Wednesday, August 3, 2011

Bangsa Iran

Bangsa Iran adalah kumpulan etnik yang menggunakan bahasa-bahasa yang tergolong dalam keluarga bahasa Iran. Ia juga turut merujuk kepada keturunan bangsa Iran Purba.[1][2] Bangsa ini kebanyakannya menetap atau bertumpu di Timur Tengah, Asia Tengah dan Asia Selatan. Namun begitu, penutur bahasa Iran bisa dijumpakan di seluruh Eurasia, dari kawasan Balkan hingga ke Xinjiang di China Barat.[3][4] Istilah bangsa Iran ini kadang kala terkeliru dengan kerakyatan Iran dimana kedua-duanya adalah perkara yang berbeza. Ini kerana tidak semua etnik-etnik di Iran tergolong didalam bangsa Iran seperti etnik Arab.

Asal-usul bangsa Iran ini adalah daripada suku purba Proto-Indo-Eropah Arya yang turut dikenali sebagai Proto-Iran. Tinggalan arkeologi yang dijumpai di Rusia, Asia Tengah dan Timur Tengah menerangkan mengenai kehidupan awal bangsa ini. Di dalam sejarah manusia pula, bangsa Iran memainkan peranan yang penting dalam tamadun-tamadun awal. Empayar Achaemenid, salah satu Empayar Parsi purba, adalah negara pertama yang menjadi negara majmuk iaitu berbilang bangsa. Manakala, pahlawan wanita daripada puak nomad Scythia-Sarmatia yang menduduki kawasan-kawasan Rusia dan Siberia Barat menjadi sumber inspirasi sebuah lagenda Yunani iaitu Lagenda Amazon.[5][6] Agama-agama awal bangsa ini pula ialah Zoroastrianisme dan Manichaeisme.

Suku-suku Iran ini juga tidak lari daripada taklukan bangsa lain. Iskandar Zulkarnain, seorang pahlawan Yunani, contohnya berjaya menawan kesemua bangsa Iran kecuali mereka yang menetap di kawasan Asia Selatan, manakala kaum Arab pula berjaya mempengaruhi sebahagian besar kebudayaan suku-suku ini. Di kawasan Utara atau Eropah pula, bangsa Iran ini berasimilasi dengan suku Slav dan suku-suku Eropah lain.


[sunting] Penamaan

Istilah Iran adalah bermaksud "Bumi Arya".[7][8] Maksud Arya pula dalam bahasa lama Proto-Arya ialah "mulia". Ia dipercayai digunakan atau dicipta oleh orang Arya sendiri bagi mengagumkan tamadun mereka. Penara Iran pula pada suatu masa dahulu dikenali sebagai Airyanem Vaejah yang bermaksud tanah asal Arya.

Daripada prespektif bahasa, istilah Bangsa Iran pula merujuk kepada mereka yang bertutur dalam Bahasa Iran.[9] Kalau diambil kira prespektif ini, bangsa Iran ini tidak terbatas kepada etnik Parsi sahaja, tetapi meliputi etnik-etnik yang berdekatan seperti Pashtun, Tajik, Kurdi, Ossetia, Balochi dan beberapa suku lain.

[sunting] Demografi

Taburan Bangsa Iran: Parsi (hijau), Pashtun (ungu) dan Kurdi (firus), Balochi (kuning), dan juga suku-suku lain

Dianggarkan terdapat 150 juta penutur ibunda bahasa Iran. Kebanyakan mereka bertumpu di Iran, Afghanistan, Tajikistan, Pakistan Barat, sebahagian Uzbekistan (terutamanya kawasan Samarkand dan Bukhara), Kaukasus (Ossetia dan Azerbaijan) dan juga wilayah Kurdistan yang menjadi sebahagian daripada negara Turki, Iraq, Syria dan Iran. Terdapat juga komuniti kecil penutur bahasa Iran di Xinjiang (China), India dan Israel.

[sunting] Agama

Kepercayaan awal Bangsa Iran mungkin berasaskan kedewaan yang pada hari ini boleh dilihat pada etnik-etnik lain yang pernah ditawan atau dipengaruhi oleh kaum Proto-Iran.[10] Zoroastrianisme adalah antara agama awal yang dianuti bangsa ini.

Pada hari ini, majoriti etnik-etnik Iran beragama Islam manakala terdapat golongan minoriti yang menganut agama Yahudi, Kristian dan Bahai. Bagi penganut Islam pula, majoritinya adalah Sunnah Waljamaah tetapi kebanyakan etnik Parsi dan Hazara mengikut ajaran Syiah. Untuk penganut Kristian pula, kebanyakan mereka termasuk dalam gereja Ortodoks Rusia diikuti dengan Ossetia dan Nestoria. Terdapat juga bangsa Iran yang masih menganut agama Zoroastrianisme.

[sunting] Senarai Suku-Suku Yang Tergolong Dalam Bangsa Iran

No comments:

Post a Comment