Menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah sebenar kita. Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah.
Adam, Idris, Nuh, Hud, Sholeh, Ibrahim, Luth, Ismail, Ishak, Yaakub, Yusuf, Aiyub, Syuaib, Yunus, Musa, Harun, Zulkifli, Daud, Sulaiman, Ilyas, Ilyasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa, Muhammad
“…. Di masa kerajaan Sulaiman….”(Baqarah 102)
“…..sesudah Musa….”(Baqarah 246)
“…..sesudah Nuh…..”(isra’ 17) Kerana Para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu. Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan. Dan anda akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut, dan bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh HANCUR sekelip mata sehingga kita menyangka mereka berada di ZAMAN BATU.
“Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka Bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan”
(Al-Imran : 137) Mereka bukanlah “orang gua” yang hanya tahu makan dan tidur, tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini. Ilmu pengetahuan mereka begitu tinggi, sehingga mampu mencerap bintang-bintang di langit.
Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada Allah, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah menciptakan apa-apa pun. Dan begitulah bagaimana sejarah berulang, tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku. Dan sejarah terus berjalan , sehinggalah ke peringkat akhir.
Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-Nabi yang diutuskan. Dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir. Fasa ini adalah begitu penting bagi makhluk yang bernama Iblis. Kerana Iblis sudah berjanji kepada Tuhannya sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.Mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad dibahagiakan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa.
Mengikut Rasulullah, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Zaman ini sudah berlalu.
Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’ Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina Umar Al-Khatab, Saidina Uthman Affan, Saidina Ali Abi Talib. Zaman ini juga sudah berlalu.
Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang mengikut sistem monarki yang menyerahkah kekuasaan pemerintahan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa menggunakan sistem monarki ini. Zaman ini juga telah berlalu.
Fasa ke-5, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai 5 fasa tersebut, tiba-tiba Rasulullah diam. Diam bermaksud “sejarah manusia sudah tamat”.
Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah. Fitnah yang paling bersar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke-5 kerana fasa ke-5 kekuasaan telah berrada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke-5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa ke-4 sahaja peluang Iblis untuk mengumpul pengikutnya seramai yang mungkin untuk ke neraka. Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada SEKARANG!!!
No comments:
Post a Comment