' Jins Shamsuddin bertajuk VAT 69 -Warisan Darah Perwira yang disiarkan di ASTRO RIA, memaparkan dokumentari tentang taktik dan professional anggota VAT 69 Pasukan Gerakan Khas PDRM.

Filem

* Pada tahun 1991, filem Bayangan Maut dibintangi Dato' Yusof Haslam dan Noorkumalasari ditayangkan di pawagam. Di dalam filem ini, memaparkan anggota PGK beraksi dengan berpakaian awam dan menggunakan raifal M16.

* Anggota PGK yang beraksi pada babak terakhir filem Maria Mariana (1996), terlibat dalam babak operasi menyelamatkan Mariana, adik kepada Pegawai Maria dan menumpaskan penjenayah.

* Di babak terakhir Gerak Khas The Movie (2001), dua pegawai PGK mengiringi Yusof Haslam menaiki helikopter untuk membantu anggota Gerak Khas membanteras kumpulan mafia.

* Dalam filem Gerak Khas The Movie 2 (2002) arahan Dato' Yusof Haslam, Pasukan Gerakan Khas menjalankan operasi mengekang kegiatan sindiket dadah di Pulau Pinang dan militan dihutan.

* Babak terakhir filem Gerak Khas the Movie 3 (GK3) (2004), anggota VAT 69 Pasukan Gerakan Khas berlakon dengan pakaian awam dengan senjata MP5A2, berserta dengan pelakon Gerak Khas dengan senjata pistol membanteras sindiket jenayah di Pulau Langkawi, Kedah.

* Dalam filem Entrapment (1999), lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones, anggota Pasukan Gerakan Khas memegang watak tambahan sebagai pasukan "SWAT" dalam adegan kejar-mengejar di kawasan Menara Berkembar Petronas. Helikopter dalam babak terakhir filem tersebut bukannya daripada Unit Udara PDRM sebaliknya daripada "TUDM".

[sunting] Kontroversi

Pada Oktober 2006, seorang pegawai dan dua anggota PGK A atau Unit Tindakan Khas (UTK) PDRM ditahan kerana disyaki bersubahat dengan Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan seorang wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu dimana beliau dibunuh sebelum mayatnya diletupkan dengan bom C4 pada Oktober 2006 di Shah Alam, Malaysia. Dua pegawai yang terlibat dalam pembunuhan ini adalah Chief Inspektor Azilah bin Hadri dan Koperal Sirul Azhar bin Umar, manakala seorang lagi anggota, Konstabel Wanita Fatimah binti Abdul Wahap yang bertugas di bahagian persenjataan PGK A dibebaskan setelah mendapati tidak terlibat dalam pembunuhan ini. Razak, Azilah dan Sirul dibicarakan atas pembunuhan kejam ini. Sehingga ke hari ini, perbicaraan ke atas ketiga-tiga yang disyaki ini masih belum selesai.
[sunting]

No comments:

Post a Comment