Sunday, March 17, 2013

Terbaik Dari Samsung (CES 2013)

International Consumer Electronics Show (CES) 2013 telah pun tamat pada 11 Januari 2013 (Jumaat) lepas. Sepanjang tempoh tersebut, syarikat – syarikat gergasi teknologi dunia telah mempamerkan produk – produk teknologi terbaharu masing – masing. Sepanjang pameran tersebut, Samsung telah memperkenalkan produk – produk terbaharu yang merangkumi segala aspek kehidupan dari peralatan kelengkapan rumah hinggalah processor terbaharu mereka. Senarai terbaik dari Samsung CES 2013 boleh ditonton berdasarkan video keynote mereka di bawah.
Samsung CES 2013
Samsung CES 2013

Samsung CES 2013 Keynote

 Menerusi video selama 1 jam 3 minit di atas, terdapat 2 produk yang mencuri perhatian saya iaitu Samsung Exynos 5 Octa Processor dan Flexible Display (Samsung & Youm).

Samsung Exynos 5 Octa Processor

Samsung Exynos 5 Octa Processor
Samsung Exynos 5 Octa Processor
Samsung Exynos 5 Octa processor merupakan CPU yang dilengkapi dengan 8 teras khusus untuk peranti mudah alih. Berdasarkan maklumat yang dibekalkan, CPU ini dilengkapi dengan dua cip berlainan menggunakan terma “big-Little“.
big = CORTEX A15 (high performance)
Little = CORTEX A7 (average performance)
Gabungan daripada dua cip ini membolehkan penggunaan operasi yang optimal di samping memberikan kesan grafik yang lebih baik dan penjimatan tenaga sehingga 70%.
NOTA : Pengenalan Exynos 5 Octa Processor bermula di minit ke 22 dalam video di atas.

Flexible OLED Display

Flexible Display Prototype
Flexible Display Prototype
Seperkara lagi yang menarik perhatian ialah pengenalan kepada Flexible OLED display (Samsung & Youm). Di keynote ini, mereka turut memaparkan prototype smartphone yang menggunakan skrin melengkung.
Flexible Screen Smartphone
Flexible Screen Smartphone
Flexible Screen Notifications
Flexible Screen Notifications

Sumber Asal : http://mobilityworlds.com/terbaik-dari-samsung-ces-2013#ixzz2Nr9nNrTJ
Under Creative Commons License: Attribution
Follow us: @shraqs on Twitter | mobilityworlds on Facebook

No comments:

Post a Comment